Anda di halaman 1dari 11

Yang di-Pertuan Agong ke-14

Al-Sultan Almutasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam


Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dilahirkan pada 28 November 1927 di Alor
Setar, Kedah. Baginda adalah Sultan Kedah ke-27 sejak 1958 serta merupakan
Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (1970 1975) dan ke-14 (mulai 13
Disember 2011), sekaligus menjadi sultan pertama yang menjadi Yang di-Pertuan
Agong sebanyak dua kali.

Raja Permaisuri Agong ke-14


Seri Paduka Baginda Tuanku Hajah Haminah binti Hamidun merupakan Sultanah
Kedah serta Raja Permaisuri Agong yang ke-14. Baginda telah dilahirkan pada 15
Julai 1953 di Bagan Serai, Perak dan berkahwin dengan Sultan Abdul Halim pada 25
Disember 1975. Baginda mendapat gelaran Che Puan Kedah sehinggalah pada 9
Januari 2004 apabila baginda ditabalkan sebagai Sultanah Kedah

Yang di-Pertuan Agong ke-13


Seri Paduka Baginda Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum
Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

D.K.M., D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K. (Johor),
D.K.M.B (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan),
D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion dHonneur (France), The Most
Auspicious Order of The Rajamitrabhorn (Thailand), Collar De La Orden Al Merito
De Chile (Chile),
Baginda merupakan Sultan Terengganu yang ke-16. Putera kepada Sultan Mahmud
Al-Muktafi Billah Shah dan Tengku Besar Sharifah Nong, baginda dilahirkan pada 22
Januari 1962 di Istana Al-Muktafi, Kuala Terengganu. Tuanku Mizan telah dipilih
untuk menduduki takhta Yang di-Pertuan Agong oleh Majlis Raja-Raja Melayu
sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-13 pada 3
November 2006, dan secara rasminya ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong
pada 26 April 2007.
Raja Permaisuri Agong ke-13
Seri Paduka Baginda Tuanku Nur Zahirah
D.M.N., D.K., S.S.M.Z., S.S.M.T., Knight Grand Cross (First Class) of the Most
Illustrious Order of Chula Chom Klao (Thailand).
Dilahirkan sebagai Siti Rozita binti Adil Bakeri. Dilahirkan pada 7 Disember 1973,
baginda melangsungkan perkahwinan dengan Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 28
Mac 1996. Baginda dilantik menjadi Raja Permaisuri Agong pada 13 Disember 2006
berikutan perlantikan Seri Paduka Baginda Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai Yang
di-Pertuan Agong ke-13.

Yang di-Pertuan Agong ke-12


Seri Paduka Baginda Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra
Jamalullail
D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.K.M., D.M.N., D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K.
(Kedah), D.K. (Kelantan), D.K.M.B (Brunei), D.K. (Selangor), D.K. (Terengganu),
S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T., Grand Order of King Tomislav (Crotia), Grand Collier De
LIndependence (Grand Medal of the Independence) Cambodia, Grand Croix De
LOrder (Royal Sash) Cambodia, Cavaliere Di Gran Croce Decorate Di Gran
Cordone (Italy), Decoration of Omayad The Finest Decoration (Syria)

Baginda diputerakan 17 Mei 1943 dan merupakan Raja Perlis sekarang. Baginda
telah mewarisi takhta pada sejak 17 April 2000 berikutan kemangkatan
ayahandanya. Baginda telah menjadi Yang di-Pertuan Agong daripada 13 Disember
2001 hingga 12 Disember 2006.
Raja Permaisuri Agong ke-12
Seri Paduka Baginda Tengku Fauziah binti Tengku Abdul Rashid
D.K., S.S.P.J., S.P.M.P., D.M.N., D.K. (Kelantan), DK( Pahang), S.P.M.J Grand Croix De
LOrdre (Royal Sash) Cambodia, The Order of the Sacred Treasure, Gold and Silver
Star (Star)
Baginda merupakan ahli kerabat diraja Kelantan dan Terengganu yang diputerikan
pada 6 Jun 1946. Baginda berkahwin dengan Tuanku Syed Sirajuddin pada 15
Februari 1967. Pada 14 Julai 2000, baginda telah dimasyhurkan sebagai Raja
Perempuan Perlis.

Yang di-Pertuan Agong Ke-11


Seri Paduka Baginda Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum
Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah
D.K., D.K.M., D.M.N., S.P.M.S., S.S.S.A., D.K.M.B., (Brunei), D.K. (Terengganu), D.K.
(Kelantan), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Kedah), D.K. (Negeri Sembilan), D.K.
(Perak), D.K. (Pahang), S.P.D.K. (Sabah), D.P. (Sarawak), D.U.M.N (Melaka), P.J.K., The
Most Auspicious Order Of The Rajamitrabhorn (Thailand), Al-Khalifah Medal
Decoration (Baharain), Order Of Boyaca Grand Collar (Columbia), Hon. D. Litt
(UPM), Hon. Fellowship Royal College Of Surgeons In Ireland, Hon. D. Sociology
(Univeristy Thammasat, Thailand)
Baginda adalah putera kepada Sultan Hisamuddin Alam Shah dan Tengku Ampuan
Jemaah merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-11 (26 April 1999 21
November 2001). Baginda ialah panglima tertinggi Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) dan telah mejadi Sultan Selangor selama 41 tahun (1960 2001)
Raja Permaisuri Agong Ke-11
Seri Paduka Baginda Tuanku Siti Aishah

D.K. (Selangor), D.M.N, D.A. (Sarawak), Knight Grand Cross (First Class) of the Most
Illustrious Order of Chula Chom Klao (Thailand).
Baginda telah dilahirkan pada 18 November 1971 merupakan Raja Permaisuri
Agong Termuda dalam sejarah Malaysia. Baginda sempat menjawat jawatan
sebagai Raja Permaisuri Agong selama 2 Tahun 6 Bulan. Selepas kemangkatan
Sultan, Dewan Diraja Selangor memperkenankan gelaran Permaisuri digunakan
selagimana hak dan syarat baginda masih memegang status sebagai Balu kepada
Sultan Selangor.

Yang di-Pertuan Agong Ke-10


Seri Paduka Baginda Almarhum Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul
Raham
D.K., D.K.M., D.M.N., D.K.M.B., (Brunei), D.K. (Kelantan), D.K. (Kedah), D.K. (Selangor),
D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Pahang), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak), (19 Julai
1922 27 Disember 2008)
Tuanku Jaafar merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesepuluh. Baginda
telah diputerakan pada 19 Julai 1922 di Klang, Selangor. Baginda merupakan putera
kedua bagi Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman
ibni Almarhum Tuanku Muhammad.

Raja Permaisuri Agong Ke-10


Seri Paduka Baginda Tuanku Najihah binti Tuanku Besar Burhanuddin
D.K., D.M.N., D.K. (Kedah), D.K( Kelantan) S.P.T.J., S.P.M.K.
Tuanku Najihah dilahirkan pada 11 September 1924, merupakan Raja Permaisuri
Agong yang ke-10 ( 26 April 1994 25 April 1999). Baginda memperolehi
pendidikan formal di Sekolah Tuanku Muhammad di Kuala Pilah dan di London
School of Oriental Studies.

Yang di-Pertuan Agong Ke-9


Seri Paduka Baginda Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf
Izzuddin Shah Ghafarullahulahu
D.K., D.K.M., D.M.N., D.K. (Kelantan), D.K. (Terangganu), D.K. (Perlis), D.K. (Johor),
D.K. (Selangor), D.K. (Kedah), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Negeri Sembilan), D.K.
(Pahang), S.S.M., P.M.N., P.S.M., S.P.C.M., S.P.T.S., S.P.M.P., S.I.M.P.
Sultan Azlan Shah ialah Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesembilan. Baginda
merupakan sultan dari negeri Perak Darul Ridzuan. Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia dari 26 April 1989 25 April 1994. Baginda
adalah anakanda Sultan Yussuf Izzuddin Shah yang dilahirkan pada 1928 di Batu
Gajah, Perak.
Raja Permaisuri Agong Ke-9
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun binti Mohamad Ali
D.K., D.M.N. DK(Selangor), DKA
Tuanku Bainun dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1932. Baginda ialah Raja
Permaisuri Agong yang kesembilan berikutan perlantikan Sultan Azlan
Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Gahafarullahulahu
sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan merupakan rakyat jelata yang pertama
dilantik sebagai Raja Permaisuri Agong.

Yang di-Pertuan Agong Ke-8


Seri Paduka Baginda Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Alhaj ibni Almarhum
Sultan Ismail al-Khalidi
D.K.
Almarhum Sultan Iskandar merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang
kelapan mulai 26 April 1984 hingga 25 April 1989. Baginda mewarisi takhta
ayahandanya Sultan Ismail Ibni Sultan Ibrahim untuk menjadi Sultan Johor ke-24
berikutan kemangkatan ayahandanya pada tahun 1981. Baginda dilahirkan pada 8
April 1932 dan mangkat pada 22 Januari 2010. Tempoh pemerintahan baginda
sebagai Sultan Johor adalah dari 11 Mei 1981 22 Januari 2010.
Raja Permaisuri Agong Ke-8
Seri Paduka Baginda Sultanah Zanariah binti Almarhum Tengku Panglima Raja
Ahmad
D.K.
Tunku Puan Zanaraiah berasal dari keluarga diraja Kelantan. Baginda merupakan
puteri kepada Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Panglima Raja Kelantan Tengku Long
Ahmad bin Yang Teramat Mulia (YTM) Tengku Temenggong Long Abdul Ghaffar Ibni
DYMM Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah). Tengku Panglima Raja
berperanan sebagai penabal Al Sultan Kelantan. Baginda merupakan Raja
Permaisuri Agong yang kelapan (26 April 1984 25 April 1989).

Yang di-Pertuan Agong Ke-7


Seri Paduka Baginda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Almarhum
Sultan Abu Bakar RiAyatuddin Al-Muadzam Shah
D.K.P., D.K., D.K.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.M.N., D.K. (Perak), D.K. (Johor), D.K.
(Kelantan), D.K. (Terengganu), D.K. (Perlis), D.K. (Kedah), D.K.M.B., D.K. (Brunei), D.K.
(Negeri Sembilan), D.K. (Selangor), QILADAH BADR AL-Kubra (Arab Saudi), QILADAH
AL-Sheikh Mubarak Al-Kabir (Kuwait), Grand Order of the Mugunghwa (Korea
Selatan), HON. D. Litt (Malaya). LLD. HC (Northrop USA) (Lahir 24 Oktober 1930)
Sultan Haji Ahmad Shah merupakan Yang di-Pertuan Agong ketujuh dari tanggal 29
Mac 1979 hingga 25 April 1984. Baginda mewarisi takhta kerajaaan negeri Pahang
pada tahun 1974 setelah kemangkatan ayahanda baginda Almarhum Sultan Abu
Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim
Billah Shah.
Raja Permaisuri Agong Ke-7
Seri Paduka Baginda Almarhumah Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku
Muhammad
D.M.N., D.K., S.S.A.P., S.I.M.P.
Baginda telah diputerikan pada 4 Disember 1933 dan mangkat pada 29 Jun
1988. Almarhummah Tengku Ampuan Afzan Rahimahallah (semoga Allah
mencucuri rahmat ke atas roh baginda) merupakan Raja Permaisuri Agong yang
ketujuh mulai 26 April 1979 hinggalah 25 April 1984.

Yang di-Pertuan Agong Ke-6


Seri Paduka Baginda Almarhum Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim
D.K.M., D.K., D.M.N., S.M.N., S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.S.K., D.K. (Selangor), D.K.
(Terengganu), D.K. (Kedah), D.K. (Brunei), D.K. (Pahang), D.K. (Perlis), D.P. (Sarawak)
(10 Disember 1917 29 Mac 1979)
Almarhum Tuanku Yahya Petra merupakan Yang di-Petuan Agong keenam dari 21
September1975 hingga 29 Mac 1979. Baginda mewarisi takhta kerajaan negeri
Kelantan dari tahun 1960 hingglah kemangkatannya.
Raja Permaisuri Agong Ke-6

Seri Paduka Baginda Almarhumah Tengku Zainab binti Almarhum Tengku


Mohamed Petra
D.K. D.M.N, S.P.M.K.
Baginda telah diputerikan pada 7 Ogos 1917 dan mangkat di Istana Negeri, Kubang
Kerian pada 10 Januari 1993. Almarhum Tengku Zainab merupakan Raja Permaisuri
Agong keenam daripada 21 September 1975 hingga 29 Mac 1979.

Yang di-Pertuan Agong Ke-5


Seri Paduka Baginda Al-Sultan Almutasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul
Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang), D.K. (Selangor),
D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak), D.P.
(Sarawak), D.U.N.M., S.P.M.K., S.S.D.K., D.H.M.S.
Sultan Abdul Halim Muadzam Shah merupakan Yang di-Pertuan Agong Kelima dari
21 September 1970 higga 20 September 1975. Baginda mewarisi takhta kerajaan
negeri Kedah pada tahan 1958, setelah kemangkatan ayahandanya Sultan
Badlishah ibni al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
Raja Permaisuri Agong Ke-5
Seri Paduka Baginda Almarhumah Tuanku Hajah Bahiyah binti Almarhum Tuanku
Abdul Rahman
D.K., D.K.H., D.M.N, D.K. (Johor), D.K. (Negeri Sembilan), DK(Kelantan), S.P.M.K.
Almarhummah Tuanku Sultanah Hajah Bahiyah telah diputerikan pada 24 Ogos
1930 dan mangkat di Istana Kuala Cegar pada 26 Ogos 2003. Baginda merupakan
Raja Permaisuri Agong yang kelima daripada 21 September 1970 hingga 20
September 1975.

Yang di-Pertuan Agong Ke-4


Seri Paduka Baginda Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum
Sultan Zainal Abidin III D.K., D.K.M., D.M.N., S.P.M.T., D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor),
D.K. (Perak), D.K. (Pahang)
Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah merupakan Yang di-Pertuan Agong
keempat mulai 21 September 1965 hingga 20 September 1970. Baginda mewarisi
takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1945 hinggalah kemangkatan baginda
pada tahun 1979.
Raja Permaisuri Agong Ke-4
Seri Paduka Baginda Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja
D.K., D.M.N., S.S.M.T., S.P.M.T.,
Tengku Ampuan Tua Intan Zaharah telah diputerikan 13 April 1928 dan merupakan
Raja Permaisuri Agong yang keempat mulai 21 September 1965 hinggga 20
September 1970.

Yang di-Pertuan Agong Ke-3

Seri Paduka Baginda Almarhum Tuanku Syed Putra Alhaj ibni Almarhum Syed
Hassan Jamalullail
D.K., S.S.P.J., S.P.M.P., D.K.M., D.M.N., S.M.N., D.K. (Brunei), D.K. (Selangor), S.P.D.K.
(Sabah), D.K. (Kelantan), D.P. (Sarawak), D.K. (Kedah), D.K. (Pahang), D.K. (Johor), D.K.
(Negeri Sembilan), D.P.S.S. (Sarawak), D.K. (Perak), D.K. (Terengganu), D.K.M.B.
(Brunei)
Almarhum Tuanku Syed Putra telah diputerakan pada 25 November 1920 dan
mangkat di Institut Jantung Negara pada 16 April 2000. Baginda merupakan Yang
di-Pertuan Agong Malaysia yang ketiga mulai 21 September 1960 hinggalah 20
September 1965. Baginda mewarisi takhta untuk menjadi Raja Perlis pada tahun
1945.
Raja Permaisuri Agong Ke-3
Seri Paduka Baginda Almarhumah Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail
D.K., S.S.P.J., D.M.N.,DK (Kelantan) S.M.N., S.P.M.K.
Almarhummah Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Budriah ( Semoga Allah mencucuri
rahmat ke atas roh Raja Perempuan Besar Perlis) merupakan Raja Permaisuri
Agong yang ketiga mulai 21 September 1960 hingga 20 September 1965. Baginda
merupakan cucu kepada Raja Pattani yang terakhir dan bonda kepada Raja Perlis
sekarang.

Yang di-Pertuan Agong Ke-2


Seri Paduka Baginda Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum
Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
D.M.N., D.K. (Brunei)
Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah telah diputerakan pada 13 Mei 1898 dan
mangkat 1 September 1960 di Istana Negara. Baginda merupakan Yang di-Pertuan
Agong Malaysia yang kedua mulai 14 April 1960 hingga kemangkatan baginda pada
1 September 1960. Baginda mewarisi takhta setelah kemangkatan ayahandanya
Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa untuk
menjadi Sultan Selangor pada tahun 1938.

Raja Permaisuri Agong Ke-2


Seri Paduka Baginda Almarhumah Tengku Ampuan Jemaah binti Almarhum Raja
Ahmad
Almarhum Tengku Ampuan Jemaah merupakan Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong yang kedua mulai 14 April 1960 sehingga kemangkatan Sultan
Hisamuddin Alam Shah pada 1 September 1960. Baginda mangkat pada 8 April
1973.

Yang di-Pertuan Agong Pertama


Seri Paduka Baginda Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku
Muhammad
D.M.N., S.M.N.
Almarhum Tuanku Abdul Rahman telah diputerakan pada 24 Ogos 1895 dan
mangkat pada 1 April 1960. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia
yang pertama mulai 31 Ogos 1957 sehinggalah kemangkatannya pada 1 April 1960.
Baginda mewarisi takhta berikutan kemangkatan ayahandanya Paduka Sri Tuanku
Muhammad Shah ibni Almarhum Tuanku Antah untuk menjadi Yang di-Pertuan
Besar Negeri Sembilan pada tahun tahun 1933.
Raja Permaisuri Agong Pertama
Seri Paduka Baginda Almarhumah Tunku Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar
Burhanuddin
DK.,D.M.N., D.K(Kedah), S.M.N
Almarhummah Tunku Puan Besar Kursiah telah diputerikan 16 Mei 1911 dan
mangkat pada 2 Februari 1999. Baginda merupakan Raja Permaisuri Agong
Malaysia yang pertama mulai 31 Ogos 1957 sehinggalah kemangktan Tuanku Abdul
Rahman pada 1 April 1960

Anda mungkin juga menyukai