Anda di halaman 1dari 16

1 Berikut menunjukkan beberapa langkah yang terlibat dalam kaedah penyiasatan saintifik.

P – Mengumpul data
Q – Mengenal pasti pemboleh ubah
R – Menganalisis data
S – Membuat kesimpulan

Antara yang berikut, urutan kaedah manakah betul?

A P→Q→R→S
B Q→P→R→S
C Q→R→P→S
D S→P→R→Q

2 Antara langkah yang berikut, manakah tidak perlu dipertimbangkan semasa merancang penyiasatan?
A Mengawal pemboleh ubah
B Menentu prosedur
C Menentu radas dan bahan
D Memerhati dan mengumpul data

3 Rajah 1 menunjukkan susunan radas bagi satu eksperimen. Tiga bikar yang masing-masing diisi dengan 100
ml air didih dibiarkan situ. Masa yang diambil oleh air dalam setiap bikar untuk menyejuk ke 80°C
dicatatkan.

Rajah 1
Antara yang berikut, manakah pemboleh ubah dimanipulasikan?
A Isi padu air
B Suhu akhir air
C Masa yang diambil untuk menyejukkan air
D Luas permukaan air yang terdedah kepada udara.

4. Rajah 2 menunjukkan satu sel saraf.

Rajah 2
Apakah fungsi jenis sel saraf itu?
A Menghantar impuls saraf dari sistem saraf pusat ke efektor
B Menghantar impuls saraf dari neuron deria ke neuron motor
C Menghantar impuls saraf dari sistem saraf ke neuron deria
D Menerima dan menghantar impuls dari organ deria yang mana dirangsang oleh perangsang dalam dan
luar.
5 Rajah 3 menunjukkan lintasan impuls dalam sistem saraf.

Rajah 3
Apakah yang diwakili oleh X?
A Hidung C Lidah
B Otak D Otot

6 Antara yang berikut, manakah tidak mempunyai reseptor regang?


A Di dalam otak
B Di dalam sendi
C Di dalam ligamen
D Di dalam tendon

Soalan 7 hingga 8 adalah berdasarkan Rajah 6.

Rajah 4
Rajah 4 menunjukkan bahagian utama otak manusia.
7 Apakah yang diwakili oleh K, L, dan M?

K L M

A Serebrum Serebelum Saraf


tunjang

B Serebelum Serebrum Medula


oblongata

C Serebrum Medula Saraf


oblongata tunjang

D Serebrum Medula
oblongata
Serebelum

8 Maklumat di bawah menghuraikan satu bahagian otak.


• Terdiri daripada dua hemisfera
• Mengawal kepintaran, pembelajaran, pemikiran, penaakulan dan ingatan
• Menerima dan mentafsir impuls dari organ deria

Bahagian berlabel yang manakah dihuraikan di atas?

AK CM
B L DN

Rajah 5
Rajah 5 menunjukkan kedudukan bagi empat kelenjar endokrin dalam badan.

9 Bahagian berlabel yang manakah dikenali sebagai ‘kelenjar induk’?


AW CY
B X DZ

10 Rajah 6 menunjukkan pewarisan warna bulu bagi tikus.

Rajah 6
Antara anak dan gennya yang berikut, manakah dipadankan dengan betul?
Tikus Gen

A J Bb

B K Bb

C L bb

D M BB

11 Warna kacang pea dikawal oleh sepasang gen, Y untuk warna kuning dan y untuk warna putih. Antara
kacukan yang berikut, manakah akan menghasilkan separuh anak yang berwarna putih?
A YY × yy C Yy × Yy
B YY × Yy D Yy × yy

12 Rajah 7 menunjukkan penentuan jantina dalam manusia.


Rajah 7
Antara pernyataan yang berikut, manakah benar tentang Rajah 7?
A Kebarangkalian adalah lebih tinggi untuk mendapat seorang anak perempuan daripada seorang anak
lelaki.
B Kebarangkalian adalah lebih tinggi untuk mendapat seorang anak lelaki daripada seorang anak
perempuan.
C Kebarangkalian untuk mendapat seorang anak lelaki atau anak perempuan tidak dapat ditentukan.
D Kebarangkalian untuk mendapat seorang anak lelaki atau anak perempuan adalah sama.

13 Apakah kromosom yang wujud pada sel kulit seseorang lelaki?


A 22 + Y
B 22 + X
C 44 + XX
D 44 + XY

14 Antara yang berikut, manakah tidak benar tentang perbezaan antara kembar seiras dan kembar tak seiras?

Kembar seiras Kembar tak seiras

A Mempunyai kandungan genetik yang sama. Mempunyai kandungan genetik yang berbeza.

B Mempunyai sifat yang sama. Mempunyai sifat yang berbeza.

C Melibatkan dua sperma dan dua ovum. Melibatkan satu ovum dan satu sperma.

D Jantina yang sama. Jantina yang sama atau berbeza.

15 Antara yang berikut, manakah ialah disebabkan oleh mutasi gen?


A Albinisme
B Sindrom Klinefelter
C Buta warna
D Anemia sel sabit

16 Antara yang berikut, manakah bukan sumbangan penyelidikan genetik?


A Penghasilan insulin melalui kejuruteraan genetik.
B Digunakan sebagai senjata biokimia.
C Untuk meningkatkan pengeluaran hasil tanaman.
D Mengenal pasti penyakit genetik dan rawatannya.
17 Jadual 1 menunjukkan maklumat bagi empat jenis unsur, M, N, O, dan P.

Nombor
Nombor proton
Unsur
nukleon

M 12 6

N 13 7

O 14 8

P 15 8

Jadual 1
Unsur-unsur yang manakah ialah isotop?
A M dan N C M dan P
B N dan O D O dan P

18 Rajah 5 menunjukkan simbol bagi satu atom.

Rajah 8
Antara pernyataan yang berikut, manakah tidak benar tentang kalium?
A Kalium ialah bukan logam.
B Kalium mempunyai 19 proton dan 20 neutrons.
C Nombor nukleonnya ialah 39.
D Kalium mempunyai 19 elektron.

19 Antara yang berikut, manakah bukan sifat unsur-unsur apabila merentasi kala dari kiri ke kanan?
A Kekonduksian elektrik menurun.
B Unsur-unsur berubah dari gas kepada pepejal.
C Saiz atom untuk unsur-unsur menurun.
D Unsur-unsur berubah dari logam kepada bukan logam.

20 Maklumat yang berikut menunjukkan sifat-sifat unsur T.

• Diletakkan dalam kumpulan 18


• Tidak reaktif

Unsur T mungkin ialah

A neon C hidrogen
B iodin D aluminium

21 Rajah 9 menunjukkan satu eksperimen, mentol menyala apabila suis dihidupkan.


Rajah 9
Antara yang berikut, manakah tidak boleh menjadi bahan J?
A Serbuk plumbum
B Naftalena
C Plumbum bromida
D Natrium klorida

22 Antara proses yang berikut, manakah digunakan untuk menghasilkan petrol, diesel, dan kerosin?
A Penyulingan berperingkat
B Penyulingan ringkas
C Penghabluran
D Penurasan

23 Rajah 10 menunjukkan lengkung penyejukan bagi sesuatu gas.

Rajah 10

Pada peringkat yang manakah, bahan akan wujud dalam dua keadaan jirim?
A UV dan WX
B WX dan YZ
C VW dan XY
D UV dan YZ

Soalan 24 hingga 25 adalah berdasarkan Rajah 11.

24

Rajah 11
Rajah 11 menunjukkan satu persamaan tindak balas di mana asid sulfurik dihasilkan secara besar-besaran.
Apakah nama proses yang ditunjukkan oleh persamaan tersebut?
A Proses sulfur
B Proses Sentuh
C Proses endotermik
D Pembentukkan pembajaan

25 Antara yang berikut, manakah betul tentang keadaan pada peringkat II?

Tekanan
Suhu (°C) Mangkin
(atm)

A
200 – 300 200 Besi

B
450 – 500 1 Besi

C Vanadium(V)
200 – 300 200
oksida

D
Vanadium(V)
450 –500 1
oksida

26 Senarai berikut menunjukkan beberapa jenis logam.


Natrium Magnesium
Kuprum Kalsium

Antara yang berikut, manakah menunjukkan kereaktifan logam tersebut dengan air mengikut tertib menaik?

A Natrium → Kuprum → Kalsium → Magnesium


B Kuprum → Kalsium → Magnesium → Natrium
C Kuprum → Magnesium → Kalsium → Natrium
D Kalsium → Natrium → Magnesium → Kuprum

27 Rajah 12 menunjukkan satu susunan eksperimen untuk mengkaji kereaktifan logam dengan asid.

Rajah 12
Gas yang dihasilkan memberi bunyi ‘pop’ apabila diuji dengan kayu uji bernyala. Antara yang berikut,
manakah adalah gas Y dan logam Z?

Gas Z Logam Z

A Hidrogen Magnesium
B Oksigen Aluminium

C Hidrogen Kuprum

D Oksigen Zink

28 Rajah 13 menunjukkan satu susunan eksperimen.

Rajah 13
Jadual 2 menunjukkan keputusan yang diperoleh apabila logam S, T, dan U dipanaskan.

Serbuk
Keputusan
logam

S Terbakar dengan nyalaan


terang

T Membara dengan warna


merah

U Terbakar dengan nyalaan


putih berkilauan

Jadual 2
Apakah susunan yang betul tentang kereaktifan logam dalam tertib menurun?
A T→S→U
B U→S→T
C T→U→S
D U→T→S

29 Rajah 14 menunjukkan pemesongan sinaran radioaktif dalam medan elektrik.


Rajah 14
Apakah yang diwakili oleh sinaran P, Q, dan R?

P Q R

A Sinaran beta Sinaran gama Sinaran alfa

B Sinaran alfa Sinaran gama Sinaran beta

C Sinaran gama Sinaran beta Sinaran alfa

D Sinaran beta Sinaran alfa Sinaran gama

30 Maklumat di bawah menunjukkan ciri-ciri bagi sejenis sinaran.


• Mempunyai frekuensi gelombang
elektromagnet yang tinggi
• Bercas neutral dan tiada jisim
• Mempunyai halaju cahaya
Antara yang berikut, manakah adalah jenis sinaran yang dihuraikan di atas?
A Sinaran beta
B Sinaran alfa
C Sinaran gama
D Sinaran ultraungu

31 Rajah 15 menunjukkan kuasa penembusan sinaran radioaktif.

Rajah 15
Kenal pastikan sinaran X dan sinaran Y.

Sinaran X Sinaran Y
A Alfa Beta

B Alfa Gama

C Beta Gama

D Beta Alfa

32 Antara yang berikut, manakah kegunaan sinaran beta?

A Mensterilkan peralatan pembedahan


B Membunuh sel-sel kanser
C Mengelakkan kedutan dalam sintetik fabrik
D Mengesan kebocoran paip bawah tanah

33 Rajah 16 menunjukkan pertindihan cahaya merah, biru, dan hijau di atas skrin putih.

Rajah 16
Apakah warna X, Y, dan Z?

X Y Z

A Sian Magenta Kuning

B Magenta Kuning Sian

C Kuning Sian Magenta

D Sian Kuning Magenta


34 Rajah 17 menunjukkan cahaya putih yang melalui penapis sian dan penapis kuning.

Rajah 17
Apakah warna yang keluar daripada penapis merah?
A Hijau C Merah
B Biru D Hitam

35 Rajah 18 menunjukkan cahaya putih melalui penapis X. Ia diperhatikan bahawa cahaya putih keluar
daripada penapis X.

Rajah 18
Antara yang berikut, manakah warna penapis X?
A Putih C Biru
B Merah D Hijau

36 Rajah 19 menunjukkan cahaya hijau dan cahaya magenta yang terunjur di atas skrin putih.

Rajah 19
Apakah warna di kawasan J, K, dan L?

J K L

A Kuning Putih Sian


B Hijau Putih Magenta

C Magenta Kuning Hijau

D Sian Magenta Merah

37 Antara aloi yang berikut, manakah dipadan betul dengan kegunaannya?

Aloi Kegunaan

A Piuter Membuat barang


perhiasan

B Gangsa Membuat badan


kapal terbang

C Loyang Membuat patung

D Kuprum Membuat perkakas


nikel dapur

38 Maklumat di bawah menunjukkan sifat-sifat bagi aloi X.

• Keras dan mudah ditempa


• Tahan kakisan
• Membuat pingat dan piala

Apakah aloi X?

A Loyang C Duralumin
B Gangsa D Kuprum nikel

39 Persamaan di bawah menunjukkan tindak balas bagi membuat sejenis baja.

Antara yang berikut, manakah boleh menjadi J?


A Asid nitrik
B Asid sulfurik
C Asid hidroklorik
D Karbon dioksida

40 Maklumat yang berikut menunjukkan persamaan untuk menghasilkan baja urea.

Apakah gas E dan keadaan F?

Gas E Keadaan F

A Nitrogen 500 °C,

200 atm

B Nitrogen 200 °C,

500 atm

C Karbon 200 °C,


dioksida
500 atm

D Karbon 200 °C,


dioksida
200 atm

41 Maklumat di bawah menunjukkan satu persamaan perkataan dalam perindustrian untuk menghasilkan
ammonia.

Antara yang berikut, manakah tidak akan mempengaruhi penghasilan ammonia secara optimum?
A pH C Tekanan
B Mangkin D Suhu

42 Dalam tabung uji yang manakah, bakteria mempunyai kadar pertumbuhan yang paling cepat?
A

B
C

43 Mikrookganisma X dijumpai dalam usus anai-anai untuk merembeskan enzim selulase untuk mencernakan
selulosa kepada glukosa. Apakah mikroorganisma X?
A Kulat C Virus
B Alga D Protozoa

44 Antara yang berikut, manakah bukan penggunaan mikroorganisma dalam industri?


A Bakteria bertindak ke atas etanol dan menukarkannya kepada asid asetik (cuka).
B Yis digunakan untuk menukarkan laktosa dalam susu kepada asid laktik untuk membentuk keju.
C Yis ditambahkan kepada buah-buahan untuk menghasilkan wain melalui proses penapaian.
D Bakteria menguraikan pektin untuk mengasingkan gentian jut untuk membuat tali.

45 Antara anak benih yang berikut, manakah akan menunjukkan hujung dan tompok kuning?

A B

C D
Soalan 46 hingga 48 adalah berdasarkan Rajah 20.
Rajah 20 menunjukkan sebahagian daripada kitar nitrogen.

Rajah 20
46 Apakah bakteria yang terlibat dalam proses P dan proses S?
P S

A Bakteria Bakteria
pendenitritan penguraian

B Bakteria Bakteria
pengikat pendenitritan
nitrogen

C Bakteria Bakteria
penitritan pengikat
nitrogen

D Bakteria Bakteria
pengurai pendenitritan

47 Antara proses atau aktiviti berikut, manakah tidak memainkan peranan yang serupa dengan bakteria di P?
A Tindakan kilat
B Penggunaan baja ammonia dalam pertanian
C Pereputan tumbuhan dan haiwan dalam tanah
D Pelarutlesapan air hujan daripada tanah

48 Sebatian ammonium yang terbentuk selepas proses Q dan proses R akan menjalani satu proses X untuk
membentuk nitrit dan kemudiannya nitrat. Apakah proses X?
A Penitritan
B Pendenitritan
C Pengikatan nitrogen
D Pereputan nitrogen
49 Antara yang berikut, manakah bukan kebaikan kitar semula?
A Mengurangkan kos pelupusan sampah sarap.
B Mengurangkan pencemaran persekitaran.
C Melambatkan kehabisan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui.
D Mengurangkan penggunaan baja kimia.

50 Aktiviti yang manakah tidak membantu dalam memelihara dan memulihara persekitaran kita?
A Kitar semula dan menggunakan semula barang-barang.
B Menetapkan kawasan lindungan.
C Menaikkan harga bagi barangan yang diperbuat daripada spesies terancam
D Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan untuk melindungi spesies terancam

Anda mungkin juga menyukai