Anda di halaman 1dari 6

1

Kajian Kes Lois - Teori Adler (1870 - 1937)

1) Pandangan tentang Semula Jadi Manusia


a) Ingin bergaul dan bermesra
b) berada dalam alam sedar
c) mempunyai keupayaan mengawal dan mengarahkan dirinya menurut apa yang dicita-
citakan
d) Setiap tingkah laku manusia mempunyai tujuan tertentu
Memperolehi keselamatan
Mengatasi masalah rendah diri
(mendorong manusia berusaha mencapai kuasa, superiority dan kesempunaan)
e) Personaliti Manusia
Nilai
Kepercayaan
Sikap
Matlamat
Minat Persepsi subjektif tentang realiti
Usaha kea rah nirwana kendiri
Kreatif bag mentafsir pengalaman individu secara bermakna, lahir gaya hidup
yang tersendiri dan unik

4 asas kehidupan dalam bermasyarakat untuk menangani 3 ciri kehidupan


Jenis berpengaruh (kuasa)
Jenis bergantung kepada orang lain
Jenis mengelak diri dari kesusahan
Jenis bermasyarakat
2

2) Masalah Manusia
Masalah awal remaja: Lois terpaksa berhenti pengajiannya kerana masalah kewangan.
Lois pernah menyalahgunakan ubat preskripsi semaja remaja dan beralkohol dalam
usia dua puluhan.
Lois risau bahawa kemarahan suami yang keterlaluan akan mencederakan fizikal ibu,
anak perempuan dan dia sendiri
Ibu Lois didiagnosis telah mengidap Dementia
Kemurungan Lois tidak diuruskan oleh suaminya dengan baik
Lois menganggap suaminya seorang yang sangat rajin, sudi menampung keluarganya
yang besar, maka dia perlu bertindak lebih baik daripada sekarang supaya tidak
membuatkan suaminya marah. Lois seolah-olah merasakan dirinya tidak layak
menjadi isteri yang hebat untuk suaminya.
Lois menganggap dirinya tidak sempurna kerana dia telah berkahwin kali kedua,
membawa anak tiri dan ibunya tinggal bersama dengan suami sekrang.
Lois telah membuat pemeriksaan fizikal, tidak terdapat apa-apa yang cedera pada
fizikalnya, tetapi kelihatan tulang belakang Lois telah lengkung.

3) Matlamat Proses Kaunseling


Mendidik Lois supaya dia dapat dibantu supaya berjaya berkomunikasi dengan
suaminya.
Memberi maklumat, mengajar, membimbing dan memberi galakan kepada Lois
supaya dia dapat berubah
Meyakinkan Lois bahawa dia bukan seorang isteri yang teruk
3

4) Peranan Kaunselor
Fokus kpeada terapi kognitif
Membuat tugasan yang komprehensif terhadap klien
Kaunselor perlu mendapatkan maklumat keluarga klien, termasuk ibu, anak
perempuan dan suami yang tinggal bersama klien. Tujuan adalah untuk mendapat
gambaran ke atas cara hidup social awal klien
Melalui interview ini, kaunselor mendapat perpektif terhadap asperk utama kejayaan
dan kegagalan klien terhadap pengaruh kemarahan suami
Kaunselor menggunakan pengalaman awal untuk diagnostic
Berdasarkan pengalaman zaman remaja, Lois dapat melihat diri sendiri, ahli keluarga
dan masa depan dari sudut yang baharu

5) Teknik Kaunseling

Konstelasi Keluarga

Kaunselor mendapatkan maklumat tentang

kedudukan kelahiran Lois dalam keluarga anak tunggal


(pembetulan terhadap hantaran file pertama)
Lois mempunyai seorang anak perempuan dari pekahwinan
pertama dan kini telah berhentikan pengajiannya di kolej.
Ibu Lois yang telah mengidap penyakit dementia.
aspek kedudukan psikologi Lois berasa diri bukan isteri yang
baik, tingka lakunya selalu menyebabkan suaminya dalam
keadaan marah

Ingatan Awal

Berhubung memori lama, peristiwa Lois dua puluhan, Lois tidak dapat
melanjutkan pengajiannya, terpaksa berhenti kerana masalah kewangan.

Kelakuan Lois yang ketagihan alcohol dalam peringkat remaja. Manakala,


anak perempuannya juga berhenti pengajiannya dari kolej.
4

Kaunselor meneroka emosi serta perasaan yang timbul daripada ingatan


terhadap memori itu.. Daripada siri ingatan kembali memori, ia akan memberi
satu gambaran yang jelas tentang kesilapan yang pernah Lois lakukan,.

Menggalakkan Wawasan Psikologikal (confrontatiom)

Kaunselor dengan menggunakan teknik konfrontif, Lois akan dicabar


bahawa kemarahan suami bukan sebab tingkah laku Lois yang bermasalah. .
Lois dicabar bahawa bukan kelemahannya, anak perempuan berhenti
pengajian di kolej. Ini akan mencetuskan wawasan psikologi baharu dalam diri
Lois yang sesuai digunakan dengan kefahaman kaunselor tentang gaya hidup
yang dialami olehnya. Lois boleh menyuarakan keinginan untuk melanjutkan
pengajian yang terpaksa dihentikan kerana masalah kewangan pada masa

Orientasi Kefahaman

Cara Psikologi Individu menggalakkan Lois agar berani membuat


tindakan dan berani mengambil risiko ke atas tindakan mengubah dirinya.
Dalam interaksi kaunseling, segala perbincangan akan fokus kepada satu
matlamat supaya Lois dapat melihat kekuatan dan kelebihan dirinya dan
mengambil inisiatif untuk mencapai kesejahteraan hidupnya. Mencapai
perhubungan sosial yang lebih sempurna. Lois perlu meletakkan dirinya
dengan harapan baharu dan semaikan dengan satu iltizam untuk menukar
wawasan tersebut menjadi satu tindakan yang sebenar dalam hidupnya.

Teknik Memberi Galakan (encouragement)

Kaunselor memberi galakkan untuk membina keberanian atau kekuatan


kepada Lois. Dengan demikian Lois bersedar akan kemampuan diri bahawa
dia bukan bersendirian dan dipunyai oleh suami, anak dan ibu.

Kekuatan elemen galakan adalah keupayaannya memberi satu tunas


baru dalam diri Lois dengan tersemainya rasa yakin serta rangsangan
memberanikan diri untuk mencuba tindakan baharu. Ini akan meyakinkan Lois
mengubah pendirian daripada seorang yang mempunyai perasaan rendah diri
5

kepada keunggulan, selanjutnya menyerlahkan satu perubahan gaya hidup ke


arah minat sosial yang lebih sempurna. Lois digalakkan supaya
berkomunikasi dengan suami dan anak perempuannya. Lois digalakkan
menyatakan kerisauan terhadap kemarahan suami kepada suaminya dan
berkomunikasi dengan anak perempuan supaya memahami sebab anaknya
tidak dapat meneruskan pengajian di kolej.

Teknik Bertindak Seolah-Olah (acting as if)

Teknik main peranan. Kaunselor akan memberi galakan kepada Lois


supaya dapat melahirkan kehendak untuk belajar melakukan suatu tindakan
dengan yakin.

Lois hendak memulihkan hubungan baik dengan ahli keluarganya,


terutama hubungannya dengan suami. Oleh demikian, Lois diminta
memainkan peranan seolah-oleh dia adalah suaminya sebelum perkahwinan
pada ketika itu, Lois dicinta dan disayangi oleh suami, dari sudut suami, Lois
diminta menyatakan kelebihan dan keistimewaan diri pada ketika itu.

Lois digalakkan agar mempunyai keyakinan diri yang yang ia


mempunyai kelebihan yang disukai oleh anak dan suami. Di sini, kaunselor
sebenarnya telah mengajukan satu cabaran kepada Lois supaya mengambil
risiko dalam usaha mengubah perlakuannya. Latihan ini dilakukan berulang
dengan peranan anak perempuan dan ibu Lois sehingga dia berasa senang
melaksanakan peranannya yang baharu.

Teknik Menekan Butang Isyarat (pushing the button)

Teknik ini ialah teknik yang memberi isyarat kepada Lois bahawa
tanggungjawab dalam tangannya sendiri dan orang lain tidak boleh
mengenakan hukuaman atas kesalahan dan seterusnya mendera atau
memukul Lois. Teknik ini cuba mengubah perasaan Lois daripada satu
perasaan negatif kepada positif terhadap hubungannya dengan ahli keluarga.

Lois diminta supaya memfokus dengan tekun perasaan yang


mengiringi situasi yang tidak selesa. Dengan cara ini, kaunselor memberi
6

isyarat bahawa Loislah yang sebenarnya mangawal situasi. Kesedaran ini


akan membawa Lois kepada satu tanggapan baharu dan permulaan
perubahan akan berlaku.

Penentuan Tugas.

Kaunselor akan memastikan Lois dapat menepati tugas dengan


menyediakan aliran aktiviti yang memudahkan perubahan tingkah laku yang
diidamkan seperti bermain, berjalan-jalan dengan ahli keluarga. Dengan cara
memberi galakan yang tegas, kaunselor akan memastikan Lois mempunyai
satu usaha yang penuh dengan iltizam bagi menggerakkan Lois merekakan
satu perancangan yang realistik untuk melaksanakan tugasan yang spesifik
bertujuan mengubah tingkah lakunya. Kebiasaannya, perancangan yang
diolah dibincang bersama antara kaunselor dank klien. Matlamatnya tugas
perlu dipersetujui bersama, selanjutnya Lois menggerakkan dirinya ke arah
perubahan yang dikehendakinya.

Merumus dan menamatkam sesi

Selepas kaunselor membincang beberapa tugas yang boleh Lois jalankan


dalam usaha mengatasi masalanya. Lois akan mencapai celik akal lalu
membuat orientasi semula gaya kehidupannya dengan berkesan.
Kaunselor boleh mengaturkan sesi susulan dengan Lois dengan menilai
perkembangan dalam masa yang terdekat

Anda mungkin juga menyukai