Anda di halaman 1dari 8

1.

Pengenalan

Sesungguhnya pujian itu milik Allah S.W.T, kita memuji-Nya dan kita minta pertolongan-
Nya dan kita memohon keampunan kepada-Nya dan kita memohon perlindungan kepada-Nya
dari keburukan diri kita dan dari kejahatan amal-amal kita. Siapa yang diberi petunjuk oleh
Allah S.W.T maka tidak ada yang boleh menyesatkannya dan siapa yang disesatkan oleh
Allah S.W.T maka tidak ada yang boleh memberinya petunjuk kebenaran. Selawat dan salam
keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W , keluarga dan sahabatnya serta mereka yang
menyampaikan dakwahnya sehingga hari kiamat.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T kerana hidayat-Nya dapat saya


menyelesaikan tugasan yang diberi dengan jayanya. Sekalung ucapan terima kasih kepada
semua yang banyak membantu saya dalam mengumpul bahan-bahan dan maklumat untuk
dijandikan teras kepada penulisan saya terutamanya keluagra dan tak lupa kepada pensyarah
saya ust sofi yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar agar tugasan ini dapat
dilakaukan dengan sempurna.

Tajuk tugasan yang diberikan ialah mengenalpasti DUA kaedah pengajaran dan
pembelajaran Tilawah al-Quran (Ayat Bacaan) yang sering digunakan oleh Guru Pendidikan
Islam di Malaysia, membincangkan kelebihan dan kekurangan kedua-dua kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang dikenalpasti serta mencadangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan
untuk meningkatkan tahap bacaan al-Quran di kalangan murid-murid sekolah rendah.

Apabila kita memperkatakan tentang sistem, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran pendidikan Islam, kita kagum dengan sumbangan besar yang telah diberikan
oleh cerdik pandai Islam silam dalam usaha meninggikan pengajaran pendidikan Islam.
Mereka merupakan pelopor dalam bidang pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam
dengan sistem, cara dan teknik yang mereka peroleh daripada generasi-generasi yang silam,
disamping mereka menggunakan cara dan teknik mereka sendiri.

Kita pada hari ini menyambung pengajaran dan pembelajaran yang lalu dan
mengemaskan lagi daripada pelbagai sistem, cara dan teknik kepada satu sistem yang mudah
diterima oleh murid-murid. Cara dan teknik seperti itu diharapkan sedikit sebanyak akan
dapat dimanfaatkan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

1
Sistem, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam yang teratur
adalah sangat diperlukan kerana ia dapat menarik minat murid-murid dan memudahkan
mereka memahami pendidikan Islam. Oleh itu dalam tugasan kali ini saya akan
mencadangkan beberapa kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam
kepada para guru yang mengajar matapelajaran pendidikan Islam di sekolah rendah dan
menengah kerana sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu akan dilihat berjaya berdasarkan
kepada penggunaan kaedah dan teknik yang tepat dan bersesuaian. Guru yang kreatif akan
menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan objektif yang ingin dicapai dalam sesuatu
pengajaran dan pembelajaran tersebut. Hasil dari kajian-kajian yang dijalankan mendapati
kebanyakan Guru Pendidikan Islam menggunakan kaedah pengajaran yang sama dan
berulang kali menyebabkan timbul isu kurang atau tiada kemenjadian murid tersebut. Guru
Pendidikan Islam seharusnya memikirkan kaedah yang pelbagai kerana kepelbagaian
penggunaan kaedah pengajaran akan menarik minat murid terhadap pengajaran dan
pembelajaran.

Dalam mengendalikan pengajran dan pembelajaran pendidikan islan bagi murid-murid di


semua peringkat persekolahan, perlulah diambil kira tentang kebolehan jasmani dan
kemampuan nafsani, yang mana perkembangan, kebolehan dan kemahiran mereka berbeza-
beza dari segi peratauran dan pengetahuan.

Untuk mencapai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran membaca al-quran dan


penghayatannya ia memerluka latih tubi bermusyafahah secara individu dan kumpulan.
Aspek membaca, menghafaz, memahami dan menghayatinya memerlukan aktiviti-akytiviti
melihat, mendengar, menyebut, memaham, mengamal dan menghayati. Aspek pembacaan
dapat dicapai memalalui menyebut atau membaca sesudah melihat/kenal dan menyebut.
Manakala aspek hafazan pula dapat dicapi melalui menghafaz sesudah mendengar,
menghafaz sesudah melihat dan menghafaz sesudah membaca.

Pelajar-pelajar pada peringkat awal lagi perlu didedahkan dengan kandungan al-quran al-
karim. Peringkat pendedahan itu hendaklah mengikut kemampuan dan kebolehan jasmani
serta nafsani pelajar-pelajar itu sendiri. Ini akan memudahkan pel;ajar-pelajar itu meminati
al-quran sebagai kitab alllah yang suci.

Pada peringkat rendah lagi kanak-kanak itu perlu dididahkan dengan pengertian ringkas
ayat-ayat- hafazan atau bacaan. Kemudian diceritakan pula kisah-kisah dan fadhilat-fadhilat
yang terkandung didalamnya. Pada peringkat seterusnya, para pelajar itu perlu didedahkan

2
dengan pengertian ayat yang dihafaz atau dibaca. Diceritakan pula secara lebih luas tentang
kisah dan fadilat yang terkandung dalam ayat-ayat dan surah-surah itu, ysang mana
pengajaran yang terdapat didalamnya perlu menjadi bahan pemikiran kanak-kanak lantas
mereka ingin menghayatinya.

Pada peringkat menengah dan tinggi, pelajar-pelajar didedahkan debgan luas pengertian
Munasabah ayat dan sebab-sebab turunnya satu ayat atau surah itu. Teknik penceritaan
tentang kisah-kisah dan fadilat satu ayat atau surah itu perlu menarik, yang mana perlu
dilihatkan dengan keadaan hidup seharian. Mereka didorong untuk berfikir tentang makhluk
Allah serta dapat menginsafkan tentangnya, lantas mereka berazam untuk menjadikan
pengajaran yang didapati daripada ayat-ayat yang dihafaz atau dibaca sebagai panduan hidup
yang akan membawa kepada keselamatan di dunia dan akhirat.

Adalah amat penting bagi pelajar-pelajar ditanamkan minat untuk memahami, mengamal
dan menghayati bacaan al-quran dalam kehidupan seharian sehingga menjadi sebati sebagai
darah daging. Minat penghayatan itu akan dapat dicapai dengan strategi yang menarik. Minat
pelajar-pelajar dapat dicapai melalui cara guru menggunakan dan melaksanakan pendekatan
mengikut perkembangan, kebolehan jasmani dan nafsani pelajar-pelajar serta persediaan yang
lengkap meliputi kaedah, teknik dan bahan-bahan sokongan.

Bidang pendidikan Islam yang meliputi Rampaian Agama Islam, Akhlak Islamiah, Ulum
Syariah, Tasawur Islam, al-Quran dan sunnah dan lain-lain bermatlamat untuk meningkatkan
pelajar-pelajar melakukan amalan sebagai seorang muslim. Oleh itu kemahiran-kemahiran
melafaz, menghafaz dan mengamal amalan-amalan harian pendidikan Islam hendaklah
ditekankan seperti salam, bismillah, hamdalah, selawat dan sebagainya sepanjang masa
pengajian.

3
2. Huraian tentang DUA kaedah PdP yang sering digunakan oleh GPI di sekolah
dalam bidang Tilawah al-Quran (Ayat Bacaan)

2.1 KAEDAH IQRA`

Istilah Iqra` diambil daripada permulaan ayat surah al-`Alaq yang bermaksud "bacaan".
Kaedah Iqra` bermaksud membaca al-Quran dengan cepat secara membunyikan terus huruf-
huruf yang berbaris tanpa mengejanya mengikut rasam Othmani. Ia juga adalah satu cara
mempelajari al-Quran dari segi mengenal bunyi dan membaca al-Quran secara pantas.
Jangkaan seseorang pelajar dapat menegenal dan membaca huruf-huruf hijaiyah al-Quran
dalam masa 3 hingga 6 bulan bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun.

Terkandung juga dalam kaedah Iqra` ini ialah kaedah-kaedah bacaan al-Quran yang lain
seperti Tadris, Tartil dan Tikrar. Di sekolah rendah kaedah Iqra` dibuat sebagai pendedahan
awal dalam bidang tilawah al-Quran khasnya pada tahap satu ( Tahun 1, 2 dan 3 ) manakala
pada tahap dua ( Tahun 4, 5 dan 6 ) pula kaedah Iqra` boleh dilaksanakan sebagai pemulihan
dan pengayaan bacaan al-Quran. Kaedah Iqra` ini juga diperkenalkan untuk memudahkan
murid mengusai bahasa al-Quran secara cepat dan dapat menyelesaikan masalah dalam
bacaan al-Quran.

2.2 CARA MENGAJAR KAEDAH IQRA`

Membunyikan setiap huruf atau rangkai kata ayat tanpa mengeja kerana ini adalah kaedah
asasnya, tidak memperkenalkan huruf-huruf hijaiyah tetapi menyatakan bunyi bacaannya
sahaja iaitu pada setiap huruf yang berbaris khasnya dalam memperkenalkan huruf-huruf
tunggal seperti mana yang terdapat dalam buku 1 Iqra`. Samakan tekanan suara ketika
membaca dan dimulai dengan kaedah Takhqiq iaitu membaca secara terputus-putus
kemudiannya diikuti dengan teknik Tartil iaitu membaca secara sambung dan terus serta
jangan dilagukan bacaannya.

2.3 KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH

Talaqqi berasal daripada masdar ilqa yang bermaksud melontar atau mencampakkan.Talaqqi
dari sudut bahasa bermaksud pertemuan secara berhadapan atau bersemuka. Manakala dari
sudut istilah bermaksud pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka iaitu manhaj
pembelajaran lafaz-lafaz al-Quran di mana seorang guru akan membacakan sepotong ayat

4
kepada murid, lalu murid tersebut akan membacakan semula ayat tersebut dengan cara
bacaan guru tadi (Abd al-Salam Muqbil al-Majidi, 2000).

Musyafahah dari sudut bahasa bermaksud sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil
dari pergerakan dua bibir. Manakala dari sudut istilah bermaksud murid menerima pengajaran
secara dengan sebutan guru, melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya (mengikutnya).
Guru memberi contoh bacaan kepada seorang murid, kemudian murid itu mengikut contoh
bacaan guru secara individu.

Daripada takrif di atas dapatlah difahami bahawa talaqqi musyafahah merupakan suatu
proses pembelajaran al-Quran antara kedua-dua belah pihak iaitu antara guru dan murid. Ia
juga memerlukan aktiviti mempelajari bacaan al-Quran dengan berguru secara lisan.

Demikianlah para sahabat r.a. turut mengambil bacaan dari Rasulullah SAW dan
sebagaimana Ibn Masud r.a. mengambil bacaan dari Rasulullah S.A.W sebanyak 60 surah
sebagaimana hadis berikut :

: :


.) (

Maksudnya: Sabda Rasulullah S.A.W : Ambillah (pelajarilah) al-Quran daripada empat


orang iaitu Abdullah bin Mas`ud, Salim, Mu`az dan Ubay bin Ka`ab.

2.4 TIGA JENIS KAEDAH BERTALAQQI ()

Berikut adalah tiga kaedah utama dalam bertalaqqi musyafahah :

1. Al-Sima wa al-Ard di mana pelajar mendengar bacaan yang dibaca oleh


guru,kemudian murid tersebut membaca kembali bacaan yang diajarkan kepada guru
tersebut. Keadah ini adalah kaedah terbaik dalam bertalaqqi al-Quran, kerana individu
pelajar akan berada dihadapan guru, mendengar bacaan guru, melihat pergerakan bibir
guru dan mengulang kembali bacaan guru tadi.

2. Al-ard, di mana pelajar memperdengarkan bacaannya kepada guru, guru hanya


mendengar bacaan pelajar tersebut dan memperbaiki kesalahan bacaan tersebut sama
ada kesalahan kecil atau besar.

5
3. Al-Sima`, di mana pelajar akan mendengar bacaan yang dibaca oleh guru. Kaedah ini
sesuai dan telah dilakukan oleh salah seorang imam Qurra iaitu al-Kisaie. Beliau
melakukan kaedah ini kerana terlalu ramai bilangan pelajarnya. Kaedah ini biasa
dilakukan pada zaman dahulu kerana mereka ketika itu amat fasih bacaannya berbeza
dengan situasi masa kini. Oleh itu, kaedah ini tidak digalakkan penggunaannya masa
kini.

3. Huraian tentang kelebihan dan kekurangan DUA kaedah PdP yang sering
digunakan oleh GPI di sekolah dalam bidang Tilawah al-Quran (Ayat Bacaan)

Masalah penguasaan dalam bacaan al-Quran dalam kalangan murid sekolah di negara ini
adalah satu realiti. Seperti yang dipetik oleh Misnan Jemali (2015), terdapat banyak kajian
yang telah dijalankan berkaitan dengan pembelajaran al-Quran di negara ini seperti Azman
wan Chik (1986), Norkamaliah Muhammad (1987),Madihah Hj Muhammad (1992),
Maimunah Ismail (1995) dan Mohd Aderi Che Noh (2004). Pengkaji-pengkaji tersebut
mendapati masih ramai murid yang lemah dalam aspek tilawah, lemah dalam aspek tajwid,
lemah dalam aspek makhraj huruf, bahkan terdapat juga murid yang gagal membaca
potongan ayat yang pendek ( buta al-Quran ). Kajian mereka juga mendapati antara faktor
yang menyebabkan pencapaian murid lemah dalam tilawah al-Quran adalah disebabkan oleh
penggunaan kaedah dan teknik yang kurang berkesan dalam proses pengajaran yang
diamalkan oleh guru.

kaedah Talaqqi Musyafahah mempunyai beberapa kepentingan tertentu iaitu :

1. Memperbaiki kelemahan sebutan.

Melalui talaqqi musyafahah sebutan ayat-ayat al-Quran boleh diperbaiki. Ianya tidak dapat
dicapai jika hanya sekadar mendengar dari rakaman. Sebaliknya ia mestilah melalui
pembacaan secara bersemuka dengan guru. Samalah seperti Rasulullah SAW yang telah
memperdengarkan bacaan baginda kepada Jibril a.s. sekali setiap tahun pada bulan
Ramadhan sehinggalah pada tahun kewafatan baginda baginda sempat memperdengarkan
kepada Jibril sebanyak dua kali.

2. Menjadi kaedah utama yang amat sesuai dipraktikkan.

6
Bertalaqqi menjadi satu amalan tradisi yang tidak dapat direnggangkan daripada
pembelajaran al-Quran. Mempelajari ilmu Tajwid melalui buku-buku tajwid tidak mampu
membantu pengajian al-Quran secara total. Kaedah ini telah terbukti dapat melahirkan
pembaca al-Quran yang baik bacaannya kerana semenjak zaman baginda SAW lagi ia telah
diamalkan sehinggalah ke hari ini dan sampai bila-bila.

3. Mengukur kemampuan diri.

Melalui talaqqi musyafahah individu itu mudah mengukur serta menguji sejauh mana
penguasaan ilmu tajwid ataupun bacaan al-Quran yang telah kita pelajari. Dengan itu,
individu itu dapat mengenal pasti sama ada dia memerlukan bimbingan lanjutan atau
sekiranya sudah sampai ke tahap yang sangat baik maka dia pula boleh mengajarkan ilmu
tersebut kepada individu lain.

4. Persaingan yang sihat antara individu.

Pelajar yang mengikut halaqah pengajian al-Quran selalunya dihadiri oleh beberapa jumlah
pelajar. Setiap pelajar akan sentiasa bersaing untuk menguasai bacaan dan hukum tajwid yang
dipelajari daripada guru. Pastinya pelajar yang lemah bermotivasi untuk berusaha mencapai
bacaan yang memuaskan sebagaimana sahabatnya yang lain.

5. Menguasai Waqaf dan Ibtida.

Talaqqi musyafahah menyumbang kepada pengetahuan Waqaf dan Ibtida .Dengan


mengetahui Waqaf dan Ibtida para pembaca al-Quran dapat memelihara makna ayat-ayat al-
Quran yang dibaca. Pembaca yang sudah mahir tentang waqaf dan ibtida dapat menyatakan
tempat yang boleh berhenti dan untuk memulakan bacaan pada sesebuah ayat.

6. Memelihara Sunnah Rasulullah SAW.

Sepertimana yang kita maklum bahawa setiap apa yang telah dilakukan oleh Nabi
Muhammad SAW dari segi perbuatan, percakapan dan pengakuan baginda adalah sunnah
iaitu sangat dituntut untuk melakukannya. Sebagai seorang muslim sudah pasti menjadi
tanggungjawab bersama untuk memelihara sunnah lebih-lebih lagi dalam memelihara al-
Quran daripada kesalahan, ralat atau terpesong bukan sahaja dari sudut isi kandungannya
tetapi juga dari sudut sebutan huruf-huruf al-Quran tersebut. Sifat dan makhraj setiap huruf
hendaklah sentiasa tepat dan betul. Demikianlah kepentingan talaqqi Musyafahah yang
menyumbang kepada peranan memelihara sunnah Rasulullah SAW.

7
7. Menjadi teknik pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran yang terbaik.

Melalui talaqqi musyafahah, guru yang mengajar akan mendapat pengalaman seperti
mengetahui selok-belok dalam pengajian al-Quran dan mengetahui apa kaedah yang terbaik
untuk dipraktikkan dalam pengajaran al-Quran sesi seterusnya.

4. Cadangan tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan


tahap bacaan al-Quran di sekolah rendah.

5. Kesimpulan

Untuk mencapai pendidikan pengajian Islam yang sebenarnya, kita perlu mengubah sistem
pendidikan Islam yang sedia ada ke arah pendidikan Islam yang dihayati dan dipraktikan
dalam semua aspek kehidupan. Kita perlu mencari satu sistem atau pendekatan pendidikan
Islam yang bersepadu dan selaras dalam semua institusi pendidikan Islam yang sedia ada di
Negara kita. Kita perlu mewujudkan pengkaedahan yang sesuai dan mudah bagi
membolehkan pelajar-pelajar Islam membaca dan menghafaz al-Quran.

Kita perlu menyediakan bahan-bahan pendidikan al-Quran yang mencukupi dan


dalam pelbagai strategi ke arah menimbulkan minat pelajar-pelajar dalam mempelajari
Tilawah al-Quran. Mengekalkan atau membiasakan setiap pelajar membaca dan mengkaji
Tilawah al-Quran dan mengaitkan pengajaran-pengajaran dalam kehidupan seharian.

6. Rujukan

Anda mungkin juga menyukai