Anda di halaman 1dari 12

Pada hari ini ialah tanggal 26 Rejab 1340H, malam ni setelah berlabuhnya senja

menghampiri waktu Maghrib, maka satu lagi tarikh penting berlakunya sebuah peristiwa
bersejarah dalam kalendar umat Islam.

Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12
dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh
seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun
sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita
kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia.
Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif
sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-
Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari
Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Jerusalem), yang Kami berkati
sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami.
Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” ( Al-Quran, Surah
Al Israa’: 1)

Dengan itu israk dan mikraj bermaksud perjalanan Nabi Muhammad saw pada waktu
malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa , kemudian naik ke langit hingga ke Sidratul
Muntaha, dengan menembusi planet-planet dunia serta menjelajahi 7 lapis langit kemudian
kembali semula ke Mekah pada malam itu juga.

Peristiwa Israk dan Miraj yang dialami sendiri oleh Nabi saw dengan jasad dan tubuhnya adalah
satu peristiwa ghaib yang mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia. Ia dikatakan
luar biasa kerana kejadian tersebut dilalui oleh Nabi Muhammad saw dalam waktu yang singkat ,
cuma memakan masa 1/3 malam . Walhal jika difikirkan jarak antara Masjidil Haram dengan
Masjidil Aqsa bukanlah satu jarak yang dekat , lebih-lebih lagi naik ke langit hingga naik ke
langit yang ke-7 tanpa menggunakan peralatan yang canggih sepertimana hari ini. Kemudian
banyak peristiwa yang dialamai dan banyak permandangan yang dapat dilihat oleh baginda
Rasullulah saw terutamanya kenikmatan syurga dan juga berbagai bentuk penyeksaan di dalam
neraka.

Setelah nabi Muhammad saw selesai mengalami Israk dan Mikraj , baginda membuat
pengumuman di hadapan orang ramai memberitahu yang baginda telah diisrak mikraj kan oleh
Allah swt disamping menceritakan semua perkara yang baginda alami ketika itu dengan harapan
golongan kafir Quraisy yang mendengar penjelasan baginda saw itu akan beriman kepada Allah
swt dan mengikut ajaran-Nya. Namun mereka tidak juga mempercayai kata-kata Rasullulah saw
malah memperolok-olokkannya dengan dalih bahawa semua cerita Nabi Muhammad saw itu
tidak masuk akal. Hanya sedikit yang beriman, itu pun dalam keadaan yang was-was. Nabi
Muhammad saw berangkat dari Masjidil Haram bersama malaikat Jibrail adalah dengan menaiki
burak yang sekali melangkah jauhnya adalah sejauh mata memandang. Sesunguhnya peristiwa
Israk Mikraj benar-benar dialami oleh Nabi Muhammad saw kerana telah termaktub dalam al-
Quran dan kita wajib percaya dan beriman dengannya.

PERISTIWA-PERISTIWA SEBELUM,SEMASA DAN SELEPAS ISRAK MIKRAJ

Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah SAW dada dan perut baginda telah
dibedah oleh malaikat. Hati Baginda SAW dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam
('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan
iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan
"khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk
ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil-Aqsa) Sepanjang perjalanan
(Israk) itu, Rasulullah SAW diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-
tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail
supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak 2 rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan
ialah,Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ,Bukit
Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah. ,Baitul-Laham (tempat
Nabi Isa AS dilahirkan).Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah SAW menghadapi
gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang
amat ajaib .Di antaranya ialah

A) Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai,
hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku
berulang2. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad
"Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan
sehingga gandaan yang lebih banyak.
B) Tempat yang berbau harum. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur
Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya
(termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh
Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai
Tuhan).
C) Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan,
kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.
Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang yang berat kepala mereka untuk sujud
(solat).
D) Ada sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan
secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu
dari neraka Jahannam. Kata Jibrail: Itulah orang yang tidak mengeluarkan zakat harta
mereka.
E) Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan
daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang
melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai
isteri/suami.
F) Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang
yang makan riba.
G) Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah
lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih
menerima amanah yang lain.
H) Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi
berkali2. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail:
Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak
melakukannya.

G) Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti.
Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia2kan
umurnya sampai ke tua.

H) Seorang perempuan bongkok 3 menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata


Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.Setibanya
di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian Baginda masuk ke dalam masjid
dan mengimamkan solat 2 rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi
makmum.Rasulullah SAW terasa dahaga lalu dibawa Jibrail 2 bejana yang berisi arak dan
susu. Rasulullah SAW memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat
pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Namun Semasa Mikraj (Naik ke Hadratul-Qudus Menemui Allah SWT) didatangkan Mikraj
(tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu
terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan
Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang2 yang makan riba dan harta anak yatim dan
melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki
bergantung pada susu penzina perempuan. Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga
langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.Langit Ke-
3: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf AS. Langit Keempat: Naik tangga langit
keempat. Bertemu dengan Nabi Idris AS.

Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh
kaumnya Bani Israil. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi2.
Seterusnya dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu
dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa
hisab. Manakala Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu
bertemu denan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh
beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan
berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka
berdoalah untuk umatmu.

Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam
Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur terletak betul-betul di atas Baitullah di
Mekah).

Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-
Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak
berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan
dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi pemata-permata yang indah. Unggas-
unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tidak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah
SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya
baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta Malik penunggunya.
Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW
masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Baginda dapat melihat seorang
lelaki yang ghaib di dalam nur' Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir,
hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab


lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah
dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Justeru selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian
Nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar
diberi keringanan mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas 9 kali merayu, (setiap
kali dikurangkan 5 waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang 5 waktu sehari
semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas mikraj Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula. Seterusnya Baginda turun
ke Baitul-Maqdis lalu menunggang Buraq ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan
ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti)
peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada
malam Isnin, 27 Rejab, kira2 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula
ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram
ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah
Baitulmuqaddis. Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke
Mekah. Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat
dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di
Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam, Nabi Musa
dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu
sebagai minumannya.

Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit
ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi
melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim
persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak ,
baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimahtus
Sa'adiah.Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.

Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam takwim Islam kerana menandakan seseorang
itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang
tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah
yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai
petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Justeru itu,daripada peristiwa Israk Mikraj ini terdapat beberapa hikmah yang terkandung
di dalamnya beberapa pengajaran yang amat berguna sekali untuk umat islam; Diantaranya ialah

1- Agar manusia sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah , baik dikala ditimpa kesusahan
maupun kesusahan. Ini kerana hanya Allah sahajalah yang mampu memberikan pertolongan dan
menghilangkan segala kesedihan serta kesusahan pada diri manusia, sebagaimana Nabi
Muhamad saw telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadinya Israk Mikraj. Ia memberi
pengajaran kepada kita agar sentiasa mendekatkan diri kepada Allah sewaktu mendapat musibah
dan permasalahan dalam kehidupan. Kita perlu melaksanakan yang diperintahkan dan menjauhi
semua larangan-Nya. Disamping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadah .

2- Dalam perjalanan Israk dan Miraj tepatnya sewaktu Nabi Muhamad saw diajak meninjau
keadaan neraka. Baginda ditunjukkan berbagai penyeksaan yang amat dahsyat sedang dialami
oleh berbagai kaum akibat dari bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan di dunia. Misalnya
baginda bertemu dengan satu kaum yang memecahkan kepala mereka dengan batu besar. Setelah
pecah ia kembali lagi seperti sediakala. Malaikat Jibril menyatakan mereka ini orang yang berat
kepalanya mengerjakan solat . Nabi Muhamad saw juga melihat lain-lain bentuk penyeksaan
bagi pemakan riba,penzina,orang yang suka memfitnah dan lain-lain. Ini semuanya memberi
teladan dan iktibar agar kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan perbuatan tersebut dan lain-
lain perbuatan yang jelas dilarang oleh Allah swt.

3- Mendapat perintah solatsebagai satu bentuk ibadah. Sesungguhnya kewajipan solat berbeza
dengan kewajipan-kewajipan yang lain seperti puasa,zakat dan haji. Lantaran itu kewajipan solat
disampaikan oleh Allah swt secara langsung kepada nabi Muhamad saw , tanpa melalui
perantaraan malaikat Jibril. Solat merupakan amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak.
Ini menunjukkan bahawa solat memiliki kelebihan berbanding ibadah-ibadah yang lain. Kita
harus bersyukur kerana melalui ibadah solat, seseorang muslim berpeluang untuk berdialog terus
dengan Allah.

4- Memperlihatkan kebesaran Allah swt sebagai pencipta, agar keyakinan terhadap kekuasanan-
Nya benar-benar tubuh di dalam jiwa manusia . Sesungguhnya Allah swt yang menciptakan alam
yang serba luas dan indah ini, Dalam Israk Miraj Allah swt memperlihatkan kepada Nabi
Muhamad saw akan keagungan dan pelbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam lain,
seperti Sidratul Muntaha,Arasy,Syurga dan lain-lain lagi.
PENGAJARAN DAN PENDEKATAN MASYARAKAT

Umat Islam diberi kesempatan meraikan peristiwa luar biasa yang tercatat dalam sejarah
Islam iaitu pengembaraan agung Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke
Masjid al-Aqsa di Palestin (Israk) dan ke langit bertemu Allah SWT (Mikraj) hanya dalam
tempoh sebahagian malam sahaja. Peristiwa luar biasa itu dijelaskan Allah SWT dalam Surah al-
Israk pada ayat pertama yang bermaksud: "Maha Suci Allah, yang membawa hamba-Nya
mengembara pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjid al-Aqsa yang Kami berkati
sekelilingnya supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami.
Sesungguhnya Dia adalah Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." Peristiwa terakam dalam
al-Quran itu membuktikan kehebatan Allah SWT mengurniakan mukjizat kepada Nabi SAW
sebagai tanda kerasulannya kepada golongan kafir yang tidak mempercayai dakwah baginda.
Hakikatnya, Israk dan Mikraj bukan sesuatu yang susah atau aneh bagi Allah SWT untuk
melakukan demikian kerana Dialah Tuhan yang menjadikan segala kewujudan ini dari tiada
kepada ada. Mengembara dalam sedar Penceramah bebas, Hambali Saad menjelaskan, ulama
salafussoleh, khalafussoleh, ahli hadis, ahli kalam, ahli tafsir, ahli fiqh dan Ahli Sunnah Wal
Jamaah (ASWJ) bersepakat bahawa Baginda menempuh pengembaraan agung itu dalam keadaan
sedar, bersama roh dan jasad bukan dalam bentuk mimpi. Ketika Mikraj, Nabi Muhammad SAW
mengadap Allah SWT di Sidratul Muntaha untuk menerima perintah solat lima waktu terus
daripada-Nya tanpa melalui perantaraan Malaikat Jibril. Ulama sepakat peristiwa itu terjadi pada
27 Rejab beberapa tahun selepas Baginda menjadi Nabi. "Sudah tentu, kembara Nabi
Muhammad pada malam itu dianggap sebagai peristiwa agung dan luar biasa bukan sahaja pada
zaman baginda, malah sepanjang zaman. "Allah hendak menunjukkan kehebatan-Nya kepada
seluruh manusia bahawa Dia Maha Berkuasa membawa Nabi Muhammad mengembara dalam
tempoh satu malam dari dua masjid yang jauh dan kemudian diangkat pula ke langit. "Ahli tafsir
berpendapat, ayat pertama surah al-Israk itu sudah menjelaskan dengan terang bahawa Israk dan
Mikraj memang peristiwa yang hebat. Jika tidak ditafsirkan pun, memang ia sesuatu kejadian
yang hebat," katanya ketika berceramah di Surau al-Muttaqin, Vision Homes, Seremban 2, baru-
baru ini. Malangnya kata beliau, ada segelintir umat Islam yang tidak menerima perbuatan
meraikan peristiwa Israk dan Mikraj dengan memberi alasan ia bidaah kerana tidak dilakukan
Baginda SAW serta sahabat.
KESIMPULAN

Global zaman ini,kemantapan jiwa perlu dilakukan sejak kecil lagi. Disamping diri kita,
kita seharusnya mendidik anak-anak kita untuk memantapkan jiwa agar mencapai kepada
kesedaran yang tertinggi. Jiwa yang positif akan dapat menyelesaikan semua masalah yang ada
kerana kita benar-benar pasrah, redha, berserah kepada Allah SWT.

Pengajaran Isra dan mikraj bukan sekadar peristiwa-peristiwa di dalamnya sahaja tetapi
berlakunya peristiwa itu sendiri juga menguji tahap keyakinan jiwa umat islam terhadap
kesahihan berlakunya peristiwa itu. Ia adalah hal jiwa dan hati.

masyarakat perlu sedar golongan sahabat tidak meraikan peristiwa Israk dan Mikraj kerana
mereka menghayati semangat terkandung pada peristiwa itu dalam amalan kehidupan seharian
berbeza dengan umat Islam hari ini. Hambali berkata, umat Islam bukan saja wajib meyakini
peristiwa Israk dan Mikraj kerana ia termasuk dalam perkara ghaib, bahkan perlu memahami
maksud tersurat dan tersirat yang terkandung dalam ayat itu. Beliau berkata, ahli tafsir turut
berpendapat, ayat berkenaan bukan saja menceritakan peristiwa hebat itu tetapi turut
menjelaskan kemuliaan masjid. Walaupun masjid yang disebut ialah Masjidil Haram dan Masjid
al-Aqsa, sebenarnya ia menjelaskan kepentingan masjid secara keseluruhannya. Peroleh ganjaran
besar Masyarakat mengetahui ganjaran besar yang diperoleh jika seseorang beribadah di Masjidil
Haram dan Masjid al-Aqsa, namun aspek lain yang perlu diberi penekanan umat Islam ialah
peranan masjid.

Perkara yang perlu diingati ramai daripada peristiwa Isra’ dan mikraj adalah tentang
kewajipan solat 5 waktu sehari semalam. Rasulullah menasihati kita umat islam agar menyuruh
anak-anak kita mendirikan solat ketika umur 7 tahun dan rotan mereka jika tidak mendirikan
solat ketika umur 10 tahun.
7 tahun kerana ketika ini, seorang kanak-kanak sudah memahami dengan sebaiknya tentang baik
dan buruk. Jiwa mereka mampu beriman dengan sebenar-benarnya. Bukan iman ikut-ikutan.
Kerana itu Rasulullah meminta umat Islam untuk menyuruh kanak-kanak berumur 7 tahun
mendirikan solat.Kemudian 10 tahun adalah cukup untuk memantapkan jiwa mereka. Jika ibu
bapa mendidik mereka sejak kecil dengan menguatkan jiwa mereka, mengajar mereka agar
mereka sedar bahawa setiap apa yang mereka lakukan sentiasa diperhatikan oleh Allah SWT
Yang Maha Melihat, dan menanamkan keyakinan dan kepercayaan kepada Allah SWT dan
Rasulullah, pastinya tidak mempunyai masalah untuk mendirikan solat ketika umur 10 tahun.

Semoga kita memiliki jiwa yang positif di dalam kita menjalani hidup ini.

RUJUKAN

http://mselim3.blogspot.my

http://www.bharian.com.my/node/55373
" Pengembaraan Rasullulah saw ke Alam Ghaib" SALLEH YAAKOB

Anda mungkin juga menyukai