Anda di halaman 1dari 14

BAB 6 TENAGA DAN PERUBAHAN KIMIA

Soalan Objektif

1 Plumbum + kuprum sulfat  plumbum sulfat + kuprum

Antara tindak balas kimia berikut, yang manakah mengalami perubahan kimia yang sama seperti
tindak balas di atas?
A Kalsium oksida + air  kalsium hidroksida
B Asid hidroklorik + natrium hidroksida  natrium klorida + air
C Kuprum karbonat  kuprum oksida + karbon dioksida
D Zink + asid nitrik  zink nitrat + hidrogen

larutan
elektrod kuprum klorida
karbon

Rajah 1
Rajah 1 di atas menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji proses elektrolisis ke
atas larutan kuprum klorida. Pada akhir eksperimen, didapati
A gas tidak berwarna terkumpul dalam tabung uji
B pepejal perang terenap pada katod
C warna biru larutan menjadi semakin tua
D pepejal kelabu terenap pada dasar bikar

3
P

Q
R
T
S

Rajah 2

Rajah 2 menunjukkan struktur sel kering. Antara berikut, yang manakah mewakili terminal positif
dan negatif sel kering itu?

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 6-1 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


Terminal positif Terminal negatif
A P T
B Q S
C R T
D T R

4
Logam Tindak balas dengan
stim asid cair
P  
Q X 
R X X
 = Ada tindak balas X = Tiada tindak balas

Antara berikut, yang manakah merupakan susunan tertib kereaktifan secara menaik bagi logam P,
Q,dan R?
A P, Q, R
B P, R, Q
C R, Q, P
D Q, R, P

Termometer

5
Bahan Y

Larutan X Larutan X

Rajah 3
Rajah 3 di atas menunjukkan dua bikar yang diisi dengan suatu larutan X yang mendidih pada suhu
yang berlainan. Manakah antara berikut bukan merupakan bahan Y ?
A Ais
B Sulfur
C Glukosa
D Garam

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 6-2 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


Logam Tindak balas dengan oksigen Warna hasil
Panas Sejuk
X Berbara dengan sangat cerah Kuning Putih
Y Berbara dengan cerah Hitam Hitam
Jadual 1
Jadual 1 di atas menunjukkan keputusan eksperimen yang mana logam X dan Y dipanaskan dalam
kehadiran oksigen. Daripada keputusan tersebut, apakah logam X dan Y?

X Y
A Plumbum Kuprum
B Plumbum Ferum
C Zink Kuprum
D Zink Ferum

7
Butir natrium

Kertas litmus air


biru

Rajah 4

Rajah 4 di atas menunjukkan eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji tindak balas natrium
dengan air. Antara berikut, yang manakah tidak berlaku?
A Natrium bergerak pantas di permukaan air
B Kertas litmus biru bertukar kepada merah
C Gas hidrogen terbebas
D Natrium meletup dengan nyalaan kuning

X Y

larutan
kuprum klorida elektrod karbon

Rajah 5

Rajah 5 di atas menunjukkan radas untuk mengkaji elektrolisis larutan kuprum klorida. Antara
berikut, yang manakah tidak berlaku?
A Ion kuprum bergerak ke elektrod Y
B Gas klorin terbentuk pada elektrod X
C Bahan perang terbentuk pada elektrod Y
D Warna larutan tidak berubah sepanjang eksperimen
9

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 6-3 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


Kuprum karbonat
air
kapur
panaskan
Rajah 6

Rajah 6 di atas menunjukkan suatu eksperimen pemanasan kuprum karbonat. Apakah hasil yang
terbentuk pada akhir eksperimen ini?
A Kuprum oksida + karbon dioksida
B Kuprum oksida + oksigen
C Kuprum klorida + karbon dioksida
D Kuprum klorida + oksigen

10
cahaya Matahari

gas X

larutan
natrium hipoklorit

Rajah 7

Berdasarkan Rajah 7 yang diberi di atas, gas X yang terhasil boleh


A menghasilkan bunyi ‘pop’ dengan kayu uji menyala
B menyalakan kayu uji berbara
C mengeruhkan air kapur
D melunturkan kertas litmus biru lembap

11 Bijih timah diekstrak melalui pemanasan bersamanya dengan karbon kerana


A karbon lebih reaktif daripada timah
B timah bertindak balas cergas dengan karbon
C suhu yang rendah diperlukan untuk memulakan tindak balas
D karbon menyingkirkan bendasing daripada timah dengan cepat

12 Suatu larutan kuprum klorida pekat dielektrolisiskan dengan menggunakan elektrod karbon. Didapati
A gas tidak berwarna terbebas di anod
B gas kuning kehijauan terbebas di katod
C pepejal kelabu terenap di dasar bikar
D warna biru larutan menjadi semakin pudar

13

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 6-4 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


ammeter suis

anod katod

Larutan
nikel nitrat

Rajah 8

Susunan radas bagi proses penulenan logam nikel dipasang seperti pada Rajah 8 di atas. Antara
berikut, yang manakah menunjukkan anod dan katod yang betul?
Anod Katod
A Nikel tak tulen Nikel tak tulen
B Nikel tak tulen Nikel tulen
C Nikel tulen Nikel tak tulen
D Nikel tulen Nikel tulen

14

B
C

Rajah 9
Rajah 9 di atas menunjukkan struktur sel kering. Antara bahagian-bahagian yang berlabel A, B, C,
dan D, di manakah terletaknya mangan (IV) oksida?

15
Bacaan termometer Suhu ( C )
Bacaan awal 30
Bacaan akhir 22

Jadual 2
Jadual 2 di atas menunjukkan keputusan yang diperoleh apabila suatu termometer dimasukkan ke
dalam campuran bahan X dan air. Antara berikut, yang manakah bahan X?
A Asid sulfurik pekat
B Kuprum sulfat
C Ammonium nitrat
D Natrium hidroksida

16 Apabila arus elektrik dialirkan menerusi suatu cecair X, didapati sejenis gas kuning kehijauan
terbebas di elektrod positif sel elektrolisis. Cecair X mungkin

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 6-5 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


A kuprum sulfat
B zink nitrat
C plumbum klorida
D aluminium oksida

17

elektrod X elektrod Y

larutan
kuprum klorida

Rajah 10

Rajah 10 menunjukkan eksperimen elektrolisis larutan kuprum klorida. Apakah hasil yang terbentuk
pada elektrod X dan elektrod Y?
Elektrod X Elektrod Y
A Hidrogen Klorin
B Kuprum Klorin
C Klorin Hidrogen
D Klorin Kuprum

18

termometer

bahan X
Tabung uji pepejal Y

Rajah 11

Termometer pada Rajah 11 di atas menunjukkan penurunan suhu. Antara berikut, yang manakah
mewakili bahan X dan pepejal Y?
X Y
A Asid hidroklorik cair Magnesium
B Asid sulfurik cair Natrium klorida
C Air Natrium hidroksida
D Air Ammonium sulfat

19 Suatu pepejal logam terbakar dengan nyalaan yang terang dalam udara. Antara berikut, yang manakah
mungkin pepejal logam itu?

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 6-6 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


A Kuprum
B Zink
C Magnesium
D Besi

20

asid sulfurik
pita
magnesium

Rajah 12

Gas tidak berwarna terbebas apabila pita magnesium bertindak balas dengan asid sulfurik seperti
yang ditunjukkan pada Rajah 12 . Antara berikut, yang manakah boleh digunakan untuk menguji gas
yang terbebas itu?
A Air kapur
B Kayu uji berbara
C Kayu uji bernyala
D Penunjuk fenolftalein

21

ammeter reostat

kepingan
nikel
kunci besi
Larutan besi nitrat

Rajah 13

Rajah 13 menunjukkan radas yang disediakan untuk menyadurkan kunci besi dengan nikel. Apakah
kesilapan eksperimen ini?
I Kunci besi dan kepingan nikel harus ditukarkan tempat
II Larutan besi nitrat harus digantikan dengan larutan nikel nitrat
III Ammeter dan reostat tersalah sambung
A I sahaja
B II sahaja
C I dan II sahaja
D II dan III sahaja

22 Antara berikut, yang manakah berlaku dalam suatu perubahan kimia?


I Bahan baru terbentuk

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 6-7 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


II Biasanya haba diserap atau dibebaskan
III Ia mudah berbalik
A I sahaja
B III sahaja
C I dan II sahaja
D II dan III sahaja

23 Karbon digunakan untuk pengekstrakan besi daripada bijih besi kerana


I karbon murah dan mudah didapati
II karbon dioksida yang dihasilkan mudah disingkirkan
III logam lain tidak boleh menurunkan bijih besi
A II sahaja
B I dan II sahaja
C I dan III sahaja
D I, II, dan III

24 Semasa proses penyaduran paku besi dengan logam kuprum melalui kaedah elektrolisis,
I logam kuprum dijadikan katod
II paku besi dijadikan elektrod positif
III larutan kuprum nitrat dijadikan elektrolit
A II sahaja
B III sahaja
C I dan II sahaja
D II dan III sahaja

25

Y
Z

Rajah 14

Rajah 14 di atas menunjukkan struktur sel kering. Antara berikut, yang manakah salah dipadankan?
I X ialah anod
II Y ialah katod
III Z ialah elektrolit
A I sahaja
B III sahaja
C I dan II sahaja
D I, II, dan III

26 Antara berikut, yang manakah merupakan kelemahan bateri asid-plumbum?


I Berat

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 6-8 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


II Asidnya mudah tertumpah
III Tidak dapat dicas semula
A II sahaja
B I dan II sahaja
C I dan III sahaja
D II dan III sahaja

27 Semasa proses penyaduran rantai besi dengan kuprum melalui kaedah elektrolisis,
I kepingan kuprum dijadikan katod
II arus yang sangat besar digunakan
III larutan kuprum nitrat dijadikan elektrolit
A II sahaja
B III sahaja
C I dan III sahaja
D I, II, dan III

28
gas X

air

larutan Y
kalsium terbentuk

Rajah 15

Rajah 15 di atas menunjukkan radas yang disediakan untuk memerhatikan tindak balas kalsium
dengan air. Selepas tindak balas, gas X dan larutan Y terhasil. Antara berikut, yang manakah benar?
I Larutan Y ialah air kapur
II Gas X menghasilkan bunyi ‘pop’ dengan kayu uji menyala
III Gas X berbau sengit
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D III sahaja

29 Antara logam berikut, yang manakah boleh diekstrakkan melalui pemanasan dengan karbon?
I Zink
II Besi
III Timah
A I sahaja
B III sahaja
C I dan II sahaja
D I, II, dan III

30 Antara berikut, yang manakah benar tentang perubahan fizik?


I Arang batu dibakar merupakan satu contoh perubahan fizik

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 6-9 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


II Tenaga yang banyak diperlukan
III Hasilnya boleh ditukar semula menjadi bahan asal dengan senang
A I sahaja
B III sahaja
C I dan II sahaja
D I, II, dan III

Soalan Struktur

1
termometer air keluar

kondenser Liebig

larutan
natrium
klorida bikar
cecair X

bongkah
kayu

Rajah 1

Radas pada Rajah 1 di atas disediakan untuk mendapatkan cecair X daripada larutan natrium klorida.

(a) Mengapakah air masuk dan keluar dari kondenser Liebig seperti yang ditunjukkan oleh anak
panah di atas ?

_________________________________________________________________________________

(b) Apakah nama proses yang berlaku dalam eksperimen ini?

_________________________________________________________________________________

(c) Berikan dua proses perubahan jirim yang berlaku dalam eskperimen ini.

_________________________________________________________________________________

(d) Nyatakan fungsi air di dalam kondenser Liebig.

_________________________________________________________________________________

(e) Berapakah takat didih bagi cecair X yang terkumpul di dalam bikar?

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 6 - 10 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


_________________________________________________________________________________

[6 markah]

2
gas sisa gas sisa

bjih timah
+
arang kok
+
udara udara bahan X
panas panas

Rajah 2

Rajah 2 di atas menunjukkan pengekstrakan logam timah daripada bijihnya dengan menggunakan sebuah
relau bagas.
(a) Namakan bahan yang terkandung dalam bijih timah.

_________________________________________________________________________________

(b) Nyatakan fungsi bahan X dalam proses pengekstrakan pada Rajah 2.

_________________________________________________________________________________

(c) (i) Apakah unsur yang terkandung dalam arang kok?

______________________________________________________________________________

(ii) Berikan satu sebab mengapa arang kok dipilih dalam proses pengesktrakan timah.

______________________________________________________________________________

(d) Tuliskan persamaan tindak balas dalam proses penurunan bijih timah kepada logam timah
oleh arang kok.

_________________________________________________________________________________

(e) Berikan satu contoh logam lain yang juga dapat diekstrakkan melalui kaedah yang sama
dengan timah.

_________________________________________________________________________________

[6 markah]

Soalan Esei

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 6 - 11 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


1 (a) (i) Terangkan proses penghabluran.
(ii) Berikan dua sifat bagi hablur. [3 markah]
(b) Huraikan satu eksperimen untuk menunjukkan bagaimana bendasing boleh mempengaruhi
takat didih suatu cecair tulen yang dinamakan. [7 markah]

2 (a) Terangkan apa yang berlaku semasa proses elektrolisis. [5 markah]


(b) Siri kereaktifan logam dengan sebahagian daripada unsurnya diberi seperti di bawah.

Kalium Natrium Kalsium Magnesium Aluminium Karbon Zink Ferum

Semakin kurang kereaktifan

Antara logam-logam dalam siri ini, yang manakah diekstrak daripada bijihnya melalui kaedah
(i) elektrolisis ?
(ii) pemanasan dengan karbon ?
Terangkan jawapan anda di (b)(i) dan (b)(ii). [5 markah]

JAWAPAN BAB 6
Soalan Objektif

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 6 - 12 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


1D 2B 3C 4C 5A
6C 7B 8D 9A 10 B
11 A 12 D 13 B 14 C 15 C
16 C 17 B 18 D 19 C 20 C
21 B 22 C 23 B 24 B 25 B
26 B 27 B 28 A 29 D 30 B

Soalan Struktur

1 (a) Memastikan kondenser Liebig sentiasa dipenuhi air


(b) Penyulingan
(c) Pendidihan dan kondensasi
(d) Menyejukkan wap supaya mengkondensasi dan membentuk cecair
(e) 100 C

2 (a) Kasiterit/Stanum oksida/Timah oksida


(b) Untuk menyingkirkan bendasing silika melalui pembentukan sanga
(c) (i) Karbon
(ii) Murah/Mudah diperoleh/Lebih reaktif daripada timah
(d) Stanum oksida (Timah oksida) + karbon  stanum (timah) + karbon dioksida
(e) Zink/Besi(ferum)/Plumbum

Soalan Esei

1 (a) (i) Proses untuk mendapatkan hablur daripada larutan tepu


(ii) - Semua hablur bagi bahan yang sama mempunyai
 bentuk yang sama
 permukaan rata dan pinggir tajam
- Permukaan-permukaan hablur bertemu antara satu sama lain pada sudut tertentu
(b)
termometer

kelalang
air suling

panaskan

- Air suling dipanaskan sehingga mendidih seperti pada rajah di atas


- Suhu pada takat didih disukat dengan termometer
- Takat didih air suling ialah 100 C
- Satu spatula garam biasa (natrium klorida) ditambah ke dalam air suling
- Suhu pada takat didih disukat sekali lagi dengan termometer yang sama
- Takat didih air suling yang ditambah garam lebih tinggi daripada 100 C (lebih kurang 102 C)
- Ini menunjukkan kehadiran bendasing boleh mempengaruhi takat didih suatu cecair tulen

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 6 - 13 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


2 (a) - Larutan elektrolit terurai kepada ion positif dan ion negatif
- Anion/ion negatif bergerak ke arah anod
- Kation/ion positif bergerak ke arah katod
- Di anod, ion negatif melepaskan elektronnya kepada anod dan menjadi atom neutral
- Di katod, ion positif menerima elektron daripada katod dan menjadi atom neutral
(b) (i) Kalium, natrium, kalsium, magnesium, dan aluminium
(ii) Zink dan ferum
- Logam-logam di (b)(i) adalah lebih reaktif daripada karbon dan perlu diekstrakkan melalui
proses elektrolisis
- Logam-logam di (b)(ii) adalah kurang reaktif daripada karbon dan boleh diekstrakkan
melalui pemanasan bijih logam dengan arang kok (murah)

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 6 - 14 Bank Soalan BPS Tingkatan 4

Anda mungkin juga menyukai