Anda di halaman 1dari 4

BONSAI DAN SEJARAHNYA Mac 18, 2010

Filed under: Artikel zainura66 @ 1:10 am


PENDAHULUAN
Tidak dinakan, dimuka bumi ini dipenuhi dengan pelbagai ora. Sama ada ora tersebut berguna
kepada kehidupan manusia atau tidak namun jika kita amati sebenarnya tumbuhan-tumbuhan ini adalah
sesuatu yang unik dan menarik. Tidak ramai antara kita yang terkir kemungkinan yang akan terjadi
kepada kehidupan manusia sekiranya kehidupan ini tanpa alam tumbuhan. Mungkin ada yang
berpendapat manusia tidak boleh hidup tanpa tumbuhan kerana sumber makanan manusia secara
langsung atau tidak disumbangkan oleh tumbuhan. Disamping itu juga kegunaannya yang pelbagai
seperti di dalam adat istiadat masyarakat, perubatan dan sebagainya namun kita juga perlu menyedari
pokok-pokok juga boleh dijadikan sebagai tanaman hiasan taman atau di dalam rumah. Teknik pokok
hiasan ini berupaya untuk menyerikan sesuatu kediaman atau sesebuah bangunan itu. Di Malaysia
contohnya, kita boleh dapati setiap rumah mempunyai pokok hiasan walaupun hanya terdiri dari sejenis
tumbuhan sahaja. Kepentingan dan keperluan kepada tanaman hiasan dewasa ini telah menyebabkan
ramai pengusaha telah mencuba untuk mengkormesialkan tumbuhan hiasan ini. Untuk terus menikmati
dan menghargai kehidupan, manusia memerlukan santapan rohani contohnya keindahan, kedamaian,
ketenangan untuk mendorong manusia terus ceria, produktif dan ceria. Itulah jawapan mengapa pokok-
pokok diperlukan untuk menghiasi halaman rumah, pinggir jalan, kawasan awam, kompleks membeli
belah, ruang legarhotel dan pejabat, taman rekreasi serta perkarangan bangunan. Warna hijau pokok-
pokok yang ditanam untuk menghiasi laman dan dalaman rumah, bangunan komersial dan kawasan
awam dapat melahirkan suasana kedamaian. Pokok hiasan juga memainkan peranan penting sebagai
penyaman udara di kawasan terbuka kerana pokok-pokok berfungsi sebagai penyerap debu atau jerebu
dan menukar udara yang mengandungi karbon dioksida kepada oksigen. Ada juga beberapa jenis pokok
tertentu yang dikatakan berupaya menyerap udara toksid. Seni hiasan taman ini termasuklah pokok
bonsai yang dewasa ini telah diterima oleh masyarakat kita. Walaupun tidak semua orang mampu
memiliki bonsai disebabkan harga yang tinggi namun nilai seninya mengatasi segalanya. Ia terus diminati
kerana seni yang terdapat pada tumbuhan tersebut. Oleh yang demikian, maka disini akan dibincangkan
mengenai pokok hiasan.
Sejarah Kewujudan Bonsai
Bonsai merupakan satu perkataan yang menggambarkan kepada pelbagai situasi :- minat,tumpuan
kepada seni dengan cara yang berbeza. Kemahiran pengetahuan terhadap bonsai ini memerlukan masa
yang panjang, sehingga kadangkala peminatnya perlu menjelajah hampir keseluruh pelosok dunia
semata-mata untuk mempelajari teknik-teknik membentuk dan hal-hal yang berkaitan dengan tumbuhan
ini. Sehingga boleh dikatakan ia boleh menjadi sebahagian daripada kehidupan para peminatnya.
Baca selengkapnya.
Daripada tumbuhan yang kecil dan renek, ia dibentuk dengan penuh seni untuk mendapat bonsai yang
memuaskan. China merupakan tempat di mana seni bonsai ini berasal, sementara di Jepunlah bonsai ini
dibentuk sehingga diterima kepelosok dunia. Di sinilah bermulanya seni menghias, wujudnya falsafah-
falsafah mengenai bonsai serta sejarah mengenai tumbuhan ini dicatatkan.
Keunikan serta kesenian yang tergambar oleh pokok-pokok bonsai ini telah menarik minat dikalangan
manusia untuk lebih menghargai seni hiasan. Keunikan tersebut telah membuatkan ia sesuai dijadikan
sebagai pohon hiasan walaupun kadangkala harganya begitu tinggi. Namun harga yang tinggi tersebut
adalah untuk menghargai nilai seni yang terdapat dalam tumbuhan tersebut.
Apakah sebenarnya bonsai?
Menurut masyarakat Jepun, bonsai mempunyai hubungan di antara alam, manusia dan Tuhan. Pendapat
ini timbul daripada falsafah Zen-Buddhist, yang menekankan bahawa keadaan kerohanian hanya boleh
digambarkan menerusi makna yang terhad, tetapi ia sebenarnya boleh bertindak lebih dari itu.
Terdapat sesetengah pendapat yang menyatakan bahawa, cara terbaik untuk memahami falsafah
mengenai apa yang tersirat di sebalik makna falsafah itu adalah perkataan bonsai itu sendiri. Bonsai
diterjemahkan sebagai tumbuhan di dalam bekas yang leper atau tumbuhan pasu yang renek, namun
terpulanglah kepada para peminatnya untuk memberi maksud sebenar perkataan bonsai itu. Apa yang
penting adalah bonsai merupakan satu seni kehidupan. Bonsai tidak boleh disamakan dengan seni yang
dilakarkan dikanvas, marbel atau sebagainya, kerana bonsai merupakan seni tumbuhan yang dicipta
begitu unik.
Telah dicatatkan bahawa, bonsai yang turut dikenali sebagai pen-jing atau pun-sai di China tidak
dinyatakan dengan jelas bilakah sebenarnya seni mengenai bonsai ini bermula serta bagaimana nama
bonsai ini ditemui. Apa yang pasti ia berkembang dan terkenal rentetan dari hasil seni yang terpancar
dari bonsai itu sendiri.
Tumbuhan di dalam bekas yang leper atau tumbuhan pasu yang renek mempunyai sejarahnya yang
tersendiri. Bukti yang ditemui, selepas penelitian yang teliti, didapati bahawa ia muncul semenjak
kedatangan Kristian lagi. Contohnya, menurut lagenda China, ia adalah dari Dinasti Hang (266 s.m-
220H) menyatakan bahawa kuasa untuk membentuk dan melakarkan hiasan taman, termasuklah hiasan
pokok-pokok adalah merujuk kepada Fei Jiang Feng. Penulis mencatatkan ia bermula dari kurun ke-
3 dan kurun ke-4. Ini kerana ketika zaman Dinasti Tiang (618-906 A.D) , pokok-pokok buluh, pokok pine
dan pokok-pokok hiasan lain tumbuh dengan banyak dan suburnya.
Yang menariknya, kepentingan dan kegunaan tumbuhan ini telah dicatatkan dan telah diketengahkan
penggunaannya dengan meluas. Hubungan di antara alam semula jadi, kebudayaan serta kehidupan
manusai adalah saling berkait rapat dan ia muncul dari budaya-dudaya yang pelbagai di muka bumi ini,
ini termasuklah budaya masyarakat Egypt, Greek dan Roman, Persians dan Hindu.
Tidaklah terlalu sukar untuk memahami mengenai tumbuhan tersebut, kerana manusia sering bercucuk
tanam, sehingga keadaan ini membolehkan manusia mempelajari mengenai struktur bagi tumbuhan.
Akibatnya mereka berupaya untuk mencantumkan antara satu jenis tumbuhan dengan jenis yang lain
dan mendapat hasil yang unik dan menarik. Rentetan dari itulah timbul idea untuk menjadikannya
sebagai pokok hiasan.
Bagi masyarakat Egypt, mereka menanam pokok didalam pasu, mengukir serta melukis gambar-gambar
hiasan yang mana boleh ditemui di kuil-kuil seperti yang terletak berhampiran Thebes yang dibina 4000
tahun lalu. Mereka mendapati seni yang terlihat pada pokok-pokok yang ditanam di dalam pasu telah
memberikan sesuatu yang menarik dan mengkagumkan dan ianya telah menjadi hiasan utama di Taman
Queen Hatshepsut. Sementara Pharaoh Ramseses III telah mengembangkannya lagi dengan menanam
pelbagai jenis tumbuhan termasuklah pokok zaitun, pohon kurma, rumput rumpai dan kemudiannya
digubah dan dijadikan sebagai tanaman hiasan taman.
Bagi masayarakat Hindu pula, mereka mengubah pokok-pokok berdasarkan kepada perubatan
Ayurveda. Teknik-teknik perubatan ini telah diamalkan sejak zaman dahulu dan masih lagi diamalkan
sehingga sekarang.
Sehingga kini, kesedaran mengenai hiasan taman telah dipermodenkandengan menghasilkan beberapa
bentuk rekaan bonsai yang unik dan menarik. Untuk mendapatkan satu-satu tumbuhan bonsai yang
betul-betul menarik perlu memakan masa yang agak lama untuk mengubahnya. Oleh itu bahan asas
kepada tumbuhan seperti matahari, tanah atau pasir dan air memainkan peranan yang penting untuk
menjamin pokok hiasan kita segar dan kita memperolehi hasil seni yang memuaskan.
Namun apa yang pasti, sejarah mengenai bonsai lebih melibatkan negara Jepun dan China. Dikatakan
dikedua-dua negara inilah lahirnya seni bonsai sehinggalah seni ini tersebar keseluruh pelosok dunia.
Sehingga kini kita dapati bahawa seni bonsai masih diusahakan secara meluas di kedua-dua negara
tersebut. Penerimaan bonsai sebagai tumbuhan hiasan tidak dapat dinakan lagi dewasa ini. Keunikan
seninya menjadikan taman yang dihiasi oleh pohon bonsai memancarkan suasana yang aman, damai
menarik serta tenang. Seharusnya peminat-peminat bonsai pokok hiasan harus berterima kasih kepada
pihak-pihak yang menemui seni ini. Bagi bonsai, nilainya lebih tinggi apabila umurnya lebih lama.
Jenis-jenis bonsai
Para peminat bonsai sanggup menghabiskan wang ringgit mereka semata-mata untuk mendapatkan
bonsai. Pada mereka, apa yang penting bukanlah nilai harganya. Disebabkan seninya yang terpancar
dari bonsai menjadikan para peminat mengumpulnya sebagai koleksi. Sebenarnya bonsai adalah
berbeza-beza walaupun dari jenis pokok yang serupa. Apa yang membezakan antara satu bonsai
dengan bonsai yang lain adalah rekabentuk tumbuhan ini. Selalunya untuk membentuk sesuatu pokok
agar menjadi bonsai memerlukan masa yang lama dan memakan beberapa tahun untuk membentuknya.
Beberapa jenis tumbuhan dapat dibentuk untuk menjadi bonsai, antaranya ialah:-
1. Pine putih Jepun (Pinus plaviora)
2. Bunga ceri Higan (Prunus subhirtella)
3. Limau oren (Citrus aurantium)
4. Melati (Wrightia religiosa)
5. Puding (Codieum variegatum)
6. Lemon Balm Leaf (Otacanthus caerulans)
KESIMPULAN
Naluri manusia yang sukakan keindahan menjadikan mereka golongan yang menghargai setiap apa yang
indah, berseni dan menarik. Bonsai yang mempunyai seribu macam makna tersirat telah menjadikan
satu pohon yang paling unik ketika ini. Apa yang penting kita harus menghargai tumbuhan sekeliling
kita. Ini adalah kerana kemungkinan penghargaan kita itu akan dibalas dengan keindahan ciptaan
seninya.

Anda mungkin juga menyukai