Anda di halaman 1dari 2

Pendekatan modular telah digunakan untuk menstruktur Standard Kurikulum Bahasa

Malaysia dengan tujuan memastikan penguasaan kecekapan berbahasa yang baik.


Setiap kemahiran telah dipecahkan kepada unit-unit kecil yang dikenali sebagai modul.
Lima modul yang terdapat dalam mata pelajaran bahasa Melayu berdasarkan
Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia
Sekolah Jenis Kebangsaan Tahap 1 ialah Modul Mendengar dan Bertutur, Modul
Membaca, Modul Menulis, Modul Seni Bahasa serta Modul Tatabahasa. Tiga modul
yang pertama berasakan kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran
membaca dan kemahiran menulis sementara Modul Seni Bahasa dan Modul
Tatabahasa menyokong ketiga-tiga modul tersebut untuk mengukuhkan kecekapan
berbahasa murid.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, fokus Modul Mendengar dan Bertutur ialah
kemahiran mendengar dan bertutur. Kemahiran mendengar merujuk kepada
keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan
perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberi
respons manakala kemahiran bertutur pula merupakan keupayaan murid
berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat,
perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul
secara sopan dan bertatasusila. Dalam kemahiran bertutur, penggunaan tatabahasa
dititikberatkan. Beberapa objektif telah ditetapkan bagi modul ini adalah seperti berikut:
murid berkeupayaan mendengar, memahami dan memberikan respons berdasarkan
arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul, bertutur dan berbual serta
menyatakan permintaan dengan betul secara bertatasusila, bercerita atau
menceritakan semula perkara yang diketahui menggunakan sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul, berbicara untuk menyampaikan maklumat, berbincang dan
mengemukakan pendapat secara bertatasusila dan sebagainya.

Modul Kemahiran Membaca pula menekankan kemahiran membaca di samping


penggabungjalinan kemahiran bahasa yang lain. Kemahiran membaca merujuk
kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran
yang betul. Aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan
menggunakan teknik-teknik membaca tidak boleh dikesampingkan. Murid juga
berkemampuan menghayati teks yang dibaca melalui modul tersebut. Modul ini telah
menggariskan beberapa objektif seperti murid berkeupayaan untuk membaca
perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan lancar dan menggunakan sebutan
dan intonasi yang betul serta memahaminya. Mereka juga berkebolehan membaca
dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat untuk memberi respons yang betul,
dapat menaakul bahan yang dibaca untuk memindahkan maklumat, memperkaya
kosa kata dan maklumat melalui bahan bacaan yang pelbagai.

Modul Kemahiran Menulis memberi penumpuan terhadap kemahiran menulis yang


merujuk kepada kebolehan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui
pelbagai jenis penulis yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman
peribadi yang telah dilalui. Penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan
yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas mesti diberi penekanan. Bagi
menghasilkan penulisan berunsur pengetahuan dan imaginasi, murid-murid tidak
dihad menggunakan kreativiti mereka. Murid juga dapat memperoleh penguasaan
kemahiran bahasa ini melalui situasi dan konteks dalam pelbagai bahan prosa, puisi
dan grafik. Objektif modul ini adalah murid berkebolehan mencatat dan menulis untuk
menyampaikan maklumat dengan menggunakan bahasa yang santun, menghasilkan
penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul, menulis ulasan dan sebagainya.

Modul Seni Bahasa merujuk kepada aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan
dalam bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai murid. Kecekapan memahami,
mengungkap dan menghayati bahasa yang indah dirangkumi dalam penguasaan
aspek seni bahasa. Hasil pembelajaran modul ini adalah murid dapat menghasilkan
serta mempersembahkan karya kreatif pelbagai genre secara lisan dan bertulis
melalui variasi teknik yang menarik. Pembelajaran yang membawa keseronokan
secara didik hibur dapat diwujudkan melalui aspek seni bahasa. Modul ini berobjektif
untuk membolehkan murid menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif,
semangat patriotic dan kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa.

Modul Tatabahasa pula merujuk kepada aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu
yang mesti seseorang murid memahami dan menguasai. Pengajaran mestilah
dirancang dengan teknik yang sesuai dan berkesan semasa mengajar aspek ini agar
dapat meningkatkan pemahaman murid serta dapat menggunakan tatabahasa
dengan betul dan tepat dalam pelbagai konteks. Objektif modul ini adalah murid
berkeupayaan menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan
dan penulisan.

Anda mungkin juga menyukai