Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Secara ringkasnya, pada zaman tradisional, sistem kerajaan di Asia Tenggara pada zaman
tradisional boleh dikatakan telah dibentuk oleh penyerapan pengaruh-pengaruh luaran ke
dalam suatu teras yang bersifat asli. Pengaruh utama ini termasuk agama Islam, Hindu-Buddha
dan Pagan. Agama Buddha tersebar ke Asia Tenggara amnya terbahagi kepada dua fahaman
iaitu fahaman Buddha Theravada dan fahaman Hinayana. Misalnya, negara-negara Buddha
Theravada (Burma, Siam, Kampuchea, Laos), negara-negara Islam (Indonesia dan Malaysia),
negara Confucianisme (Vietnam) dan negara Kristian (Filipina).

Menurut Nadel dan Perry Curtis, imperialisme merupakan perkembangan kuasa atau kawalan,
sama ada secara langsung atau tidak, politik atau ekonomi, oleh sesuatu kerajaan, bangsa atau
masyarakat ke atas bangsa atau masyarakat lain. Imperialisme terbahagi kepada dua, iaitu
imperialisme lama dan imperialisme baru. Imperialisme lama cuba menonjolkan sifat-sifat
keunggulan (hegemony) oleh satu-satu bangsa ke atas bangsa-bangsa lain. Manakala,
imperialisme baru tidak berteraskan cita-cita antarabangsa. Serangan dan penindasan terhadap
bangsa yang lemah menjadi kebiasaan dalam imperialisme ini.

Menurut Nadel dan Curtis, kolonialisme merujuk kepada aktiviti penindasan, penghinaan atau
eksploitasi orang-orang peribumi di tanah jajahan. Misalnya, Sepanyol menindas golongan
petani untuk bekerja lebih masa di Filipina.

Merkantilisme merupakan suatu sistem politik ekonomi yang sangat mementingkan aktiviti
perdagangan internasional dengan tujuan untuk memperbanyakkan modal serta aset yang
dimiliki oleh sesebuah negara. Portugis, Sepanyol, Inggeris, Perancis dan Belanda telah
memperluaskan tanah jajahan mereka sekaligus membawa masuk pengaruh serta fahaman
yang telah diguna pakai ke tanah jajahan terutamanya ke negara-negara Asia Tenggara.

Selepas kedatangan penjajah ke Asia Tenggara, secara tidak langsung berlaku perubahan dari
struktur pentadbiran tradisonal kepada struktur pentadbiran menngikut acuan Barat sehingga
menimbulkan pemberontakan oleh rakyat tempatan. Hal ini telah mendorong reformasi negara-
negara yang dijajah. Reformasi ini dilakukan oleh golongan intelektual dan elit yang bijak
pandai serta telah menyedari bahawa ianya perlu mempertahankan dan membantu
memerdekakan negaranya. Revolusi pula dilakukan oleh kuasa penjajah telah membantu
memajukan negara jajahannya dalam aspek pendidikan dan pentadbiran negara. Contohnya,
Filipina meniru corak pentadbiran Perancis. Revolusi telah merubah sesebuah negara kepada
lebih baik dan maju mengikut cara-cara yang diajar oleh kuasa penjajahnya dengan
menambahbaikkan struktur pemerintahan negara jajahan dengan mengikut corak pemerintahan
negara yang menjajah.

Kesimpulannya, kedatangan penjajah ke Asia Tenggara telah menyebabkan berlakunya


perubahan yang drastik dari segi politik, ekonomi dan sosial. Kedatangan pihak Barat di
negara-negara dijajah dapat diterjemahkan dalam bentuk imperialisme, kolonialisme dan
merkantilisme. Akibat perubahan yang dilakukan oleh penjajah Barat telah menyebabkan
rakyat tempatan telah melakukan reformasi iaitu dengan menuntut pembaharuan dalam sistem
politik, ekonomi dan sosial bagi mewujudkan sistem pemerintahan yang dapat menjaga
kebajikan rakyat dan negara.

Anda mungkin juga menyukai