Anda di halaman 1dari 10

Meneliti Undang-undang Kedah dan Silsilah Raja-raja Aceh.

I
Bismillah.
Saya menampilkan penelitian terhadap naskah Undang-undang Kedah(UUK) dan Silsilah Tawarich
Radja2 Keradjaan Atjeh(SRA) di sini kerana buku saya kelak lebih bertumpu kepada zaman sebelum
Islam. Selain itu, kedua-dua naskah ini tidak mudah diperolehi.
Kita telah sedia maklum bahawa kesemua Hikayat-hikayat Melayu telah diubah dari keadaan asalnya.
Ketiadaan mesin pencetak dan mesin fotostat menyebabkan khidmat penyalin diperlukan bagi tujuan
menyebarkan cerita berkenaan. Sebagai seorang manusia, penyalin tidak sepi melakukan kesilapan dan
terdapat juga penyalin yang tidak jujur. Selain itu ada juga penyalin yang membuat terjemahan dari
bahasa lama supaya mudah difahami ketika zamannya itu. Ada juga yang mentransliterasi dari tulisan
lain; jawi ke rumi contohnya. Penyalin begini mungkin kurang faham apa yang diterjemahkannya kerana
berada di zaman yang berbeza ditambah pula dengan naskah-naskah lama yang sudah usang dan sukar
dibaca.
Akan tetapi bagi perkara yang melibatkan undang-undang, ia mungkin disusun semula, ditambah oleh
kerajaan atas sebab-sebab tertentu. Undang-undang Kedah yang digunakan bagi tujuan pendedahan ini
ialah yang diselenggara oleh Mariyam Salim, DBP 2005.
Secara ringkas, kandungan teks Undang-undang Kedah di bahagikan oleh penterjemah kepada lima
bahagian;
1. Undang-undang pelabuhan (hlm. 1-17)
2. Undang-undang Seri Paduka Tuan (hlm. 17-24)
3. Hukum Kanun Datuk Kota Setar (hlm. 24 dan 25)
4. Cara membuat bunga emas (hlm. 25-34)
5. Undang-undang 1199 H/1785 M. (hlm. 34-104)
Saya berpendapat UUK ini bukanlah hanya digunakan di Kedah kerana ia adalah kumpulan undang-
undang yang diterima dari tempat lain untuk diamalkan di Kedah. Malahan naskah UUK hanya diberi
nama sedemikian kerana ia masih diamalkan di Kedah sebelum ditukarkan ke undang-undang sedia ada
semasa penjajahan British. Saya akan keluarkan bukti-buktinya kelak.
Silsilah Tawarikh Radja2 Kerajaan Atjeh pula ialah atas usaha Perwira Adjudin Djenderal Kodam-
I/Iskandar Muda, 1968 sebagai bahan penyelidikan sahaja. Sebanyak 91 bahan bacaan telah digunakan
sebagai rujukan termasuk beberapa rujukan berbahasa Belanda dan Inggeris. Antara rujukan lain ialah
Kitab Hikayat Atjeh lama, Silsilah Darul-Mansoer, Silsilah Darul-Mukammil, Kitab Raudhatul-ilhab,
Kanzul-gharaib, Bustanussalathin dan sebagainya.
SRA dimulakan dari datangnya 4 bersaudara keturunan Raja Siam Syahir Nuwi yang datang dengan
rombongan dari suku bangsa Mon-Khmer beberapa abad Sebelum Masehi*: Meurah Fohela (buka
Perlak), Syahir Tanwi (buka Djeumpa di Peusangan sekarang), Syahir Poli (buka Pidie) dan Syahir
Dauli (buka Indra Purba).
-Ejaan eu menunjukkan nama-nama yang ditransliterasi dari tulisan Mon-Khmer yang
mempunyai vokal diakritik.
* Dari kata-kata Sultan Salathien Riayah Syah Marhum Daya dalam Kitab Umdatul-ilhab oleh Machdum
Djohani.
Ia diteruskan dengan Kerajaan-kerajaan awal sebelum Aceh;
1. Kerajaan Perlak (Perlix/ Perlax/ Plix) dibuka oleh Meurah Fo He La Syahir Nuwi (Maharaja
Pho He La). Nama Sultan sesudah Islam;
I. Sultan Alaiddin Saiyid Maulana Abdul-Aziz Syah, 225-249 H (840-864 M)
II. Sultan Alaiddin Saiyid Maulana Abdul-Rahim Syah, 249-274 H (864-888 M)
III. Sultan Alaiddin Saiyid Maulana Abbas Syah, 274-300 H (888-913 M)
(2 tahun tanpa sultan)
IV. Sultan Alaiddin Saiyid Maulana Ali Mughayah Syah, 302-305 H (915-918 M)
(1 tahun tanpa sultan)
V. S. Machdum Alaiddin Malik Abdul-Kadir Syah Johan Berdaulat, 306-310 H (918-922 M)
VI. S.M. Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah Johan Berdaulat, 310-334 H (922-946 M)
VII. S.M. Alaiddin Abdul-Malik Syah Johan Berdaulat, 334-361 H (946-973 M)
(4 tahun tanpa sultan)
VIII. a) S. Alaiddin Saiyid Maulana Mahmud Syah (Syiah), 365-377 H (976-988 M)
b) S.M. Alaiddin Malik Ibrahim Syah Johan Berdaulat (Sunnah), 365-402 H (976-1012 M)
375-395 H (986-1006 M) serangan Sri Wijaya, Sultan Mahmud (Syiah) mangkat. Perlak
dikuasai sepenuhnya oleh Sultan Malik Ibrahim (Sunnah).
IX. S.M. Alaiddin Malik Mahmud Syah Johan Berdaulat, 402-450 H (1012-1059 M)
X. S.M. Alaiddin Malik Mansur Syah Johan Berdaulat, 450-470 H (1059-1078 M)
XI. S.M. Alaiddin Malik Abdullah Syah Johan Berdaulat, 470-501 H (1078-1108 M)
XII. S.M. Alaiddin Malik Ahmad Syah Johan Berdaulat, 501-527 H (1108-1134 M)
XIII. S.M. Alaiddin Malik Mahmud Syah Johan Berdaulat, 527-552 H (1134-1158 M)
XIV. S.M. Alaiddin Malik Usman Syah Johan Berdaulat, 552-565 H (1158-1170 M)
XV. S.M. Alaiddin Malik Muhammad Syah Johan Berdaulat, 565-592 H (1170-1196 M)
XVI. S.M. Alaiddin Abdul-Jalil Syah Johan Berdaulat, 592-622 H ( 1196-1225 M)
XVII. S.M. Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah Johan Berdaulat, 622-662 H (1225-1263 M)
XVIII. S.M. Alaiddin Malik Abdul-Aziz Syah Johan Berdaulat, 662-692 H (1263-1292 M)
Kerajaan Perlak akhirnya disatukan dengan Kerajaan Samudra/Pase (Samudra-Pasai).
(Perhatikan; Nampak seperti Sri Wijaya membantu Sultan ke-8 memerangi Sultan Syiah. Ini
menyokong lagi pendapat yang mengatakan Sri Wijaya adalah Kerajaan Islam aliran Sunnah Wal-
jamaah)
2. Kerajaan Samudra/Pase Hasil gabungan negeri Djeumpa (datang bersama Syahir
Tanwi), Salasari, Samudra dan Tanoh Data. Salasilah bermula hanya sesudah Islam;
I. Meurah Giri/Chair/Maharaja Mahmud Syah dari Perlak, 433-831 H (1042-1078 M)
II. Maharaja Mansur Syah, 470-527 H (1078-1133 M)
III. Maharaja Ghiyasuddin Syah, 527-550 H (1133-1155 M)
IV. Maharaja Nurdin/ Sultan Al-Kamil, 550-607 H (1155-1210 M)
(Berpecah dan tiada sultan selama 52 tahun)
V. Sultan Alaiddin Malikussalih/ Meurah Siloo, 659-588 H (1261-1289 M)
VI. Sultan Muhammad Malikud-Dhahir, 688-725 H (1289-1326 M)
VII. Sultan Ahmad Malikud-Dhahir, 725-750 H (1326-1350 M)
VIII. Sultan Zainul-Abidin Malikud-Dhahir, 750-796 H ( 1350-1394 M)
(4 tahun diperintah oleh Nagur Rabbath Abdul Kadir Syah)
IX. Malikah (Ratu) Nihrasiyah Rawangsa Chadiyu, 801-831 H (1400-1428 M)
Disatukan dengan Kerajaan Aceh di bawah sultan ke-7, Sultan Alaiddin Husain Syah
3. Kerajaan Teumieng Salasilah juga bermula sesudah Islam;
I. Meurah Gadjah dari Perlak, 580-599 H (1184-1203 M)
II. Raja Sepala, 599-609 H (1203-1213 M)
III. Raja Padi Wangsa, 609-638 H (1213-1241 M)
IV. Raja Muda Dinok, 638-678 H (1241-1280 M)
V. Raja Malat, 678-723 H (1280-1323 M)
VI. Raja Eumpieng Beusoe/Machdum Saad, 723-753 H (1323-1353 M)
VII. Raja Muda Seudia, 753-800 H (1353-1398 M)
Terdapat juga raja-raja yang hanya dicatat nama;

Negeri Karang N. Keudjruen
Muda
Negeri
Seuruwai
Negeri Sungai
Yoe
Raja Kelabu
Tunggal
Raja Muda
Peuseunu
Sultan Muda
Indra
Kesuma
Pahlawan
Kayseri Athas
Raja Peundeuka

R. Peunita/Po
Si Gajah
Potjut Raja
Usman
Maharaja Jauhan
Raja Prum Syah Raja Muda Chik Potjut Raja
Sulong Laut
Megat Po Setia
Raja Peuseunah Raja Po Gam Raja Itam Abdul
Jalil
Megat Po Rhi
Banta Raja
Keujruen
Karang
Raja Po
Peunuh
Tengku Zainul
Abidin
Megat Po Muda
Raja Tan Kuala Raja Bahna Megat Po Lubuk
Raja Martju Raja Po Gading Raja Muhammad
Athas
Raja Nanta
Muda Tan
Seugiya
Raja Maan Raja Ismail Athas
Raja Ahmad
Banta (Tengku Ben
Raja)
Tengku
Keudjruen Muda
Raja
Muhammad/ Raja
Silang
Tengku Raja
Habshah
Tengku Arin Tengku Raja
Sulong
1. Kerajaan Pidie dibuka oleh Maharaja Sjahir Pauling/Poli. Kerajaan Islam dikatakan bermula dari
Raja Hussain Syah, 870 H (1465 M), yang diangkat menjadi Sultan Aceh ke-7. Namun sultan2 selepas
baginda tidak pula dicatat tarikh;
I. Maharaja Sulaiman Noer
II. Maharaja Syamsu Syah, menjadi Sultan Aceh ke-10
III. Maharaja Malik Maroef Syah, mangkat 916 H (1511 M)
IV. Maharaja Ahmad Syah, mangkat 926 H (1520 M)
V. Maharaja Husain Syah
VI. Maharaja Saidil Mukammil, menjadi Sultan Aceh ke-20
VII. Maharaja Husain Syah
VIII. Maharaja Orang Kaya/O.K.Laksemana Panglima Pidie - terkenal dalam Perang Melaka.
IX. Maharaja Keumangan Po Rah/ Po Meurah/ Pang-olee Peunaroe
X. Panghoelee Peunaroe Meurah Po Itam
XI. P.P. Meurah Po Puan
XII. P.P. Meurah Po Thahir
XIII. P.P. Meurah Po Seuman/Usman
XIV. P.P. Meurah Po Lateeh (Abdul-Latif)
XV. Teuku Keumangan Jusuf
XVI. Teuku Keumangan Umar.
Raja-raja negeri Lingga dan Isak (Aceh Tengah)
Sultan Perlak ke-8 telah hantar rombongan Syeikh Sirajuddin dan mengangkat raja pertama; Adi
Genali/Meurah Lingga bin Meurah Tanjung Krueng Jambu-aji. Mempunyai 3 orang anak;
I. SiBajak Lingga buka daerah Aroe.
II. Meurah Johan ikut rombongan Syiyah Hudan ke Indra-Purba untuk berdakwah.
III. Meurah Lingga II- tetap memerintah di Lingga.
Negeri Isak dibangun oleh Machdum Malik Ishaq Johan Berdaulat, anak Sultan Perlak ke-8. Puteranya
Machdum Malik Musir/Meurah Mersa memerintah selepas baginda mangkat. Mempunyai 7 orang anak;
I. Meurah Jernang membuka daerah hulu sungai Seunagan
II. Meurah Bacang pergi ke daerah Barus dan membawa dakwah Islam ke sana.
III. Meurah Itam pergi ke negeri Beuratjan/Merdu
IV. Meurah Putih - pergi ke daerah Kiran/Chairan dan berdakwah kepada penduduk beragama
Hindu/Buddha di sana.
V. Meurah Siloo/ Machdum Malik Ibrahim (Datuk kepada Malik Salih Meurah Siloo- Sultan
Samudra/Pase) pergi berdakwah ke daerah Djempa dan menjadi raja di sana.
VI. Meurah Pupuk pergi berdakwah ke negeri Daya.
2. Kerajaan Indra Purba dibuka oleh Syahir Dauli. Bandaraya terkenal; Lamuri/Lam-
urik. Ptolomeus menamakannyaArgure.(Akan tetapi rakyat Arakan, Myanmar
mempercayai Argure yang dimaksudkan Ptolemy ialah Arakan)
3 daerah; Indra Puri, Indra Patra dan Indra Purwa.Tiada salasilah disertakan.
3. Kerajaan Indra Djaya Sebelum Islam, tiga nama raja dicatat;
I. Raja Varanarendra, 454 M - mengirim tempayan emas dan perak ke Raja China.
II. Raja Gautama Subhadra, 502 M kirim persembahan ke Tiongkok.
III. Vijayavarman, 518 M - kirim persembahan ke Tiongkok.
Bandaraya terkenal; Kantoli/ Panton Bie. Kemudian dikenali sebagai Kerajaan Seudu. Selepas
Islam, dikenali sebagai Negeri Daya. Tiada salasilah disertakan; hanya sebutan beberapa nama raja.
Silsilah Kerajaan Aceh Darussalam (bermula dari halaman 37 SRA);
1. Sultan Alaiddin DJauhan Syah, 601-631 H (1205- 1234 M)
2. Sultan Alaiddin Ahmad Syah, Raja Masah,631-665 H (1234-1267 M)
3. Sultan Alaiddin Mahmud Syah I,Seri Paduka Poteu Tjut,665-708 H (1267-1309 M)
4. Sultan Alaiddin Firman Syah,708-755 H (1309-1354 M)
5. Sultan Alaiddin Mansur Syah I,755-811 H ( 1354-1408 M)
6. Sultan Mahmud/II Alaiddin Djauhan Syah, 811-870 H (1408-1465 M)
7. Sultan Husain Shah, 870-885 H (1465-1480 M)
8. Sultan Alaiddin Inayah Syah, 885-895 H (1480-1490 M)
9. Sultan Alaiddin Mudhaffar Syah, 895-902 H (1490-1497 M)
10. Sultan Alaiddin Syamsu Syah, 902-916 H (1497-1511 M)
11. Sultan Alaiddin Ali Mughayah Syah, 916-936 H (1511-1530 M)^
12. Sultan Salahuddin, 936-945 H (1530-1539 M)
13. Sultan Alaiddin Riayah Syah II Abdil-Qahar, 945-979 H (1539-1571 M)
14. Sultan Husain Alaiddin Riayah Syah II, 979-987 H (1571-1579 M)
15. Sultan Muda, umur 7 bulan; mangkat 28 hari kemudian.
16. Sultan Mughal Seri Alam Periaman Syah, dibunuh 20 hari kemudian
17. Sultan ZainalAbidin, Raja Djainal, 987-988 H (1579-1580 M
18. Sultan Alaiddin Mansor Syah, 989-995 H (1581-1587 M)
19. Sultan Meugat Boejoeng/Buyung, 995-997 H (1587-1589 M)
20. Sultan Alaiddin Riayah Syah IV Saidil-Mukammil, 997-1011 H (1589-1604 M)
21. Sultan Muda Ali Riayah Syah V, 1011-1015 H (1604-1607 M)
22. Sultan Iskandar Muda Derma Wangsa Perkasa Alam Syah, 1016-1045 H (1607-1636 M)
23. Sultan Mughayah Syah Iskandar Tsani, 1045-1050 H (1636-1641 M)
24. Sultanah Seri Ratu TajulAlam Shayatuddin Johan Berdaulat, 1050-1086 H (1641-1675 M)
25. Sultanah Seri Ratu NurulAlam Naqiyatuddin, 1086-1088 H (1675-1678 M)
26. Sultanah Seri Ratu Zakiyatuddin Inayah Syah, 1088-1098 H (1678-1688 M)
27. Sultanah Ratu Kamalat Syah, 1098-1109 H (1688-1699 M)
28. Sultan BadrulAlam Syarif Hashim Jamalullil, 1110-1113 H (1699-1702 M)
29. Sultan Perkasa Alam Syarif Lamtoey, 1113-1115 H (1702-1703 M )
30. Sultan JamalulAlam Badrul Munir, 1115-1139 H (1703-1726 M)
31. Sultan JauharulAlam Imauddin, 1139 H (1726 M)
32. Sultan SyamsulAlam Wandi Teubeeng, 1139 H (1726 M) sebulan sahaja
33. Sultan Alaiddin Maharaja Laila Ahmad Syah, 1139-1147 H (1727-1735 M)
34. Sultan Alaiddin Djauhan Syah, 1147-1174 H (1735-1760 M)
35. Sultan Alaiddin Mahmud Syah, 1174-1195 H (1760-1781 M)
*Sultan Badruddin-berkuasa beberapa bulan
*Sultan Sulaiman Syah (raja Udahna Lela)-berkuasa 2 bulan dalam tahun 1187 H (1773 M)
36. Sultan Alaiddin Muhammad Syah, 1195-1209 H (1781-1795 M)
37. Sultan Hoesein Alaiddin DjauharulAlam Syah, 1209-1238 H (1795-1823 M)
*Sultan Syarif SaifulAlam Syah dari Pulau Pinang, berkuasa tidak sah selama 3 tahun
38. Sultan Alaiddin Muhammad Daud Syah, 1238-1251 H (1823-1836 M)
39. Sultan Sulaiman Ali Alaiddin Iskandar Syah, 1251-1273 H (1836-1873 M)^
40. Sultan Ibrahim Alaiddin Mansur Syah, 1273-1286H (1857-1870 M)
41. Sultan Alaiddin Mahmud Syah,1286-1290 H (1870-1874 M)
42. Sultan Alaiddin Muhammad Daud Syah, 1290-1320 H (1874-1903 M)
dibuang ke Ambon oleh Belanda.
Ulama-ulama dan rakyat Aceh terus berjuang hingga pemberontakan terakhir pada tahun 1942 M.
Belanda tinggalkan Aceh Besar dan Jepun tiba pada 12hb Mac 1942.
^ -Diterima secara rasmi sebagai Sultan Aceh yang pertama.
*-Sultan-sultan yang tidak diiktiraf dalam SRA tetapi diterima secara rasmi.
^-Sultan yang tidak diterima secara rasmi sebagai Sultan Aceh.
Kita beralih ke Undang-undang Kedah pula. Kita mulakan dengan meneliti tarikh-tarikh yang terdapat
dalam
Undang-undang Kedah;
1. Halaman 1; Bab 1 dimulakan dengan tarikh 17 Jamadil Akhir 1060 H yang dikatakan hari Jumaat.
(Tarikh Masehinya ialah 17hb Jun, 1650 M yang juga jatuh pada hari Jumaat.*)
2. Halaman 14; Terdapat nama Sultan Rijaluddin Muhammad Syah; tanpa tarikh. (Jika dibanding
salasilah Raja-raja Kedah, Sultan Rijaluddin Muhammad Syah memerintah Kedah sejak tahun
1625 1651 M.)
3. Halaman 16; Terdapat nama Sultan Muhyiddin Mansur Syah; juga tanpa tarikh. (Baginda
memerintah
Kedah dari 1651 1661 M.)
4. Halaman 17; Permulaan Bab 2. Dimulakan dengan tarikh Rabiulawal 1078H bersamaan 1667 M.*
Maulana Shah Alam yang bersemayam di Kota Palas dikatakan menyuruh perbuat undang-undang.
(Menurut At-Tarikh Salasilah Kedah, Kota Palas dikatakan berada di Mukim Wang Tepus.
Menurut sumber lain ianya di Ulu Melaka, Pulau Langkawi yang ditukar nama ke Padang
Matsirat sekarang. Dalam tahun 1667 M, Sultan Kedah ialah Sultan Dziaddin Mukarram Shah.
Salasilah raja-raja Kedah juga tidak mencatat nama Maulana Shah Alam. Jadi, Maulana
Shah Alam tidak tinggal di Kedah dan mungkin tarikh tersebut juga telah diubah.)
5. Halaman 27; Satu peristiwa berlaku pada zaman Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim
Syah
ibni Sultan Abdullah Mukaram Syah memerintah iaitu 1222H. (Ini bersamaan dengan 1807 M*.
Baginda ialah Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II yang memerintah dari 1797 1843 M)
6. Halaman 43; Satu permuafakatan dibuat pada hari Isnin 28 Safar 1199H. (Ini bersamaan dengan 10
Januari 1785 M* yang jatuh pada hari Isnin juga. Ia 23 tahun lebih awal dari peristiwa 5)
7. Halaman 87; Satu peristiwa berlaku pada 3 Jamadilawal 1200 H. (Ini bersamaan 2hb Mac 1786 M.
Peristiwa ini juga berlaku 22 tahun lebih awal dari peristiwa 5.) Hukum tersebut digunakan sejak
zaman Sultan Muhammad Syah Melaka.
8. Halaman 104, terakhir; Dikatakan undang-undang ini selesai ditulis pada hari Selasa bulan
Rabiulawal
222 H. (Ini bersamaan dengan 837 M.* Jika transliterasi/penyalinan yang dibuat adalah benar,
ini bermakna Undang-undang ini pada mulanya ditulis 299 tahun (1136 837= 299) lebih
awal dari tarikh Sultan Mudzafar Shah I, Sultan Kedah pertama yang memeluk Islam,
memerintah Kedah.)
*Tarikh ditukar ke Masehi menggunakan Hijri to Gregorian converter yang terdapat di laman
web www.islamicnder.org
Dari penelitian di atas, peristiwa 6 dan 7 didapati tidak mengikut susunan halaman yang betul jika
peristiwa 5 berlaku pada 1222 H seperti yang dicatatkan.
Halaman terakhir menunjukkan undang-undang ini pada asalnya ditulis pada 222 H (837 M).
Untuk meneliti hal ini, mari kita buat perbandingan dengan Silsilah Raja-raja Aceh.
Rajah 1; Halaman 104, terakhir UUK
Pertama sekali kita teliti perkataan bawah angin kerana perkataan atas angin disebut dalam SRA;
Rajah 2; Maksud 'atas angin' dalam SRA
1. SRA memberi makna atas angin sebagai negeri Hindie, ? , Siam, Funan, Kambodja dan
Tjampa.
Ini adalah Kerajaan-kerajaan purba di utara Aceh dan Kedah. Maka apa yang dimaksudkan dalam
UUK sebagai bawah angin ialah Kerajaan-kerajaan Purba di selatan Aceh dan Kedah. Takrif yang
sama juga boleh diguna jika meneliti Hikayat-hikayat Melayu lain.
? -Perhatikan; Perkataan Kalinga, Arakan, Burma mahupun Kedah langsung tidak ada dalam
SRA dan jarang terdapat dalam sejarah Indonesia. Akan tetapi bangsa Sarkasih(orang Aceh
menyebut Gogasi) ada dicatatkan. Ia mungkin bangsa gergasi dalam HMM iaitu bangsa
Rakshasa/Rakhine, Arakan.
Pakar-pakar sejarah Indonesia masih mempertikai kedudukan Kalinga yang terdapat dalam rekod
purba China.
2. Paduka Seri Sultan Jamalul Alam Badrul Munir (Rajah 1) ialah Sultan Aceh yang ke 30 yang
memerintah dari 1115-1139 H (1703-1726 M) Maka tarikh yang diberi, 222 H (837 M), sekitar 900
tahun lebih awal berbanding masa pemerintahannya.
Rajah 3; SRA halaman 49
3. Sekarang kita teliti pula perkataan Sayidina Ali wa Maulana(Rajah 1). Tidak ada seorangpun
Sultan Aceh yang diberi gelaran ini. Akan tetapi gelaran 'Sultan Alaiddin Saiyid Maulana' digunakan
oleh Dinasti Saiyid Maulana Perlak. Ia tidaklah boleh dianggap satu kebetulan apabila mereka ini
memerintah Perlak dari 225-305 H (840- 918 M), sekitar hanya 2 tahun selepas masa yang sama
tercatat dalam UUK; 222 H (837 M). Ketika itu, Aceh belum terbentuk lagi.
Dari halaman 17 UUK, permulaan Bab 2 juga menyebut tentang seorang Sultan yang dipanggil Maulana
Shah Alam. Perkataan Maulana hanya diguna semasa peringkat awal kedatangan Islam ke
Nusantara yang bermaksud Pemimpin kita. Ketika itu orang Nusantara belum kenal nama-nama
Syed, Sharif dan Habib.
Rajah 4; SRA halaman 5
Rajah 5; SRA halaman 6
Akan tetapi Dinasti Saiyid Maulana ini menurut aliran Syiah. Maka, besar kemungkinan undang-
undang,
yang disaat akhirnya diamalkan di Kedah itu; UUK, dimulakan oleh golongan Syiah ini. Apabila
nusantara sudah keseluruhannya mengikut fahaman Ahlussunah wal-jamaah, undang-undang tersebut
pasti diperbaiki.
Menurut buku Muslim History 570-1950 CE oleh Akram Zahoor, D. Sc,hlm. 43, pada tahun 654 M
Abdullah bin Saba, seorang Yahudi dari Yaman, menganut Islam tetapi mula menimbulkan
perselisihan
faham dikalangan umat Islam dengan menghasut kebencian terhadap Khalifah Uthman di Kufa, Iraq.
Abdullah bin Saba inilah pengasas Syiah. Ini bermakna, dalam jangkamasa lebihkurang 186
tahun (840-
54), golongan Syiah sudah bertapak di Perlak dan persekitaran Nusantara dengan sistem
perundangannya sendiri.
Dinasti Machdum Djohan Berdaulat (Rajah 5) adalah Dinasti selepas Dinasti Saiyid Maulana.
Gelaran Johan Berdaulat juga disebut dalam UUK. Siapakah yang bergelar Johan Berdaulat Itu?
Rajah 6; UUK halaman 87
Dari sini kita dapati Sultan Muhammad Syah Melaka bergelar Johan Berdaulat. Baginda juga
mempunyai gelaran Sayidina Ali wa Maulana di hadapan yang mungkin bermaksud Alaiddin Saiyid
Maulana. Gelaran ini mungkin disebabkan Baginda adalah keturunan kedua-dua Dinasti Perlak tersebut
yang memerintah Perlak sekitar sebelum kurun 10.
Masih di halaman 87 UUK, tidak ada Sultan Aceh yang bernama Badrul Mubin. Akan tetapi terdapat
Raja Abdullah Malikul-mubin iaitu bapa kepada Raja Inayah Shah, Sultan Aceh ke-8 (1480-1490).
Menurut Hikayat Hang Tuah pula, Sultan Culan ialah seorang Sultan di Sri Lanka (Sailan). Pada
tahun 1200 H (1786 M)( seperti tercatat dalam halaman 87 UUK), Sultan Aceh ialah Sultan Alaiddin
Muhammad Shah dan Raja kerajaan Kandy, Sri Lanka ialah Rajadhi Radjasinha. Setakat ini masih
tidak terdapat rekod yang tertulis tentang Raja Islam di Sri Lanka untuk kita teliti.
Apapun, sekali lagi ini menunjukkan tarikh-tarikh dan nama-nama Sultan dalam UUK tidak selari
dengan SRA yang jelas menunjukkan sejarah Nusantara telah banyak diubah.
Kepada sesiapa yang mengetahui akan cerita sebenar tentang apa-apa yang dipaparkan dipos ini,
sila ceritakan hal sebenar itu pada komen yang akan dibuka di pos terakhir Meneliti UUK dan SRA.
Kerjasama anda amat dialu-alukan demi mencari kebenaran.
Komen dibuka di pos; Meneliti UUK & SRA III
Bersambung di; http://hmm-asal.blogspot.com/2013/01/meneliti-undang-undang-kedah-dan_24.html

Anda mungkin juga menyukai