Anda di halaman 1dari 2

Setiap kerajaan mempunyai sistem organisasi masing-masing untuk memastikan kelicinan

pentadbiran serta keharmonian sejagat. Bincangkan organisasi sosial bagi masyarakat


Mesopotamia.

Organisasi sosial masyarakat Mesopotamia terbahagi kepada tiga golongan iaitu


golongan atasan, golongan menengah dan golongan rendah. Golongan atasan merujuk kepada
raja dan golongan bangsawan. Golongan menengah terdiri daripada golongan professional
manakala golongan rendah pula merupakan rakyat biasa dan hamba.

Pertamanya adalah golongan raja. Raja menerajui takhta pemerintahan dalam kerajaan
serta mempunyai kuasa yang tinggi. Mengikut kepercayaan orang Mesopotamia, raja merupakan
wakil Tuhan dan dipilih Tuhan untuk mentadbir Bandar terbabit. Antara bidang tugas raja adalah
memberikan arahan dan khidmat nasihat kepada pembesar, melantik pembesar, menerima aduan
daripada rakyat dan menyelesaikannya serta lain-lain. Raja juga memainkan peranan sebagai
ketua tentera dan mengetuai operasi ketenteraan. Dalam hal ini, raja bertanggungjawab
merangka pelan bagi kempen ketenteraan dan memeriksa pasukan tentera dari semasa ke semasa.
Di samping itu, raja juga memainkan peranan dalam keagamaan. Sebagai contoh, mengawasi
kerja-kerja pembinaan serta kerja membaik pulih rumah berhala. Raja juga punya kuasa untuk
melantik paderi bagi melaksanakan tugas-tugas keagamaan. Selain itu, raja juga harus melantik
seorang pengganti untuk meneruskan pemerintahan selepas kemangkatannya agar tidak berlaku
perebutan kuasa antara golongan yang berkenaan.

Di samping itu, golongan bangsawan yang membantu raja dikenali sebagai marbanuti.
Tugas utama golongan ini adalah untuk memilih calon pengganti tampuk pemerintahan kerajaan.
Mereka mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh
raja. Pegawai-pegawai seperti panglima tentera, ketua paderi dan gabenor provinsi dilantik juga
dari kalangan ini. Terdapat sekumpulan pegawai yang berfungsi sebagai penasihat raja. Antara
pegawai tinggi kerajaan ialah ketua komander dan pembawa alat kebesaran diraja. Dari segi
corak kehidupan, golongan bangsawan punya rumah yang besar di pusat bandar. Golongan
bangsawan tinggal di atas tanah milik mereka atau di estet-estet besar yang dimiliki raja.
Golongan ini mendapat sebahagian daripada harta rampasan perang dan cukai yang diperoleh
dari rakyat.

Seterusnya, golongan profesional. Turut dikenal sebagai ummane yang merujuk kepada
semua rakyat bebas yang memiliki profesion tertentu. Antara rakyat yang termauk dibawah
golongan ini adalah pemilik atau pengusaha bank, pedagang, doctor, jurutulis istana dan
golongan artisan. Mereka mempunyai organisasi seperti persatuan untuk menjaga kebajikan dan
melindungi pekerjaan mereka. Golongan ini juga melatih perantis dan mewariskan pekerjaan ini
kepada anak-anak mereka. Golongan professional memainkan peranan penting dalam
pengukuhan ekonomi sesebuah kerajaan.

Golongan yang terakhir adalah rakyat biasa dan hamba. Golongan ini juga dikenali
sebagai Hupshi yang merupakan golongan bukan professional yang bekerja sebagai petani
ataupun askar dan hamba. Golongan hamba lazimnya terdiri daripada tawanan perang dan orang-
orang yang berhutang. Dalam masyarakat ini, hamba boleh dijual beli dan harganya boleh
dirunding. Hamba mendapat layanan baik dan mereka juga dibenarkan memiliki harta serta
boleh mempelajari pekerjaan tertentu. Terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa sebilangan
kecil hamba berjaya menjawat jawatan yang tinggi dalam kerajaan.

Anda mungkin juga menyukai