Anda di halaman 1dari 4

PPGS 6107

BIMBINGAN & KAUNSELING KELOMPOK


PENILAIAN BERTERUSAN
Sem 1 Sessi 2017/2018
Tugasan Deskripsi Tugasan Markah

Penilaian ASPEK KEPIMPINAN KELOMPOK 20 %


Berterusan I Anda dan pasangan anda perlu mengendalikan 2 dari
(Berpasangan) keseluruhan sesi kaunseling kelompok sepanjang kursus (10 markah/sesi)
ini. Sesi ini perlulah dirakam untuk dihantar kepada
pensyarah. Untuk memenuhi keperluan ini:
a) Anda berdua perlu membuat perancangan sesi
yang lengkap (untuk 2 sesi sahaja) dan dihantar
bersama laporan dan VCD
b) Anda perlu menghantar VCD rakaman sesi yang
anda jalankan untuk tujuan penilaian kemahiran
anda sebagai pemimipin kelompok
c) Anda perlu menghantar refleksi kendiri sebagai
pemimpin (untuk 2 sesi) bersama VCD untuk
penilaian

Penilaian ASPEK PENGALAMAN KELOMPOK 20%


Berterusan II Anda dikehendaki menyediakan laporan refleksi kendiri
(Individu) untuk 5 dari keseluruhan sesi kaunseling yang telah anda (Untuk 5 sesi yang
sertai. dilaporkan.
Laporan anda mesti meliputi (antaranya) Sekiranya tidak
a) Pengalaman kendiri anda semasa sesi dari segi mencukupi 5 sesi
perasaan, pemikiran dan tingkahlaku anda. maka penalty akan
b) Pemerhatian anda terhadap rakan kelompok yang dikenakan. Tidak
lain dari segi perasaan , pemikiran dan temasuk sesi yang
tingkahlaku yang mereka pamerkan semasa sesi dipimpin sendiri)
c) Stail kepimpinan dan pengendalian sesi oleh
pemimpin kelompok
d) Mengenalpasti kemahiran dan teori kaunseling
yang telah diaplikasikan oleh pemimpin
kelompok.
e) Teknik pengurusan konflik yang dilaksanakan
sekiranya timbul sebarang konflik semasa sesi
tersebut
f) Sebarang maklumbalas , cadangan yang dirasakan
sesuai untuk memperbaiki pengendalian sesi
tersebut.

Laporan refleksi bagi setiap sesi mestilah sekurang-


kurangnya 6 mukasurat, langkau 1.5, Times New Roman
12. Cara penulisan tidak dihadkan tetapi mesti meliputi
setiap elemen yang diperlukan seperti yang dinyatakan

Penilaian BAHAGIAN 1: TEMUDUGA PERSEPSI & 10%


Berterusan III KEPERLUAN KAUNSELING KELOMPOK (20%)
(Berpasangan)
Tugas Berpasangan
Anda diminta mendapatkan data kualitatif melalui
temuduga dan menyampaikan maklumat berkenaan
kaunseling kelompok kepada 6 individu dari salah satu
kumpulan yang disenaraikan di bawah untuk menganalisa
persepsi mereka terhadap kaunseling kelompok.
Temuduga perlu mengambil masa 20-30 minit sahaja
setiap individu. Temuduga perlulah dirakamkan secara
audio dan dihantar bersama laporan kepada pensyarah
pada minggu ke 14. Anda juga perlu membentangkan
ringkasan dapatan ini dalam kelas.
Pilihan Kumpulan Responden:
a) Golongan Pelajar Sekolah Menengah
b) Golongan Pelajar IPT
c) Individu Bekerja, Belum Berkahwin
d) Individu Bekerja, Telah Berkahwin
e) Golongan Ibu/ Bapa

Anda perlu meneroka aspek-aspek berikut mengikut


langkah yang dicadangkan.
Langkah 1: Mendapatkan maklumat seperti berikut:
Adakah mereka pernah mendengar tentang
perkhidmatan kaunseling , atau mendapat khidmat
samada kaunseling individu atau kelompok?
Sekiranya pernah mendapatkan khidmat, mohon
mereka ulaskan.
Apakah yang mereka ketahui tentang Kaunseling
Kelompok?
Apakah persepsi mereka terhadap bantuan
kaunseling yang diberikan secara kelompok ?

Langkah 2: Penyampaian Maklumat (anggaran 10-


15minit)
Anda perlu menerangkan serba sedikit tentang
perkhidmatan kaunseling kelompok kepada
individu tersebut dan dapatkan pendapat mereka
seterusnya
Penerangan anda perlu meliputi maklumat asas
kaunseling kelompok seperti tujuan kaunseling,
pengendalian kaunseling kelompok, jumlah sesi,
jumlah ahli , hasil yang boleh dijangkakan dan
lain2

Langkah 3: Terokai selanjutnya seperti berikut
Setelah mendengar penerangan anda mengenai kaunseling
kelompok:
Terokai tahap kesediaan mereka sekiranya diberi
peluang menjadi klien dalam kaunseling
kelompok?
Apakah jangkaan mereka terhadap keberkeanan
kaunseling kelompok untu membantu mereka
menangani isu mereka.
Apakah tema-tema atau isu-isu yang mereka
rasakan sesuai dibawa ke dalam sesi kaunseling
sekiranya mereka menghadirinya.
Berdasarkan dapatan temuduga anda bersama 6 individu
tersebut , sediakan satu laporan kualitatif berkenaan
persepsi mereka terhadap sesi kaunseling kelompok. Anda
juga perlu menjalankan analisa keperluan kaunseling
kelompok bagi golongan ini berdasarkan bahagian
Laporan anda mestilah sekurang-kurangnya 8 muka surat
, 1.5 spacing. Times new roman 12. Rakaman Audio /
video perlu dihantar bersama laporan ini pada minggu ke
14

Total 50%

Anda mungkin juga menyukai