Anda di halaman 1dari 2

-

1. Senaraikan buku rujukan yang sesuai untuk tajuk kursus asas kepimpinan dan
perkembangan professional guru.

John West-Burnham & Fergus OSullivan. (2009). Mengembangkan Profesionalisme Di


Sekolah. Kuala Lumpur : Institut Terjamahan Negara Malaysia

John Dean. (1991). Professional Development In School.

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskan. (2013). Asas Kepimpinan Dan
Perkembangan Professional. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Ismail Mustafa. (2008). Kepimpinan Pendidikan : Teori Dan Amalan. Kedah : Pure Honey
Enterprise.

Hendiyat Soetypo & Wasty Soemanto. (1984). Kepimpinan Dan Supervisi Pendidikan.
Indonesia : Penerbit Bina Aksara

Robiah Sidin. (1989). Asas Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur : Pustaka Cipta Sdn.
Bhd.

Jane L.Sigford. (2006). The Effective School Leaders Guide To Management. California : A
Sage Publications Company.

Mark Brundrett, Neil Burton & Robert Smith. (2003). Leadership In Education. California : A
Sage Publications Company.

Nor Hasbimah Hashim & Siti Anidah Mahadi. (2011). Isu Dan Penyelesaian Dalam
Pengurusan Kepimpinan Pendidikan. Pahang : Institut Aminuddin Baki

2. Berikan takrifan
Profesion
Merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial
yang penting dengan berpegang kepada tahap kemahiran tertentu dan
suatu pengalaman pengetahuan sistematik.
Profesionalisme
Hoyle (1980) menghuraikan profesionalisme sebagai sikap dan
tindakan yang menyentuh aspek-aspek yang berkaitan dengan
pekerjaan seperti hal-hal tentang syarat-syarat kerja, soal gaji dan
upah, jadual tugas dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya.
Etika
Menurut ahli-ahli falsafah, etika merujuk kepada peraturan perilaku,
adat kebiasaan manusia dalam pergaulan antara satu sama lain dan
aturan ini menegaskan apakah yang benar dan apakah yang salah.
Kod Etika Keguruan Malaysia
-

- Kod etika profesion ialah peraturan untuk membantu guru yang


profesional mematuhi prinsip-prinsip yang termaktub demi menjaga
imej profesion.
Akauntabiliti
- Menurut Kamus Dewan 2007, akauntabiliti merujuk kepada sifat
bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan,
keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan dan
justifikasi yang diperlukan.
Integriti
- Nillsen (2004) menyatakan integriti sebagai soundness of moral
principle yang merujuk kepada keikhlasan dan kejujuran.

3. Carikan berita tentang isu guru melanggar etika keguruan. Bincangkan sebab
berlaku ketidakpatuhan etika keguruan.

Sebab-sebab berlaku ketidakpatuhan etika keguruan


Guru tersebut tidak dapat mengawal pergaduhan yang berlaku antara
dua pelajar tersebut.
Guru tersebut marah dan tidak dapat mengawal perasaan sendiri.
Guru menganggap tindakan sebagai satu pengajaran kepada pelajar
tersebut.