Anda di halaman 1dari 2

GADIS MENARI ANGGERIK LIAR (Oncidium Altissimum) DAN SEJARAHNYA April

27, 2010
Filed under: Orkid zainura66 @ 11:56 pm
Tags: orkid hutan, orkid liar, orkid spesis
Pengenalan Anggerik Gadis Menari (Oncidiums)
Kumpulan orkid ini digelar sebagai dancing ladies (gadis menari) kerana kebanyakan daripada
bunganya kelihatan mempunyai bibir (lips) seakan-akan baju gaun kembang dan bahagian atasnya pula
seolah-olah seperti tangan dan kepala seseorang !
Oncidiums mempunyai sejambak bunga orkid yang ceria; sentiasa memperlihatkan bunganya yang
berwarna dari kuning cerah hingga kepada jingga (oren) dan perang / coklat (brown) , meski pun
sesetengahnya pula mempunyai warna bayangan (latar belakang) merah jambu, merah dan juga hijau
yang berjuntaian di udara. Orkid ini menjadi popular setelah mula diperkenalkan pada lewat tahun 1700
di England dari Amerika Selatan.
Oncidium, singkatan diberikan dalam urusniaga tanaman (horticultural trade) sebagai Onc. itu
mengandungi sebanyak kira-kira 330 spesis dari puak (subtribe) Oncidiinae dari keluarga Orchidaceae.
Ini adalah genus yang kompleks serta sukar, dengan mempunyai banyak spesis yang telah di
klasikasikan. Gelaran diberikan kepada setiap genus kepada genera yang berlainan.
Ringkasan
Genus yang pertama dikenalkan oleh Olof Swartz pada tahun 1800 ialah Oncidium altissimum, di mana
telah menjadi sejenis spesis. Namanya diperolehi dari bahasa Latin (Greek) iaitu onkos, bermaksud
bengkak (swelling). Ini merujuk kepada kallusnya yang berada di bibir bawah. Kebanyakan spesis
daripada genus Oncidium adalah epit, walaupun ada di antaranya adalah litot (lithophytes) atau pun
tumbuh di tanah (terrestrials).
Taburannya adalah dari Mexico Utara, Pulau Caribbean dan sebahagian dari Florida Selatan hingga ke
Amerika Selatan. Biasanya ia tumbuh pada kawasan yang bermusim panas (kering).
Orkid ini boleh di bahagikan kepada tiga kategori bergantung kepada tabiat pertumbuhannya iaitu :
1. Sesetengahnya mempunyai umbi semu (pseudobulbs) hijau dan rasem (racemes) yang panjang
dengan bunganya bersaiz kecil serta bibirnya yang dominan. Kebanyakan daripadanya berwarna kuning
keemasan dengan atau tanpa perang-kemerahan, tetapi setengahnya pula adalah perang atau perang-
kekuningan di sekitarnya. Spesis Oncidium yang lain pula mempunyai bunga putih dan merah jambu,
sementara sesetengahnya pula berwarna merah cerah.
2. Kumpulan yang mempunyai umbi semu (pseudobulbs) yang sangat kecil dan berdaun keras/kaku,
tegak, bersendiri. Daunnya yang berbentu selinder bertindak sebagai penyimpan air. Ia mempunyai
rasem panjang dengan bunganya yang berwarna kuning yang berjuntaian dari atas.Saiz orkid ini
berbeza; dari beberapa sentimeter hingga ke 30 sm panjang daunnya dan panjang rasemnya lebih
daripada 1 meter. Spesis ini dikenali sebagai Mule-Ears, kini diklasikasikan sebagai Psychopsis.
3. Dahulu, kategori ketiga dinamakan Oncidium Variegata atau equitant. Ia tidak mempunyai pseudobulb,
Pucuknya berbentuk kipas kurang dari 15 sm, dan daun membentuk bahagian segitiga . Daunnya
berbentuk oval, lebar dan agak lembut itu bertindak sebagai alat penyimpan air. Bunganya adalah agak
lebih rumit dengan warna yang menarik. Sepalnya lebih segar (eshy) manakala petal dan bibirnya
mempunyai selaput membran. Orkid ini kini diklasikasikan sebagai Tolumnia. Cyrtochilum adalah genus
yang lain di mana kebanyakan daripadanya diklasikasikan kepada spesis Cyrtochilum; yang mempunyai
tangkai pembungaan yang sangat panjang, berputar; kadangkala mencapai 20 atau lebih, petalnya
bergulung (seperti renda) dan tabiat pertumbuhan yang unik di mana umbi semu baru muncul di atas
umbi semu yang lama.
Sumber : Orchids for dummies (The National Gardening Association)
&http://en.wikipedia.org/wiki/Oncidium

Anda mungkin juga menyukai