Anda di halaman 1dari 42

BAB 1

1.0 PENDAHULUAN

Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama,

dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif organisasi atau kumpulan, gerak

kerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan

mengawal.

Bilik darjah pula sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan

pembelajaran yang merupakan tempat terpenting di sekolah. Lebih penting lagi, bilik

darjah dikaitkan sebagai medan perjuangan utama kerjaya seorang guru.

Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus

kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) memerlukan

pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Oleh itu, guru perlu

mempunyai gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus,

kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal,

kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan

teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).

Menurut Levin dan Nolan (2004) adalah mudah membezakan antara dimensi

arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan memberikan tumpuan kepada

pentingnya aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri. Selain

itu, mereka juga berpendapat bahawa lebih mudah bagi kita untuk membezakan

anatara dimensi arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan membezakan

tumpuan kepada pentingnya aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu

sendiri.menurut kedua-dua pakar ini, mereka berpendapat bahawa kedua-dua

aspek arahan dan pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana

tindakan dan sikap guru itu bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai

oleh guru itu sendiri dalam PdP.

1
Keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran PdP

merupakan salah satu elemen penting dalam merealisasikan matlamat

sekolah untuk melahirkan insan yang cemerlang seperti yang dikatakan dalam

Falsafah Pendidikan. Namun, keadaan ini bukanlah suatu yang mudah untuk

dicapai.

Pemberian markah merit dan dimerit ke atas tingkah laku positif dan

negatif yang ditunjukkan oleh pelajar adalah merupakan salah satu langkah

yang dapat menarik minat mereka untuk memberi perhatian semasa proses

PdP sedang dijalankan (Stone, 2007). Hal ini adalah selari dengan pendapat

Teori Pelaziman Operan Skinner (Skinner, 1958) dan Model Disiplin Marlene dan

Lee Canter (1976). Menurut Skinner, pembelajaran akan berlaku jika ada

rangsangan dan tindak balas yang berulangan. Beliau menggunakan prinsip

peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah

laku yang diingini. Menurut Lee dan Marlene Canter pula, hak guru dan murid dalam

pengurusan bilik darjah dapat dijalankan dengan lancar melalui penguatkuasaan

peraturan bilik darjah. Oleh itu, guru harus menyalurkan hasrat yang diinginkan

dengan jelas. Berikutan itu, guru perlu menerangkan pelan-pelan pengurusan

disiplin sepeti berikut:

Penerangan Maklumkan Semak kefahaman


peraturan tentang ganjaran murid

Penerangan
Cara pelaksanaan
tentang tindakan
peraturan
pembetulan

Semak kefahaman Cara tindakan


murid pembetulan

Rajah 1.1: Langkah-langkahpelan pengurusan bilik darjah

2
Menurut mereka, individu bermotivasi ke atas dorongan satu matlamat.

Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua

manusia tanpa mengambil kira budaya,persekitaran dan perbezaan generasi.

Sistem merit dapat mewujudkan satu suasana baru untuk pelajar menumpukan

perhatian dan menarik minat pelajar untuk belajar kerana adanya matlamat yang

ingin dicapai. Pemberian markah merit dan dimerit merupakan salah satu

bentuk pengukuhan positif atau peneguhan positif yang mempunyai

kebarangkalian untuk pelajar mengulangi tingkah laku positif dilakukan dan

tidak mengulangi tingkah laku negatif.

Dalam mewujudkan suasana pembelajaran serta kawalan kelas yang baik,

pelaksanaan sistem merit ini tidak hanya perlu bertumpu kepada proses PdP

semata-mata, tetapi ianya perlu dilaksanakan dalam membentuk tingkah laku

pelajar. Contohnya, pelajar perlu mendengar dan mematuhi setiap arahan

guru bagi memperoleh markah merit dan dimerit yang telah ditetapkan seperti,

apabila guru meminta pelajar senyap, pelajar akan senyap dan tingkah laku ini akan

dinilai oleh guru. Begitu juga dengan kawalan ponteng pelajar. Guru dapat mengawal

masalah ponteng melalui sistem merit dan dimerit ini dengan menjanjikan

ganjaran sekiranya mereka sentiasa hadir ke dalam kelas.

Bagi memastikan pelaksanaan ini berkesan di dalam proses PdP,

guru juga perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

berpusatkan kepada pelajar, seperti tugasan dalam kumpulan agar mereka

dapat mewujudkan interaksi dan hubungan sosial yang baik. Keadaan ini secara

tidak langsung dapat memupuk semangat kerjasama dan saling hormat

menghormati di antara satu sama lain bagi mewujudkan suasana kelas yang

aman dan harmonis.

3
1.1 REFLEKSI PENGALAMAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Daripada ketiga-tiga praktikum yang dijalani, penyelidik menghadapi masalah

dari segi kawalan kelas. Kebanyakan pelajar sentiasa membuat bising dan tidak

memberikan tumpuan kepada pengajaran. Ada kalanya penyelidik terpaksa

berhenti mengajar kerana kebisingan pelajar ini di dalam kelas dan mengganggu

pengajaran pnyelidik. Akhirnya, penyelidik tidak dapat menghabiskan sesi PdP

serta terpaksa mengulang pengajaran yg sama pada hari yang lain. Selepas

beberapa kali menghadapi masalah tidak dapat menghabiskan pengajaran,

penyelidik telah membuat keputusan untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti PdP.

Namun, ini bukan merupakan cara penyelesaian yang baik kerana apabila pelajar

cepat menghabiskan aktiviti, mereka akan menjadi bosan dan kelas menjadi

lebih bising lagi.

Bagi Praktikum ketiga, penyelidik mengajar Matematik Tahun Lima.

Menurut Penolong Kanan Hal-ehwal Pelajar (PK HEM) SJK (T) Ulu Tiram, kelas

Tahun Lima Karna boleh dikatakan sebagai kelas yang bermasalah dari segi

disiplin. Antara masalah yang dikatakan oleh PK HEM ialah pelajar kelas ini suka

membuat bising walaupun guru berada dalam kelas, mereka kurang mendengar

arahan guru, serta suka melengah-lengahkan masa menyiapkan kerja yang diberi

oleh guru.

Oleh itu, penyelidik cuba memikirkan cara yang terbaik untuk menarik

minat dan penglibatan mereka dalam pengajaran Matematik. Antara cabaran

yang dihadapi oleh penyelidik ialah:

I. Pelajar suka bertanya soalan-soalan di luar jangkaan penyelidik

menyebabkan penyelidik gagal menjawabnya.

II. Pelajar juga kurang mendengar arahan yang diberi oleh penyelidik

sepertimana diberitahu oleh PK HEM.

4
III. Pelajar kelas ini, tidak menyiapkan tugasan yang diberi oleh penyelidik

pada masa yang ditetapkan. Mereka suka melengah-lengahkan tugasan

yang diberi.

Selepas beberapa minggu mengajar kelas Tahun Lima, penyelidik mendapati

beberapa orang pelajar sahaja yang benar-benar memahami apa yang diajar.

Pelajar didapati sering tidak menumpukan perhatian dan hanya bercakap-cakap

sesama sendiri. Ini dapat dikesan melalui lembaran kerja yang telah dijawab oleh

mereka yang mana hanya pelajar tertentu sahaja dapat menjawab lembaran

kerja yang disediakan dengan betul. Ini menunjukkan bahawa sebahagian

daripada mereka tidak menumpukan perhatian dalam sesi PdP yang disampaikan

oleh penyelidik. Guru pembimbing dan PK HEM penyelidik memaklumkan bahawa

kebanyakkan pelajar dalam kelas penyelidik adalah sukar untuk dikawal.

Perhatian mereka mudah teralih apabila sesuatu perkara yang lebih menarik seperti

sindiran kawan, pelajar yang lalu di luar kelas dan perkara-perkara yang berlaku di

luar kelas.

1.2 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian penyelidik pada kali ini adalah berkaitan dengan kawalan kelas

dari segi perubahan tingkah laku yang negatif dalam kelas. Ini kerana kegagalan

mengurus bilik darjah juga akan menyebabkan keberkesanan proses PdP

terjejas. Pelajar yang tidak menumpukan perhatian akan bercakap-cakap sesama

sendiri. Ini akan menyebabkan bilik darjah menjadi bising dan penyelidik

terpaksa menghentikan aktiviti pengajaran untuk menegur pelajar yang

bertingkah laku negatif. Akibatnya, kualiti pembelajaran menurun.

5
Selain itu, matlamat pengajaran dan hasil pembelajaran sukar dicapai.

Lebih banyak tingkah laku negatif antara pelajar akan wujud sekiranya guru-

guru tidak mempunyai kemahiran untuk mengawal bilik darjah. Sebaliknya,

seseorang guru yang dapat mengawal bilik darjahnya dengan baik, matlamat

pengajaran dan pembelajaran akan lebih mudah dicapai kerana pelajar

menumpukan perhatian kepada apa yang diajar oleh guru dan disiplin pelajar

dapat dipertingkatkan. Suasana bilik darjah akan menjadi lebih kondusif untuk

proses PdP.

Penyelidik berpendapat bahawa masalah kawalan kelas ini perlu diatasi

secepat mungkin agar sesi PdP dapat dilaksanakan dengan sempurna dan lancar.

Masalah ini sebaik-baiknya dicari jalan penyelesaiannya sebelum penyelidik

menghabiskan Praktikum Tiga kerana penyelidik akan menjadi guru tidak lama

lagi. Penyelidik tidak sepatutnya menghadapi masalah dalam kawalan kelas

memandangkan penyelidik telah menerima latihan selama lima setengah tahun di

Institut Pendidikan Perguruan.

Perubahan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk

mengubah tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan

teknik yang sesuai (Ragbir Kaur A/P Joginder Singh, 2005). Setiap guru mesti

mempunyai satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawalan kelas,

pembelajaran yang sihat dan produktif.

Sistem merit ialah peneguhan positif setelah perlakuan itu ditunjukkan yang

menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Menurut Rahil

Mahyuddin (2002), peneguhan positif meningkatkan sesuatu bentuk tingkah laku

dengan adanya rangsangan tertentu. Sesuatu peneguhan itu boleh diberikan dalam

bentuk bahan maujud (hadiah), sosial (seperti pujian) atau token (merit). Apa jua

rangsangan yang boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkah laku itu

akan disifatkan sebagai peneguhan positif.

6
Demerit adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau

mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, demerit

adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan

berlakunya tingkah laku tersebut. Ia juga bertujuan untuk menghentikan sesuatu

tingkah laku yang tidak diingini.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

i. Meningkatkan keberkesanan kawalan kelas menggunakan sistem merit dan

demerit ke atas semua pelajar.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

i. Adakah sistem merit dan demerit dapat meningkatkan keberkesanan

kawalan kelas?

ii. Sejauh mana sistem merit dapat meningkatkan penglibatan pelajar di

dalam kelas?

iii. Bagaimana sistem merit dapat memotivasikan pelajar dalam menyiapkan

tugasan dan mendengar arahan guru?

iv. Sejauh mana keberkesanan merit demerit Berjaya membantu penyelidik

mengawal bilik darjah dengan baik?

7
BAB 2

2.0 TINJAUAN LITERATUR

Disiplin sebagai satu cara kawalan dalam pendidikan awal kanak-kanak

banyak digunakan pada terma perlakuan zaman neo-Skinner (Skinner, 1972).

Kebanyakan sebab masalah kelakuan kanak-kanak dapat dikaitkan dengan

masalah keluarga kanak-kanak tersebut, latar belakang kanak-kanak dan juga

keadaan kanak-kanak yang tidak abnormal (Malacrida, 2004). Sejajar dengan ini,

penghalangan masalah ini daripada berlaku di dalam kelas adalah melalui pertama,

mengenal pasti jenis masalah kelakuan dan kedua, kesan daripada menangani

masalah tersebut melalui pengamalan cara stimuli-respon (Edwards & Watts,

2004). Oleh itu, guru menggalakkan kelakuan yang baik dengan memberi ganjaran,

contohnya pelekat bintang untuk pelajar dan menghalang kelakuan yang tidak baik

dengan hukuman seperti pelajar berdiri untuk seketika (Slee, 2005).

Kawalan kelas merupakan salah satu aspek penting yang perlu diberi

perhatian oleh seseorang guru sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kelas.

Omardin Ashaari (1999) berpendapat bahawa kaedah yang paling berkesan dalam

mengawal kelas dan lazimnya digunakan oleh guru ialah menggunakan kekuatan

dan ketegasan yang ada pada diri mereka sendiri. Secara umumnya, disiplin boleh

didefinisikan sebagai latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri

sendiri dan patuh pada tatatertib. (Kamus Dewan edisi ketiga, halaman 308).

Jane Nelsen juga menyumbang kajian beliau dalam membawa kawalan

kelas ke arah kawalan yang positif. Nelsen telah memberikan senarai tentang apa

yang perlu dilakukan untuk mewujudkan kelas yang seimbang. Hukuman negatif

seperti memalukan pelajar, kritikan yang negatif serta guru tidak mengambil berat

tentang pelajar tersebut hanya membawa keputusan serta merta dan bukannya

pembelajaran jangka masa panjang. Beliau menggalakkan pemberian masa kepada

8
pelajar untuk menyedari tanggungjawab pelajar dan memotivasikan pelajara melalui

pembelajaran nilai positif. Seorang guru seharusnya membantu pelajar

menyelesaikan masalah dan bukannya menjadi salah satu masalah kepada pelajar

(Nelsen, 2006).

Pemberian markah merit dan dimerit ke atas tingkah laku positif dan

negatif yang ditunjukkan oleh pelajar adalah merupakan salah satu langkah

yang dapat menarik minat mereka untuk memberi perhatian semasa proses

PdP sedang dijalankan (Stone, 2007). Hal ini adalah selari dengan pendapat

Teori Pelaziman Operan Skinner (Skinner, 1958) dan Model Disiplin Marlene dan

Lee Canter (1976). Menurut mereka, individu bermotivasi ke atas dorongan satu

matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh

semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan

generasi. Sistem merit dapat mewujudkan satu suasana baru untuk pelajar

menumpukan perhatian dan menarik minat pelajar untuk belajar kerana adanya

matlamat yang ingin dicapai. Pemberian markah merit dan dimerit merupakan

salah satu bentuk pengukuhan positif atau peneguhan positif yang mempunyai

kebarangkalian untuk pelajar mengulangi tingkah laku positif dilakukan dan

tidak mengulangi tingkah laku negatif.

Teori Pelaziman Operan Skinner. B. F Skinner (1958) telah menggunakan

prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan

tingkah laku yang diingini. Terdapat dua jenis peneguhan, iaitu peneguhan positif

dan peneguhan negative. Peneguhan positif merupakan rangsangan yang

diberikan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini seperti hadiah, pujian dan

markah merit manakala peneguhan negatif berlaku apabila rangsangan seperti

majalah dan komik dikeluarkan supaya pelajar kembali menunjukkan tingkah laku

yang diingini.

9
Model Disiplin Marlene dan Lee Canter (1976) adalah berasaskan

peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan pelajar terhadap

akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Model ini merupakan suatu

pendekatan yang positif yang membenarkan guru mengajar dan pelajar belajar. Ia

berasaskan prinsip-prinsip bahawa guru dan pelajar mempunyai hak untuk

mengajar dan belajar. Berikut merupakan ciri-ciri model ini:

I. Pelan yang berkesan hendaklah disediakan terlebih dahulu kemudian

dimaklumkan kepada pelajar pada hari pertama guru masuk kelas.

II. Tingkah laku yang wajar hendaklah diberikan pengukuhan.

III. Guru hendaklah bersifat asertif (kemampuan untuk menyatakan diri) jika

ingin mengawal bilik darjah.

IV. Guru perlu merangka satu sistem ganjaran dan dendaan yang boleh

dijadikan rujukan pelajar mengenai tingkah laku yang baik dan buruk. Penalti

diberikan kepada mereka yang terus melakukan salah laku.

Setelah merujuk kepada Teori Pelaziman Operan Skinner. B. F Skinner

(1958) dan Model Disiplin Marlene dan Lee Canter (1976), penyelidik telah

menggunakan ganjaran iaitu kaedah sistem merit dan demerit untuk mengatasi

masalah pengurusan bilik darjah. Ganjaran mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga

bermaksud membalas jasa dengan hadiah (untuk perbuatan baik dan lain-lain).

Menganjari pula bermaksud membalas jasa dengan hadiah iaitu manghadiahi atau

member balasan atau hukuman (Kamus Dewan edsi Ketiga, halaman 368). Abd.

Razak Ibrahim dan Aini Sulaiman (2000, seperti dinyatakan dalam Azman bin

Adnan, 2005) pula menyifatkan ganjaran bertujuan untuk meningkatkan semangat

produktiviti. Ini disebabkan lumrah manusia sentiasa memerlukan pujian dan

sanjungan setiap kali selesai melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan jayanya.

Pujian dan sanjungan inilah yang akan memberikan kesan yang amat tinggi kepada

seseorang untuk terus meningkatkan kejayaannya. Oleh itu, sistem ganjaran

10
merupakan satu sistem peneguhan. Penyelidik telah melaksanakan sistem

pemberian markah secara berkumpulan.

Bagi memastikan pelaksanaan ini berkesan di dalam proses PdP,

guru juga perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

berpusatkan kepada pelajar, seperti tugasan dalam kumpulan agar mereka

dapat mewujudkan interaksi dan hubungan sosial yang baik. Keadaan ini secara

tidak langsung dapat memupuk semangat kerjasama dan saling hormat

menghormati di antara satu sama lain bagi mewujudkan suasana kelas yang

aman dan harmonis.

11
BAB 3

3.0 METADOLOGI KAJIAN

3.1 KUMPULAN SASARAN

Penyelidik akan melakukan kajian ini ke atas pelajar tahun 5 Karna Sekolah

Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Ulu Tiram. Penyelidik memilih kumpulan

sasaran ini berdasarkan kenyataan Penolong Kanan Hal-ehwal Pelajar (PK HEM)

SJK (T) Ulu Tiram, kelas Tahun Lima Karna boleh dikatakan sebagai kelas

yang bermasalah dari segi disiplin serta pengalaman penyelidik mengajar kelas

tersebut. Kelas ini mempunyai sebanyak 32 orang pelajar. Daripada 32 orang

pelajar ini, sebanyak 15 orang adalah pelajar lelaki manakala yang selebihnya ialah

pelajar-pelajar perempuan.

3.2 PROSEDUR TINDAKAN

Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian tindakan bagi melihat sejauhmana

pelaksanaan kaedah merit dan demerit dapat mengawal tingkah laku pelajar bagi

memastikan keadaan di dalam kelas sentiasa terkawal. Penyelidik telah merujuk

kepada Teori Pelaziman Operan Skinner. B. F Skinner (1958) dan Model Disiplin

Marlene dan Lee Canter (1976) dalam mengatasi masalah yang penyelidik hadapi.

Kajian tindakan yang dilakukan adalah mengikut Model Kemmis dan Mc

Taggart (1988) dan dilaksanakan dalam 2 kitaran. Kajian ini dilakukan dengan

melibatkan 4 langkah utama iaitu, merancang, bertindak, memerhati/mengumpul

data dan mereflek/menilai. Bagi melaksanakan kajian ini, penyelidik hendak

merancang langkah-langkah pelaksanaan kajian penyelidik. Setiap langkah yang

dirancang oleh penyelidik akan memastikan kajian ini dijalankan dengan sistematik

dan lancar.perancangan ini dirancang bagi memastikan kajian ini dilengkapkan

12
dalam masa yang ditetapkan. Penyelidik telah meringkaskan perancangan tindakan

penyelidik dalam bentuk rajah dan jadual.

MENGENALPASTI MASALAH

(KELEMAHAN MENGAWAL KELAS)

. .

MERANCANG MERANCANG SEMULA

KEPELBAGAIAN KAEDAH KAWALAN KELAS MELALUI SISTEM


BERPUSATKAN PELAJAR DALAM MERIT DAN DEMERIT
PROSES PdP

BERTINDAK
BERTINDAK
MENGURANGKAN AKTIVITI SERTA
MEMPELBAGAIKAN AKTIVITI PdP
MENGIKUT KESESUAIAN TOPIK DAN
TAHAP PENERIMAAN PELAJAR.

MENGUMPUL DATA

MEREFLEK/ MENILAI

LAPORAN

Rajah 3.1: Kerangka konseptual / langkah-langkah pelaksanaan 13


Jadual 3.1 : Langkah-langkah pelaksanaan

Bil Langkah Pelaksanaan Tujuan / Rasional

1. Temubual bersama Guru Bagi mendapatkan kebenaran dari pihak

Besar, GPK Hem, Ketua sekolah untuk menlaksanakan kajian.

Panitia Matematik, Guru Bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi

Pembimbing matematik oleh pelajar.

2. Pembahagian kumpulan Guru matematik kelas tersebut membantu

membahagikan kumpulan.

3. Memperkenalkan set peraturan Memperkenalkan satu set peraturan yang

ringkas kepada pelajar.

4. Mempamerkan jadual Memperkenalkan satu jadual merit dan

demerit kepada pelajar.

5. Mengumpul data Menggunakan borang PR1 borang

pengajaran berpasangan serta senarai

semak.

Jadual 3.1 menunjukkan beberapa langkah yang telah dirancang dan dikenal

pasti oleh penyelidik bagi membantu mengatasi masalah pelajar dalam kawalan

kelas tahun 5 Karna di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Ulu Tiram,

Johor.

Antara langkah yang telah dirancang dan dikenal pasti adalah dengan

menggunakan sistem merit dan demerit selari dengan pendapat Teori Pelaziman

14
Operan Skinner (Skinner, 1958) dan Model Disiplin Marlene dan Lee Canter (1976).

Mengikut teknik ini pelajar telah bekerja secara kumpulan untuk mendapatkan

mata merit bagi kumpulan masing-masing. Bagi membolehkan pengajaran dan

pembelajaran Matematik berjalan lancar serta mengawal kelas dengan baik ,

penyelidik memerlukan suatu kaedah pengajaran yang sesuai bagi pelajar supaya

mereka dapat belajar dalam suasana kelas yang aman dan harmonis.

Antara langkahnya:

Langkah 1: Temubual bersama Guru Besar, GPK Hem, Ketua Panitia

Matematik, Guru Pembimbing Matematik

Sebagai punca utama kajian penyelidik, penyelidik akan berbincang dengan Guru

Besar, GPK Hem, Ketua Panitia Matematik serta Guru Pembimbing Matematik

sekolah tersebut. Perbincangan ini adalah untuk memastikan kewujudan masalah

kajian penyelidik di kalangan pelajar sekolah tersebut. Sekiranya wujud masalah

tersebut, penyelidik juga akan bertanya mengenai kaedah penyelesaian bagi

masalah tersebut. Penyelidik juga akan meminta kebenaran untuk melaksanakan

kaedah penyelesaian yang telah dirancang. Penyelidik telah mencuba dan

melakukan pelbagai kaedah pengajaran yang difikirkan sesuai untuk mengatasi

masalah kawalan kelas dan akhirnya penyelidik memlilih kaedah yang sesuai

dengan masalah yang dihadapi. Kaedah yang penyelidik pilih adalah kaedah merit

dan demerit yang diterapkan dalam Teori Pelaziman Operan Skinner (Skinner, 1958)

dan Model Disiplin Marlene dan Lee Canter (1976).

Langkah 2: Pembahagian Kumpulan

Terdapat faktor-faktor yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah

pembahagian kumpulan. Mengikut spektrum pengajaran dan pembelajaran Muska

Mosston (2001), terdapat banyak cara untuk memlih pasangan iaitu:

15
Beratur dan kira dengan kiraan lima-lima.

Abjad dengan dua nama pertama atau 3 nama terakhir atau sebaliknya.

Guru membahagikan kumpulan.

Pelajar memilih sendiri kumpulannya.

Tahap prestasi pelajar yang hampir sama atau yang berbeza.

Membahagikan kumpulan mengikut markah matematik pelajar dalam ujian

lepas.

Berdasarkan pemerhatian awal yang telah dijalankan, pembahagian

kumpulan ini kurang menjadi masalah kerana guru matematik kelas tersebut iaitu

Puan Thava telah membantu penyelidik membahagikan kumpulannya. Ini

memudahkan lagi kerja penyelidik dalam pembahagian pasangan semasa

penyelidik akan menjalankan kajian.

Langkah 3: Memperkenalkan Set Peraturan

Penyelidik akan melaksanakan tindakan yang telah dirancang dengan melibatkan

penggunaan kaedah merit dan demerit dalam kumpulan. Sebelum menggunakan

kaedah merit dan demerit, penyelidik telah memperkenalkan satu set peraturan-

peraturan yang ringkas kepada pelajar dalam kelas. Peraturan-peraturan tersebut

penyelidik paparkan dalam bentuk Power Point (Rujuk Lampiran) dan juga satu

jadual untuk dilekatkan dalam kelas(Rujuk Lampiran)

Peraturan-peraturan yang dikenakan seperti berikut:

I. Pelajar dikehendaki untuk tidak membuat bising sewaktu PdP dijalankan.

II. Pelajar boleh berbincang dalam kumpulan sewaktu aktiviti berkumpulan

dijalankan, tetapi dengan nada suara yang lembut.

III. Pelajar harus bekerjasama dalam kumpulan masing-masing sekiranya

aktiviti berkumpulan dijalankan.

16
IV. Pelajar harus mematuhi segala arahan yang diberikan oleh guru sewaktu

PdP dilaksanakan.

V. Pelajar harus menghantar kerja rumah atau kelas yang diberikan secara

berkumpulan pada masa yang telah ditetapkan.

Langkah 4: Mempamerkan Jadual

Jadual 3.2 : Jadual Merit dan Demerit

JADUAL MERIT DAN DEMERIT (5 KARNA)

ANGRY BEN POKEMON DRAGON POPEYE NARUTO

BIRD 10 BALL Z

Penyelidik memperkenalkan satu jadual merit dan demerit seperti jadual 3.2 kepada

pelajar dalam kelas. Dalam jadual itu penyelidik telah membahagikan kepada 6

ruang. Setiap satu ruang mewakili satu kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai

nama kumpulan tersendiri yang berlandaskan kepada nama animasi kartun. Antara

nama yang digunakan:

I. Kumpulan 1:Angry Bird

II. Kumpulan 2: Ben 10

III. Kumpulan 3: Pokemon

IV. Kumpulan 4: Dragon Ball z

V. Kumpulan 5: Popeye

VI. Kumpulan 6: Naruto

17
Setiap kumpulan diberi tiga merit sebelum PdP dimulakan. Sekiranya tingkah laku

pelajar dalam kumpulan adalah baik sepanjang PdP dijalankan untuk satu sesi,

maka satu merit lagi akan diberikan kepada kumpulan tersebut. Manakala untuk

kumpulan yang tidak mematuhi mana-mana peraturan-peraturan yang disenaraikan

di atas, maka kaedah demerit dgunakan iaitu satu merit dari kumpulan mereka akan

diambil oleh guru.

Langkah 5: Mengumpul Data

Penyelidik telah menggunakan borang PR1, borang pengajaran berpasangan serta

senarai semak untuk mengumpul data awal. Penyelidik telah menggunakan kaedah

yang sama untuk mendapatkan data akhir supaya tidak bercanggah dengan data

awal dan akhir. Penyelidik juga telah mengesan perubahan pelajar semasa

membandingkan data awal dan akhir.

3.3 INSTRUMEN, PROSEDUR DAN PENGANALISAAN DATA

i. Borang PR1

Borang PR1 yang telah diisi oleh guru pembimbing selepas setiap kali

penyeliaan telah digunakan untuk mengukur kualiti pengawalan kelas penyelidik.

Penyelidik telah menganalisis markah-markah untuk komponen pelaksanaan dalam

borang PR1 yang telah diberikan oleh guru pembimbing penyelidik. Penyelidik juga

telah menganalisis komen-komen yang dinyatakan oleh guru pembimbing.

Penyelidik hanya berfokus kepada rubrik/komponen (B) pelaksanaan dan (D) sikap

dan sahsiah bagi penganalisisan data seperti di bawah.

18
Komponen Aspek

(B) a. Permulaan

pelaksanaan b. Perkembangan pengajaran

c. Pengurusan bilik darjah

d. Komunikasi

e. Kualiti pembelajaran

f. penutup

(D) a. penampilan diri

Sikap dan Sahsiah b. keprihatinan

ii. Borang Pengajaran Berpasangan

Borang pengajaran berpasangan ini telah diisi oleh rakan praktikum penyelidik

semasa penyelidik menjalankan PdP. Hasil pemerhatian telah dicatat dalam borang

pengajaran berpasangan yang disediakan oleh pihak IPG. Analisis dijalankan

berdasarkan komen yang dapat dari pemerhatian rakan praktikum penyelidik.

iii. Borang Senarai semak Pemerhatian

Borang senarai semak pemerhatian telah diisi oleh penyelidik setiap minggu untuk

mengukur kualiti pangawalan kelas penyelidik. Borang senarai semak pemerhatian

ini telah dianalisis setiap minggu bagi setiap kumpulan bagi melihat perubahan

pelajar di dalam kelas. Objektif utama borang senarai semak ini adalah untuk

memastikan setiap kumpulan mematuhi segala peraturan yang ditentukan oleh

penyelidik.

19
BAB 4

4.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Bahagian ini membincangkan tentang cara data-data dianalisis dan

diinterpretasi. Dengan menganalisis data-data yang diperolehi, penyelidik dapat

menginterpretasi data-data yang dianalisis tersebut. Analisis data adalah

berdasarkan kepada objektif kajian iaitu meningkatkan keberkesanan kawalan kelas

menggunakan sistem merit dan demerit ke atas semua pelajar. Objektif kajian ini

diukur menggunakan instrumen Borang PR1 (Rujuk Lampiran A), Borang

Pengajaran berpasangan (Rujuk Lampiran B) dan Borang Senarai Semak

Pemerhatian (Rujuk Lampiran C)

4.1 Penganalisisan Borang PR1

Instrumen pertama yang digunakan dalam mengukur objektif kajian adalah

Borang PR1. Penyelidik telah menjalankan penyeliaan untuk mengetahui

keberkesanan kawalan kelas menggunakan sistem merit dan demerit ke atas

semua pelajar. Penyelidik telah diperhati dan diselia oleh guru pembimbing

terhadap pengajaran saya dari semasa ke semasa. Hasil pemerhatian telah

dicatatkan dalam Borang PR1 yang telah disediakan. Skala Likert telah digunakan

dalam borang itu dengan skala 1 menunjukkan terdapat banyak kelemahan yang

perlu diberi perhatian manakala skala 5 menunujukkan amat baik, cemerlang

dalam banyak aspek.

Pemerhatian oleh guru pembimbing telah dijalankan 4 kali. Min dan sisihan

piawai untuk komponen yang difokus dalam borang PR1 telah dianalisis.

Peningkatan dalam min dan penurunan dalam sisihan piawai menunjukan bahawa

keberkesanan kawalan kelas telah meningkat.

20
Jadual 4.1 : Penganalisisan Borang PR1

Minggu 1/ Minggu 2/ Minggu 3/ Minggu 4/

komponen Aspek Penyeliaan Penyeliaan Penyeliaan Penyeliaan

1 2 3 4

a. Permulaan 4 4 4 5

b. Perkembangan
3 4 4 5
pengajaran

c. Pengurusan bilik
3 3 4 5
(B) darjah
Pelaksanaan
d. Komunikasi 3 4 4 5

e. Kualiti
4 4 4 5
pembelajaran

f. penutup 4 4 4 5

(D) a. penampilan diri 4 4 4 5


Sikap dan
b. keprihatinan 4 4 5 5
Sahsiah

Jumlah 29 31 33 40

Min 3.625 3.875 4.125 5

Sisihan Piawai 0.483 0.337 0.337 0

21
GRAF PENGANALISISAN TAHAP BORANG PR1
6

ASPEK (KOMPONEN B)
5

4 a= permulaan
b= perkembangan pengajaran
TAHAP

3
c= pengurusan bilik darjah
2 d=komunikasi
e=kualiti pebelajaran
1
f= penutup
0
1 2 3 4
PENYELIAAN KE-

Rajah 4.1: Graf Penganalisisan Tahap Borang PR1

Jadual 4.1 dan rajah 4.1, menunjukkan penganalisisan Borang PR1 oleh

guru pembimbing di sekolah. Penyelidik telah mendapat marakah purata 3.625 pada

minggu pertama iaitu penyeliaan pertama daripada guru pembimbing. Dalam

penyeliaan pertama, terdapat penyelidik memang mempunyai masalah dalam

pelaksanaan PdP dari segi perkembangan pengajaran, pengurusan bilik darjah

serta komunikasi. Penyelidik hanya berada pada tahap 3 dalam aspek-aspek

tersebut. Markah purata penyelidik pada penyeliaan pertama kurang memuaskan.

Dalam penyeliaan kedua, penyelidik mendapat 3.875 sebagai markah

purata. Semasa penyeliaan kedua, penyelidik sudah memperkenalkan sistem merit

dan demerit. Selepas memperkenalkan sistem tersebut, penyelidik, masih

menghadapi masalah dalam pengurusan bilik darjah. Penyelidik masih berada pada

tahap 3 dalam aspek tersebut.

Dalam penyeliaan ketiga, penyelidik mendapat 4.125 sebagai markah

purata. Markah purata ini menunjukkan penyelidik berada pada tahap yang baik.

Penyelidik berada pada tahap 4 dalam semua aspek kecuali aspek keprihatinan.

22
Dalam aspek keprihatinan, penyelidik berada pada tahap 5. Hal ini menunjukkan

penyelidik telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mangawal bilik darjah

semasa PdP dijalankan.

Penyelidik telah mendapat markah purata keseluruhan iaitu 5 pada

penyeliaan yang keempat. Ini adalah penyeliaan yang terakhir. Markah purata ini

menunjukkan penyelidik telah mencapai objektifnya iaitu,meningkatkan

keberkesanan kawalan kelas menggunakan sistem merit dan demerit ke atas

semua pelajar. Penyelidik berada pada tahap yang cemerlang dalam PdP yang

dijalankan. Daripada penganalisisan tersebut, penyelidik telah melaksanakan PdP

dan mengurus bilik darjah dengan baik.

Secara keseluruhannya, penyelidik telah mendapat peningkatan markah

pada setiap penyeliaan. Ini telah membuktikan bahawa sistem merit dan demerit

yang telah digunakan telah berjaya meningkatkan keberkesanan kawalan kelas ke

atas semua murid.

Jadual 4.2 : Penganalisisan komen-komen dalam Borang PR1

Pihak penilaian Minggu Penyeliaan Ulasan

- guru perlu kawal kelas kerana

perkembangan pengajaran kurang

baik.
1 1
Guru pembimbing - Jika kawalan kelas baik maka

(En. K. komunikasi berkesan.

Brabahgaran) - Penampilan baik. Teruskan usaha.

- Guru memulakan PdP dengan baik.

2 2 - Sistem merit dan demerit

digunakan baik tatapi guru perlu

23
memantapkan lagi.

- Suasana PdP memeriahkan.

- Penampilan guru menunjukan sikap

profesianal guru.

- Guru telah berusaha untuk

memperbaiki dalam pelbagai

aspek. Teruskan usaha anda.

- Kesediaan murid amat baik.

- Melaksankan PdP secara teratur.

- Sistem merit dan demerit

mewujudkan persekitaran yang

menggalakkan pembelajaran.

- Sikap professional ditunjuk.


3 3
- Seorang guru yang peka, mesra dan

sabar.

- Hasil pembelajaran telah

mencapai objektifnya. Murid-

murid telah melibatkan diri

dengan aktif. Tahniah. Syabas.

- Berjaya mewujudkan kesediaan

murid untuk belajar.

- Berjaya melaksanakan langkah-

4 4 langkah PdP secara teratur.

- Mewujudkan persekitaran yang

mengalakkan dengan penggunaan

sistem merit dan demerit. Syabas.

24
- Menunjukan keyakinan diri dalam

segala perlakuan.

- Proses PdP pada hari ini telah

dirancang dengan teratur.

- Guru telah menggunakan sistem

merit dan demerit bagi mengawal

kelas amat baik. Syabas.

Daripada jadual 4.2, bagi penyeliaan pertama, guru pembimbing telah

melaku pemerhatian berkaitan dengan masalah penyelidik dalam mengawal kelas

iaitu tidak dapat mengawal disiplin para pelajar. Selepas mendengar ulasan beliau,

penyelidik mulai memperkenalkan sistem merit dan demerit semasa proses PdP

matematik penyelidik. Selepas penyelidik melaksanakan sistem tersebut, beliau

telah memberi ulasan-ulasan yang positif kepada penyelidik. Ini telah menunjukkan

bahawa pelaksanaan sistem ini telah berjaya meningkatkan keberkesanan kawalan

kelas.

Selain itu, min markah bagi setiap penyeliaan yang diberikan oleh guru

pembimbing telah meningkat. Ini menunjukkan bahawa guru pembimbing telah

bersetuju dengan sistem merit dan demerit yang digunakan telah berjaya

meningkatkan keberkesanan kawalan kelas.

25
4.2 Penganalisisan Borang Maklumbalas Pengajaran Berpasangan

Instrumen kedua yang digunakan dalam mengukur objektif kajian adalah

Borang Maklumbalas Pengajaran Berpasangan. Penyelidik telah mengadakan

pengajaran berpasangan dengan rakan praktikumnya. Rakan praktikum telah

memerhati PdP yang telah dijalankan oleh penyelidik dan menulis komen-komenya

di dalam borang maklumbalas pengajaran berpasangan. Pemerhatian oleh rakan

praktikum telah dijalankan selama 4 kali.

Jadual 4.3 : Penganalisisan komen-komen dalam Borang Maklumbalas Pengajaran

Berpasangan

Pemerhatian
Pihak Penilaian Komen-komen
ke-

- Guru yang dedikasi dan komited.

- Kemahiran kawalan kelas masih

1 perlu diperbaiki- aspek suara dan

arahan.

- Bising

- Terdapat usaha untuk


Rakan Praktikum memperbaiki kualiti pengajaran

dan pembelajaran.

- Cadangan penambahbaikan
2
adalah dari aspek sistem merit

dan demerit.

- Tidak ada peraturan yang perlu

dipatuhi oleh pelajar semasa

26
melaksanakan sistem merit dan

demerit.

- Teruskan sifat ketegasan

terhadap murid-murid.
3
- Memperbanyakkan aktiviti-

aktiviti kepada para pelajar.

- Suasana PdP pada hari ini amat

aktif dan responsive.

- Terdapat perubahan positif

4 kearah penguasaan kemahiran

pengajaran dan pembelajaran.

- Teruskan komitmen dan usaha

yang bersungguh-sungguh.

Jadual 4.3 menunjukkan penganalisisan komen-komen dalam borang

maklumbalas pengajaran berpasangan. PdP penyelidik telah diperhatikan oleh

rakan intership penyelidik iaitu Nanthini Kanapathy dan telah memberikan komen-

komennya dalam borang yang disediakan. (Rujuk Lampiran B)

Dalam penyeliaan pertama, penyelidik agak lemak dalam aspek mengawal

kelas semasa PdP. Selepas penyelidik melaksanakan sistem merit dan demerit

dalam kelas di mana pelaksanaan aktiviti kumpulan dan pemberian ganjaran

mengikut tingkah laku ahli kumpulan dan pencapaian kumpulan diutamakan dalam

penyeliaan kedua. Penyelidik hanya perlu mengenalkan set peraturan yang harus

dipatuhi oleh pelajar. Dalam penyeliaan ketiga, penyelidik telah memperkenalkan

27
set peraturan kepada pelajar. Dalam penyeliaan terakhir, rakan praktikum telah

melihat terdapat perubahan positif yang telah ditunjukkan oleh penyelidik keaarh

penguasaan kawalan kelas.

Secara keseluruhan, melalui komen-komen yang telah diberikan oleh rakan

praktikum penyelidik telah menunjukkan peningkatan dalam kawalan kelas iaitu

mengawal bilik darjah dengan baik. Dengan kata lain, sistem merit dan demerit telah

membantu meningkatkan keberkesanan kawalan kelas.

4.3 Penganalisisan Borang Senarai Semak Pemerhatian

Instrumen ketiga yang digunakan dalam mengukur objektif kajian adalah

borang pemerhatian iaitu senarai semak. Penyelidik telah menyediakan satu senarai

semak pemerhatian mengikut peraturan-peraturan yang dikenakan dan

menjalankan pemerhatian selama 4 kali.

Jadual 4.4 : Penganalisisan Borang Snarai Semak Kumpulan 1 (Angry Bird)

Item/minggu Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4

Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak

I. Pelajar dikehendaki untuk tidak

membuat bising sewaktu PdP

dijalankan.

II. Pelajar boleh berbincang dalam

kumpulan sewaktu aktiviti



kumpulan dijalankan, tetapi

dengan nada yang lembut.

28
III. Pelajar harus bekerjasama

dalam kumpulan masing-masing



sekiranya aktiviti berkumpulan

dijalankan.

IV. Pelajar harus mematuhi segala

arahan yang diberikan oleh guru


sewaktu PdP dilaksanakan.

V. Pelajar harus menghantar kerja

rumah atau kelas yang

diberikan secara berkumpulan


pada masa yang telah

ditetapkan.

Merujuk jadual 4.4, kumpulan 1 iaitu Angry Bird tidak menepati semua

peraturan di atas pada minggu pertama. Pada minggu kedua pula, pelajar kumpulan

1 telah bekerjasa dalam kumpulannya semasa aktiviti berkumpulan dijalankan

manakala pada minggu ketiga pula, pelajar-pelajar kumpulan ini tidak membuat

bising sewaktu penyelidik menjalankan PdP dan telah berbincang dalam kumpulan

dalam nada yang lembut. Pada minggu keempat iaitu minggu terakhir kumpulan

pertama telah menepati semua peraturan yang dikenakan.

29
Jadual 4.5 : Penganalisisan Borang Snarai Semak Kumpulan 2 (Ben 10)

Item/minggu Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4

Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak

I. Pelajar dikehendaki untuk tidak



membuat bising sewaktu PdP

dijalankan.

II. Pelajar boleh berbincang dalam

kumpulan sewaktu aktiviti kumpulan



dijalankan, tetapi dengan nada yang

lembut.

III. Pelajar harus bekerjasama dalam

kumpulan masing-masing sekiranya


aktiviti berkumpulan dijalankan.

IV. Pelajar harus mematuhi segala

arahan yang diberikan oleh guru


sewaktu PdP dilaksanakan.

V. Pelajar harus menghantar kerja

rumah atau kelas yang diberikan



secara berkumpulan pada masa

yang telah ditetapkan.

Merujuk jadual 4.5, pelajar-pelajar kumpulan Ben 10 juga susah untuk

dikawal pada minggu pertama. Pada minggu kedua, kumpulan ini telah melakukan

tugasan kumpulan dengan baik. Mereka telah mendengar arahan penyelidik

30
semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Mereka juga telah menghantar kerja rumah

yang diberikan secara berkumpulan pada masa yang ditetapkan pada minggu

ketiga , manakala pada minggu keempat, kumpulan Ben 10 telah mematuhi semua

peraturan yang yang harus dipatuhi.

Jadual 4.6: Penganalisisan Borang Snarai Semak Kumpulan 3 (Pokemon)

Item/minggu Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4

Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak

I. Pelajar dikehendaki untuk tidak

membuat bising sewaktu PdP

dijalankan.

II. Pelajar boleh berbincang dalam

kumpulan sewaktu aktiviti kumpulan



dijalankan, tetapi dengan nada yang

lembut.

III. Pelajar harus bekerjasama dalam

kumpulan masing-masing sekiranya


aktiviti berkumpulan dijalankan.

IV. Pelajar harus mematuhi segala

arahan yang diberikan oleh guru


sewaktu PdP dilaksanakan.

V. Pelajar harus menghantar kerja

rumah atau kelas yang diberikan



secara berkumpulan pada masa

yang telah ditetapkan.

31
Jadual 4.6 menunjukkan pemerhatian penyelidik terhadap kumpulan ketiga

iaitu kumpulan Pokemon selama empat minggu. Pada minggu pertama, penyelidik

menghadapi masalah untuk mengawal kumpulan ini. Ahli-ahli kumpulan ini tidak

menepati semua peraturan di atas. Selepas penyelidik menggunakan sistem merit

dan demerit, kumpulan telah menggurangkan nada suara mereka semasa aktiviti

kumpulan dijalankan. Pada minggu ketiga, kumpulan ketiga iaitu, Pokemon telah

menunjukkan sikap positif semasa aktiviti kumpulan, ahli-ahli kumpulan ini telah

bekerjasama satu sama lain semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Pada minggu

keempat pula, kumpulan ini telah menunjukkan komitmen yang bagus.

Jadual 4.7 : Penganalisisan Borang Snarai Semak Kumpulan 4(Dragon Ball Z)

Item/minggu Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4

Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak

i. Pelajar dikehendaki untuk tidak

membuat bising sewaktu PdP

dijalankan.

ii. Pelajar boleh berbincang dalam

kumpulan sewaktu aktiviti



kumpulan dijalankan, tetapi

dengan nada yang lembut.

iii. Pelajar harus bekerjasama dalam

kumpulan masing-masing

sekiranya aktiviti berkumpulan

dijalankan.

32
iv. Pelajar harus mematuhi segala

arahan yang diberikan oleh guru


sewaktu PdP dilaksanakan.

v. Pelajar harus menghantar kerja

rumah atau kelas yang diberikan



secara berkumpulan pada masa

yang telah ditetapkan.

Merujuk jadual 4.7, ini adalah senarai semak pemerhatian bagi kumpulan 4

iaitu Dragon Ball Z. Pada minggu pertama kumpulan ini telah menghantar kerja

rumah yang diberikan secara kumpulan pada masa yang ditetapkan tetapi membuat

bising semasa PdP dijalankan. Pada minggu kedua, kumpulan 2 ini telah

menggunakan nada yang lembut semasa aktiviti kumpulan. Pada minggu

seterusnya, ahli-ahli kumpulan ini telah menunjukkan tingkah laku yang positif

semasa aktiviti kumpulan. Pada minggu terakhir, kumpulan ini telah mematuhi

semua peraturan yang ditetapkan oleh penyelidik bagi kajiannya.

Jadual 4.8 : Penganalisisan Borang Snarai Semak Kumpulan 6 (Popeye)

Item/minggu Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4

Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak

i. Pelajar dikehendaki untuk tidak

membuat bising sewaktu PdP

dijalankan.

ii. Pelajar boleh berbincang

dalam kumpulan sewaktu aktiviti

kumpulan dijalankan, tetapi dengan

33
nada yang lembut.

iii. Pelajar harus bekerjasama

dalam kumpulan masing-masing



sekiranya aktiviti berkumpulan

dijalankan.

iv. Pelajar harus mematuhi segala

arahan yang diberikan oleh guru


sewaktu PdP dilaksanakan.

v. Pelajar harus menghantar

kerja rumah atau kelas yang



diberikan secara berkumpulan pada

masa yang telah ditetapkan.

Merujuk jadual 4.8 , pelajar-pelajar kumpulan Popeye senang untuk dikawal

pada minggu pertama kerana mereka mematuhi segala arahan yang diberi oleh

penyelidik tetapi kumpulan ini suka membuat bising semasa aktiviti kumpulan

dijalankan. Pada minggu kedua, kumpulan ini telah melakukan tugasan kumpulan

dengan baik. Mereka telah mendengar arahan penyelidik dan berbincang dengan

nada yang lembut semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Pada minggu ketiga pula,

kumpulan Popeye tidak membuat bising semasa PdP dijalankan. Pada minggu

keeempat, kumpulan ini telah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.

34
Jadual 4.9 : Penganalisisan Borang Snarai Semak Kumpulan 6 (Naruto)

Item/minggu Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4

Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak

i. Pelajar dikehendaki untuk tidak

membuat bising sewaktu PdP

dijalankan.

ii. Pelajar boleh berbincang

dalam kumpulan sewaktu aktiviti



kumpulan dijalankan, tetapi

dengan nada yang lembut.

iii. Pelajar harus bekerjasama

dalam kumpulan masing-masing



sekiranya aktiviti berkumpulan

dijalankan.

iv. Pelajar harus mematuhi

segala arahan yang diberikan oleh


guru sewaktu PdP dilaksanakan.

v. Pelajar harus menghantar

kerja rumah atau kelas yang



diberikan secara berkumpulan

pada masa yang telah ditetapkan.

Jadual 4.9 menunjukkan pemerhatian penyelidik terhadap kumpulan

terakhir, iaitu kumpulan Naruto selama empat minggu. Pada minggu pertama,

35
penyelidik menghadapi masalah untuk mengawal kumpulan ini. Ahli-ahli kumpulan

ini tidak menepati peraturan tetapi kumpulan ini tidak ada masalah dalam

menghantar atau menyiapkan kerja rumah yang diberikan pada masa yang

ditetapkan. Selepas penyelidik menggunakan sistem merit dan demerit, kumpulan

telah menggurangkan nada suara mereka semasa aktiviti kumpulan dijalankan.

Pada minggu ketiga, kumpulan ini telah menunjukkan sikap baik semasa aktiviti

kumpulan, ahli-ahli kumpulan ini telah bekerjasama satu sama lain semasa aktiviti

kumpulan dijalankan. Pada minggu keempat pula, kumpulan ini telah menunjukkan

komitmen yang bagus terhadap PdP yang dijalankan oleh penyelidik.

Jadual 4.10: Penganalisis keseluruhan borang senarai semak pemerhatian

Kumpulan/
Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4
minggu

P1 P1 P1 P1
Kumpulan 1 P2 P2 P2 P2
(Angry Bird) P3 P3 P3 P3
P4 P4 P4 P4
P5 P5 P5 P5

P1 P1 P1 P1
Kumpulan 2 P2 P2 P2 P2
(Ben 10) P3 P3 P3 P3
P4 P4 P4 P4
P5 P5 P5 P5

P1 P1 P1 P1
Kumpulan 3 P2 P2 P2 P2
(Pokemon) P3 P3 P3 P3
P4 P4 P4 P4
P5 P5 P5 P5

36
P1 P1 P1 P1
Kumpulan 4 P2 P2 P2 P2
(Dragon Ball Z) P3 P3 P3 P3
P4 P4 P4 P4
P5 P5 P5 P5

P1 P1 P1 P1
Kumpulan 5 P2 P2 P2 P2
(Popeye) P3 P3 P3 P3
P4 P4 P4 P4
P5 P5 P5 P5

P1 P1 P1 P1
Kumpulan 6 P2 P2 P2 P2
(Naruto) P3 P3 P3 P3
P4 P4 P4 P4
P5 P5 P5 P5

Jadual 4.10 ini menunjukkan penganalisisan keseluruhan borang senarai

semak pemerhatian. Terdapat banyak peningkatan dalam kalangan murid. Pada

mulanya, semua kumpulan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Apabila

penyelidik mula menggunakan Sistem Merit dan Demerit, semua kumpulan mula

mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Disamping itu, tingkah laku yang baik dan keyakinan diri yang tinggi

ditunjukkan oleh setiap kumpulan. Walaupun pada minggu pertama , semua

kumpulan tidak menujukkan tingkah laku yang baik namun pada minggu keempat

iaitu minggu terakhir semua kumpulan telah menepati semua peraturan.

Secara keseluruhanya, keenam-enam kumpulan telah menujukkan nilai dan

semangat bersungguh-sungguh pada minggu keempat.

37
4.4 Rumusan

Bab 4 ini mengandungi analisis dan interpretasi data yang diperolehi hasil

daripada Borang PR1, Borang maklumbalas pengajaran berpasangan serta Borang

senarai semak pemerhatian. Berdasarkan kepada data yang dianalisis secara

terperinci, dapat membuktikan bahawa penyelidik memang menghadapi masalah

mengawal kelas. Namun demikian, selepas melaksanakan intervensi iaitu

penggunaan sistem merit dan demerit ini semasa PdP adalah berkesan dan

mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Hal ini dibuktikan dengan keputusan

min dan sisihan piawai dari Borang PR1. Selain itu, komen-komen oleh guru

pembimbing dan rakan intership serta analisis senarai semak pemerhatian juga

membuktikan bahawa penggunaan sistem merit dan demerit telah dapat mengawal

kelas serta mencapai objektif kajian iaitu meningkatkan keberkesanan kawalan

kelas menggunakan sistem merit dan demerit ke atas semua pelajar.

Kesimpulannya, hasil penyelidik telah membuktikan penggunaan Sistem

Merit dan Demerit dapat mewujudkan disiplin seseorang pelajar. Hal ini berkait rapat

dengan Teori Peneguhan Skinner yang mengutamakan ganjaran, insentif dan

peneguhan sosial yang digunakan untuk memotivasikan pelajar supaya mengulangi

tingkah laku yang diingini. Mengikut beliau tanpa ganjaran, insentif atau peneguhan

sosial, tingkah laku yang diingini akan berhenti dan lenyap.

38
BAB 5

5.0 Rumusan Dan Cadangan

5.1 Rumusan Dapatan

Berdasarkan kepada data yang dianalisis secara terperinci, dapat

membuktikan bahawa sistem merit dan demerit ini adalah berkesan dan mencapai

objektif kajian yang telah ditetapkan.

Di dalam Hierarki Keperluan Maslow juga, telah membuktikan bahawa,

manusia memerlukan penghargaan, penghormatan dan pengiktirafan daripada

orang lain atas sumbangan dan pencapaian diri mereka. Maslow mengangga

bahawa manusia akan terus bermotivasi kerana sesuatu matlamat yang diimpikan.

Sekiranya ia dapat membina keyakinan diri dalam diri mereka di mana mereka

merasakan bahawa diri mereka mempunyai kebolehan diri untuk mencapai

matlamat tersebut.

Begitu juga halnya dengan pelajar. Mereka mempunyai keinginan untuk

memperoleh sesuatu dan melalui pemberian markah merit ini, mendorong mereka

untuk melakukan sesuatu yang lebih baik. Dengan adanya keinginan ini, mendorong

pada mereka untuk sentiasa memberikan tumpuan serta komitmen yang baik si

dalam PdP samada secara individu mahupun berkumpulan. Keadaan ini telah

membantu dalam meningkatkan keberkesanan kawalan kelas semasa proses PdP.

Penglibatan pelajar yang aktif di dalam kelas dapat membantu guru untuk

mengawal kelas dan memastikan proses PdP berjalan dengan lancar seperti yang

telah dirancang..

Pemberian markah merit dan demerit mengikut kumpulan telah mendorong

pelajar untuk mewujudkan kerjasama yang baik bagi membolehkan setiap ahli

mereka memperoleh markah merit yang tertinggi. Hal ini secara tidak langsung

39
dapat mewujudkan hubungan yang baik, kerjasama, komitmen dan perasaan saling

bergantungan antar satu sama lain di kalangan pelajar. Dengan adanya sikapini,

mereka dapat mewujudkan suasana yang aman dan harmonis di dalam kelas tanpa

sebarang pertelingkahan.

Jika dulu arahan guru dan setiap tugasan yang diberikan sering diendahkan

oleh pelajar, namun dengan adanya sistem merit dan demerit ini mereka sedaya

upaya ingin menyiapkan serta mendengar setiap arahan yang diberikan oleh guru

bagi mengumpulkan markah merit tertinggi.

Melalui sistem merit ini secara tidak langsung ia dapat membentuk sifat

kebiasaan dalam diri pelajar untuk bertanggungjawab ketika berada dalam proses

PdP seperti sentiasa member tumpuan dan focus kepada proses pembelajaran

untuk memperoleh maklumat serta member maklum balas kepada setiap persoalan

yang dikemukakan oleh guru. Walaupun pada peringkat awal, pelajar melakukan

sesuatu tugasan atau menunjukkan tingkah laku yang baik hanya untuk

memperoleh merit, namun lama-kelamaan sikap ini akan menjadi kebiasaan dalam

diri pelajar. Sistem merit dan demerit ini secara tidak langsung juga akan

membentuk disiplin serta keyakinan yang tinggi di dalam diri pelajar untuk

melakukan sesuatu yang lebih baik erana adanya ganjaran dan penghargaan yang

diberikan.

Melalui aktiviti di dalam kumpulan juga akan dapat memupuk komunikasi

serta hubungan yang baik di kalangan pelajar. Hubungan baik ini mendorong untuk

mereka saling hormat menghormati dan bertanggungjawab di antara satu sama lain.

Ikatan ini secara tidak langsung akan mewujudkan suasana kelas yang aman dan

harmonis.

Hal ini adalah selari dengan pendapat Teori Pelaziman Operan Skinner

(Skinner, 1958) dan Model Disiplin Marlene dan Lee Canter (1976). Menurut

40
Skinner, pembelajaran akan berlaku jika ada rangsangan dan tindak balas yang

berulangan. Beliau menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-

elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Menurut Lee dan

Marlene Canter pula, hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah dapat

dijalankan dengan lancar melalui penguatkuasaan peraturan bilik darjah. Oleh itu,

guru harus menyalurkan hasrat yang diinginkan dengan jelas.

Kesimpulannya, perubahan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu

rancangan untuk mengubah tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah

ditetapkan dengan teknik yang sesuai (Ragbir Kaur A/P Joginder Singh, 2005).

Setiap guru mesti mempunyai satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawalan

kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif.

5.2 Implikasi Kajian

Daripada kajian yang telah dilakukan, terdapat implikasi positif yang dapat

dikenalpasti. Antara implikasi positif adalah, melalui sistem merit dan demerit ini

secara tidak langsung ia dapat membentuk sifat kebiasaan dalam diri pelajar untuk

bertanggungjawab ketika berada dalam proses PdP seperti sentiasa member

tumpuan dan focus kepada proses pembelajaran untuk memperoleh maklumat serta

memberi maklum balas kepada setiap persoalan yang dikemukakan oleh guru.

Walaupun pada peringkat awal, pelajar melakukan sesuatu tugasan atau

menunjukkan tingkah laku yang baik hanya untuk memperoleh ganjaran, namun

lama-kelamaan sikap ini akan menjadi kebiasaan dalam diri pelajar. Sistem merit

dan demerit ini secara tidak langsung juga akan membentuk disiplin serta keyakinan

yang tinggi di dalam diri pelajar untuk melakukan sesuatu yang lebih baik kerana

adanya ganjaran dan penghargaan yang diberikan. Melalui aktiviti di dalam

kumpulan juga akan dapat memupuk komunikasi serta hubungan yang baik di

kalangan pelajar. Hubungan baik ini mendorong untuk mereka saling hormat-

41
menghormati dan bertanggungjawab di antara satu sama lain. Ikatan ini secara

tidak langsung akan mewujudkan suasana bilik darjah yang aman dan harmonis.

5.3 Cadangan Penambahbaikan

Penggunaan sistem merit dan demerit dalam proses PdP sangat berkesan

Sistem ini dapat meningkatkan keberkesanan kawalan kelas. Secara

keseluruhannya, kajian ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.Namun,

terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh diterapkan dalam kajian-

kajian lain berkaitan dengan kajian ini pada masa akan datang. Kajian ini boleh

dijalankan dengan menggunakan sistem merit dan demerit tetapi di kelas-kelas dan

sekolah yang berbeza. Selain itu, tempoh pelaksanaan sistem merit dan demerit

perlu dipanjangkan lagi supaya pelajar tidak mengharapkan ganjaran yang

ditawarkan semata-mata tetapi menjadi kebiasaan kepada mereka. Cadangan

seterusnya, pada masa akan datang penyelidik boleh mempelbagaikan ganjaran

yang menarik mengikut kepelbagaian pelajar kerana tahap perkembangan dan

kebolehan pelajar adalah berbeza. Ganjaran yang menarik dapat meningkatkan

usaha pelajar mencapai matlamatnya. Selain itu, kajian ini boleh dilaksanakan

dengan memikirkan kaedah dan cara pembelajaran yang efektif supaya pemberian

ganjaran selaras dengan pembelajaran sepanjang hayat di mana, isi pengajaran

yang diajar oleh guru tidak hanya berhenti setakat itu sahaja tetapi boleh

diaplikasikan pada kehidupan seharian dan masa hadapan.

42

Anda mungkin juga menyukai