Anda di halaman 1dari 4

Biodata

Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah


ibni Almarhum Sultan Badlishah















Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Sultan Badlishah
diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor
Setar, Kedah, Tuanku Abdul Halim adalah anakanda ketiga
Almarhum Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid
Halim Shah dan Almarhumah Yang Mulia Tunku Sofia Tunku
Mahmud.

Baginda dilantik menjadi Raja Muda Kedah pada 6 Ogos 1949 pada
usia 21 tahun ketika masih berada di United Kingdom untuk
melanjutkan pelajaran dan kemudian ditabalkan sebagai Sultan Kedah
ke-27 pada 20 Februari 1959.

Pada 21 September 1965, Tuanku Abdul Halim dipilih menjadi
Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-4 bagi menggantikan Sultan
Terengganu, Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan
Zainal Abidin.

Pada mesyuarat Majlis Raja-Raja, Tuanku Abdul Halim dilantik
sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-5 untuk tempoh dari 23 Julai 1970
hingga 21 September 1975.

Pada 13 Disember 2006, baginda sekali lagi dilantik Timbalan Yang
di-Pertuan Agong.

Tuanku Abdul Halim juga menjalankan tugas sebagai Pemangku
Yang di-Pertuan Agong selama sebulan iaitu pada 26 Januari hingga
26 Februari 2010 berikutan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan
Zainal Abidin menjalani rawatan fisioterapi di Jerman.

Tuanku Abdul Halim memulakan zaman persekolahan rendah di
Sekolah Melayu Alor Merah, Sekolah Melayu Titi Gajah dan Kolej
Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.




Lulusan Wadham College Oxford, United Kingdom dengan ijazah
Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai


Perkhidmatan Awam Negeri Kedah pada 1950-an.

Baginda pernah dilantik menjadi Kolonel Yang Di-Pertua Kor
Peninjau Malaysia pada 23 Mac 1966 sehingga tarikh baginda dipilih
menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-5.

Dengan pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda juga
menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

Antara hobi Tuanku Abdul Halim ialah fotografi dan mengumpul
burung eksotik di istana baginda, membaca, bersukan dan muzik.


Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dilantik sekali lagi oleh Raja-
Raja Melayu sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, pada mesyuarat
khas Majlis Raja-Raja, 14 Oktober 2011.

Pemilihan baginda untuk tempoh lima tahun mulai 13 Disember 2011,
menjadikan Tuanku Abdul Halim, Raja yang pertama menjadi Yang
di-Pertuan Agong untuk kali kedua.

Baginda menggantikan Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal
Abidin yang tamat tempoh lima tahun sebagai Yang di-Pertuan
Agong ke-13.










Biodata Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah

* Diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Kedah.

* Pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah, Sekolah Melayu
Titi Gajah, Kolej Sultan Abdul Hamid, Ijazah Sains Sosial dan
Pentadbiran Awam dari Wadham College, Oxford, United Kingdom.

* Pemangku Sultan Kedah pada Mac 1957.

* Menaiki takhta pada 15 Julai 1958.

* Ditabalkan sebagai Sultan Kedah ke-28 pada 1959.

Sambung Baca:

ang di-Pertuan Agong kelima bagi tempoh 21 Januari 1970 hingga 20
September 1975.

* Permaisuri Sultanah Bahiyah Tuanku Abdul Rahman (mangkat
pada 26 Ogos 2003).

* Sultanah Haminah Hamidun (ditabalkan Sultanah pada 9 Januari
2004).

* Dikurniakan tiga orang puteri, Puteri Tunku Soraya, Datuk Seri
Diraja Tunku Sarina (kembali ke rahmatullah pada 31 Ogos 1991
pada usia 31 tahun) dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.

Anda mungkin juga menyukai