Anda di halaman 1dari 9

SRIVIJAYA DAN AFRIKA

Kawasan Selat Mozambique yang menghubungkan Benua Afrika dengan Pulau Madagaskar.

Buku-buku sejarah dunia selalu mengagung-agungkan Columbus, Magellan, Captain Cook dan lain-lain
pelayar serta penjelajah barat sebagai The First atau The Greatest dari kalangan penjelajah dalam
sejarah. Tetapi tahukah anda, ternyata piawaian mereka ini adalah jauh ketinggalan dari para pelaut
Nusantara. Mungkin bagi anda yang kurang mentelaah mengenai kehebatan dunia maritim nenek
moyang kita akan berasa ragu-ragu dengan apa yang saya ingin sampaikan. Tetapi tidak mengapa,
kerana walau anak bangsa kita sendiri tidak tahu betapa hebat dan luasnya tamadun maritim bangsa
kita, ada banyak lagi para penyelidik dari luar yang tahu dan yakin mengenainya. Apa yang mahu saya
paparkan ini sebenarnya telah ramai yang tahu, namun pada pendapat saya ada moleknya saya
mengulang semula untuk yang belum tahu.

Kehebatan ilmu pelayaran bangsa Nusantara sebenarnya tidak boleh dipersoalkan lagi. Dan keberadaan
bangsa Austronesia di seluruh pelusuk dunia adalah bukti yang tak tertulis. Menurut James Hornell dalam
penulisannya, terdapat bukti kewujudan suku Austronesia di selatan India pada zaman kuno . Georgio
Bucallati pula dalam kajiannya terhadap Cengkih di Syria mendapati bahawa rempah tersebut telah
digunakan sejak tahun 3,700 SM, dan Julian Reade pula telah menjumpai rangka kambing atau Bebiri
yang berasal dari Timur Tengah yang berusia sangat langka di Nusantara. Segala penemuan ini
membuktikan bahawa sememangnya bangsa Melayu telah terlibat dalam aktiviti perdagangan laut jarak
jauh yang menjangkau sehingga ke Timur Tengah malah Afrika. Jumpaan Cengkih di Syria yang berusia
beribu tahun mengukuhkan lagi hal ini kerana Cengkih adalah rempah yang hanya dapat diperolehi di
pulau Maluku sahaja.
Pelaut Melayu Nusantara pastinya pernah singgah di setiap pelabuhan kuno yang terdapat dalam peta di
atas termasuklah di Laut Merah. Tiada halangan untuk mereka berbuat demikian sekiranya mereka
mampu untuk ke Madagaskar dan Afrika.
Saya pernah menyentuh mengenai pengaruh Melayu Nusantara di Madagaskar dalam artikel saya
terdahulu. Tetapi tak terkirkah anda, jika bangsa kita mampu berlayar hingga ke Madagaskar adakah
terdapat sebarang halangan untuk mereka terus berlayar hingga ke pantai-pantai di sepanjang benua
Afrika? Sudah tentu tiada sebarang halangan bukan? Malah sudah tentu tiada halangan untuk mereka
bermain-main di lautan sekitar semenanjung Tanah Arab dan berdagang di pelabuhan-pelabuhan di
sepanjang Yaman malah hingga ke pelabuhan milik para Firaun Mesir di Lautan Merah. Adalah mustahil
satu bangsa pelaut hebat yang menguasai lautan seluas lautan Hindi tidak mampu untuk mengharungi
laut Merah. Saya yakin para wakil dagang Raja Perehu pernah berkunjung ke pelabuhan-pelabuhan yang
dikuasai Ratu Hatshepsut. Lautan adalah tempat mainan mereka, jika bangsa lain mengaggap lautan
adalah pemisah dan halangan namun bagi bangsa Melayu Nusantara lautan adalah penghubung atau
jalan raya yang boleh membawa mereka kemana sahaja yang mereka mahu.

Sebenarnya pelaut-pelaut Nusantara sudah menjejakkan kaki di benua Afrika sejak abad ke-5 M lagi
atau mungkin juga lebih awal. Jauh sebelum bangsa Eropah mengenal Afrika dan jauh sebelum bangsa
Arab berani berlayar dengan Dhow mereka ke Zanzibar. Malah lebih jauh daripada zaman kegemilangan
pelayaran China yang hanya bermula pada kurun ke 13 iaitu semasa zaman Laksamana Cheng
Ho. Teknologi perkapalan Melayu juga banyak ditiru oleh para pelaut China, India, Arab dan
kemudiannya Barat. Namun tak ramai yang sedar akan hal ini. Malah menurut Anthony Reid, bangsa
Nusantara adalah perintis kepada peradaban maritim dan perdagangan laut. Tanpa pengenalan teknologi
daripada bangsa Melayu Nusantara kepada dunia mungkin teknologi perkapalan dan perdangangan
maritim masa kini akan terbantut atau lambat berkembang.

Menurut Al Idrisi orang-orang Zabag mendatangi wilayah Zanj iaitu Afrika timur dengan kapal-kapal besar
dan kecil, dan mereka berhubungan dengan orang-orang Zanj dalam urusan perdagangan kerana
mereka mengerti bahasa satu sama lain. Kenyataan daripada Al Idrisi ini membuat kita terkir
mungkinkah terdapatnya satu bangsa yang memahami dan bertutur dalam bahasa Melayu di Afrika timur
pada suatu masa dahulu. Dan mungkinkah koloni mereka ini lah yang menjadi pusat pengumpulan bahan
logam seperti besi dan emas yang kemudiannya dibawa ke Kedah-Srivijaya. Saya berpendapat tentu
ianya wujud! Sejak dari awal lagi para penulis Arab dan Parsi mengkhabarkan bahawa orang-orang
Melayu Nusantara sudah biasa menjalankan perdagangan hamba dari Afrika dan dibawa ke seluruh
dunia timur. Malah catatan China pernah menyebut bahawa Maharaja Srivijaya pernah
menghadiahkannya dengan hamba-hamba kulit hitam.
Terdapat para pengkaji sejarah Afrika yang berpendapat teknologi perlombongan emas di Arka timur
dan selatan adalah berasal dari luar. Dikatakan bahawa perlombongan amas di Afrika timur bermula kira-
kira pada 600 Masihi. Jika dilihat sekitar tahun 600 M adalah tahun dimana kerajaan Srivijaya mula
muncul. Selain itu menurut pengkaji barat seperti Robert Dick Read, beliau yakin bahawa bangsa Zanj
yang sering disebut oleh pengembara Arab dalam catatan mereka di Afrika timur adalah bangsa
Nusantara yang telah bersemenda dengan masyarakat tempatan dan membuka koloni serta pusat
perdagangan dan perlombongan di Afrika. Sisa-sisa bangsa tersebut pada hari ini yang masih tinggal
hanyalah di Madagaskar yang kita tahu memang mempunyai hubungan genetik, bahasa dan kebudayaan
dengan Nusantara.

Seorang ahli Arkeologi Rhodesia, Roger Summers mengatakan bahawa sebahagian besar emas yang
dilombong di Afrika Timur sekitar abad ke 9M hingga 12M adalah sebanyak kira-kira 20.000.000 hingga
25.000.000 auns, iaitu satu jumlah yang sangat besar dan tak mungkin dilakukan oleh masyarakat
tempatan yang hanya melombong dengan menggunakan teknologi primitif dan tidak sistematik. Selain itu
dalam sebuah lombong kuno suatu ketika dahulu ditemui sejenis penggali tanah yang menggemparkan
para ahli arkeologi Afrika kerana mereka tahu teknologi penggali tanah atau cangkul seperti itu tidak
wujud di Afrika sebelum kedatangan barat dan hanya wujud di India dan Nusantara sahaja.
Berkemungkinan lombong kuno tersebut pernah dilombong nenek moyang orang Nusantara.

Tetapi siapakan para pelaut ini? Para pengkaji bahasa yang mengkaji bahasa Malagasy dan Swahili
mendapati bahawa bahasa yang digunakan oleh mereka sebenarnya lebih banyak mendekati bahasa
Melayu , Dayak Maayan serta bahasa Bajau dan Bugis dengan sedikit pengaruh bahasa Jawa. Jadi
andaian saya adalah para pelaut yang pergi berdagang atau membuka koloni di Afrika timur dan
Madagaskar ini adalah dari suku Orang Laut. Kita memang tahu bahawa kekuatan kerajaan Srivijaya
adalah dengan adanya Orang Laut dan antara suku Orang Laut yang terkenal adalah Bajau dan Bugis.
Menurut pengkaji sejarah Bajau, sebelum orang-orang Bajau berhijrah ke kawasan perairan Sabah,
Sarawak dan kepulauan Filipina mereka adalah berasal dari kawasan perairan selat Melaka terutama
sekitar Johor. Mereka mempunyai kaitan dengan suku Seletar yang masih ada di Johor hingga sekarang.
Sudah pasti mereka inilah yang telah dihantar oleh Maharaja-maharaja Srivijaya untuk membuka koloni
di Madagaskar dan Afrika Timur.
Suku kaum Bajau Islam dan Bajau Laut.
Antara bukti kaitan suku Bajau dan Bugis dengan Afrika adalah terdapatnya persamaan diantara perahu
orang Swahili dengan perahu bercandik Bajau dan Bugis. perkataan Kiswahili untuk candik pada perahu
adalah tengo, tengotengo, atau rengo. Dalam bahasa bugis ianya dipanggil baratang dan dalam bahasa
Makassar penyambung candik tersebut dipanggil tenko. Manakala dalam bahasa Bajau ia disebut
tetenkona. Di timur Indonesia perahu bercandik dua biasanya dipanggil tango. Semua perkaitan ini
memberikan petunjuk bahawa berkemungkinan orang Bajau/Bugis/Makasar lah atau Orang Laut yang
membuka koloni di Afrika timur.

Selain itu ada pengkaji yang membuat andaian bahawa suku Bajun yang terdapat di sekitar perairan
Somalia mempunyai kaitan dengan orang Bajau. Dari segi Linguistik pula Dahl dan Alexander Adelaar
telah membuat kesimpulan bahawa masyarakat proto-Malagasy pernah tinggal atau berasal sekitar
Pulau Bangka yang terletak di selat Melaka dan berdekatan dengan pantai timur Sumatera dimana
pernah wujudnya salah satu pusat kerajaan Srivijaya. Mereka berpendapat Masyarakat orang laut inilah
yang mula-mula membuka koloni di Madagaskar dan Afrika Timur. Kenyataan mereka ini sesuai dengan
pendapat saya tadi iaitu para pelaut tersebut sudah pasti adalah dari golongan Orang Laut yang menjadi
tunggak penting kerajaan-kerajaan maritim di sekitar selat Melaka.

Para pedagang dan pelaut Nusantara ini juga meninggalkan banyak jejak kebudayaan mereka yang
masih boleh dilihat hingga kini di seluruh Afrika. Diantara kesan-kesan yang ditinggalkan oleh mereka
adalah dari segi kebudayaan muzik iaitu alat-alat muzik mereka. Salah satu daripada alat muzik yang
dibawa oleh pelaut Melayu Nusantara adalah Xylophone. Selain itu sejenis alat muzik yang dinamakan
sebagai penpipes dari suku kaum Ngungwe dari Zambezi juga dikatakan diperkenalkan oleh pelaut
Nusantara. Distribusi alat muzik penpipes ini adalah sangat spesik. Alat muzik ini dari segi morphologi
dan musikologinya mempunyai persamaan yang sangat rapat dengan alat yang dimainkan di Borneo dan
Pulau Jawa. Oleh sebab itu terdapat dikalangan para pengkaji budaya Afrika berandaian bahawa ia
dibawa masuk oleh para pelaut Nusantara.

Dalam bukunya, Hugh Tracey telah menulis bahawa sekitar 1500 Masihi, suku kaum Chopi iaitu pemain
alat muzik Xylophone terbaik di Afrika telah berpecah dari kaum Karanga, iaitu satu pecahan daripada
suku kuno yang dipercayai penghuni The Great Zimbabwe. Kaitan diantara suku Chopi dengan The
Great Zimbabwe ini dipercayai menguatkan lagi kaitan atau bukti bahawa alat muzik tersebut adalah
datang dari Nusantara. Hal ini kerana The Great Zimbabwe dipercayai adalah salah sebuah tapak
peradaban kuno yang telah lenyap yang diasaskan oleh bangsa Zanj atau Nusantara yang bersemenda
dengan masyarakat setempat.

Apa yang menyebabkan sebahagian dariapda pengkaji beranggapan bahawa binaan batu yang terdapat
di great Zimbabwe adalah binaan dari orang luar ialah kerana teknologi binaan batuan sebegitu adalah
asing bagi masyarakat Afrika Timur pada zaman tersebut. Malah terdapat pengkaji yang mengaitkan
binaan tersebut dengan binaan rumah ibadat agama kuno kaum Malagasy di Madagaskar. Selain di
Afrika timur orang Nusantara juga mempengaruhi alatan muzik bagi masyarakat Afrika barat. Antara alat
muziknya adalah seperti Ekere Mba dari puak Igbo yang mempunyai persamaan dengan alat muzik
Melayu segenting kra atau Mon dan Thai iaitu Kong Tok.

Kenyataan daripada Raymond Kent mengukuhkan lagi pendapat bahawa berkemungkinan besar
memang wujud bangsa Zanj yang merupakan percampuran darah diantara suku-suku tempatan Afrika
dengan orang-orang Nusantara. Menurut beliau, sudah tentu pada abad-abad pertama masihi
terdapatnya satu bangsa Afro-Malagasy yang mendiami kedua-dua belah pantai yang menghadap ke
selat Mozambiq yang pada zaman itu adalah sebuah laluan perhubungan diantara dua daratan tersebut.
Selain itu terdapatnya perkaitan diantara kepercayaan tradisional di sekitar great Zimbabwe dengan
kepercayaan tradisional masyarakat Malagasy yang mengukuhkan lagi dakwaan bahawa pada zaman
kuno orang Malagasylah yang menguasai pantai timur Afrika. Antara buktinya adalah dengan
terdapatnya banyak menara-menara berbentuk silinder di sekitar great Zimbabwe serta ukiran-ukiran
batuan kecil yang berbentuk phallic iaitu bentuk kemaluan lelaki.

Menara silinder
Dalam masyarakat Malagasy sememangnya terdapat pemujaan terhadap kemaluan lelaki yang dilakukan
oleh puak Betsileo. Batuan yang diukir membentuk kemaluan lelaki ini biasanya dipanggil sebagai
Vatolahy (Batu Laki). Malahan G.W.B Huntingford seorang ahli etnogra berpendapat bahawa simbol-
simbol pelir atau kemaluan lelaki itu adalah berasal dari Asia Tenggara atau Nusantara. Beliau juga
mengemukakan pendapatnya bahawa pengaruh Nusantara juga meluas hingga ke selatan semenanjung
tanah Arab malah hingga ke Abbysinia kerana hagiolit yang terdapat di sana mempunyai persamaan
dengan yang ada di Asia Tenggara.

Selain suku Merina suku Betsileo juga adalah salah satu suku yang serumpun dengan kita.
Tambahan lagi, ada juga peresamaan pada seni ukiran patung yang dimiliki suku kaum Ife di Nigeria
dengan patung dan relief perahu yang terpahat di Nusantara atau di candi Borobudur. Beberapa tanaman
yang diketahui berasal dari Nusantara juga didapati telah dibawa bersama para penghijrah Nusantara ke
sana, seperti pisang raja, ubi jalar, keladi, Kelapa, Padi sawah dan jagung. Menurut penelitian George
Murdock, seorang profesor dari Amerika pada 1959, tanaman-tanaman tersebut telah dibawa orang-
orang Nusantara ketika melakukan pelayaran dan membuka koloni ke Madagaskar. Sebagai contohnya
di Yorubaland telah ditemui sebuah jubin lantai yang mempunyai terapan atau ukiran puntung Jagung.
Seperti yang kita sedia maklum Jagung bukanlah tanaman asli Afrika, ia berasal daripada benua
Amerika. Oleh itu terdapat kemungkinan besar bahawa ia telah diperkenalkan oleh para pelaut Nusantara
melalui hubungan mereka dengan benua Amerika

Tanaman padi teres memang salah satu ciri Austronesia.
Sebenarnya ada banyak lagi kesan atau jejak yang ditinggalkan oleh masyarakat Nusantara dalam
budaya dan kehidupan masyarakat di Madagaskar, Afrika Timur dan Afrika Barat. Bangsa yang layak
digelar sebagai Viking Timur ini telah membawa bersama mereka ke Benua Afrika yang kaya dengan
emas pelbagai jenis tumbuhan, muzik dan alatannya, kesenian, teknologi, barangan perhiasan,
tembikar,manik, penyakit, kepercayaan dan agama malah amalan dan cara menilik. Kesemua unsur-
unsur kebudayaan yang dibawa mereka ini akhirnya diserap oleh masyarakat tempatan. Adalah tidak
keterlalauan sekiranya saya mengatakan jika tiadanya pengaruh kebudayaan Nusantara yang datang
melalui para pedagang dan pelaut Melayu Nusantara ini sudah pasti keadaan Afrika pada masa kini
adalah sangat-sangat berbeza.

Anda mungkin juga menyukai