Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BALI

KM 1 JALAN YONG PENG


85400 CHAAH, SEGAMAT No Tel : 07-9264501
JOHOR DARUL TAZIM No. Fax : 07-9264502
KOD SEKOLAH: JEA7043 Email : smkseribali@gmail.com

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : JEA7043/1/2016
Tarikh : 12 OKTOBER 2016

Kepada,

Tuan Pegawai Pendidikan Daerah,


Pejabat Pendidikan Daerah Segamat,
JKR 1884, Jalan Aji ,
85000 Segamat, Johor.
(U.P.: Cik Hajah Rozita binti Mohd Kassim)

Tuan,

SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN KE MESYUARAT KURIKULUM JKKD


BAHASA INGGERIS DAERAH SEGAMAT 2016

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk,

2. Untuk makluman puan, saya tidak dapat menghadirkan diri pada mesyuarat seperti ketentuan
di bawah :

Nama Ketua Panitia B.I : Puan Nor Azlina binti Ramli


Tarikh : 12 Oktober 2016 (Rabu)
Masa : 2.30 petang 4.30 petang.
Tempat : SMK Dato Bentara Dalam, Segamat.

3. Saya memohon maaf di atas ketidakhadiran saya ke mesyuarat tersebut disebabkan hal
kecemasan keluarga yang tidak dielakkan. Untuk makluman puan, pada hari tersebut saya sudah pun
separuh jalan untuk ke tempat mesyuarat sehinggalah saya mendapat panggilan daripada ibu saya
yang telah jatuh dan tidak dapat bangun, dan pada masa yang sama anak lelaki saya yang masih kecil
dijaga oleh ibu saya sendirian. Satu-satunya jiran yang hampir dengan rumah ibu saya juga tidak
dapat dihubungi. Maka saya terpaksa berpatah balik kerana bimbang ada komplikasi lain
memandangkan ibu saya menghidap tekanan darah tinggi dan kencing manis.

4. Permohonan maaf saya diharap dapat diterima oleh pihak puan. Kerjasama puan amatlah saya
hargai.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,


( PN ZABEDAH BINTI ABDUL RASHID )
PENGETUA,
SMK SERI BALI, CHAAH

Anda mungkin juga menyukai