Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan Usul Fiqh..

Usul feqh ini merupakan satu gagasan ilmu yang penting bagi mereka-mereka yang mempelajari ilmu
feqh..ini kerana usul feqh ini merupakan dasar kepada ilmu feqh yang ada sekarang ini..ilmu ini juga
penting bagi kita meningkatkan lagi keyakinan kepada sesuatu hukum yang di pegang..sebagai
contoh..kita berpegang bahawa solat itu wajib..tetapi kita tidak mengetahui dimanakah dalil-dalil yang
mengatakan bahawa solat itu wajib..jika sekiranya disana ada seseorang yang cuba mengatakan bahawa
solat itu tidak wajib..ada kemungkinan pegangan kita akan menjadi goyah lantaran tidak mengetahui usul
kepada wajibnya solat itu.
Sebelum kita memasuki dan mendalami tentang ilmu usul feqh ini..marilah kita mengenali dahulu tentang
makna usul feqh itu sendiri..seperti kata pepatah melayu tak kenal, maka tak cinta ..jadi bagi kita
mencintai sesuatu ilmu itu..perlulah kita tahu akan maksud disebalik ilmu itu sendiri terlebih dahulu.. Usul
feqh ini terbina daripada dua perkataan iaitu USUL dan FEQH..jadi tidak dapat tidak kita perlu
mengetahui maksud setiap perkataan ini daripada segi bahasa dan juga istilah yang telah dikeluarkan
oleh para ulamak kita..Usul bermaksud asal kepada sesuatu atau juga ditakrifkan sebagai apa yang
terbina daripadanya perkara yang lain.. Contohnya..asal kepada pembinaan rumah adalah tiang..jadi
tiang itulah menjadi asal kepada rumah yang akan dibina..dengan maksud lain..jika tiadanya tiang maka
rumah tersebut mungkin tidak dapat dibina.
Ini adalah dari segi bahasa..jika dilihat dari sudut kefahaman ulama dan juga penggunaan perkatan usul
ini, ia dapat di takrifkan kepada beberapa makna..Pertama Dalil .. sebagai contoh..seseorang berkata
asal kepada permasalahan ini adalah ijmak apa yang dimaksudkan dengan perkataan usul disini adalah
dalil ..iaitu katanya dalil kepada masalah ini adalah ijmak .. Kedua rajih atau benar sebagai
contoh.. asal kepada percakapan adalah yang mempunyai hakikat apa yang dimaksudkan dengan
perkataan asal disini ialah percakapan yang benar dan tepat adalah yang mempunyai hakikat dan fakta
..Ketiga kaedah .. seperti biasa saya akan datangkan contoh..dalam ilmu nahu atau tatabahasa arab
ada meletakkan kaedah iaitu asal kepada faail ( pelaku ) adalah adalah marfuu apa yang
dimaksudkan dengan asal disini ialah kaedah umum bagi faail hukumnya adalah marfuu .
Seterusnya beralih kepada maksud feqh .. Feqh dari segi bahasanya bermaksud mempunyai ilmu
tentang sesuatu dan memahaminya.. Tetapi penggunaan feqh dalam Al-Quran tidak bermaksud
tentang ilmu secara mutlak..tetapi lebih kepada kedalaman kefahaman, kemampuan yang teliti dan
mengetahui apa yang dimahukan oleh sesiapa yang berkata.. Dari segi istilah pula Feqh bermaksud
ilmu yang berkaitan dengan hukum-hukum syariah yang berupa amalan yang diambil daripada dalil-dalil
yang terperinci .. Insyaallah perincian tentang feqh ini akan dibahaskan lagi didalam kategori Feqh
Umum insyaallah..
Selesai meneliti makna setiap perkataan iaitu USUL dan FEQH..jadi marilah sama-sama kita meneliti
pula maksud USUL FEQH pula.. Usul feqh merupakan satu gagasan ilmu yang membincangkan tentang
kaedah-kaedah dan cara mengistinbat hukum-hakam daripada dalil-dalil syariah ( Al-Quran dan Sunnah
).. Kaedah yang telah diletakkan ini adalah kaedah kulliyah yang mana dibawahnya wujudnya juzuk-juzuk
yang lain yang mana juzuk-juzuk ini akan mengikuti kaedah kulliyah ini.. Sebagai contoh.. satu kaedah
usuliyyah iaitu al-amru yuidu al-wujub yang bermaksud sighah amar itu menunjukkan kepada perkara
yang wajib..Jadi setiap dalil yang terdapat padanya sighah amar ini ( berbentuk suruhan ) menunujukkan
perkara tersebut adalah wajib..
Daripada kaedah-kaedah yang telah diletakkan inilah para ulama dan mujtahid dapat berijtihad tentang
sesuatu hukum yang berkaitan dengan perbuatan kita..jadi disini dapatlah kita lihat bahawa ilmu usul
feqh ini merupakan ilmu yang teramat penting bagi mereka-mereka yang mempelajari ilmu feqh..kerana
bagi mendapatkan keyakinan yang tinggi dalam pegangan kita..seharusnyalah kita mengetahui akan asal
kepada sesuatu pegangan tersebut Setakat ini sahaja dahulu tentang pengenalan kepada ilmu Usul
Feqh ini..Insyaallah kita akan menyambung lagi pada entri akan datang mengenai sejarah penulisan ilmu
usul ini..

Anda mungkin juga menyukai