Anda di halaman 1dari 16

Komunikasi adalah proses di mana seseorang itu bertukar maklumat dan idea.

Menurut
Owen (1990), maklumat diterima dan saling memahami. Komunikasi menggunakan
petuturan dan bahasa, aspek lain perlu diambil kira seperti bentuk, intonasi, penekanan
suara dan gaya pertuturan yang boleh menggambarkan emosi dan sikap penutur yang
memberikan pelbagai makna. Komunikasi bukan sahaja menggunakan bahasa tetapi boleh
juga terjadi melalui gesture (tanda isyarat), gerak badan, eye contact dan ekspresi atau
mimik muka. Komunikasi begini digunakan dalam kalangan orang-orang yang mempunyai
masalah pendengaran. Julia Jantan dan Siti Suhaila Samian (2007), menyatakan masalah
pendengaran merupakan kehilangan seluruh atau sebahagian kemampuan mendengar
daripada satu atau kedua-dua belah telinga. Tahap kehilangan pendengaran adalah ringan
20dB hingga 40dB, sederhana 40dB hingga 60db, teruk. 60dB hingga 90dB dan sangat
teruk 90dB keatas. Masalah utama kanak-kanak bermasalah pendengaran ialah kesukaran
dalam pertuturan, bahasa dan berkomunikasi secara lisan. Kanak-kanak bermasalah
pendengaran kurang dan tidak diberi peluang untuk bertutur dan berkomunikasi dengan
individu normal. Faktor ini menyebabkan proses perkembangan bahasa, pencapaian
akademik dan psikososial mereka terjejas.
1.1 Masalah komunikasi bermasalah pendengaran
Kebanyakan ibubapa berpendengaran biasa yang mempunyai anak pekak (di Malaysia)
tidak berpendidikan tinggi, tinggal di luar bandar dan tidak mengambil berat tentang
kepentingan komunikasi menyebabkan mereka tidak pasti apakah bentuk bahasa (lisan,
isyarat, tulisan) yang patut digunakan bagi tujuan komunikasi. Kanak-kanak ini dibesarkan
dalam persekitaran berbahasa lisan yang digunakan oleh orang-orang di persekitaran
mereka.

Masalah komunikasi dengan masayarakat normal menyebabkan orang pekak kehilangan


hak untuk sama-sama merasai kenikmatan hidup di bumi yang merdeka, maju dan
membangun ini. Banyak perkara yang tidak dapat dinikmati atau terpaksa dilupakan kerana
tiada komunikasi antara mereka dengan dunia luar. Seterusnya, Dasar Integrasi Nasional ke
arah interaksi dan komunikasi menyeluruh tidak kesampaian.
Seperti manusia biasa, orang pekak harus menjalani kehidupan sehari-hari. Dari aspek
pendidikan, kerajaan telah menyediakan kemudahan seperti sekolah pendidikan khas,
sekolah integrasi dan juga guru-guru yang mengajar bahasa isyarat kepada mereka.
Kemudahan ini bertambah dari semasa ke semasa selaras dengan pertambahan golongan
pekak di Malaysia.
Namun, masih terdapat masalah yang wujud. Pertama, sistem bahasa isyarat yang sangat
rencam, yang digunakan sejak zaman dahulu tidak efektif untuk membawa golongan pekak
sebaris dengan masyarakat yang normal. Ada kepincangan pada sistem itu yang perlu
diperbaiki agar sistem komunikasi dua hala antara orang pekak dan mereka yang normal
berjalan dengan telus.
Masalah yang kedua pula ialah hubungan kemasyarakatan dan hak bersama golongan
pekak amat jauh dari masyarakat normal. Ini kerana, mereka hanya dapat berkomunikasi
dengan orang yang tahu berbahasa isyarat. Masalah bertambah rumit apabila jumlah
jurubahasa isyarat amat kurang, iaitu hanya 15 jurubahasa isyarat profesional yang
berkhidmat sepenuh masa. Kedua-dua masalah ini seterusnya menyumbang kepada
keampuhan jatidiri dan seterusnya menyebabkan golongan pekak mula membina dunia
mereka sendiri yang terpisah daripada masyarakat normal.
Kesan daripada kedua-dua masalah itu, golongan pekak keciciran dalam aspek pendidikan.
Selain itu, mereka gagal dalam mendapatkan hak seperti berurusan dengan sektor-sektor
awam, mengakses maklumat terkini tentang dunia semasa, hak untuk

menyuarakan pendapat, hak untuk membuat pilihan dan juga hak untuk mendapatkan
keperluan asas. http://psittacula.wordpress.com/2007/11/22/mereka-tidak-pekak/

1.2 Lima kaedah komunikasi yang boleh digunakan dalam kalangan orang
bermasalah pendengaran iaitu pekak.

1.2.1 Bacaan bibir

1.2.1.1 Konsep
Bacaan bibir merupakan kaedah komunikasi melalui memahami pertuturan dengan
mengikut atau memerhatikan bibir penutur termasuk memahami atau mentafsir hingga ke
otot muka dan gerak badan penutur. Antara organ pertuturan yang terlibat dalam bacaan
bibir ialah paru-paru, tenggorok, larkins, peti suara, tekak, hidung, rahang dan mulut.
Bacaan bibir adalah pertuturan tulin (pure oral) yang memberi tekanan kepada pengajaran
dan pembelajaran bahasa melalui pertuturan secara ‘sengaja’. Pendekatan bacaan bibir
memerlukan murid-murid pekak bertutur sepertimana murid-murid biasa. Raja Mariam Raja
Mohd Iskandar (1999).
1.2.1.2 Kelebihan
a) Rasional penggunaan pendekatan bacaan bibir berasaskan kepada anggapan bahawa
murid-murid pekak yang ada sisa pendengaran seharusnya digembeleng kebolehan
pendengaran mereka semaksimum mungkin untuk menguasai bahasa pertuturan. Saadiah
Ahmad (2009).
b) Anggapan kedua ialah murid-murid pekak merupakan kumpulan minoriti dalam
masyarakat yang berkomunikasi melalui pertuturan, oleh itu penguasaan bahasa

lisan melalui bacaan bibir amatlah perlu untuk membolehkan mereka ‘selesa’ dalam
masyarakat. Saadiah Ahmad (2009).
1.2.1.3 Kekurangan
a) Kelemahan bacaan bibir ialah apabila penumpuan tidak dapat diberikan pada kualiti bunyi
petuturan itu sendiri seperti tinggi atau rendahnya bunyi petuturan. Bacaan bibir amat
bergantung kepada deria pengelihatan di mana pencahayaan yang terang adalah amat
diperlukan bagi memudahkan penumpuan ke arah wajah penutur. Menurut Tan Chin Guan
(1999),
b) Dalam mempelajari mana-mana bahasa pertuturan, faktor kebolehan mendengar adalah
penting (Paul & Quigley, 1994). Ketidakmampuan kita mendengar tidak membolehkan kita
mengajuk atau meniru bunyi-bunyi sesuatu bahasa yang kita pelajari. Ramai di kalangan
kita tidak dapat bertutur dalam bahasa yang tidak pernah kita dengar kerana tidak pernah
mendengar bunyi-bunyi bahasa berkenaan. Inilah keadaan yang berlaku kepada murid-
murid pekak dalam mempelajari bahasa lisan. Dapat dibayangkan betapa susah dan
sukarnya murid-murid pekak diajar dan mempelajari bahasa lisan. Lagipun, mengajar
bertutur bukan tugas utama persekolahan kanak-kanak pekak. Tugas mengajar bertutur
terletak di atas bahu professional lain (contoh, audiologist dan jurupulih pertuturan).
1.2.1.4 Refleksi
Kaedah ini boleh berjaya sekiranya mereka yang mempunyai hubungan dengan pelajar
meneruskan usaha-usaha mengajar kanak-kanak bertutur. Alat-alat bantu pendengaran
dapat membantu kanak-kanak separa pekak menguasai bahasa yang baik. Sistem ini
sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami kemampuan pendengaran antara 40 hingga 65
desibel. Lazimnya, latihan melalui pendekatan bacaan bibir diberikan kepada murid-murid
yang mempunyai sisa-sisa pendengaran. Bacaan Bibir menjadikan kanak-kanak

pekak mempunyai pencapaian akademik yang lemah, pertuturan yang tidak dapat difahami
dan kemahiran-kemahiran komunikasi am yang lemah. Kanak-kanak pekak memerlukan
sesuatu bentuk tambahan pandang untuk mengiringi pertuturan seperti yang disokong oleh
mereka yang mengamalkan Komunikasi Seluruh.
1.2.2 Pertuturan Kiu

1.2.2.1 Konsep

Merupakan satu kaedah sistem pergerakan tangan yang boleh membezakan bunyi-bunyi
apabila melihat pergerakan bibir contohnya bunyi /p/, /b/ dan /m/ iaitu bunyi fitur disingtif
seperti bunyi vokal dan bunyi nasalisasi (sengau). Tangan digerak hampir dengan muka
penutur yang bukan merupakan isyarat tetapi adalah cara untuk menidentifikasikan bunyi-
bunyi fitur distingtif. Ianya mengandungi lapan konfigurasi dan empat kedudukan tangan
digunakan sebagai tambahan informasi bibir untuk membuat suku kata nampak berbeza dari
yang lain sama ada dibibir atau di tangan. Penutur menggunakan salah satu tangan mereka
untuk membolehkan pembaca bibir mengecam dengan jelas setiap suku kata yang
dituturkan. Ini bermakna petuturan kiu memungkinkan pembaca bibir membaca setiap
perkataan dengan tepat. Abdullah Yusoff et. All (2006).

1.2.2.2 Kelebihan

a) Pada masa ini, Petuturan Kiu merupakan satu-satunya kaedah yang mana bahasa
petuturan boleh dibaca pertuturannya oleh orang yang pekak dengan tahap ketepatan yang
hampir sama dengan sebagaimana ia didengar oleh seorang yang berpendengaran normal.
Menurut Tan Chin Guan (1999), kelebihan Pertuturan Kiu yang utama ialah perbendaharaan
kata yang tidak terhad yang tidak memerlukan daya ingatan atas pihak penutur. Ini adalah
kerana setiap perkataan

yang ditutur boleh sentiasa dikiu atas asas suku kata dilakukan tepat seperti ia disebutkan.

b) Kelebihan Pertuturan Kiu adalah kebolehgunaannya oleh kanak-kanak pekak untuk


memperolehi bahasa lisan secara semulajadi dan pada kadar yang agak biasa dan
membenarkan pertuturan pada kadar yang sesuai. Pertuturan Kiu memudahkan
pemerolehan bahasa lisan oleh kanak-kanak pekak terutamanya perkembangan kemahiran-
kemahiran khas yang berkaitan dengan bahasa lisan seperti penerimaan dan penghasilan
pertuturan, membaca dan menulis. Melalui pemerolehan bahasa yang agak normal oleh
kanak-kanak pekak akan membawa kepada kualiti kehidupan yang jauh lebih baik untuk
mereka disebabkan oleh perkembangan emosi, sosial dan kognitif yang normal,
perkembangan kemahiran-kemahiran pengenalan huruf yang lebih awal dan mudah,
peluang-peluang yang bertambah dalam kemajuan pendidikan dan sebagai impak yang
tidak terbatas dalam pilihan profesion atau tempat pekerjaan. Raja Mariam Raja Mohd
Iskandar (1999).
1.2.2.3 Kekurangan

a) Namun penguasaan Pertuturan Kiu akan lebih dikuasai oleh mereka yang
mempunyai saki baki pendengaran yang baik. Kanak-kanak yang mempunyai
tahap kepekakan yang berat sukar menguasai Pertuturan Kiu. Kanak-kanak yang
bertutur mengunakan kiu biasanya tidak mempelajari bahasa isyarat. Keadaan ini
menyebabkan mereka bermasalah untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak
pekak yang lain. Persekutuan Orang Pekak Malaysia (2003).

b) Kanak-kanak pekak yang menggunakan pertuturan kiu hanya dapat berkomunikasi


dengan orang-orang yang mempelajari dan memahami petuturan

kiu sahaja. Petuturan kiu memerlukan pergerakan tangan untuk lapan kombinasi konsonan.
Apabila Gerakan bibir tidak dapat dilakukan dengan jelas maka perkataan yang dilafazkan
sukar difahami oleh orang lain. Persekutuan Orang Pekak Malaysia (2003).

1.2.2.4 Refleksi

Melalui pertuturan kiu kanak-kanak dapat mempelajari bahasa dengan baik. Murid-murid
bermasalah pendengaran boleh menguasai Bahasa Melayu. Ejaan menggunakan suku kata
dan enam kedudukan vokal membantu bunyi suku kata dengan jelas. Namun pertuturan kiu
perlu mendapat kesinambungan mempelajari di sekolah dan mempraktikkanya di rumah
bersama keluarga.

1.2.3 Komunikasi Seluruh


1.2.3 Konsep
Kaedah ini dikenali dengan total comunication. Digunakan dalam pendidikan kanak-kanak
pekak, menggunakan keseluruhan bahasa iaitu gerakan isyarat, bahasa isyarat, mimik
muka, petuturan, bacaan bibir, ejaan jari, membaca dan menulis. Komunikasi Seluruh hanya
dapat di lakukan secara berhadapan. ‘Komunikasi seluruh’ merujuk kepada situasi yang
mana guru menggunakan apa-apa sahaja untuk membolehkan murid-murid memahami
bahasa. Mimik muka, lakonan, pertuturan dan sebagainya digunakan Abdullah (1997).
Kaedah ini perlu digunakan seawal mungkin supaya kanak-kanak berupaya menguasai
bahasa dan dapat berkomunikasi dalam masyarakat serta mampu mengelakkan perasaan
terasing.
1.2.3.2 Kelebihan

a) Menurut Raja Mariam Raja Iskandar (1999). Kaedah komunikasi seluruh menggunakan
kaedah isyarat, gerak isyarat mewakili sama ada perkataan yang

lengkap atau lebih tepat lagi, morfem yang merupakan bahagian-bahagian perkataan
individu yang bermakna. Sebagai contoh perkataan “dimakan” mempunyai dua morfem,
‘makan’ (kata kerja) dan ‘di’ (penanda kata lampau). Oleh itu perkataan ‘dimakan’
diisyaratkan dngan mengguna isyarat untuk
‘makan’ diikuti dengan isyarat yang melambangkan ‘di-‘ untuk menunjukkan kata lampau.
b) Isyarat-isyarat dalam komunikasi seluruh adalah sebagai permulaan dan eksperimen ke
arah menambah kegunaan tangan dalam sistem oralisme setelah. Berbeza dengan kod,
bahasa isyarat lebih kepada memberi makna yang perlu difahami semasa berinteraksi di
antara satu sama lain. Ianya tidak menunjukkan keperluan kegunaan imbuhan yang
dicantumkan dengan kata dasar. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1997)

1.2.3.3 Kekurangan

a) Menurut Saadiah Ahmad (2009). Bahasa Isyarat Komunikasi seluruh telah digunakan
oleh kanak-kanak pekak di Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan Pulau Pinang sejak
1954. Komunikasi Seluruh menghadapi masalah apabila terdapat perkataan yang tidak
mempunyai isyarat. Justeru daripada itu buku, “American Sign Language” digunakan.
Namun, terdapat beberapa isyarat yang bertentangan dari segi agama dan budaya Malaysia
tidak sesuai diguna pakai maka isyarat lain yang digunakan oleh kanak-kanak pekak pada
ketika itu digunapakai.

b) Penggunaan Komunikasi Seluruh merupakan satu elemen penting dalam

pengajaran Bahasa Melayu iaitu penggunaan serentak pertuturan dan isyarat. Guru-guru
dan kanak-kanak bermasalah pendengaran perlu menguasai kod yang ditetapkan untuk
mewakili kata Bahasa Melayu. Guru-guru perlu menguasai

setiap kod bagi mewakili kosa kata Bahasa Melayu semasa pengajaran mengikut topik dan
subjek yang diajar. Di samping itu guru juga perlu memahami prinsip-prinsip penggunaan
kod bagi mengambarkan proses morforlogi yang berlaku dalam Bahasa Melayu.
Umpamanya kod bagi kata dasar, kata majmuk, kata ganda dan kata berimbuhan ada
tatacaranya tersendiri. Selain itu, kod-kod bagi setiap
jenis imbuhan iaitu depan, apitan dan belakang mesti dikuasai guru dan murid supaya tidak
menimbulkan kekeliruan pada kanak-kanak bermasalah pendengaran. Abdullah Yusoff dan
Che Rabiaah Mohamed (2004).

1.2.3.4 Refleksi

Melalui Komunikasi Seluruh setiap kali petuturan digunakan dengan kanak-kanak pekak ia
mesti diiringi dengan suatu bentuk kaedah tambahan pandang (malah sentuhan juga)
dengan serentak untuk membantu kanak-kanak iatu mengecam dan memahami setiap
perkataan pertuturan dengan jelas untuk difahami semasa berinteraksi di antara satu sama
lain. Komunikasi Seluruh juga menggambarkan kaedah penggunaan pelbagai deria.

1.2.4 Bahasa Isyarat Kod Tangan bahasa Melayu (KTBM)


1.2.4.1 Konsep
Menurut Abdullah Yusoff (1996) KTBM adalah bahasa isyarat yang menggunakan seluruh
anggota termasuk mimik muka semasa berkomunikasi. Bahasa Isyarat dicipta untuk orang
pekak. KTBM adalah menurut asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip Bahasa
melayu sebagaimana yang didengar, diperbualkan, ditulis, dibaca dan difahami . Penurunan
KTBM ini ke dalam

bahasa tulisan sedikitpun tidak mengalami sebarang perbezaan dalam struktur dan
semantik Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan Malaysia (1985).
1.2.4.2 Kelebihan
a) Menurut Saadiah Ahmad (2009), KTBM adalah satu bahagian daripada prinsip
Komunikasi Seluruh (KS). Kombinasi bahasa isyarat, kod ejaan jari dan pertuturan
digunakan. KTBM memberi penekanan kepada pembelajaran Bahasa Melayu, melalui kod
dan bukan menukar kod kepada bahasa. KTBM adalah cara mempelajari Bahasa Malaysia
dengan menggunakan kod-kod tertentu. KTBM membantu dalam tulisan dan pertuturan bagi
membantu dalam menentukan orang pekak dapat menggunakan Bahasa Melayu dengan
betul. KTBM sangat penting untuk memperkukuhkan pencapaian dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu.
b) Saadiah Ahmad (2009) juga menyatakan mempelajari KTBM lebih menarik dan
pergerakan tangan lebih senang. Kegunaan kod lebih mudah daripada melatih murid-murid
bertutur. Petuturan memerlukan pengetahuan yang mendalam tentang bunyi dan
bagaimana sesuatu perkataan disebut untuk mengeluarkan suara, sedangkan orang pekak
sendiri tidak berupaya mendengar suara mereka.
1.2.4.3 Kekurangan
a) KTBM ini bukan sesuatu bahasa umum tetapi merupakan salah satu cara komunikasi
dalam tatabahasa Bahasa Melayu yang baku. Dengan kata lain, KTBM digunakan apabila
berlakunya terjemah daripada lisan (suara) kepada visual (tangan) dalam tatabahasa
Bahasa Melayu. Persekutuan Orang Pekak Malaysia (2003).
b) KTBM melambatkan lagi komunikasi antara dua Orang Pekak. KTBM tidak dapat
memberi gambaran dan maksud kepada Orang Pekak, Apabila KTBM

digunakan, kebanyakan Orang Pekak mengalami kekeliruan apabila berkomunikasi dalam


KTBM. KTBM terlampau lambat digunakan untuk terjemahan. Persekutuan Orang Pekak
Malaysia (2003).
1.2.4.4 Refleksi
KTBM dapat membantu kanak-kanak pekak membentuk ayat yang betul, menggunakan
kod-kod yang sama bagi perkataan yang sama. Melalui KTBM akan dapat menggalakkan
kanak-kanak menulis perkataan-perkataan setelah kod untuk semua jenis kata dipelajari,
Melalui KTBM matapelajaran Bahasa Melayu kanak-kanak pekak lebih mudah untuk
dipelajari dan difahami.
1.2.4 Bahasa Isyarat Malaysia (BIM)

1.2.5.1 Konsep
BIM ialah bahasa yang tulen bagi Orang Pekak Malaysia. BIM juga merupakan bahasa
ibunda dan bahasa istimewa bagi Orang Pekak Malaysia. BIM digunakan dan diterima pakai
oleh Orang Pekak Malaysia secara meluas. Bahasa yang dibukukan oleh Persekutuan
Orang Pekak Malaysia (MFD) pada tahun 2000 mengandungi 1000 isyarat-isyarat yang
digunakan oleh orang pekak untuk tujuan komunikasi dan penterjemahan. Persekutuan
Orang Pekak Malaysia (2003).
1.2.5.2 Kelebihan
a) Pada tahun 2003 isyarat-isyarat untuk kegunaan informasi teknologi maklumat telah
dibukukan oleh MFD untuk membolehkan kanak-kanak pekak berinteraksi dengan ahli-ahli
lain dalam keluarga. Persekutuan Orang Pekak Malaysia (2003) menyatakan BIM
merangkumi komunikasi, pendidikan, sosial, sukan, budaya, agama, ekonomi dan politik.

b) Dengan menggunakan BIM, orang Pekak mampu berbincang pelbagai isu-isu yang
timbul, bergurau-senda, memudahkan komunikasi antara dua orang pekak serta memberi
kesan pemahaman yang baik kepada antara satu yang lain. Selain itu, BIM ini juga
mempunyai peraturan untuk digunakan tidak menyerupai Bahasa Inggeris dan terdapat
tatabahasa tersendiri. BIM ini diwujudkan secara tidak langsung dan bukan dicipta oleh
seorang sahaja.http://www.geocities.com/bimalaysia/
1.2.5.3 Kekurangan
a) Selain daripada isyarat yang memberi makna terus, BIM ini terpaksa menggunakan
pergerakan badan, kepala, mata selain daripada ejaan jari. Contohnya ‘Munira rajin’ adalah
dua perkataan yang boleh bermakna, ‘Munira tidak rajin’.Jika perkataan ‘Munira’ dieja
menggunakan ejaan jari kemudian geleng kepala atau menggerakan tangan untuk
menunjukkan makna, ‘tidak’ dan dikuti dengan isyarat ‘rajin’. Jika perkataan ‘Munira’ dieja
kemudian ‘rajin’ diisyaratkan untuk bermakna rajin, ianya bererti ‘Munira rajin’. Keadaan
tersebut menunjukkan struktur ayat dan makna yang tidak lengkap. Saadiah Ahmad (2009)
b) BIM tidak mempunyai tatabahasa yang lengkap seperti KTBM iaitu imbuhan awalan dan
imbuhan akhiran. Tatabahasa antara BIM dengan KTBM adalah berbeza. Perbezaan
tatabahasa ini merupakan gejala utama yang memperlihatakan bahawa bahasa tulisan
murid-murid pekak sukar difahami, yang berakibat daripada terdapatnya pengaruh BIM ke
dalam penulisan Bahasa Melayu yang dihasilkan oleh murid-murid pekak. Saadiah Ahmad
(2009
1.2.5.4 Refleksi
BIM memberi makna terus sama ada secara ekspresif atau reseptif. BIM adalah bahasa
orang pekak. BIM digunakan sebagai bahasa pengantara Persekutuan Orang Pekak. Ia

mempunyai struktur ayat tersendiri dan tidak menyerupai mana-mana bahasa. Bahasa
isyarat yang berbentuk visual mengutamakan perkara-perkara yang dilihat dahulu sebagai
permulaan kepada sesuatu ayat seperti bahasa isyarat Amerika (ASL). BIM menggunakan
konsep abjad sebelah tangan. BIM memudahkan komunikasi sesama orang pekak namun
BIM tidak sesuai untuk bahasa penulisan orang pekak berbanding komunikasi seluruh dan
KTBM.

Langkah awal perlulah diambil dalam mengatasi masalah pendengaran terutama di kalangan kanak-
kanak. Ia boleh mendatangkan kesan buruk terhadap perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-
kanak tersebut. Ini seterusnya akan merencat perkembangan sosial, komunikasi, psikologi dan
vokasional individu berkenaan. Masalah pendengaran perlu dikesan sejak kecil (umur < 3 bulan) agar
pemasangan alat bantu dengar yang bersesuaian serta program rawatan seterusnya dapat dilakukan.
Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesan masalah pendengaran yang dihadapi oleh kanak-
kanak berkenaan:

 Kanak-kanak yang dilahirkan tanpa pendengaran tidak dapat bertutur. Mereka patut diajar cara-cara:
- Mendengar
- Menyampaikan buah fikiran
- Menyatakan keperluan
- Melepaskan perasaan
 Kanak-kanak yang dapat mendengar suara yang kuat selalunya mengalami perkembangan
pertuturan yang lambat. Mereka patut di ajar mendengar dan bercakap dengan baik. Mereka boleh
berkomunikasi dengan cara lain juga, iaitu bahasa isyarat

 Terdapat juga kanak-kanak yang boleh mendengar tetapi tidak boleh bertutur dengan baik. Kanak-
kanak ini perlu dilatih supaya dapat menyalurkan buah fikiran, keperluan dan perasaan

 Mereka mudah meradang. Mereka sukar menumpukan perhatian pada sesuatu perkara yang agak
lama. Cari jalan untuk membuat kenyataan menyeronokkan supaya mereka berminat untuk
mendengar

 Guru / ibubapa / penjaga boleh:


- bercakap
- guna tangan
- mimik muka
- gerak badan
- menulis
- latih mendengar bunyi-bunyi di persekitaran mereka

 Sebelum bercakap, tarik perhatian kanak-kanak dahulu supaya mereka tahu yang
guru/ibubapa/penjaga sedang bercakap dengannya

 Pastikan kanak-kanak melihat muka penutur semasa bercakap. Bercakap perlahan, sebut dan tulis
apa yang dikatakan

 Duduk ditempat yang bercahaya supaya kanak-kanak dapat melihat wajah penutur dengan jelas
terutama bibir

 Oleh itu jangan:


- Menutup mulut semasa bercakap
- Berpaling muka sebelum habis bercakap
- Bercakap semasa menulis di papan hitam/ hijau

 Terdapat kanak-kanak yang bermasalah pendengaran mampu mendengar sekiranya kita bercakap
perlahan ke telinganya

 Terdapat pula segolongan kanak-kanak dapat mendengar dengan jelas apabila diletakkan tangan di
belakang telinga kanak-kanak

 Selepas guru/ibubapa/ penjaga bercakap, beri peluang kanak-kanak berfikir dahulu kemudian
guru/ibubapa/ penjaga menyambung bercakap

Mslh ptututran
Dengan memberi contoh setiap masalah bahasa yang ditunjukkan oleh kanak-kanak
masalah pembelajaran, bincangkan langkah-langkah pengajaran yang anda boleh lakukan
untuk membantunya mengatasi masalah tersebut.
2.1.2 Intervensi Pengajaran Bahasa

Kanak-kanak yang dikenal pasti menghadapi masalah bahasa hendaklahlah diberi perhatian
untuk dipulihkan dengan segera. Tindakan awal untk membantu memulihkan atau
mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini dikenali sebagai intervensi.
Apabila mengajar bahasa kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak masalah
pembelajaran, guru hendaklah menggunakan beberapa teknik pengajaran yang khusus bagi
memenuhi keperluan bahasa kanak-kanak tersebut. Di antara intervensi pengajaran bahasa
yang mungkin dapat membantu kanak-kanak mengatasi masalah penguasaan bahasa
mereka adalah seperti berikut:

i. Ajar bahasa di dalam situasi


Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-kanak memahami
isi pelajaran dan seterusnya menguasai kemahiran bahasa yang diajar. Contoh: membantu
ayah di kebun.

ii. Ikut urutan perkembangan bahasa normal


Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-kanak mengikut
peringkat umur mereka.

iii. Guna strategi pengajaran yang khusus dan berkesan ketika memperkenalkan konsep
baru
Pelbagai strategi pengajaran khusus boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak masalah
pembelajaran seperti teknik REBUS, kaedah VAKT, kaedah fonik dan sebagainya.

iv. Bercakap tentang apa yang mereka fikir atau lakukan


Kanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran mereka. Satu cara
mudah merangsang mereka bercakap adalah dengan meminta mereka bercakap tentang
apa yang mereka sedang fikirkan atau perkara yang mereka sedang lakukan.

v. Terangkan apa yang orang lain lakukan


Kemahiran menerang boleh ditingkatkan dengan cara meminta mereka menceritakan
perkara yang dilakukan oleh orang lain. Menceritakan apa yang dilihat adalah lebih mudah
dilakukan oleh kanak-kanak masalah pembelajaran.

vi. Gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran bahasa yang
khusus
Menunjukkan contoh yang betul atau modeling digunakan supaya kanak-kanak dapat
meniru kemahiran bahasa yang betul. Kemahiran bacaan mekanis misalnya boleh dajar
dengan cara guru menunjukkan cara bacaan yang betul atau menayangkan rakaman
pembaca berita TV membaca berita.

vii. Gunakan aktiviti harian dalam menyediakan latihan kemahiran-kemahiran bahasa dalam
lingkungan konteksnya
Aktiviti harian kanak-kanak sama ada di rumah atau di sekolah boleh dimanfaatkan untuk
menyediakan pengalaman-pengalaman bahasa yang boleh mereka pelajari. Selain itu,
aktiviti harian pelajar juga boleh digunakan sebagai bahan atau tema pengajaran bahasa.
Dalam merangka intervensi pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada kanak-kanak
masalah pembelajaran, aktiviti hendaklah berfokuskan pelajar.

Latihan 2.3

Apakah yang dimaksudkan dengan intervensi awal?


Apakah bentuk intervensi awal yang boleh dilakjukan untk membantu kanak-kanak yang
menghadapi masalah bahasa.

2.2 Masalah Pertuturan

Pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang paling biasa dan memerlukan koordinasi di
antara alat artikulasi, pernafasan, dan suara. Pertuturan melibatkan simbol-simbol yang
diwakili oleh bunyi dalam bentuk bahasa yang formal bertujuan untuk melahirkan idea dan
bertukar-tukar fikiran.

2.2.1 Unsur-unsur pertuturan

Pertuturan mempunyai empat unsur, iaitu suara, bunyi atau talun (resonance), artikulasi,
dan kelancaran.

a. Suara terbentuk dalam tiga komponen iaitu (1) pic (pitch) yang merujuk kepada tinggi
rendah nada suara, (2) kekuatan, atau kenyaringan suara, dan (3) kualiti suara.

b. Bunyi atau resonan adalah aspek bunyi-bunyi pertuturan dan ada kalanya dianggap
sebagai sebahagian daripada suara. Ada individu yang mempunyai suara yang kuat dan
ada pula yang suaranya lemah atau pun terlalu nyaring.

c. Artikulasi melibatkan gigi, lelangit, bibir, lelangit, dan pergerakan lidah untuk
mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.

d. Kelancaran adalah keupayaan bertutur tanpa teragak-agak atau tersekat-sekat yang


boleh mengganggu komunikasi.

2.2.2 Kategori masalah pertuturan

Apakah yang dikatakan pertuturan normal?

Pertuturan yang normal merujuk kepada keupayaan mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa


melalui mulut, dilafazkan dengan baik, mempunyai kualiti semula jadi, rentak dan kadar
yang baik, dan mempunyai perbendaharaan kata yang mencukupi sesuai dengan peringkat
umur.
Masalah pertuturan boleh dibahagikan kepada tiga kategori besar, iaitu masalah artikulasi,
masalah suara, dan masalah kelancaran.

i. Masalah artikulasi

Masalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah pengeluaran bunyi-bunyi pertuturan yang
abnormal, sehingga menyebabkan percakapan menjadi tidak tepat atau percakapan yang
tidak sesuai. Masalah artikulasi terdiri daripada perkara-perkara berikut:

penggantian
pengguguran
pengubahan, dan
penambahan

Penggantian bunyi terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu perkataan digantikan
dengan bunyi yang lain, misalnya “malan” untuk “makan”” wabbit” untuk “rabbit”. Kesilapan
ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang masih belum matang.

Pengguguran bunyi pula melibatkan pengguguran atau menghilangkan sesuatu bunyi


konsonan. Pengguguran boleh berlaku di permulaan, tengah, atau akhir perkataan,
misalnya “idung” untuk “hidung”, “besa” untuk “besar”, dan lain-lain.

Pengubahan bunyi terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga boleh menghilangkan
maknanya. Masalah ini ketara dalam penyebutan bahasa Inggeris misalnya perkataan “sip”
disebut “shlip”. Sekiranya untuk perkataan “susah”, konsonan “s” disebut dengan hembusan
angin yang kuat atau keterlaluan boleh mengubah bunyi perkataan tersebut, misalnya
“sssyusyah”

Penambahan bermaksud menambah bunyi tertentu dalam perkataan seperti “bawa” disebut
“bawah atau bawuah”, “animal” disebut “ ammanimal” atau “ammaminal”.

a) Punca masalah artikulasi

Masalah artikulasi boleh dikaitkan dengan beberapa faktor yang menyebabkan gangguan
artikulasi. Di antaranya adalah seperti sumbing bibir atau sumbing lelangit, kecacatan lidah,
penyakit ataupun kecacatan pada hidung atau tekak, kelumpuhan otak, peniruan pertuturan
yang salah ketika mula belajar bercakap sewaktu kanak-kanak, dan juga faktor persekitaran.

Sumbing, iaitu kecacatan lelangit atau bibir ialah kerenggangan tulang mulut, tisu lembut,
dan struktur bahagian atas bibir yang mengganggu pengeluaran udara melalui hidung dan
menghasilkan suara yang sengau.

Masalah pertuturan juga boleh berpunca daripada kelumpuhan otak (brain damage) yang
mengawal sistem saraf tunjang dan pergerakan otot alat pertuturan. Kanak-kanak akan
menjadi sukar menerima atau mengeluarkan bunyi atau suara yang betul.
Ketika masih bayi lagi, kanak-kanak belajar bertutur dengan meniru pertuturan orang
dewasa. Kebiasaannya sebutan perkataan sengaja tidak lengkap bagi memudahkan mereka
meniru sebutan perkataan. Mereka juga menyebut perkataan dengan pelat, misalnya “nacik”
untuk “nasi”, “be’ ak” untuk “berak” dan sebagainya. Sekiranya kesilapan sebutan ini tidak
dibetulkan, maka kanak-kanak tersebut akan mengalami masalah menyebut perkataan
dengan betul.

Faktor persekitaran juga mempengaruhi keupayaan bertutur kanak-kanak misalnya


persekitaran keluarga yang tidak banyak bercakap, menggunakan dua atau lebih bahasa ,
tekanan emosi, atau juga kanak-kanak yang terbiar tanpa bimbingan orang dewasa sebagai
model..

b) Strategi Intervensi Masalah Artikulasi

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk membantu kanaka-kanak yang
menghadapi masalah artikulasi sebelum masalah itu berlarutan dan memberi kesan yang
negatif kepada kanak-kanak tersebut. Di antaranya adalah seperti terapi pertuturan,
pendekatan interaktif, dan komunikasi tambahan (augmented communication).

Terapi Pertuturan

Ahli terapi pertuturan akan menjalankan terapi bersama kanak-kanak secara individu, dalam
kumpulan kecil, atau secara terus di dalam kelas untuk mengatasi masalah pertuturan
kanak-kanak. Di antara strategi yang digunakan adalah:

· aktiviti intervensi bahasa iaitu ahli terapi pertuturan akan berinteraksi dengan kanak-kanak
dan bercakap dengan mereka. Bahan-bahan seperti gambar, buku, objek, atau peristiwa
yang berlaku digunakan untuk merangsang perkembangan bahasa kanak-kanak . Ahli terapi
juga akan menunjukkan cara penyebutan yang betul dan menggunakan kaedah latih tubi
untuk membina kemahiran bertutur dan juga bahasa.

· Terapi artikulasi (alat pertuturan), iaitu melibatkan artikulasi, penghasilan bunyi, dan
latihan-latihan melalui tunjuk cara penyebutan yang betul kepada kanak-kanak. Terapi ini
dilaksanakan melalui aktiviti permainan. Misalnya ahli terapi akan menunjukkan cara
menyebut sesuatu huruf, misalnya “ r ” . Selain itu dia juga akan menunjukkan cara
bagaimana lidah perlu digerakkan untuk menghasilkan bunyi “ r “sebut.

Pendekatan Interaktif

Melalui pendekatan interaktif ini, ahli intervensi yang mungkin terdiri daripada ibu bapa, guru
pendidikan khas, atau ahli terapi pertuturan akan cuba menggunakan sifat semula jadi
kanak-kanak untuk bercakap tentang apa yang dia sedang lakukan, merancang untuk
lakukan, ataupun perkara yang dia ingin lakukan. Sesi pemulihan ini dilakukan semasa
kanak-kanak sedang bermain, makan, atau semasa pergi ke restoran dengan menggunakan
bahasa dan sebutan yang betul. Menurut Bloom (1991), tujuan pendekatan ini adalah untuk
merangsang kanak-kanak supaya kanak-kanak banyak. Justeru, sebutan mereka akan
menjadi lebih tepat di samping meningkatkan lagi perbendaharaan kata mereka.

Komunikasi Tambahan

Ada kalanya terdapat kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang mengalami masalah


pertuturan yang serius tidak dapat bercakap dengan baik. Oleh itu, komunikasi tambahan
diperkenalkan kepada kanak-kanak ini. Satu bentuk komunikasi tambahan adalah bahasa
isyarat kod tangan yang biasanya digunakan oleh golongan masalah pendengaran.

ii. Masalah suara

Masalah atau gangguan suara melibatkan kualiti bunyi (akustik) suara yang tidak normal
atau luar biasa yang dihasilkan ketika kanak-kanak bercakap. Semua suara berbeza dari
segi nada, kualiti suara, dan punca suara dihasilkan. Suara kurang menyenangkan apabila
dikeluarkan secara sengau, serak atau garau (hoarseness), dan berbisik. Semua ini akan
mengganggu komunikasi yang berkesan.

Pertuturan sengau terhasil apabila udara dari paru-paru yang sepatutnya keluar melalui
rongga mulut telah keluar mengikut rongga hidung ketika bercakap. Keadaan ini menjadikan
suara sengau atau seperti hidung tersumbat . Oleh itu kanak-kanak sumbing akan menyebut
kebanyakan konsonan secara sengau kecuali bunyi vokal dan bunyi-bunyi konsonan “n”,
“m”, dan “ng “.

Masalah suara akibat jeritan, sorakan yang terlalu kuat hanyalah bersifat sementara dan
akan pulih apabila tekak diubati dan kekuatan bunyi pertuturan dikurangkan.

Guru akan dapat mengenal pasti pelajarnya yang menghadapi masalah suara berdasarkan
petunjuk-petunjuk berikut:

i. suara sengau
ii. suara orang yang sesak nafas
iii. suara berbunyi kasar atau suara seperti orang menarik nafas sambil
bercakap
iv. suara sangat perlahan
v. bercakap seperti berlagu
vi. bercakap senada (monotone voice)
vii. pic (pitch) suara biasanya tinggi atau rendah
viii. corak penekanan perkataan dalam ayat yang berlainan daripada biasa, dan
ix. bersusah payah menyebut perkataan ( cth: mengejip mata, muka berkerut,
menggenggam tangan, dsb)

Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah suara, mereka boleh dipulihkan melalui
intervensi terapi pertuturan seperti yang dibincangkan sebelum ini.
Latihan 2.4

Dapatkan rajah alat artikulasi (pertuturan) dan bincangkan bagaimana setiap bahagian
artikulasi itu memain peranan dalam mengeluarkan bunyi-bunyi huruf.

iii. Masalah kelancaran

Gangguan kelancaran melibatkan aliran pertuturan yang mempengaruhi kadar dan kelicinan
pertuturan seseorang. Gagap adalah bentuk gangguan kelancaran pertuturan yang paling
biasa. Seseorang dikatakan gagap apabila menyebut sesuatu perkataan berulang-ulang,
tersekat-sekat, dan diikuti ketegangan otot tekak. Keadaan ini terjadi akibat gangguan
pernafasan yang berpunca daripada penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna.
Gagap berlaku secara berselang-seli di antara pertuturan normal dan gagap mengikut
kelonggaran dan ketegangan otot pertuturan.

Terdapat beberapa fakta yang berkaitan dengan gagap. Di antaranya adalah:

gagap sesuatu yang mesti berlaku kepada setiap kanak-kanak (2-4 tahun), tetapi akan
beransur-ansur pulih setelah melalui pengalaman interaksi dengan persekitaran,

Kaum lelaki lebih ramai gagap berbanding wanita, dan

gagap boleh diturunkan melalui pertalian genetik keluarga.

Individu yang gagap akan menunjukkan ciri-ciri tertentu pertuturannya. Namun dari segi
fizikal individu yang gagap tidak ada perbezaan dengan individu normal. Di antara ciri
individu yang gagap adalah seperti berikut:

Pertuturan tidak lancar kerana secara tidak sengaja kerap mengulang-ulang menyebut
perkataan dan pemanjangan bunyi perkataan .

Melakukan pengulangan dan pemanjangan sebutan satu huruf yang sama .

Gagal mengaitkan perkataan dengan emosi.

Cuba menyembunyikan masalah gagap dengan mengubah nada dan kadar pertuturan,
memejamkan mata, mengulang suku kata, perkataan atau frasa, dan menggerakkan tangan
semasa bertutur.

a) Punca masalah gagap


Banyak faktor yang dikaitkan sebagai punca kepada masalah gagap. Berdasarkan pendapat
daripada beberapa penulis, punca masalah gagap dapatlah dirumuskan seperti berikut.

Ketidakstabilan mekanisme neuromuscular untuk pertuturan ketika peringkat awal kanak-


kanak. Ketika kanak-kanak sudah mula mahu bercakap, otot-otot pertuturan masih belum
bersedia dan tidak stabil. Keadaan ini menyebabkan pertuturan menjadi tersekat-sekat dan
berulang-ulang.

Keadaan persekitaran juga boleh menyebabkan gagap terutamanya persekitaran rumah


yang tidak selamat dan tidak menggembirakan serta hubungan emosi yang tidak cukup di
antara anak dan ibu bapa.

Keadaan fizikal yang lemah akibat kekurangan zat makanan, dan mempunyai masalah
kesihatan.

Kejutan secara tiba-tiba seperti kemalangan, kematian orang tersayang terutamanya ibu
atau bapa, pengalaman yang menakutkan, dan menghidap sesuatu penyakit.

Peniruan pertuturan yang salah semasa proses mula belajar bertutur.

Sekiranya sejarah keluarga mempunyai ahli yang gagap, besar kemungkinan masalah
gagap akan diturunkan kepada anak-anak mereka.

Seseorang yang mahir tangan kiri boleh menjadi gagap sekiranya dipaksa menggunakan
tangan kanan untuk menulis atau membuat sebarang kerja.

b) Panduan mengurangkan masalah gagap

Morley M.E. (1972) telah memberikan lima prinsip rawatan untuk membantu individu gagap
mengatasi masalah mereka.

Menyesuaikan diri dengan gagap

Ramai individu gagap berasa yang mereka adalah berlainan daripada orang lain hasil
daripada pengalaman-pengalaman dan reaksi orang lain terhadap pertuturan mereka yang
gagap. Sedarkan mereka bahawa ramai orang yang kononnya tidak gagap sebenarnya
mengalami masalah bercakap tersekat-sekat dan mungkin gagap pada masa-masa tertentu.
Mereka perlu mengakui yang mereka gagap dan menerima hakikat ini secara positif tanpa
rasa takut dan beremosi.

2…Terapi mengurangkan ketegangan.(Relaxation therapy)

Rawatan terapi mengurangkan ketegangan ini akan mengurangkan ketegangan fizikal dan
mental. Sekiranya diamalkan selalu akan meningkatkan keselesaan dan ketenangan mental
yang akan meningkatkan kecekapan dan keyakinan untuk menjalani kehidupan tanpa
tekanan.

Latihan-latihan yang membantu ke arah mengawal petunjuk-petunjuk


Gagap.

Latihan hendaklah yang boleh menyumbang ke arah pengalaman


pertuturan yang lancar dan latihan yang membantu mereka mengawal
gagap ketika berlaku.

Perbincangan, cadangan, dan tugasan

Pada setiap kali rawatan, masalah dan situasi tertentu akan dibincangkan. Misalnya yang
berkaitan dengan penggunaan telefon, membeli tiket bas, dan berbagai-bagai masalah dan
situasi lagi. Cadangan diberi bagaimana individu itu mengatasi masalah yang dihadapinya
dan menjadikan situasi gagap sebagai latihan untuk melaksanakan cadangan-cadangan
yang diberi.

Terapi kumpulan

Apabila tiba masa yang sesuai, individu gagap akan menghadiri sesi terapi secara
berkumpulan. Di sini dia akan bertemu dengan orang lain yang menghadapi masalah yang
sama dan berkongsi pengalaman masing-masing.

Intervensi untuk memulihkan masalah gagap perlulah dimulai pada peringkat awal masalah
gagap ditunjukkan sebelum menjadi lebih teruk.

Anda mungkin juga menyukai