Anda di halaman 1dari 2

KESAN JEREBU

Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah, rakyat Malaysia telah
digemparkan lagi dengan berita Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan Kuala Lumpur
yang meningkat secara mendadak akibat berlakunya jerebu. Keadaan jerebu di Malaysia
yang berlaku secara tahunan telah menjadi suatu kebiasaan bagi penduduk di bandar raya
besar tersebut. Masalah jerebu yang seperti bangkai gajah yang tidak dapat ditutup
dengan daun nyiru telah mendapat liputan meluas daripada pihak media massa dan dalam
kalangan rakyat Malaysia. Keadaan jerebu bertambah serius akibat berlakunya fenomena
El-Nino. Persoalannya, apakah faktor dominan berlakunya jerebu? Adakah pihak kerajaan
sahaja yang memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah jerebu ini? Tepuk dada
tanyalah selera. Oleh sebab setiap yang berlaku pasti ada akibatnya, masalah jerebu
telah mendatangkan pelbagai impak yang negatif kepada negara kita dan juga rakyat kita.
Antara kesan negatif yang disebabkan oleh jerebu ialah kualiti udara negara kita akan
terjejas. Udara negara kita yang segar dan bersih akan dipenuhi oleh debu dan asap setiap
kali jerebu melanda sehinggalah jarak penglihatan mendatar yang dahulunya sejauh 2
kilometer menjadi 50 meter. Sebagai contoh, pada bulan Ogos 2005, negara kita dilanda
jerebu yang paling teruk dalam sejarah negara kita, di mana Indeks Pencemaran Udara
(IPU) di Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang mencecah lebih 500 buat kali pertama di
Malaysia sehingga darurat diisytiharkan di kedua-dua kawasan tersebut, justeru segala
aktiviti luar tidak dapat dijalankan dan kebanyakan sekolah, pelabuhan dan kilang ditutup
buat sementara. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa jelaslah jerebu boleh
mendatangkan keburukan terhadap negara kita.
Jerebu juga boleh menyebabkan masalah kesihatan rakyat. Golongan yang lebih lemah
seperti kanak-kanak dan warga tua mudah jatuh sakit. Hal ini berlaku kerana jerebu
menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah. Penyakit-penyakit
selesema dan batuk akan mudah merebak. Misalnya, pesakit-pesakit asma dan penyakit
respiratori mudah diserang penyakit pernafasan lain. Hal ini berlaku kerana pernafasan
mereka menjadi tidak baik dan ditambah pula udara yang kurang bersih maka kesihatan
mereka akan mudah terancam. Dalam jangka masa yang panjang, kita juga mungkin akan
sakit kerongkong, kegatalan kulit, kemerahan mata dan sebagainya. Dengan itu, jelaslah
bahawa jerebu membawa kesan negatif kepada kesihatan orang ramai.
Selain kemerosotan taraf kesihatan rakyat Malaysia, sektor ekonomi negara turut
terjejasakibat kerenah jerebu yang berlaku di Malaysia. Tahap penglihatan yang rendah
menyebabkan aktiviti luar disekat dan industri perikanan dan pertanian terpaksa dihentikan
demi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja. Rakyat Malaysia yang terlibat
dalam bidang perikanan dan pertanian terpaksa mencari alternatif yang lain untuk mencari
pendapatan buat sementara waktu. Apabila masalah jerebu menjadi semakin meruncing,
kesan negatif yang lebih serius akan timbul. Sumber pendapatan negara turut terancam
akibat jerebu. Sumber pendapatan negeri-negeri yang berasaskan industri pelancongan
seperti Sabah dan Sarawak akan merosot kerana industri pelancongan terjejas akibat
jerebu. Para pelancong bukan sahaja dari dalam negeri malah dari negara asing tidak akan
melawat ke Malaysia sekiranya jerebu masih berlaku di Malaysia kerana bimbang akan
keselamatan dan kesihatan mereka semasa melancong ke Malaysia. Secara tidak langsung,
ekonomi negara kita akan terjejas akibat jerebu.
Jika dilihat dari perspektif lain, masalah jerebu dapat menjejaskan flora dan fauna di negara
kita. Apabila jerebu berlaku, kandungan karbon dioksida berlip

Anda mungkin juga menyukai