Anda di halaman 1dari 4

Ambil sedikit gumpaste dan bentukkan seperti selinder seperti dalam gambar 1

Dengan menggunakan jari, tekan dan ratakan bahagian hadapannya untuk membentuk cermin
hadapan.
Kemudian tekan pula bahagian belakang dan naikkan sedikit hujungnya untuk membentuk bonet
kereta
Dengan menggunakan Modelling Tool Set alat seperti di atas yang hujungnya bulat, lurutkan ia
ke bawah di sisi kiri dan kanan. Kalau dough melekit-lekit sapukan sedikit tepung jagung untuk
memudahkan kita membentuk permukaannya.
Sekarang kita nak buat mulutnya pula.
Mulut adalah sesuatu yang agak sukar dan perlu diberikan perhatian yang lebih. Ini untuk
mendapatkan mood karektor tersebut supaya nampak hidup dan penuh penceritaan.
Dengan menggunakan pisau kita buatkan tanda untuk mulut
Kemudin dengan menggunakan Modelling Tool Set yang seperti dalam gambar, kita dalamkan
sedikit lekuk mulut kereta kita tadi
Tadi kita dah gunakan hujung yang tajam pada tool set kita. Sekarang gunakan pula hujung yang
sebelah lagi yang bentuknya seakan sudu kecil.
Dengan tool set yang seperti sudu kecil tu kita tolak sedikit atau satu bahagian sahaja daripada
bibir ( bukan semua ya..) tolak ke bawah supaya bibirnya nampak terbuka seakan berbicara.

Kemudian kita ambil sedikit dough putih dan letakkan dalam mulut yang terbuka tadi untuk
membentuk barisan gigi. Kemaskan
Ambil sedikit dough putih lagi, canai nipis dan gunting dengan gunting kecil atau potong dengan
pisau untuk membentuk cermin hadapan.
Ketepikan
Sekarang kita nak sediakan mata pula
Untuk membentuk mata, kita perlukan 3 dough yang berlainan warna. Warna mata terpulang
pada kita atau kita sebaiknya lihat karektor animasi tersebut untuk melihat warna mata yang
sebenar.
Untuk cars ni ita perlukan 3 dough berlainan warna dan warna pilihan ita biru, hitam dan putih
Buatkan bulat seperti guli yang sangat kecil dan berlainan saiz seperti dalam gambar
Untuk sepasang mata, kita perlukan setiap dough yang berlainan warna itu juga berpasang-
pasangan
Gentel dough tu bulat dan kecil, yang luar mata besar, kemudian mata tengah tu harus lebih kecil
dari mata luar yang biru dan cahaya mata yang putih harus lebih kecil dan halus dari anak mata
yang hitam
Kemudian kita tekan dengan jari supaya ia leper dan membentuk bulatan
Kita tindih-tindihkan setiap dough yang kita dah leperkan dan lekatkan dengan sedikit air atau
gum
Kita boleh juga membentuk karektor pada mata contoh mata nak melihat atas, atau sisi

Bila mata dah siap kita letakkan pada bahagian cermin hadapan
Kemudian kita tambahlah asesori yang lain yang terdapat pada kereta tersebut ~ untuk yang ni
potong dan gunting aje untuk membentuknya
Akhir sekali kita buat roda
Ada 2 kaedah
1. kita ambil dough buat bulat-bulat dan leperkan
2. kita canai doh tebal dan kita terap dengan acuan bulat
Akhir sekali kita tambahkan rim tengahnya
Sekarang kita lekatkan pada body kereta kita tadi dengan gum atau air

Anda mungkin juga menyukai