Anda di halaman 1dari 1

PENGISYTIHARAN UNIT BERCAGAR

ARAHAN PENTING

1. Dokumen ini hendaklah dilengkapkan oleh semua pemegang unit yang memohon kemudahan berikut dari mana-
mana Institusi Pemberi Pinjaman (IPP) yang diiktiraf oleh ASNB:
a. Pelaburan melalui pinjaman.
b. Cagaran sijil pelaburan.
2. ASNB berhak untuk menolak mana-mana permohonan yang tidak memenuhi syarat dan ASNB tidak akan
menanggung sebarang kerugian yang dialami oleh mana-mana pihak disebabkan unit pelaburan yang tidak
dicagar atau di atas kegagalan mematuhi arahan ini.

PENGISYTIHARAN OLEH PEMEGANG UNIT

SURAT PENGISYTIHARAN DAN AKUAN

1. Saya seperti nama yang tercatat di bawah adalah seorang pemegang unit tabung unit amanah ASNB.
2. Saya dengan ini memohon kepada ASNB untuk mencagarkan unit pelaburan milik saya kepada IPP
pilihan saya.
3. Saya mengaku bahawasanya saya telah diberi penerangan oleh IPP dan faham terma dan syarat
berhubung cagaran unit pelaburan yang disediakan oleh pihak ASNB/IPP dan saya bersetuju untuk
mematuhi dan terikat dengan syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang ditetapkan tersebut.
4. Saya berakujanji bahawa saya tidak akan membuat apa-apa dakwaan atau tuntutan kepada ASNB
berkenaan cagaran unit pelaburan milik saya dan saya tidak akan membuat apa-apa dakwaan atau
tuntutan terhadap apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak ASNB selaras dengan syarat-syarat dan
peraturan berhubung cagaran unit pelaburan.
5. Saya dengan ini mengisytiharkan dan mengaku bahawa jumlah keseluruhan sijil pelaburan yang saya
miliki dan masih bercagar adalah tidak melebihi jumlah berikut iaitu :-

i. Dua ratus ribu unit (200,000) bagi tabung Amanah Saham Bumiputera (ASB)
ii. Dua juta unit (2 juta) bagi tabung Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020)
iii. Dua juta unit (2 juta) bagi tabung Amanah Saham Nasional (ASN)

6. Saya dengan ini bersetuju dan faham sekiranya saya tidak mematuhi terma dan syarat berhubung
cagaran atau memberi maklumat atau membuat pengakuan yang tidak benar berkenaan perkara di
atas, saya bersetuju untuk membenarkan pihak ASNB menjual balik sijil pinjaman/cagaran terbaru
yang saya miliki dan saya tidak akan menuntut sebarang gantirugi daripada ASNB di atas tindakan
tersebut.
Maklumat Pemegang Unit : Tabung : ASB ASW2020 ASN

Nama Penuh : _____________________


No. Ahli : _____________________

No. K/P : _____________________

Tarikh : _____________________ Tandatangan : _____________________

DISAHKAN OLEH EJEN

Cop
Ejen
..
(Tandatangan, Cop nama, jawatan) (Tarikh)

NOTA : Dokumen ini hendaklah dihantar oleh pihak IPP kepada ASNB semasa membuat permohonan
mencagarkan sijil pelaburan

Anda mungkin juga menyukai