Anda di halaman 1dari 2

Hadis Tentang Niat ( Siri 1 )

Niat merupakan sesuatu yang penting dalam setiap pekerjaan dan amalan seharian kita..dan lebih-lebih
lagi apabila kita ingin menjalankan satu-satu ibadah kerana Allah..di dalam mazhab syai niat amalan
ibadah yang dilakukan tanpa niat tidak dikira sebagai ibadah..dengan kata lain..sia-sia sahajalah amalan
ibadah kita tersebut apabila kita tidak berniat.. Dalam hadis Rasulullah (s.a.w) ada bersabda :
!"# $% &'%( )*+ $,#-. /$01+$2 3$,45( $,#-
( Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan atau disertai dengan niat dan sesungguhnya keatas
setiap seseorang itu ( dibalas ) berdasarkan niat mereka )
Di dalam kitab Arbain Nawawiyyah ( Hadis 40 ) dimulakan hadis pertama didalam kitab tersebut dengan
hadis yang berkaitan dengan niat ini.. jadi disini dapatlah kita lihat bahawa betapa pentingnya kita berniat
dengan niat yang betul dan ikhlas ketika melakukan sesuatu pekerjaan agar kita mendapat ganjaran
pahala daripada Allah subhanahuwataala. Niat itu tempatnya dalah dalam hati iaitu dengan kata lain kita
tidak perlu menzahirkan niat kita kerana niat pada asalnya tempatnya adalah didalam hati kita.. Tetapi
disana ada yang mengatakan bahawa niat itu perlulah kita zahirkan atau ucapkan melalui lisan seperti
niat solat, puasa dan sebagainya..tetapi kata-kata seperti ini adalah tidak tepat..kita tidak perlu untuk
melafazkan niat itu dengan kuat sedangkan tempat asalnya niat tersebut adalah dalam hati kita..hanya
kita dan Allah yang mengetahuinya..
Bagaimanakah pula cara untuk kita berniat dengan betul dan sempurna serta ikhlas ketika beribadat dan
sebagainya.. Di dalam syarah riyadhus salihin ada menyatakan bagaimanakah kaedah untuk kita
mencapai niat yang sempurna..di dalam kitab tersebut disebutkan tiga kaedah yang perlu kita ikuti..
pertama berniat bahawa apa yang kita lakukan itu adalah ibadah sebagai contoh.. makan nasi.. kita
berniat kita makan itu adalah salah satu ibadah kepada Allah yakni kita makan untuk kita teruskan hidup
dengan beribadah kepada Allah. Kedua berniat melakukan sesuatu itu hanya kerana Allah bukan
selainnya . sebagai contoh..kita makan dan kita berniat makan kerana Allah.. Ketiga berniat bahawa
kita melakukan sesuatu perkara itu kerana melakukan perintah Allah sebagai contoh juga..kita makan
dan kita berniat mengikut perintah Allah supaya tidak melatakkan diri kita didalam kebinasaan yakni
dengan tidak makan kita mungkin akan jatuh sakit dan sebagainya.
Apa yang kita dapat lihat disini ialah, untuk mencapai niat yang sempurna ( insyaallah ) adalah dengan
mengabungkan ketiga-tiga kaedah ini iatu kita berniat melakukan sesuatu itu kerana ibadah kerana
Allah dan juga kerana mengikuti suruhanNya . Niat ini juga amat penting kerana setiap perkara yang kita
lakukan adalah berdasarkan niat dan Allah akan menghisab kita pada hari akhirat kelak juga mengikut
apa yang telah kita niatkan ketika melakukan sesuatu perkara tersebut. Jika baik dan ikhlas niat kita
maka insyaallah amalan kita akan diterima dan kita akan mendapat ganjaran daripada Allah dan
begitulah juga sebaliknya.
.:: Hiasan semata-mata ::.
Insyaallah ini hanyalah permulaan atau pengenalan kepada hadis tentang niat ini dan insyaallah kita
akan membahaskan lagi tentang hadis ini secara terperinci pada entri seterusnya..disini saya
membentang hadis baginda (s.a.w) :
62 !78+( 9:4 62 )0;# 62 <$=>+( 62 ',4 62 ?;@ A2B C1%DE( '0%B 64.
F+$G 62 HD+ 62 F8I 62 !94 62 J(KL 62 M'N 62 O( 9:4 62( J$PL
3"QP RST. U0S4 O( VSW O( 3"TL X8,T 3$N U14 O( AYL !.98+( AZ'Q+(
O( V+- U['\] X#$I 6,^ !"# $% &'%( )*+ $,#- . /$01+$2 3$,45( $,#-
_B'%( .B $`:0aP $0#9+ U['\] X#$I 6%. U+"TL. O( V+- U['\`^ U+"TL.
U0S4 b;c% U0+- 'd$] $% V+- U['\`^ $`e*1P
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs bin Umar bin Al-khattab bin Nufail bin Uzza bin Rayaah bin
Abdullah bin Qurthi bin Razaah bin Adiyya bin Kaaab bin Luaai bin Ghalib al-quraisy al-adawiy
redha Allah keatas nya berkata : aku telah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda :
Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan niat, dan sesungguhnya keatas setiap manusia
itu ( dibalas ) mengikut apa yang telah diniatkannya, barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana
Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya, dan barang sesiapa yang
berniat berhijrah kerana dunia atau perempuan yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu adalah
kerana kedua-duanya ( dunia dan perempuan yang ingin dinikahi ).

Anda mungkin juga menyukai