Anda di halaman 1dari 3

PANDUAN UNTUK BERGAYA

1. Kenali bentuk badan sendiri dari setiap sudut.


2. Jangan memakai pakaian yang menampakkan bentuk badan yang tidak
menarik
3. Kenakan pakaian dengan potongan dan warna yang sesuai dengan bentuk
badan dan rupa paras
4. Pilih pakaian yang sesuai. Jangan membeli pakaian hanya kerana saiz dan
harganya
5. Pakaian mestilah sesuai dengan umur, bentuk badan, cara hidup dan majlis
yang dihadiri

KATEGORI PARAS KETINGGIAN BADAN

Tinggi Sederhana Rendah


5 kaki 8 inci --- 173cm 5 kaki 5 inci -- 162.5cm- 5kaki 4 inci--- 162.5cm
170cm

APAKAH KESAN JIKA TERSALAH DALAM PEMILIHAN WARNA


✘ Akan menyebabkan kulit kelihatan kusam.
✘ Menampakkan kelihatan lebih tua daripada usia yang sebenar.
✘ Menyebabkan kelihatan berisi dan besar berbanding biasa.
✘ Menyerlahkan warna gigi yang mungkin kekuningan.
✘ Kecantikan semulajadi terselindung
TONA KULIT VS TONA PAKAIAN

Tona kulit gelap

Cara untuk memadankan warna kulit dengan warna pakaian yang sesuai adalah
seperti memadankan dua faktor yang bertentangan. Wanita-wanita yang berkulit
gelap akan kelihatan menawan apabila memakai pakaian yang terdiri daripada
warna terakhir daripada apa-apa spektrum warna. Contohnya warna ungu yang
terang, warna ungu diraja, sehinggalah warna ungu seperti buah plum dan terung;
warna kuning yang lembut, kuning diraja sehinggalah warna kuning pekat dan
terang. Wanita-wanita yang mempunyai warna kulit yang gelap juga boleh
menggayakan warna putih, warna-warna dalam kategori oren dan merah dengan
menawan sekali. Tona-tona warna ini akan membuatkan kulit lebih menyerlah dan
sememangnya membuatkan kulit mereka kelihatan hebat dan cantik.

Harus dielakkan memakai pakaian berwarna coklat dan hitam, dan juga tona yang
berada pada awal spektrum warna seperti biru, kelabu dan perak. Jika warna
pakaian yang dipilih itu seakan-akan serupa dengan warna kulit mereka, warna
pakaian yang dipakai akan menjadi seakan-akan tenggelam. Warna-warna yang
lebih sejuk adalah tidak sesuai dengan warna kulit yang gelap kerana ia boleh
menjadikan warna kulit yang gelap menjadi kusam dan juga boleh membuatkan diri
kelihatan seperti sedang sakit.

Tona kulit sederhana

Bagi yang mempunyai tona kulit yang sederhana, pilihlah warna yang lebih cerah,
yang lebih mendalam dan tona-tona permata yang semestinya akan menyerlah di
atas warna kulit anda. Tona-tona permata adalah warna yang dalam dan mewah,
samalah seperti warna batu-batu permata seperti zamrud, delima, nilam dan
amethyst.

Untuk itu,elakkan daripada memakai pakaian berwarna coklat, kuning air, karamel,
oren dan warna-warna pastel yang sangat pucat. Warna-warna pastel dan tona
cerah adalah warna yang terlalu sejuk dan boleh membuat tona kulit anda kelihatan
kusam. Warna kelabu adalah tidak sesuai dengan kompleksi kulit anda.

Tona kulit cerah

Sekiranya mempunyai kulit cerah, fikirkan apa-apa warna coklat dan apa-apa warna
hijau – daripada zaitun sehingga warna rumput, zamrud dan limau. Warna gading,
laut, dan kelabu juga akan nampak sangat cantik pada kulit. Warna cerah daripada
kategori merah seperti warna strawberi atau merah pekat, pink raspberi, boysenberi
dan ungu pekat mampu membantu menyerlahkan tona kulit. Ia mewujudkan kontra
warna yang cantik pada kulit anda dan juga menyerlahkan warna pada pipi anda.
Tona-tona permata juga boleh menyerlahkan warna kulit seperti warna zamrud, biru
kehijauan dan amethyst.
Anda seharusnya mengelak daripada memakai pakaian berwarna terang dan neon
kerana warna ini akan kelihatan begitu kontra dengan tona kulit. Warna hitam adalah
terlalu gelap dan kasar, putih adalah terlalu pucat dan membuatkan anda kelihatan
seperti tidak sihat. Untuk warna-warna metalik pula, anda harus mengelak daripada
menggayakan warna perak dan sentiasalah memilih warna emas.

Anda juga harus mengelak daripada memilih warna yang terlalu terang dan cerah.
Warna putih akan membuat anda kelihatan pucat, warna hitam akan membawa aura
goth pada penampilan anda. Warna neon, kuning dan ungu muda juga tidak akan
membuat kulit anda kelihatan berseri dan menawan.

Anda mungkin juga menyukai