Anda di halaman 1dari 12

Meneliti Undang-undang Kedah dan Silsilah Tawarich Radja2 Aceh.

II
Bismillah
Bersambung dari; http://hmm-asal.blogspot.com/2013/01/meneliti-undang-undang-kedah-dan.html
Sekarang kita lihat pula halaman-halaman SRA yang berkaitan Raja-raja Malaya.
Rajah 1; SRA halaman 8
Sultan Muhammad Shah Parameswara Iskandar Shah (Parameswara sebelum
Majapahit) berkahwin dengan Puteri Ratna Kamala, anak kepada Sultan Machdum Alaiddin Malik
Muhammad Amin Shah II, Sultan Perlak ke 17. Baginda membangunkan Islam di Malaya dengan
bantuan iparnya, putera Mahkota Sultan Muhammad Amin Shah II, Perlak; Malik Abdul-Aziz
Shah yang kemudiannya menjadi Sultan Perlak terakhir sebelum dipersatukan dengan Kerajaan
Samudra/ Pase.
Dari halaman ini, kita ketahui bahawa;
1. Parameswara Iskandar Shah (Sultan Muhammad Shah) telahpun menganut
agama Islam ketika
datang membuka Melaka.
2. Jika dibandingkan tarikh-tarikh yang terdapat di Halaman 8 SRA ini, peristiwa Parameswara
Iskandar
Shah membuka Melaka terjadi sekitar pertengahan kurun ke 13, BUKAN awal kurun ke-15.
3. Catitan (Parameswara sebelum Majapahit) adalah benar kerana Kerajaan Majapahit hanya
muncul pada tahun 1293 M.
SRA juga menceritakan tentang kedatangan Portugis/ Peringgi;
Rajah 2; SRA halaman 39
Raja-raja Nusantara sudah sedar tentang bahaya musuh terbaru mereka ketika itu iaitu kar
Portugis yang telah berada di India.Kerajaan Aceh memberi bantuan kepada Kerajaan
Melaka apabila Melaka diserang oleh Portugis. Kejadian ini berlaku semasaSultan Aceh yang ke-11,
yang seterusnya diputarbelitkan sebagai Sultan Aceh yang pertama!
Rajah 3; SRA halaman 40
Sultan Ali Mughayah Shah juga telah menang dalam perang melawan Portugis sebanyak tiga kali.
Rajah 4; SRA halaman 41
Perjuangan Sultan Ali Mughayah Shah menentang Portugis disambung oleh salah seorang
anaknya, Sultan Alaiddin Riayah Shah II Abdil Qahar dengan mengusir Portugis yang mendarat di
Udjung Sudeuun. Sebelum itu, Sultan Alaiddin Riayah Shah II Abdil Qahar telah mengembalikan
Putera Mahkota kepada Sultan Mahmud Melaka (mangkat di Kampar), bernama Alauddin, pulang
membangunkan Kerajaan Johor pada 938 H (1533 M*). Bagaimanapun dalam Sulalat-us-Salatin versi
Rafes,Sultan Alauddin Riayah Shah dikatakan membuka Johor pada 1528 M.
*Menurut Hijri to Gregorian converter www.islamicnder.org, awal 938 H;1531 M, akhir 938 H; 1532 M.
Rajah 5; SRA halaman 42
Halaman 42 menceritakan juga bahawa Sultan Alaiddin Riayah Shah II Abdil Qahar ini telah
menjalinkan hubungan semula dengan Raja China dan Sultan Shershah(1540-1545 M), India.
Sultan SherShah Suri@Farid Khan@Sher Khan (The Lion King) ialah Sultan Dinasti Sur
(berfahaman Ahlussunah), berbangsa Pashtun (Pathan) dari Afghanistan yang
mengalahkan Humayun iaitu Maharaja Empayar Mughal ke-2 dalam peperangan Chausa dan
Kanauj. Ini menyebabkan Humayun terpaksa hidup dalam buangan selama 12 tahun. Humayun yang
pada asalnya berfahaman Sunnah menukar ke fahaman Syiah semata-mata untuk meminta
bantuan Raja Iran dari Empayar Safawid (Syiah). Akhirnya pada tahun 1555 M, Humayun berjaya
memerintah semula Kerajaan Mughal.
Dalam sekitar 5 tahun pemerintahannya, baginda telahmemperbaiki sistem postal, menggubal
pentadbiran sivik dan ketenteraan baru, menghasilkan Rupee pertama dan sebagainya. Baginda juga
telah memanjangkan jalan Grand Trunk dariChittagong, Bangladesh ke Kabul, Afghanistan. Sultan
Shershah tentu sekali sedar betapa pentingnyamenghubungkan Barat dan Timur benua India di
bahagian utara menyebabkan baginda memanjangkan Grand Trunktersebut.
Ketika itu, Chittagong (Kuala Changgong dalam HMM)masih berada di bawah Negara
Arakan bebas. PemerintahKerajaan Islam Mrauk-u di Arakan ketika itu ialah Zabuk Shah@ Mun Pa
Gri@Mun Bun@Min Bin (1531-1553M).Maka jelaslah bahawa Arakan ialah salah satu Negeri Atas
Angin yang dimaksudkan tetapi telah dipadamkan dari semua sejarah Nusantara!
Jika kita teliti Hikayat-hikayat Melayu, kita akan sedar hampir kesemua Hikayat-hikayat ini tidak
menyatakan nama Raja China(seperti dalam SRA halaman 42 itu). Ini termasuk HMM yang hanya
menulis 2 watak terpentingnya sebagai anak Raja Rum dan anak Raja China.
Dalam UUK pula, di Bab 1, Undang-undang pelabuhan, hanya disebut tentang kapal yang datang
dari Gujerat dan Kalinga sahaja. Mustahil tidak ada kapal dari China kerana pelabuhan Kedah
adalah pelabuhan entrepot yang menghubungkan negara-negara barat dan timur pada zaman dahulu.
Buktinya, terdapat banyak seramik China dijumpai di Pengkalan Bujang, Kedah. Maklumat
tentang China adalah antara perkara-perkara yang dipadamkan dari sejarah Melayu.
Namun begitu, terdapat beberapa cerita tentang bangsa China yang terdapat dalam SRA;
1. Halaman 30; Kejadian yang berlaku sejurus sebelum bermulanya tahun Hijrah; pasukan laut China
dipimpin oleh Liang Khitelah menguasai Indra Jaya (Bandar Panton Bie dipanggil Kantoli)-Kerajaan
Seudu. Maharaja Indra Jaya membuka Indra Jaya baru tetapi telah diserang beberapa abad kemudian
oleh Panglima Onga. Antara nama-nama tempat di Indra Jaya yang masih kekal dengan nama
keturunan Liang Khi ialah seperti Lho Krueng Puengkie, Looh Mon Tulieng ( Lembah dari sumur
Datuk Lieng) dan Kuala Unga.
2. Halaman 35: Cerita tentang Puteri Nian Nio Liang Khi (Puteri Neng), dari Dinasti Liang Khi yang
memeluk Islam setelah melihat kesaktian (sihirnya) dapat dilemahkan oleh Pasukan Syiyah
Hudan. Umat Hindu/Buddha yang melihat ketangkasan umat Islam itu serta Maharaja Indra Sakti juga
telah memeluk Islam. Akhirnya Puteri Neng menjadi isteri kedua kepadaMeurah Johan dan seluruh
penduduk Indra Purba dan Indra Purwa memeluk Islam. Selepas 25 tahun Maharaja Indra Sakti
mangkat, Meurah Johan menjadi Sultan pertama Kerajaan Darussalam dengan gelaran Sultan
Alauddin Djauhan Shah yang memerintah dari 1205 M-1234 M. Sultan kedua pula, Sultan Alaiddin
Ahmad Shah telah merebut kembali Kerajaan Seudu dari Raja China Dinasti Liang.
Bagaimanapun, terdapat satu sejarah bangsa China yang nyata dipadam dari SRA. Di
hadapan Muzium Aceh di Bandar Aceh, terdapat satu Loceng besar yang dinamakan Cakra
Donya (Cakra Dunia). Loceng ini dipercayai sebagai pemberian Raja China kepada Raja Pasai
(Samudra/Pase) pada Kurun ke-15 yang dihantar oleh Laksamana Cheng Ho (Hj Mahmud
Shams).Beliau dari etnik Hui yang berasal dari Yunnan. Laksamana Cheng Ho telah singgah di
Sumatra (Samudra Barat) pada hampir setiap pelayarannya yang lebih dari 7 kali. Beliau menggunakan
kapal harta Empayar Ming yang sangat besar berbanding kapal Columbus yang digahkan seluruh dunia
itu.*
*dari http://id.wikipedia.org/wiki/Cheng_ho 14/1/2013
Rajah 7; Loceng Chakra Donya, Laksamana Cheng Ho dan Kapalnya
Di penghujung SRA halaman 42 (Rajah 5) itu disebut tentang Aceh meminta bantuan dari Khalifah
Uthmaniah Turki ketika itu iaitu Sulaiman Chan@Khan. Mari kita lihat cerita seterusnya;
Rajah 8; SRA halaman 43
Rajah 9; Sultan Sulaiman
al-Qanuni
Sultan Sulaiman Chan ini lebih dikenali sebagai Sultan Sulaiman 1
@Muhtesem (The magnicent)@ Kanuni (The lawgiver).
Pada tahun 1564 M, dengan bantuan dari Khalifah Uthmaniah ini, Sultan Riayah Shah II
telah dapat menguasai semula seluruh Semenanjung Malaysia kecuali Kota Melaka.
(Perlu ditekankan di sini, menguasai yang dimaksudkan itu ialah Semenanjung Malaysia diperintah
semula oleh Islam. Pada zaman dahulu, umat Islam bersatu-padu menentang kar penjajah di
Nusantara. Minda mereka tidak terbatas oleh batasan sempadan seperti kehidupan kita yang
lemah sekarang ini.)
Kita juga dapat perhatikan pengaruh Empayar Mughal (sebelum Humayun) sangat kuat di Aceh
sehingga Sultan Riayah Shah II menamakan anaknya Sultan Mughal Seri
Alam Periaman Shah. Walau bagaimanapun, baginda hanya memerintah selama 20 hari sahaja kerana
dibunuh. Secara rasminya, nama sultan ini diterima sebagai Sultan Seri Alam; tanpa Mughal.
Rajah 10; SRA halaman 44
Dari halaman 44 (Rajah 10) pula kita dapati Sultan Aceh ke-18 ialah anak Sultan Ahmad Perak
(Malaya) iaitu Sultan Alaiddin Mansur Shah. Terjadi pertikaian ketika pemerintahannya antara
golongan Ahlussunnah dan golongan Wujudiyyah. Fitnahyang dilemparkan
kakitangan Portugis yang dipelopori golongan Wujudiyyah ini telah merenggangkan hubungan
baik antara Aceh dan Malaya. Baginda mangkat dalam peristiwa ini iaitu pada tahun 1587 M. Fitnah
golongan Wujudiyyah ini juga telah menyebabkan Sultan Aceh seterusnya, Sultan Meugat Boejang
dibunuh pada 1589 M.
Rajah 11; SRA halaman 45
Dari SRA halaman 45 kita ketahui putera kepada Sultan Riayah Shah IV Saidil-Mukammil, yang
bergelar Maharaja Dirajapernah menjadi Raja Muda di Johor (wakil Aceh). Baginda berkahwin dengan
seorang berketurunan Daeng (Bugis) dan mempunyai seorang putera diberi nama Maharaja Laila
Mansur Shah. Apabila ayahandanya mangkat di Johor, baginda pulang ke Aceh dan datuknya
menempatkannya di Reubee lalu digelar Teungku Tchik di Reubee.
Sultan Iskandar Muda yang masyhur di seluruh Nusantara itu ialah Sultan Aceh yang ke-22 dengan
gelaran 'Derma Wangsa Perkasa Alam Shah'.
Rajah 12; SRA halaman 46
Sultan Aceh yang ke-23, Sultan Mughayah Shah Iskandar Tsany (1636-1641 M), ialah anak Sultan
Ahmad, negeri Perak.Baginda ialah menantu kepada Sultan Aceh ke-22, Sultan Iskandar Muda iaitu
suami kepada Puteri Shayatuddin. Setelah Baginda mangkat, permaisuri beginda iaitu Puteri
Shayatuddin menjadi Sultan Aceh ke-24 dengan gelaran Sultanah Seri Ratu Tadjulalam
Shayatuddin Johan Berdaulat.
Pada zaman Sultanah ini, Belanda sudahpun menguasai Kota Melaka. Walaupun Belanda adalah
penganut Kristian seperti Portugis tetapi mereka adalah berfahaman Protestan manakala Portugis
berfahaman Katolik. Terdapat juga Perang salib di Eropah yang berlaku antara Kerajaan Kristian
Katolik dan Kerajaan Kristian Protestan. Maka, ketiadaan toleransi di antara mereka itu dibawa
hingga ke Nusantara.
Sultanah ini juga berdepan masalah penganut fahaman Wujudiyyah yang menentang pemerintahannya.
Penganut fahaman ini juga banyak membantu penjajah dalam usaha mereka memadam dan
memutarbelit sejarah Nusantara melalui buku-buku.
Dimasa pemerintahan Sultan Iskandar Tsany dan Sultanah Shayatuddin ini, Tun Seri
Lanang bertindak sebagai penasihat dengan gelaran Orang Kaya Dato Bendahara Seri Paduka
Tun Seberang. Beliau sangat baik dengan Syeikh Nuruddin ar-Raniri. Di Johor beliau dikenali
sebagai Dato yang ke Aceh. Tun Seri Lanang inilah juga yang sekarang ini diterima sebagaiFakir,
penulis asal Sulalat-us-Salatin sedangkan di permulaan Sulalat-us-Salatin
perkataan perbaiki jelas telah digunakan. Lihat ayat tersebut;
Maka berkata ia kepada fakir, Hamba dengar ada Hikayat Melayu dibawa orang dari Goa; barang
kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak-cucu kita yang
kemudian daripada kita, dan boleh diingatkan oleh segala mereka itu. Dan adalah beroleh faedah
ia daripadanya
Beliau disuruh perbaiki Hikayat Melayu, tentulah kerana ia sudah rosak atau dirosakkan.
Tun Seri Lanang hidup sekitar tahun 1565 M-1659 M iaitu zaman peralihan pemerintahan dari Portugis
ke Belanda di Melaka.Apa yang diperbaiki Tun Seri Lanang berdepan pula dengan satu lagi
pemerintahan kar; Penjajah British bermula pada tahun1824 M, 165 tahun selepas kematiannya.
Akhirnya kita dapati Salasilah Sultan-sultan, maksud sebenar kepada Sulalat-us-Salatin, telah
didongengkan denganmemasukkan cerita-cerita rakyat ke dalamnya dan diubah maksudnya
menjadi Hikayat Melayu atau Sejarah Melayu. Kini Melayu sudahpun tidak dapat
membezakan antara sejarah dan dongeng dalam Sulalat-us-Salatin selain terdapat juga sejarah yang
dipadam dan sebagainya.
Setakat ini kesimpulan yang dapat dibuat ialah suatu ketika dahulu penduduk Nusantara, tidak kira apa
bangsa sekalipun, telah bersatu padu demi menegakkan agama Islam aliran Ahlussunnah Wal-
Jamaah. Raja-raja, tidak kira dari mana sekalipun, telah berusaha menjadi pemimpin kepada umat Islam
dengan adil. Jika terdapat Raja yang munak, mereka berperang dan ditukar kepada Raja lain walaupun
mereka terpaksa berperang dengan saudara mereka sendiri. Pergolakan yang terjadi antara
merekahanyalah atas sebab yang sama. Jadi, tidak benarlah jika mereka dilabel sebagai lanun.
Melabel orang Nusantara yang cekap belayar pada masa dahulu sebagai lanun adalah sama dengan
umat Islam sekarang ini dilabel sebagai pengganas. Ianya hanya untuk memberi pandangan negatif
dunia terhadap umat Islam.
Shah Rukh Khan pernah membuat sebuah lem berjodol My name is Khan untuk menangkis
pandangan negatif tentang Islam dengan ucapan, My name is Khan and IM NOT A TERRORIST!
Kini tibalah masanya umat Islam Nusantara berkata, We are the Muslims of the East and OUR
ANCESTORS WERE NOT PIRATES!
Bersambung di; http://hmm-asal.blogspot.com/2013/01/meneliti-undang-undang-kedah-dan_1498.html
Kepada sesiapa yang mengetahui akan cerita sebenar tentang apa-apa yang dipaparkan dipos ini,
sila ceritakan hal sebenar itu pada komen yang akan dibuka di pos terakhir Meneliti UUK dan SRA.
Kerjasama anda amat dialu-alukan demi mencari kebenaran.
Komen dibuka di pos; Meneliti UUK & SRA III

Anda mungkin juga menyukai