Anda di halaman 1dari 1

Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah ( 1818 - 1832 )

Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah ibni al-Marhum Sultan Mahmud Riayat Syah dilahirkan sebagai
Tengku Jumaat pada 1755
Sultan Johor
Sultan Johor-Riau, Sultan Mahmud Shah III mangkat pada 1812 setelah memerintah selama lebih 50
tahun, tanpa melantik pewaris takhta. Baginda meninggalkan dua orang putera berlainan bonda, kedua-
duanya berketurunan Bugis. Sebagai putera yang sulong, Tengku Hussain, pada kebiasannya akan
menggantikan Sultan Mahmud berbanding adinda tirinya, Tengku Abdul Rahman yang lebih muda[4]
Walaubagaimanapun, Tengku Hussain, sedang berada di Pahang semasa ayahndanya mangkat. Sultan
Abdul Rahman Muazzam Shah memegang tampok Kesultanan Johor-Lingga-Pahang pada usia ke 57.
Perebutan kuasa oleh Tengku Abdul Rahman telah berlaku yang mana sepatutnya Tengku Hussain
(Tengku Long) anak sulung Sultan Mahmud Shah III dilantik sebagai sultan.
Perlantikan Tengku Abdul Rahman disokong kuat oleh Belanda kerana akan mendapat kuasa mentadbir
pelabuhan seluruh negeri Johor kecuali Riau dan Lingga.
Beliau dengan itu dilantik Sultan Johor ke-17 dengan gelaran Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah pad
1812-1819 dimana adalah Sultan terakhir Kesultanan Johor-Lingga-Pahang.
British mula hendak campurtangan atas kepentingan Singapura dan cuba mempengaruhi Sultan Abdul
Rahman Muazzam Shah melantik Tengku Husin sebagai sultan.
Sultan Lingga
Dalam tahun 1818, dengan sokongan Yang Dipertuan Muda Riau Raja Jaafar, baginda telah ditabalkan
sebagai Sultan dan Yang di Pertuan Besar Lingga bergelar Sultan Abdul Rahman I Muazzam Shah ibni
al-marhum Sultan Mahmud III Alam Shah dan diperakui oleh pihak Belanda (NEI)dan bermulanya
Kesultanan Riau-Lingga.
Bendera Kesultanan Riau-Lingga
Semasa pemerintahan baginda Riau telah menjadi pusat perkembangan dan penyiaran agama Islam.
Pada 1 Syawal 1249H (1823) baginda telah mendirikan Majid Raya di Pulau Penyengat di Riau yang
masih ada sehingga hari ini.
Tengku Husin pula telah dilantik sebagai Sultan Johor ke 18 dengan Gelaran Sultan Husin Muazzam
Shah ibni al-Marhum Sultan Mahmud Syah
Mangkat
Baginda mangkat di Lingga dan dimakamkan di Bukit Chengah (Chengkeh) di Daik, Kepulauan Lingga
pada 9 Ogos 1832.
Pengganti Sultan Lingga-Riau setelah kemangkatan Paduka Sri Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah,
adalah anakanda baginda iaitu Paduka Sri Sultan Muhammad II Muazzam Shah ibni Almarhum
Sultan Abdul Rahman I Muazzam Shah (lahir 1803) ditabalkan sebagai Sultan Lingga

Anda mungkin juga menyukai