Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI KENDIRI JPP IPGKS SESI 2016/2017 UNTUK LAWATAN PENANDA

ARAS KE IPGK TEMENGGONG IBRAHIM, IPGK PEREMPUAN MELAYU


MELAKA, IPGK PENDIDIKAN TEKNIK DAN SK PUTERI.

NAMA : CONNELIA OLIVIA ANAK CHALI


JAWATAN : NAIB EXCO HAL EHWAL WANITA
TARIKH LAWATAN : 7-13 OKTOBER 2017

REFLEKSI KENDIRI :
 Hari pertama (8 Oktober 2017)

Pada hari pertama, rombongan kami telah berada di IPGK Temenggong


Ibrahim, Johor. Input positif yang saya telah dapati daripada IPG ini ialah JPP IPG
ini rela berkorban dari pelbagai segi untuk melayan keberadaan kami di IPG
mereka. Mereka sanggup mengorbankan masa senggang mereka pada waktu
malam yang sepatutnya diisi untuk menyiapkan tugasan kerja kursus mereka demi
menghadirkan diri ke sesi diskusi bersama JPP IPGK Sarawak. Mereka juga telah
berkorban masa rehat mereka untuk mengiringi kami untuk berjalan-jalan di Pasar
Karat walaupun waktu telah lewat malam. Jadi, kesanggupan dan kerelaan yang
ada dalam diri mereka haruslah kita amalkan bagi membantu urusan orang lain di
masa yang lain.

Dari segi biro Hal Ehwal Wanita (HELWANI) mereka pula, JPP HELWANI IPG
Temenggong Ibrahim lebih kepada membantu biro-biro lain dalam mengadakan
prpgram. Biro HELWANI mereka hanya berkolaborasi dengan biro lain dalam
setiap program yang mereka jalankan. Maka, biro HELWANI tidak mempunyai
sebarang program oleh sebab kekangan masa juga.
 Hari kedua (9 Oktober 2017)

Pada hari seterusnya, kami bertolak ke IPGK Perempuan Melayu Melaka. Input
positif yang telah saya dapati sepanjang berada di IPG ini ialah kemampuan JPP
mereka dalam melakukan segala perkara. Oleh kerana IPG ini mempunyai guru
pelatih perempuan sahaja, itu tidak menjadi masalah kepada JPP mereka untuk
menjalankan segala program dan aktiviti. Segala aktivitii yang kita hendak jalankan
ialah bergantung kepada niat dan kesungguhan seseorang tidak mengira jantina.

IPGK Perempuan Melayu Melaka tidak mempunyai biro Hal Ehwal Wanita.
Walaubagaimanapun, semua kebajikan guru pelatih perempuan di IPG tersebut
terjamin kerana sifat bantu-membantu dalam diri setiap pelajar adalah kuat.

 Hari ketiga (10 Oktober 2017)

Pada hari yang ketiga, bas IPGK Perempuan Melayu Melaka telah menghantar
JPP kami ke IPGK Pendidikan Teknik, Nilai. JPP IPG ini telah menyambut dan
melayan kami dengan sangat baik seperti menyediakan kami tempat tinggal yang
sangat selesa. Kami telah berada di IPGK Pendidikan Teknik selama 4 hari 3
malam. Input positif yang saya dapati sepanjang berada di IPG ini ialah sifat
kerjasama daripada semua biro JPP mereka. Contohnya, walaupun pada hari
ketibaan kami di IPG mereka merupakan hari kuliah, namun semua biro telah hadir
untuk menyambut ketibaan kami.

Selain itu, setiap biro JPP mereka juga saling menyokong antara satu sama
lain. Contohnya, jika salah satu biro menjalankan program, biro-biro lain juga turut
hadir untuk menyokong dan menjayakan lagi program tersebut. Sifat tersebut perlu
diterapkan dalam diri setiap guru pelatih terutamanya JPP di IPGKS.

Biro HELWANI mereka juga bekerjasama dengan biro-biro lain dalam


menjalankan sebarang program.
 Hari keempat (11 Oktober 2017)

Pada hari yang berikutnya, beberapa orang JPP IPGK Pendidikan Teknik telah
mengiringi kami ke SK Puteri, Seremban. Input positif yang saya dapati daripada
sekolah tersebut ialah sama seperti yang saya dapati daripada IPGK Perempuan
Melayu Melaka iaitu kemampuan pihak pentadbir dalam mengurus segala perkara.
Oleh kerana sekolah ini merupakan sekolah yang mempunyai semua murid
perempuan, jadi pihak pentadbir iaitu Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Ko-kurikulum dan semua guru
di sekolah tersebut ialah perempuan. Hanya seorang sahaja guru lelaki iaitu guru
mata pelajaran Bahasa Arab. Jadi, hal ini telah membuka mata saya bahawa
kejayaan sesuatu tidak terletak pada jantina seseorang.

SK Puteri merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Murid-murid di


sekolah ini telah memenangi pelbagai pertandingan sehingga ke peringkat
antarabangsa. Walaupun daripada sekolah 100% perempuan, ini bukan menjadi
penghalang bagi mereka untuk mengecapi kejayaan yang mampu dimiliki oleh
orang lain malah, kejayaan yang mereka kecapi hari ini telah melebihi kejayaan
sekolah-sekolah lain.

 Hari kelima

Pada hari yang terakhir penanda aras, kami sepatutnya ke IPGK Bahasa
Antarabangsa tetapi oleh kerana masalah pengangkutan, kami membatalkan
program penanda aras ke IPG tersebut.

Walaubagaimanapun, kami telah mengisi hari tersebut untuk berjalan-jalan ke


Bandaraya Kuala Lumpur dengan didiiringi oleh beberapa orang JPP IPGK
Pendidikan Teknik.

Anda mungkin juga menyukai