Anda di halaman 1dari 2

FAKTOR PERTABALAN SULTAN PERAK KE-35

Faktor utama pertabalan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Sultan Perak ke35
adalah disebabkan kemangkatan Paduka Seri Sultan Perak ke -34 iaitu Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izuddin
Shah. Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang juga merupakan ayahanda Sultan Nazrin
telah mangkat pada 28 Mei 2014 di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada pukul 1.30
petang.

Susulan kemangkatan Sultan Azlan Shah, Dewan Negara Perak telah bermesyuarat pada
petang 28 Mei 2014 dan sebulat suara telah memilih Sultan Nazrin Shah sebagai Paduka Seri
Sutan Perak ke-35. Pada ketika itu, Sultan Nazrin Shah adalah merupakan Raja Muda Perak
dan memegang gelaran Raja Nazrin Shah.

Bagi memahami faktor pemillihan Sultan Nazrin Shah sebagai pemerintah negeri Perak yang
baharu maka kita perlu meneliti dan memahami susur galur pewarisan takhta kerajaan Perak.
Sistem pengganti Raja di Perak adalah unik kerana mengikut giliran di antara Raja-Raja Bergelar
dan bukannya diturunkan dari ayah kepada anaknya seperti yang berlaku di negeri-negeri beraja
di Malaysia kecuali Negeri Sembilan. Kedudukan Raja-Raja Bergelar sebagai Pewaris Tahta
Negeri Perak Darul Ridzuan mengikut turutan adalah seperti berikut :

1. Sultan Perak
2. Raja Muda Perak
3. Raja Di Hilir
4. Raja Kecil Besar
5. Raja Kecil Sulong
6. Raja Kecil Tengah
7. Raja Kecil Bongsu

Sebelum ditabalkan menjadi Paduka Seri Sultan Perak ke-35, Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika itu dikenali sebagai Raja Nazrin Shah. Baginda dilantik
sebagai Raja Kecil Besar pada 16 Februari 1984 ketika berusia 28 tahun. Apabila Sultan Azlan
Syah dimasyhurkan sebagai Paduka Seri Sultan Perak ke-34 pada 03 Februari 1984, kedudukan
Pewaris Takhta Negeri Perak pada ketika itu adalah seperti berikut :

1. Sultan Perak - Sultan Azlan Shah (03 Feb 1984)


2. Raja Muda Perak - Raja Ahmad Saifuddin (03 Feb 1984)
3. Raja Di Hilir - Raja Ahmad Hisham (01 Ogos 1978)
4. Raja Kecil Besar - Raja Nazrin Shah (16 Feb 1984)
5. Raja Kecil Sulong - Raja Izzuddin (01 July 1983)
6. Raja Kecil Tengah - Raja Jaafar (03 Feb 1984)
7. Raja Kecil Bongsu - Raja Iskandar Dzulkarnain (03 Feb 1984)

(Tarikh dalam kurungan adalah tarikh lantikan Raja Bergelar / Sultan)

Pada 12 April 1987, Raja Muda Raja Ahmad Saifuddin mangkat telah pada usia 57 tahun. Apabila Raja
Ahmad Saifuddin mangkat, maka kedudukan Raja-Raja Bergelar sepatutnya naik satu anak tangga tetapi
keadaan tidak berlaku sedemikian. Jika mengikut penggiliran, Raja Ahmad Hisham yang ketika itu
merupakan Raja Di Hilir akan dilantik sebagai Raja Muda dan Raja Nazrin Shah akan naik satu
tangga menjadi Raja Di Hilir dan begitulah yang lain-lainnya. Walau bagaimanapun, Raja Ahmad
Hisham telah menolak tawaran untuk naik sebagai Raja Muda di atas faktor kesihatan dan usia
baginda yang telah lanjut. Beliau telah memberi laluan kepada Raja Kecil Besar iaitu Raja Nazrin
Shah untuk menjadi Raja Muda manakala beliau kekal sebagai Raja Di Hilir. Kedudukan pewaris
tahta berubah seperti berikut :

1. Sultan Perak - Sultan Azlan Shah (03 Feb 1984)


2. Raja Muda Perak - Raja Nazrin Shah(15 April 1987)
3. Raja Di Hilir - Raja Ahmad Hisham (01 Ogos 1978)
4. Raja Kecil Besar - Raja Izzuddin (11 May 1987)
5. Raja Kecil Sulong - Raja Jaafar (1988)
6. Raja Kecil Tengah- Raja Iskandar Dzulkarnain (11 May 1987)
7. Raja Kecil Bongsu - Raja Ashaman Shah (11 May 1987)

(Tarikh dalam kurungan adalah tarikh lantikan Raja Bergelar / Sultan)

Raja Nazrin Shah dilantik sebagai Pemangku Raja Perak pada 26 April 1989 untuk tempoh
lima tahun apabila, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong yang ke-9. Beberapa tahun kebelakangan ini sehinggalah kemangkatan
Sultan Azlan Shah pada 28 May 2014, Raja Nazrin Shah sekali lagi menjadi Pemangku Raja
Perak disebabkan tahap kesihatan Sultan Azlan Shah tidak begitu mengizinkan untuk baginda
menjalankan tugas-tugas rasmi.

Berikutan kemangkatan Sultan Azlan Shah pada 28 Mei 2014 pada usia 86 tahun, Dewan Negara
Perak telah bermesyuarat pada lewat petang 28 Mei 2014 di Istana Iskandariah untuk melantik Sultan Perak
yang baharu. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin membuat
pengumaman mengisytiharkan Raja Nazrin Shah sebagai Sultan Perak Darul Ridzuan ke-35 di Balairong
Seri Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak sebelum jenazah Almarhum Sultan Azlan
Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah dimakamkan.
Selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Perak Darul Ridzuan ke-35 pada usia 58 tahun,
baginda menggunakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin
Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah.

Anda mungkin juga menyukai