Anda di halaman 1dari 8

BAHAGIAN A

(20 markah)

Soalan 1 hingga Soalan 15

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang
paling sesuai.

1. Kim Soon membubuh baja _________ pokok tomato di batas.


A. dari B. oleh C. pada

Soalan 2 berdasarkan gambar

Gambar 1

2. Rani menonton televisyen ____________ makan keropok.


A. tetapi B. atau C. sambil

3. Puan Sarah membeli lima ______________ buah epal.


A. ikat B. biji C. bentuk

4. Mei Ling, Kavitha dan Herina sedang membersihkan bilik darjah.


____________________ melakukan kerja ini bersama-sama.
A. Dia B. Mereka C. Kita

5. Kim Lin ________________ baju samfu pada anak patungnya.


A. memakai B. pakaian C. memakaikan

6. _______________ sakitnya perutku ini!


A Wah B. Nah C. Aduh

1
7. __________________jumlah murid yang akan menyertai rombongan itu ?
A. Mengapakah B. Bilakah C. Berapakah

Soalan 8 berdasarkan gambar

Gambar 2

8. Puan Kamala memberikan ______________ kepada Arthi sempena hari


jadinya.
A. buah tangan B. buah hati C. buah mulut

Soalan 9

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.

9. Bilakah Hari Sukan akan diadakan di sekolah kamu?

A. Guru Besar yang akan merasmikan Hari Sukan sekolah.


B. Reza telah diumumkan sebagai Olahragawan Sekolah.
C. Hari Sukan akan diadakan pada hari Sabtu ini.

Soalan 10 dan Soalan 11

Pilih perkataan yang seerti.

10. Gopi dan kawan-kawannya sedang menjalani latihan olahraga di


padang.
A. guru-guru B. rakan-rakan C. jiran-jiran

2
11. Farhana berwaspada semasa melintas jalan raya.
A. berhati-hati B. bersuka-suka C. berlari-lari

12. Azmi mengulang kaji pelajaran ____________ pukul 3.00 petang hingga
pukul 5.00 petang.
A. pada B. dari C. di

Soalan 13 berdasarkan gambar

Pilih kata lawan bagi perkataan yang bergaris.

Gambar 3

13. Budak gemuk itu sangat kuat.


A. lemah B. kurus C. gagah

14. Kulit muka bayi itu sungguh ____________________ .


A. kecil B. lembut C. kemas

15. Rita berhati-hati semasa _____________________ belon.


A. meniup B. melihat C. memusing

16. Pilih ayat yang betul.

A. Emak pergi di pasar.


B. Jamil suka minum jus epal.
C. Ai Ling bertolong ibunya.

3
Soalan 17 hingga 20

Baca iklan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.

ZOO MINI TAMAN TERUNTUM

 Terletak berhampiran dengan Teluk Cempedak, Kuantan.


 Bayaran masuk bagi kanak-kanak percuma dan dewasa RM1
 Dibuka pada setiap hari
 Terdapat haiwan seperti buaya, rusa dan ungka
 Gerai makanan dan cenderamata terdapat di dalam zoo ini.

17. Berapakah bayaran yang dikenakan bagi dua orang kanak-kanak?


A. RM 1 B. RM 2 C. RM 5 D. Percuma

18. Di manakah letaknya Zoo Mini Taman Teruntum?


A. Merlimau, Melaka B. Teluk Cempedak, Kuantan
C. Sandakan, Sabah D. Serdang, Selangor

19. Pengunjung dapat melihat haiwan-haiwan berikut kecuali ...


A. buaya B. rusa C. gajah D. ungka

20. Selain gerai cenderamata, gerai apakah yang terdapat di zoo


tersebut?
A. gerai beg B. gerai cenderamata
C. gerai makanan D. Gerai gambar

4
BAHAGIAN B
(30 markah)

Soalan 21

Isikan tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

pada dari di untuk


dalam dengan akan ke

a. Aiman pergi ke klinik _______________ ibunya.

b. Sujithra berasal _________________ Pahang.

c. Arasu memberikan makanan _______________ kucingnya.

d. Murid-murid berkumpul di dewan _____________ pukul 8.00 pagi.

( 4 markah )

Soalan 22

a) Tandakan ( √ ) bagi ayat majmuk di bawah.

a. Nenek Ai Ling sangat rajin dan baik hati.

b. Puan Yoges membawa bakul ke pasar .

c. Sari itu cantik tetapi harganya mahal.

d. Narmatha tinggal di Taman Saga.

e. Darshan tidak hadir ke sekolah kerana demam.

( 3 markah )
b) Garisi kata kerja yang betul.

i) Puan Lim ________ ( menyiram / menyapu ) daun-daun kering.


ii) Encik Ali _________ ( memotong / menjahit ) rumput di luar rumah.
iii) Kakak ___________( membalut / membasuh ) buku di perpustakaan.

( 3 markah )

5
Soalan 23

Baca petikan di bawah ini. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Burung unta merupakan burung terbesar yang masih


hidup. Nama saintifiknya ialah Struthio camelus. Burung ini
mempunyai ketinggian sehingga 2.5 meter.

Burung unta berasal dari Afrika. Burung unta


dipelihara sebagai sumber daging di negara beriklim
sejuk seperti Sweden. Rasa dagingnya seperti daging
tidak berlemak. Burung unta ialah haiwan berdarah panas, mempunyai
sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruhnya tidak bergigi.

Burung unta biasanya suka makan biji-bijian, rumput-rampai, buah-


buahan, bunga-bungaan dan serangga. Burung unta mempunyai kaki yang
panjang dan mampu memecut sehingga 65 kilometer sejam. Burung unta
betina akan bertelur di dalam satu sarang. Telur burung unta ialah telur
terbesar. Burung unta betina menjaga telurnya pada waktu siang dan
burung unta jantan pada waktu malam.

a. Apakah nama saintifik burung unta ?


Nama saintifik burung unta ialah __________________________________.
(1 markah)
b. Burung unta berasal dari _________________________.
A. Sweden B. Eropah C. Afrika
(2 markah)
c. Burung unta betina bertelur di dalam satu _______________.
A. rumah B. reban C. sarang
(2 markah)

6
d. Tandakan (( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( x ) bagi

pernyataan yang salah.

Burung unta mempunyai paruh yang tidak bergigi.


Burung unta betina menjaga telurnya pada waktu siang.
Burung unta ialah haiwan berdarah panas.

(2 markah)
Soalan 24

Jawab soalan berdasarkan peta minda di bawah.

a. Tulis dua jenis buah yang terkenal di Sarawak.


i) _________________________ ii) ______________________________
( 2 markah )
b. Pada bulan berapakah buah dabai dan engkalak berbuah?
Buah dabai dan engkalak berbuah pada bulan _____________________
____________________________________________________________________.
( 2 markah )
c. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk merendam buah-
buahan tersebut?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
( 2 markah )

7
d. Apakah rasa isi buah dabai dan engkalak?

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
( 2 markah )
Soalan 25
Jawab soalan berdasarkan peta minda di bawah.

a) Senaraikan dua aktiviti yang diadakan sempena Hari Mesra Taman


Saujana.

i) ______________________________________________________________
ii) ______________________________________________________________
( 2 markah )
b) Bilakah Hari Mesra Taman Saujana akan diadakan?
Hari Mesra Taman Saujana akan diadakan pada hari _______________.
( 1 markah )
c) Di manakah Hari Mesra Taman Saujana akan diadakan?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
( 2 markah )

100

Anda mungkin juga menyukai