Anda di halaman 1dari 12

1 Tip Bahasa Malaysia Penulisan UPSR

Panduan Model Praktis UPSR Bahagian A

FORMAT ITEM / SOALAN KUNCI ITEM / SOALAN MEMPERLUAS AYAT {A.T.M}

Umum Situasi Aktiviti Akan Sedang Telah Alasan Tempat Masa

√ √ 4/5 2/3 1

 FORMAT ITEM / SOALAN


Item memindahkan maklumat, grafiknya merujuk kepada arahan {umum / situasi / aktiviti}.

 KUNCI ITEM / SOALAN


Arahan item merujuk kepada grafik {akan berlaku / sedang berlaku / telah berlaku}.

 MEMPERLUAS AYAT {A. T. M}


Memperluas ayat atau merangkai ayat merujuk kepada {alasan / tempat / masa}.
Jika memperluas ayat bagi ayat pertama merujuk kepada masa, tuliskan nombor 1 pada
ruang masa. Jika memperluas ayat bagi ayat kedua merujuk kepada tempat, tuliskan
nombor 2 pada ruang tempat dan cara yang sama bagi ayat ketiga hingga ayat kelima.

KAEDAH A. T. M. {Alasan / Tempat / Masa}


siapa / apa ? buat apa / mengapa ? memperluas ayat {A. T. M.}

 KAEDAH A. T. M {Alasan / Tempat / Masa}


Siapa merujuk kepada manusia sementara apa merujuk kepada benda.
Buat apa merujuk kepada kata kerja sementara mengapa merujuk kepada kata adjektif.
Memperluas ayat atau merangkai ayat merujuk kepada {Alasan / Tempat / Masa}.
2 Tip Bahasa Malaysia Penulisan UPSR

Tip Praktis UPSR 1 Persiapan Temasya Sukan Olahraga

Gambar di bawah menunjukkan persiapan bagi temasya sukan olahraga di sebuah sekolah.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti dalam gambar di bawah ini.

FORMAT ITEM / SOALAN KUNCI ITEM / SOALAN MEMPERLUAS AYAT {A.T.M}

Umum Situasi Aktiviti Akan Sedang Telah Alasan Tempat Masa

√ √ 3/5 2/4 1

KAEDAH A. T. M. {Alasan / Tempat / Masa}

siapa / apa ? buat apa / mengapa ? memperluas ayat {A. T. M.}

1. Beberapa orang murid sedang menghias rumah sukan masing-masing pada hari itu.
2. Beberapa orang murid sedang menyusun sofa dan kerusi di khemah tetamu.
3. Dua orang murid lelaki sedang membawa bakul besar yang berisi bola getah.
4. Dua orang murid lelaki sedang mendirikan tiang bendera di tengah padang.
5. Dua orang guru menyukat jarak di atas trek balapan dengan menggunakan pita.
3 Tip Bahasa Malaysia Penulisan UPSR

Tip Praktis UPSR 2 Kemalangan Jalan Raya

Gambar di bawah menunjukkan suatu tragedi yang berlaku kepada seseorang di jalan raya.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

FORMAT ITEM / SOALAN KUNCI ITEM / SOALAN MEMPERLUAS AYAT {A.T.M}

Umum Situasi Aktiviti Akan Sedang Telah Alasan Tempat Masa

√ √ 2/3 4/5 1

KAEDAH A. T. M. {Alasan / Tempat / Masa}

siapa / apa ? buat apa / mengapa ? memperluas ayat {A. T. M.}

1. Thomas dan kawan-kawannya berbasikal untuk pergi ke sekolah petang itu.


2. Seorang penunggang motosikal membelok ke kanan jalan dengan secara tiba-tiba.
3. Penunggang motosikal itu dilanggar sebuah teksi kerana kecuaiannya di jalan raya.
4. Penunggang motosikal itu mengalami kecederaan dan dimasukkan ke hospital.
5. Thomas dan kawan-kawannya melawat penunggang motosikal itu di hospital.
4 Tip Bahasa Malaysia Penulisan UPSR

Tip Praktis UPSR 3 Mengemas Peralatan Hari kantin

Gambar beberapa orang murid dan guru sedang mengemas peralatan Hari Kantin Sekolah.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

FORMAT ITEM / SOALAN KUNCI ITEM / SOALAN MEMPERLUAS AYAT {A.T.M}

Umum Situasi Aktiviti Akan Sedang Telah Alasan Tempat Masa

√ √ 4/5 1/2 3

KAEDAH A. T. M. {Alasan / Tempat / Masa}

siapa / apa ? buat apa / mengapa ? memperluas ayat {A. T. M.}

1. Seorang budak lelaki sedang menanggalkan label harga di sebuah gerai.


2. Dua orang murid lelaki sedang mengangkat meja dari sebuah gerai jualan.
3. Tiga orang murid lelaki sedang mengangkat kerusi plastik pada masa itu.
4. Dua orang guru perempuan mengemas dan mengangkat periuk nasi elektrik.
5. Seorang guru lelaki sedang menolak sebuah tong gas dengan menggunakan troli.
5 Tip Bahasa Malaysia Penulisan UPSR

Tip Praktis UPSR 4 Barangan Berasaskan Kelapa

Gambar di bawah menunjukkan beberapa kegunaan pokok kelapa kepada kita.


Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut.

FORMAT ITEM / SOALAN KUNCI ITEM / SOALAN MEMPERLUAS AYAT {A.T.M}

Umum Situasi Aktiviti Akan Sedang Telah Alasan Tempat Masa

√ 1/2/4/5 3

KAEDAH A. T. M. {Alasan / Tempat / Masa}

siapa / apa ? buat apa / mengapa ? memperluas ayat {A. T. M.}

1. Kelapa muda sungguh enak dijadikan minuman bagi menghilangkan dahaga.


2. Daun kelapa yang masih muda pula sangat sesuai untuk dibuat sarung ketupat.
3. Batang kelapa juga sesuai dijadikan titi untuk kemudahan menyeberangi parit.
4. Isi kelapa boleh dijadikan bahan kosmetik seperti sabun wangi atau sabun mandi.
5. Isi kelapa juga boleh diproses untuk dijadikan produk makanan seperti marjerin.
6 Tip Bahasa Malaysia Penulisan UPSR

Panduan Model Praktis UPSR Bahagian B

FORMAT ITEM / SOALAN KUNCI ITEM / SOALAN MEMPERLUAS AYAT

Umum Khusus Akan Sedang Telah Terkecuali Idea Contoh Impak

√ √ √ √ √

 FORMAT ITEM / SOALAN


Item menulis karangan terbahagi kepada dua format iaitu {format umum / format khusus}.

 KUNCI ITEM / SOALAN


Arahan item merujuk kepada idea yang mesti ditulis berdasarkan peristiwa semasa atau isi
karangan yang {akan berlaku / sedang berlaku / telah berlaku / terkecuali}.
Terkecuali pula tidak merujuk mana-mana kata bantu {akan / sedang / telah} semasa
murid memperluas ayat atau merangaki ayat melalui {Teknik I. C. I.}.

 MEMPERLUAS AYAT {I. C. I}


Memperluas ayat atau merangkai ayat merujuk kepada {idea / contoh / impak}.
Jika memperluas ayat bagi mana-mana format karangan sesuai dengan {Teknik I. C. I.},
tandakan (√) dalam petak yang berkenaan seperti di atas.

 KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak}


 Info idea pendahuluan – contoh idea pendahuluan – impak idea pendahuluan
 Idea 1 idea isi pertama – contoh kepada isi pertama – impak kepada isi pertama
 Idea 2 idea isi kedua – contoh kepada isi kedua – impak kepada isi kedua
 Idea 3 idea isi ketiga – contoh kepada isi ketiga – impak kepada isi ketiga
 Idea 4 idea isi keempat – contoh kepada isi keempat – impak kepada isi keempat
 Penutup idea penutup – contoh kepada idea penutup – impak kepada idea penutup
7 Tip Bahasa Malaysia Penulisan UPSR

Tip Praktis UPSR 1 Perbincangan

Semua jenis makanan ringan dilarang dijual di semua kantin sekolah. Namun, kanak-kanak
dapat membelinya di kedai-kedai. Bincangkan kesan buruk makanan ringan kepada kesihatan.

FORMAT ITEM / SOALAN KUNCI ITEM / SOALAN MEMPERLUAS AYAT

Umum Khusus Akan Sedang Telah Terkecuali Idea Contoh Impak

√ √ √ √ √

 KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak}

 Info makanan yang disukai kanak-kanak – contoh makanan ringan – senang didapati
 Idea 1 pengiklanan harus dikurangkan – pengaruh iklan – fakta yang diiklankan tidak tepat
 Idea 2 mengandungi pewarna, perasa – kimia berbahaya – boleh merosakkan sistem saraf
 Idea 3 kebersihan tidak terjamin – tidak mengikut peraturan – berlaku keracunan makanan
 Idea 4 pengaruh, cara pembungkusan – tawaran hadiah permainan – jualan laris di pasaran
 Penutup penegahan membeli makanan ringan – kesan negatif – perlu disedarkan keburukan

Kesan Buruk Makan Ringan Kepada Kesihatan

Makanan ringan merupakan makanan yang amat disukai oleh kanak-kanak. Makanan Idea
Contoh
ringan seperti keropok udang, kerepik kentang, gula-gula dijual dengan harga yang Impak
murah. Makanan ringan ini pula mudah didapati di mana-mana sahaja.
Pengiklanan produk makanan ringan di akhbar dan di televisyen seharusnya Idea
Contoh
dikurangkan. Iklan-iklan ini akan mempengaruhi kanak-kanak untuk membeli makanan Impak
ringan tersebut. Hal ini demikian kerana iklan yang disebarkan telah memperdaya
kanak-kanak dengan fakta yang tidak tepat.
Selain itu, makanan ringan juga mempunyai pewarna dan perasa tiruan yang Idea
Contoh
berlebihan. Bahan pewarna dan perasa tiruan ini pula mengandungi bahan kimia yang Impak
berbahaya. Bahan kimia ini juga boleh merosakkan sistem saraf seseorang.
Dari segi kesihatan, penyediaan makanan ringan tidak terjamin kebersihannya. Idea
Contoh
Makanan ini diproses tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan. Oleh sebab itu, ada Impak
sahaja kes-kes keracunan makanan yang disebabkan oleh makanan ringan.
Pengaruh makanan ringan sangat kuat dalam kalangan kanak-kanak kerana Idea
Contoh
cara pembungkusannya yang menarik. Tambahan pula, pembeliannya menawarkan Impak
hadiah permainan yang digila-gilakan oleh kanak-kanak. Impaknya, hadiah inilah yang
menjadikan makanan ringan laris di pasaran.
Kesimpulannya, kita perlu menegah kanak-kanak daripada memakan makanan Idea
Contoh
ringan. Makanan ringan juga kurang baik untuk rumbesaran kanak-kanak. Kesedaran Impak
ini perlu disuntik bagi menjelaskan tentang keburukan memakan makan ringan.
8 Tip Bahasa Malaysia Penulisan UPSR

Tip Praktis UPSR 2 Syarahan

Kamu akan menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu
di sekolah kamu. Tajuk syarahan kamu itu ialah “Hidup Sepakat Membawa Berkat”. Tulislah
teks syarahan kamu itu selengkapnya.

FORMAT ITEM / SOALAN KUNCI ITEM / SOALAN MEMPERLUAS AYAT

Umum Khusus Akan Sedang Telah Terkecuali Idea Contoh Impak

√ √ √ √ √

 KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak}


 Format kata alu-aluan, bertatasusila – beri salam, ucap selamat – penegasan tajuk syarahan
 Idea 1 maksud ungkapan, tajuk – kerjasama perlu diamal – dalam semua aspek kehidupan
 Idea 2 amalan maufakat, ringan tulang – semangat bergotong-royong – nilai murni sejagat
 Idea 3 rakyat pelbagai kaum – harmoni, hidup bekerjasama – jadikan satu amalan harian
 Idea 4 amalan saling membantu – menjana semangat kejiranan – bangun bersama rakyat
 Penutup ungkapan, wajar dihayati, segenap masyarakat – merealisasikan banyak kebaikan

Hidup Sepakat Membawa Berkat

Yang saya hormati Saudara Peneraju Agenda, yang berusaha Tuan Guru Besar, Idea
Contoh
barisan Penolong Kanan, para hakim penentu juara, guru-guru, serta rakan-rakan Impak
yang saya hormati. Selamat sejahtera saya ucapkan. “Hidup Sepakat Membawa
Berkat”. Begitulah bunyi tajuk syarahan saya pada pagi ini.
“Hidup Sepakat Membawa Berkat”. Merujuk kamus dewan edisi ketiga, hidup Idea
Contoh
sepakat membawa maksud hidup saling bekerjasama manakala membawa berkat Impak
pula bermaksud mendatangkan kebaikan dan faedah. Huraian ini serasi dan sinonim
dengan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama, dan keturunan.
Amalan bermuafakat dan ringan tulang perlu dipraktikkan dalam kehidupan kita. Idea
Contoh
Bergotong-royong melakukan sesuatu kerja adalah contoh semangat permuafakatan Impak
dalam masyarakat. Amalan sebegini mampu memupuk nilai murni sejagat.
Rakyat negara kita terdiri daripada pelbagai kaum. Namun begitu, mereka hidup Idea
Contoh
dalam keadaan yang harmoni kerana saling bekerjasama. Semangat kerjasama perlu Impak
dipupuk sejak daripada kanak-kanak lagi, seperti kata pepatah, kalau hendak melentur
buluh, biarlah daripada rebungnya.
Amalan bantu-membantu dan bekerjasama juga berupaya menjana semangat Idea
Contoh
kejiranan. Kehidupan berjiran akan lebih bermakna, aman, dan damai. Pembangunan Impak
dapat dilaksanakan oleh kerajaan untuk faedah semua rakyat.
Oleh sebab itu, ungkapan “Hidup Sepakat Membawa Berkat” wajarlah dihayati Idea
Contoh
dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat kerana mendatangkan banyak Impak
kebaikan. Sekian sahaja syarahan saya. Terima kasih.
9 Tip Bahasa Malaysia Penulisan UPSR

Panduan Model Praktis UPSR Bahagian C

ITEM / SOALAN JUMLAH ASPEK NILAI BILANGAN PERKATAAN

Pengajaran Amalan Baik Nilai Murni Lima Enam Tujuh Kurang 50 Lebih 50

√ √ √

 ITEM / SOALAN
Item ulasan terbahagi kepada tiga aspek nilai iaitu {pengajaran / amalan baik / nilai murni}.

 JUMLAH ASPEK NILAI


Jumlah aspek nilai mesti merujuk kepada arahan item yang diberi {lima / enam / tujuh}.

 BILANGAN PERKATAAN
Bilangan perkataan pula mesti merujuk kepada arahan item {kurang 50 / lebih 50}.
Ikut kehendak item {kurang 50} tandakan (√) dalam petak yang berkenaan {lebih 50}
tandakan (√) dalam petak yang berkenaan seperti di atas.

APLIKASI I. D. C. D {Ingat Dua Cari Dua}


Penanda Wacana Kata Bantu Aspek Nilai Idea Teks / Merujuk Petikan
(Murid Mesti Ingat) (Murid Mesti Ingat) (Murid Mesti Cari) (Murid Mesti Cari)

Antaranya ... kita mestilah


Selain itu ... kita sepatutnya
Seterusnya ... kita haruslah
Oleh itu ... kita dikehendaki
Akhirnya ... kita sewajarnya

Bagi (Penanda Wacana) dan (Kata Bantu) murid-murid mesti mengingatnya/menghafalnya


sementara, (Aspek Nilai) dan (Idea Teks / Merujuk Petikan) murid-murid mesti mencarinya
sendiri berpandukan teks/petikan secara {Aplikasi I. D. C. D} {Ingat Dua Cari Dua}.
10 Tip Bahasa Malaysia Penulisan UPSR

Tip Praktis UPSR 1 Ulasan Pengajaran (Dialog)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan
jawapan kamu dalam satu perenggan.

Ahmad Naufal : Maafkan saya cikgu kerana terlewat sampai ke sekolah. Semasa
dalam perjalanan tadi, rantai basikal saya terputus. Saya terpaksa
singgah di kedai basikal untuk membaiki rantai basikal saya itu.
Cikgu Zainal : Kelewatan kamu bersebab, cikgu maafkan kamu. Walaupun rantai
basikal kamu putus, kamu tetap berikhtiar untuk samapi ke sekolah.
Kamu seorang murid yang rajin dan mengutamakan pelajaran.
Ahmad Naufal : Terima kasih cikgu. Izinkan saya masuk ke kelas untuk meneruskan
pelajaran saya.
Cikgu Zainal : Silalah masuk ke kelas kamu. Beritahu guru yang sedang mengajar
di kelas kamu itu tentang masalah kamu datang lewat hari ini.
Ahmad Naufal : Baiklah, cikgu.

ITEM / SOALAN JUMLAH ASPEK NILAI BILANGAN PERKATAAN

Pengajaran Amalan Baik Nilai Murni Lima Enam Tujuh Kurang 50 Lebih 50

√ √ √

APLIKASI I. D. C. D {Ingat Dua Cari Dua}


Penanda Wacana Kata Bantu Aspek Nilai Idea Teks / Merujuk Petikan
(Murid Mesti Ingat) (Murid Mesti Ingat) (Murid Mesti Cari) (Murid Mesti Cari)

Antaranya ... kita mestilah mohon maaf terlewat datang ke sekolah


Selain itu ... kita sepatutnya berdikari mencari bengkel basikal
Seterusnya ... kita haruslah rajin mengutamakan pelajaran
Oleh itu ... kita dikehendaki bersopan meminta izin daripada guru
Akhirnya ... kita sewajarnya pemaaf sedia memaafkan kesalahan

Lima pengajaran yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita
mestilah memohon maaf kepada guru bertugas kerana terlewat tiba di sekolah. Selain itu, kita
sepatutnya berdikari untuk membaiki rantai basikal yang terputus. Seterusnya, kita haruslah
mengamalkan budaya rajin serta mengutamakan pelajaran walaupun berhadapan dengan
masalah. Oleh itu, kita dikehendaki bersopan satun, seperti Ahmad Naufal yang meminta izin
daripada guru bertugas untuk masuk ke kelasnya. Akhirnya, kita sewajarnya bersikap pemaaf
dan sedia memaafkan kesalahan yang tidak disengajakan oleh seseorang.
11 Tip Bahasa Malaysia Penulisan UPSR

Tip Praktis UPSR 2 Ulasan Pengajaran (Pantun)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan
jawapan kamu dalam satu perenggan.

Palpa rumbia dibuat sagu, Bunga mawar berwarna-warni,


Sagu diadun dijadikan lepat; Mawar merah jadi pilihan;
Hati sedih bertambah sayu, Inikah budi masyarakat madani,
Banjir kilat longkang tersumbat. Pentingkan laba musnahkan keindahan.
Panjat kelapa menggunakan sigai, Putat, pegaga dibuat ulam,
Sigai dicipta oleh Pak Nayan; Tumbuh subur di tepi jemuran;
Sisa toksik berlimpahan di sungai, Marilah teman mencintai alam,
Pembangunan meragut rezeki nelayan. Jaga kebersihan elakkan pencemaran.
Gula melaka si nira tebu,
Lopes enak menambat selera;
Ozon menipis menebal jerebu,
Mencemaran udara, musnah belantara.

ITEM / SOALAN JUMLAH ASPEK NILAI BILANGAN PERKATAAN

Pengajaran Amalan Baik Nilai Murni Lima Enam Tujuh Kurang 50 Lebih 50

√ √ √

APLIKASI I. D. C. D {Ingat Dua Cari Dua}


Penanda Wacana Kata Bantu Aspek Nilai Idea Teks / Merujuk Petikan
(Murid Mesti Ingat) (Murid Mesti Ingat) (Murid Mesti Cari) (Murid Mesti Cari)

Antaranya ... kita mestilah prihatin mengelakkan banjir kilat


Selain itu ... kita sepatutnya bertanggungjawab tidak mengotori sungai
Seterusnya ... kita haruslah menjaga kesihatan menngelakan pencemaran udara
Oleh itu ... kita dikehendaki rasional menjaga keindahan alam
Akhirnya ... kita sewajarnya mencintai alam menjaga kebersihan persekitaran

Lima pengajaran yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita
mestilah prihatin dan berusaha mengelakan banjir kilat berlaku. Selain itu, kita sepatutnya
bertanggungjawab menjaga sungai supaya tidak dicemari. Seterusnya, kita haruslah menjaga
kesihatan dengan mengelakan pencemaran udara berlaku. Oleh itu, kita dikehendaki bersikap
rasional dan memulihara serta menjaga keindahan alam sekitar. Akhirnya, kita sewajarnya
mencintai alam seperti menjaga kebersihan persekitaran daripada sebarang pencemaran.
12 Tip Bahasa Malaysia Penulisan UPSR

Tip Praktis UPSR 3 Ulasan Nilai Murni (Cerita)

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan
jawapan kamu dalam satu perenggan.

Ibu menyuruh Haleda pergi ke kedai Pak Hamid untuk membeli tepung dan gula. Tanpa
membantah dan membuang masa, Haleda segera pergi ke kedai Pak Hamid dengan
menunggang basikalnya. Dia mengayuh basikal dengan berhati-hati kerana jalan raya ke
kedai itu kurang baik. Lagipun ada sesetengah anak muda di kampungnya itu yang suka
menunggang motosikal dengan laju.
Setibanya di kedai, dia pun membeli tepung dan gula. Setelah urusan tersebut
selesai, dia terus balik tanpa singgah di mana-mana. Sampai di rumah, dia menyerahkan
tepung, gula dan wang baki kepada ibunya. Ibunya memuji Haleda kerana cepat pulang
bersama-sama barangan yang dipesan. Ibunya juga memulangkan wang baki itu kepada
Haleda. Haleda mengucapkan terima kasih kepada ibunya lalu menyimpan wang itu ke
dalam tabung. Haleda tersenyum keriangan kerana duit tabungannya bertambah.

ITEM / SOALAN JUMLAH ASPEK NILAI BILANGAN PERKATAAN

Pengajaran Amalan Baik Nilai Murni Lima Enam Tujuh Kurang 50 Lebih 50

√ √ √

APLIKASI I. D. C. D {Ingat Dua Cari Dua}


Penanda Wacana Kata Bantu Aspek Nilai Idea Teks / Merujuk Petikan
(Murid Mesti Ingat) (Murid Mesti Ingat) (Murid Mesti Cari) (Murid Mesti Cari)

Antaranya ... kita mestilah taat / patuh suruhan ibunya


Selain itu ... kita sepatutnya berwaspada semasa menunggnag basikal
Seterusnya ... kita haruslah amanah menyerahkan wang baki
Oleh itu ... kita dikehendaki pemurah memberi wang kepada anaknya
Akhirnya ... kita sewajarnya berjimat-cermat menabung wang

Lima nilai murni yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita
mestilah patuh atau taat terhadap suruhan ibu untuk membeli barangan dapur. Selain itu, kita
sepatutnya berwaspada semasa menunggang basikal melalui jalan raya yang sibuk dengan
kenderaan. Seterusnya, kita haruslah amanah dan menyerahkan wang baki berbelanja kepada
ibu kita. Oleh itu, kita dikehendaki bersikap pemurah seperti Puan Haleda yang memberi wang
baki membeli tepung dan gula kepada anaknya. Akhirnya, kita sewajarnya membudayakan
sikap gemar berjimat cermat dengan cara menabung.

Anda mungkin juga menyukai