Anda di halaman 1dari 4

~SENARAI NAMA SULTAN PERAK~

TUANKU AZLAN MUHIBBUDIN SHAH

Serba sedikit menganai biodata almarhum Sultan Perak Sultan Azlan


Shah. Latar belakang Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan
Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah ialah;

- Almarhum baginda dilahirkan pada tahun 1928 di Batu Gajah, Perak

- Anak kepada Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah

- Yang di-Pertuan Agong Malaysia kesembilan

- 1 Julai 1983 Dewan Negara Perak memahkotakan Almarhum baginda


sebagai Raja Muda Perak

- 3 Februari 1984 dimahsyurkan sebagai Sultan Perak ke-34

- 9 Disember 1985 ditabal sebagai Sultan Perak secara rasmi

Biodata Sultan Azlan Shah Sultan Perak Sultan Perak Mangkat


Biodata Sultan Azlan Shah Sultan Perak

Pendidikan

----------

- Government English School, Batu Gajah (kini SMK Sultan Yussuf, Batu
Gajah)

- Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)

- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di University of Nottingham,


United Kingdom pada tahun 1953

- 23 November 1954 sah menjadi ahli di dalam The English Bar o leh
The Honorable Society of Lincolns lnn

Kerjaya

--------

- Memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan


Negeri Perak

- Menyertai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman


Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan
Presiden Mahkamah Sesyen

- Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang

- Penasihat Undang-Undang Negeri Johor

- Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu

- Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

- 1965 Almarhum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya


sekali gus menjadi hakim termuda dalam sejarah kehakiman
Komanwel pada usia 37 tahun.
- 1973 Hakim Mahkamah Persekutuan

- 1979 Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya

- 12 November 1982 menjadi Ketua Hakim Negara kelima


menggantikan Tun Mohamad Suffian Hashim yang bersara

Sumbangan

---------

- Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (4 Oktober


1971 hingga Februari 1984).

- Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1 November


1974 hingga 31 Oktober 1976)

- Canselor Universiti Malaya sejak 8 Februari 1986 hingga Mei 2014

- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh


Universiti Malaya pada 30 Jun 1979

- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh


Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang pada 28 Jun 1980

- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh


University of Nottingham pada 11 Julai1986

- Dianugerah Kerusi Kehormat oleh Lincolns lnn, London pada 1988

- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh


Universitas Gadja Mada, Jogjakarta, lndonesia pada 28 September 1990

- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh


Universiti Brunei Darussalam pada 30 Oktober 1990

- Dianugerahkan Ijazah Kehormat oleh Universiti Chulalongkon,


Bangkok, Thailand pada 19 Disember 1990
- Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Physician of
lreland pada 2 Oktober 1991

- Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Surgeons of


Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada 1999

Sukan

-----

- Almarhun baginda Sultan Azlan aktif dalam sukan hoki sejak zaman
persekolahan di Batu Gajah dan Kuala Kangsar.

- Presiden Persekutuan Hoki Malaysia

- Presiden Hoki Asia

- Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa.

- Membina Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di lpoh pada 1983.

- Penaung Diraja bagi Persatuan Undang-undang Malaysia di Great


Britain dan Eire, The British Graduates Association of Malaysia,
Akademi Perubatan Malaysia, The Rotary Clubs, The Lions Clubs, Kelab
Golf Diraja Perak, Kelab Polo lskandar, Kelab Golf Kuala Kangsar,
Persatuan Alam Sekitar Malaysia serta Persatuan Hoki Veteran Perak.

Anda mungkin juga menyukai