Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

JURNAL REFLEKTIF

MINGGU KESEPULUH

(10 April 2017 14 April 2017)

Masalah:

Setelah tujuh minggu saya menjalani praktikum, saya menghadapi satu masalah
yang serius oleh murid pada pembelajaran yang lalu termasukla ketika disekolah-
sekolah sebelum ini iaitu masalah menghasilkan corak menggunakan stensil.
Masalah tersebut ialah murid tidak dapat menghasilkan corak sepatutnya, tidak
mampu menjana idea baru dalam menghasilkan corak yang kreatif menggunakan
motif yang telah dibuat. Selain itu, murid juga mengambil masa yang lama dalam
menghasilkan grid untuk penghasilan corak terancang. Hal ini telah mengakibatkan
tempoh masa pembelajaran menjadi tidak cukup untuk murid menyiapkan kerja
mereka. Penggunaan stensil yang diperbuat daripada kertas tebal juga memberi
masalah kepada murid apabila melakukan aktiviti catan atau capan mahupun teknik
gosokan pada stensil kertas tersebut. Hal ini kerana, kertas tersebut mudan dan
cepat koyak dan mengakibatkan murid berasa tidak berminat untuk meneruskan
aktiviti tersebut, bahkan sekiranya diteruskan, maka hasil yang diperoleh akan tidak
kemas dan comot. Hal ini, tidak dapat menggambarkan ciri-ciri kekemasan, kreativiti
dan menarik. Hasil yang dipertunjukkan kepada guru agak mengecewakan apabila
aktiviti yang dijalankan banyak terganggu oleh sebab-sebab yang dinyatakan.

Analisis:

Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh:

1) Kualiti kertas.

2) Cara membuat grid.


3) Jenis motif.
4) Cara susunan motif.

Cadangan :
1) Satu inovasi baharu diperkenalkan. Murid tidak lagi berasa tidak semangat
untuk menghasilkan corak yang menarik.

2) Penggunaan stensil grid untuk memudahkan kerja-kerja murid ketika


menghasilkan corak.
3) Penghasilan pelbagai reka motif untuk diaplikasikan oleh murid dalam proses
penghasilan karya.
4) Penghasilan motif pelbagai saiz untuk diaplikasikan oleh murid dalam proses
penghasilan karya.

Tempoh Masa:

Penambahbaikan akan diteruskan oleh guru pendidikan seni visual dari semasa ke
semasa dalam tempoh persekolahan.

Anda mungkin juga menyukai