Anda di halaman 1dari 4

Nasional
 Politik
 Edisi
 Jenayah
 Bisnes
 Video
 Global
 Hiburan
 Sukan
 Sisipan

TERKINI


Sanggup bersusah menunggu giliran derma darah


BN Negeri Sembilan sasar dua lagi kerusi


Dari kebun jadi taman tema air


Bekas guru Kemas dianugerah Tokoh Peladangnita Kedah


97 projek impak tinggi di Kelantan


Gesa PBB lebih berhati-hati


Nekad kerat zakar, testikel suami

Pecah rekod, tahan ‘hajat’ lebih sebulan


Suami isteri hadap hukuman bersama


Letusan Gunung Sinabung tak jejas kualiti udara di Malaysia


Masuk perangkap: Jurufoto, polis berkas suspek kes samun


Program BW2020 disabotaj?


Kesal gambar pemimpin Harapan disunting


APM bantu ayah Mat Tere


Serius banteras lumba haram
 Previous
 Next

Cikgu naik angin baling kasut


NURULATIQ AHMAD BANDI
11 JULAI 2014
Muthu menunjukkan kepala Sharmini yang berbalut akibat luka selepas didakwa dibaling dengan
kasut oleh gurunya.
A- A+ (Ubah saiz teks)

PORT DICKSON - Kelas pendidikan moral sepatutnya mengajar murid-murid


tentang budi bahasa. Namun lain jadinya di sebuah sekolah kebangsaan di sini
apabila seorang guru yang naik angin didakwa membaling kasut kepada pelajar
sehingga cedera ketika mengajar subjek itu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi semalam menyebabkan M Sharmini, 8,


murid tahun dua sekolah itu luka di dahi dan menerima tiga jahitan.

Ia berpunca daripada tindakan Sharmini yang bermain di belakang kelas bersama


dua rakannya ketika guru terbabit sedang mengajar subjek pendidikan moral.

Bapa murid terbabit, K Muthu, 35, berkata, dia menerima panggilan daripada guru
besar, memintanya datang ke sekolah.

“Ketika itu sekitar 9.45 pagi. Saya agak hairan kenapa guru besar mahu jumpa saya
dan saya tertanya-tanya adakah anak saya melakukan kesalahan serius.

“Tapi, sampai di sekolah, saya menerima panggilan telefon daripada seorang guru
sekolah pula yang meminta saya terus datang ke Klinik Kesihatan Port Dickson,"
katanya.
Menurutnya, sebaik sahaja tiba di klinik itu, dia terkejut melihat dahi kanan Sharmini
luka seperti terkena pisau, malah darah masih mengalir.

“Saya dimaklumkan oleh guru besar bahawa ia dilakukan oleh seorang guru lelaki.
Saya mendapat tahu guru itu membaling kasut kepada anak saya. Saya sangat
kesal dengan kejadian itu. Cuba bayangkan kalau terkena mata anak saya, sudah
tentu keadaannya lebih teruk," katanya.

Pembantu awam di Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) itu berkata, dia tidak
menyangka kerana bermain dalam kelas anaknya dihukum sedemikian.

“Jika benar anak saya bermain di dalam kelas ketika cikgu sedang mengajar, adalah
tidak wajar bertindak membaling kasut, lebih-lebih lagi cikgu itu sedang mengajar
subjek pendidikan moral,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Muthu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah, (IPD)
Port Dickson.

Sementara itu, Sharmini berkata, dia terkejut apabila ada objek keras terkena pada
dahinya, sebelum rasa sakit dan darah banyak keluar,

“Walaupun saya cedera, guru itu seperti tidak mempedulikan saya. Dia terus
mengajar dan saya pergi ke kelas sebelah meminta bantuan guru lain,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Kalsom
Khalid ketika dihubungi mengesahkan beliau sudah dimaklumkan mengenai
kejadian itu.

"Siasatan sedang dijalankan sebelum sebarang tindakan diambil," katanya.

Anda mungkin juga menyukai