Anda di halaman 1dari 12

6/5/2016 Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi

2 ONLINE

Home   Nuffnang   Isu Semasa   Info   Segmen & GA   WW   My Fb

S a t u r d a y,   Ju n e   2 0 ,   2 0 1 5

C o n t o h   J a w a p a n   Tu g a s a n   G e o g r a f i   P T 3   2 0 1 5   K e g i a t a n
Ekonomi

Contoh Jawapan Penuh Lengkap Tugasan/Folio/Kerja Kursus Geografi PT3 2015 


Tajuk : Pekerjaan Penduduk dalam pelbagai Kegiatan Ekonomi 

lihat juga : Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2015 Persetiaan Persekutuan 
✿ About Me ✿

Cik Balqis 
Follow 3.3k

✿ 28 tahun 3
bulan 
✿ Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan Sains (Kimia)
di Universiti Pendidikan Sultan
Idris
✿ Guru Kimia Sekolah
Menengah

View my complete profile

✿ ViSiToR ✿

4094480

Halo! imma busy with Kawad
Kaki!
26 Jan 2016

✿ Shoutbox ✿

SPEAK UP  

✿ aRcHiVe ✿

http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2015/06/contoh­jawapan­tugasan­geografi­pt3.html 1/14
6/5/2016 Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi

►  2016 (15)
▼  2015 (132)
►  December (15)
►  November (3)
►  October (10)
►  September (14)
►  August (3)
►  July (5)
▼  June (7)

✿ PoPuLaR ✿

Contoh Jawapan Tugasan
Geografi PT3 2015 Kegiatan
Ekonomi

Contoh Jawapan Tugasan
Sejarah PT3 2015 Persetiaan
Persekutuan

Contoh Jawapan Tugasan
Geografi PT3 2014 Tingkatan 3

Kod bagi Negeri Kelahiran @
Nombor Kad Pengenalan

Contoh Kerangka Pelaksanaan Tugas


✿ Recent Post ✿

CONTOH JADUAL KERJA 


*ini hanya contoh. ubahsuai mengikut kaedah kajian anda*
✿ Dis Top Pengomen ✿
HARI TARIKH AKTIVITI CATATAN

HARI 1 22  Jun 2015 ‐ Menerima soalan dan panduan rubrik


✿ Traffic Blog ✿
perlaksanaan kajian
Isnin
‐ Tajuk: kegiatan ekonomi di kawasan kajian. Live Traffic Feed
A visitor from Kuala Lumpur,
‐ Berbincang dengan guru bentuk pelaksanaan Malaysia arrived from
ceriteracintabalqis.blogspot.my
yang hendak dilakukan
and viewed Contoh Jawapan
HARI 2 23  Jun 2015 · Taklimat tentang kajian Tugasan Sejarah PT3 2015 ...
A visitor from Ipoh, Perak viewed
12 secs ago
· membuat catatan hasil penerangan guru "Contoh Jawapan Tugasan
Selasa
Geografi PT3 2015 Kegiatan
HARI 3 24 Jun 2015
·  mula mengumpul maklumat dalam internet Ekonomi" 2 mins ago
A visitor from Mentakab, Pahang
mengenai konsep di makmal komputer dengam
arrived from ceriteracintabalq
Rabu bimbingan guru is.blogspot.my and viewed "Contoh
·  berbincang dengan guru hasil maklumat yang Real­time view · Get Feedjit

diperoleh

HARI 4 25 Jun 2015 · menyediakan borang temubual dengan bimbingan ·    dengan bimbingan
guru guru
Khamis
·    waktu petang membuat temubual/soal ·   dengan rakan ✿ Backlinks ✿
selidik  dengan jiran‐jiran dan penduduk
setempat mengenai kegiatan ekonomi di Sila Tekan
kawasan kajian.

HARI 5 26 Jun 2015 ·    waktu petang membuat temubual/soal selidik ·  dengan rakan
dengan jiran‐jiran dan penduduk setempat
Jumaat
tentang cadangan untuk meningkatkan
pendapatan penduduk  di kawasan kajian..

HARI 6 27 Jun 2015 ·    membuat temubual/soal selidik dengan jiran‐


jiran dan penduduk mengenai kegiatan
Sabtu
ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan di
kawasan kajian.

HARI 7 29 Jun 2015 ·  membuat analisis daripada temubual/soal selidik ·    dengan bimbingan
10 responden yang diperoleh. guru
Isnin
·   menghasilkan bahan grafik yang sesuai.
·  menulis laporan daripada hasil kajian di hadapan ·    di hadapan guru

http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2015/06/contoh­jawapan­tugasan­geografi­pt3.html 2/14
6/5/2016 Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi

HARI 8 30 Jun 2015 guru. geografi

Selasa

HARI 9 1 Julai 2015 ‐ menulis laporan daripada hasil kajian di hadapan


guru.
Rabu
‐ menyemak laporan kajian dan bahan grafik.

HARI 10 2 Julai 2015 · membuat penambahbaikan


‐ menghantar hasil kajian kepada guru
Khamis

3 hingga 9 Julai · Guru membuat pentaksiran


2015

*Contoh carta alir saya upload kemudian*

Anda boleh melihat contoh kandungan perancangan, contoh jadual kerja dan contoh carta alir
http://geografipbs.blogspot.com/2014/06/pt3‐geografi.html
contoh soal selidik
contoh borang soal selidik lain

Contoh Panduan Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Tingkatan 3

*Kegiatan Ekonomi adalah tajuk umum. Pilih tajuk yang spesifik mengenai kegiatan ekonomi di kawasan tempat
kajian atau tempat tinggal anda. Contoh jika anda tinggal di tanah perancangan FELDA/FELCRA/RISDA/ladang
kelapa sawit/getah, maka tajuk anda perlulah spesifik kepada Sektor Pertanian sebagai kegiatan ekonomi penduduk*

Senarai Tajuk Kegiatan Ekonomi Geografi PT3 2015

Berikut adalah senarai tajuk yang boleh anda pilih berdasarkan lokasi atau tempat kajian anda. Dinasihatkan memilih
tajuk “Kegiatan Ekonomi” berdasarkan ekonomi yang dijalankan penduduk di kawasan tempat tinggal anda.

Contoh Kegiatan Ekonomi yang boleh anda pilih:


Sektor Perindustrian ‐ kawasan industri
Sektor Perikanan ‐ kawasan tepi pantai
Sektor Perlombongan ‐ kawasan lombong bijih besi, simen, emas, logam dll
Sektor Pertanian ‐ FELDA/RISDA/FELCRA
Sektor Pembalakan ‐ PERHILITAN/kawasan hutan simpan
Sektor Perkhidmatan ‐ pengangkutan (LRT, komuter KTM, stesen bas)
Sektor Perniagaan ‐ perbandaran (restoran, kedai runcit, pusat membeli‐belah)
Sektor Penternakan ‐ ternakan haiwan seperti kambing, lembu, kerbau, udang, sotong

**********************

Tajuk: Kegiatan Ekonomi penduduk di .................. (nama kawasan tempat anda)

Objektif kajian:  Berikut adalah objektif‐objektif kajian  yang telah saya jalankan  untuk mengkaji latar belakang
kegiatan ekonomi penduduk di ................. (nama kawasan tempat anda) :
1) Menyatakan maksud konsep dan takrifan kegiatan ekonomi.
2) Menghuraikan latar belakang kegiatan ekonomi dan menyenaraikan jenis‐jenis pekerjaan yang terdapat di kawasan
kajian.
3) Menghuraikan usaha‐usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan kajian.
4) Menyatakan kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan di kawasan kajian

Kaedah kajian: (contoh)
Saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan membantu saya mencatat maklumat secara terperinci dan
bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 3 kaedah ini untuk menjalankan kajian ini. Berikut adalah:

1) Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian terhadap kawasan kajian untuk mendapatkan maklumat tentang kegiatan ekonomi
di kawasan kajian. Saya telah memerhati pelbagai kegiatan ekonomi di kawasan kajian. Contohnya ialah pertanian,
pendidikan, perniagaan dan penternakan (mengikut kegiatan ekonomi di tempat kajian anda).

2) Borang Soal selidik 


Saya telah menyoal selidik penduduk di kawasan kajian untuk mengkaji tentang kegiatan ekonomi di kawasan kajian.
Saya telah memberi borang soal selidik kepada 20 orang responden dan memberi mereka masa sebanyak 5 minit untuk
menjawabnya. Saya telah mengutip borang tersebut dan menganalisanya seperti di bahagian lampiran.

3) Rujukan
Saya telah menggunakan pelbagai bahan rujukan untuk saya mencari maklumat tentang kegiatan ekonomi di kawasan
kajian. Saya telah memilih seseorang untuk dijadikan orang sumber untuk menceritakan kepada saya tentang
kegiatan ekonomi di kawasan kajian (kaedah temubual). Saya juga telah mencari pelbagai sumber dari internet untuk
menjayakan kerja khusus ini. Selain itu, saya juga telah menggunakan buku teks geografi tingkatan 3 untuk
memudahkan saya membuat kajian ini.

contoh kaedah kajian lain : Rakaman Audio atau Visual, kaedah temu bual

http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2015/06/contoh­jawapan­tugasan­geografi­pt3.html 3/14
6/5/2016 Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi

Latar Belakang Kegiatan Ekonomi

Kegiatan ekonomi adalah satu proses di mana penghasilan, pengagihan dan penggunaan berlaku. Tujuan utama adalah
untuk mendapatkan nilai dan pendapatan.

*Sebagai contoh, latar belakang kegiatan ekonomi pertanian*

Pertanian memerlukan seorang petani untuk menghasilkan hasil tanaman yang dikehendaki, iaitu beras, sayuran, dan
buah‐buahan. Selepas penghasilan dilakukan, ianya akan diagihkan kepada para penjual. Para penjual di sini merujuk
kepada penjual‐penjual di pasar tani, pasaraya, dan pasar minggu contohnya. Kemudian, akan berlaku proses
penggunaan. Pengguna adalah 'end‐user' hasil daripada kegiatan ekonomi pertanian ini. Penguuna merujuk kepada kita
sendiri, ibu bapa, dan orang ramai yang pergi ke pasar tani untuk membeli barang‐barang ini.

HASIL KAJIAN

1. Konsep dan takrifan Kegiatan Ekonomi

Menurut Buku Teks Tingkatan 3 muka surat 114, kegiatan ekonomi bermaksud kegiatan manusia yang mendatangkan
nilai dan pendapatan. 
(Rujukan : Abd Rahim Md Nor, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 3. Selangor. Cerdik Publications Sdn Bhd.)

Menurut BusinessDictionary.com, kegiatan ekonomi ditakrifkan sebagai aktiviti‐aktiviti yang melibatkan pengeluaran,
pengedaran dan penggunaan barangan, dan perkhidmatan di semua peringkat dalam masyarakat.
(Rujukan : http://www.businessdictionary.com/)

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007 halaman 471 kegiatan ialah perihal atau keadaan giat, kecergasan
ataupun aktiviti. 

Manakala ekonomi pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007: 379, ekonomi bermaksud ilmu berkenaan
pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang‐barang, dan perkhidmatan; sistem pengendalian sumber kekayaan
(kewangan, perindustrian, perdagangan) sesebuah negara; keadaan kekayaan atau kebendaan; urusan mengenai hal
(perbelanjaan, penggunaan barang‐barang) dalam rumah tangga. 

Oleh itu, kegiatan ekonomi boleh ditakrifkan sebagai aktiviti yang melibatkan pengeluaran, pengagihan, penggunaan
barang‐barang dan perkhidmatan dalam bidang pertanian, kewangan, perindustrian, perdagangan sesebuah negera.
Kegiatan ekonomi juga merupakan sumber pendapatan untuk memperoleh keuntungan. 

Kegiatan Ekonomi boleh didefinisikan sebagai aktiviti individu yang boleh mendatangkan hasil pendapatan serta
menjana sumber kewangan. Dalam erti kata lain, kegiatan ekonomi boleh didefinisikan sebagai kegiatan manusia
yang boleh mendatangkan nilai dan pendapatan.  Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kegiatan ekonomi
bermaksud kegiatan manusia yang mendatangkan nilai dan pendapatan. 

Terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya iaitu di ............... antaranya adalah perniagaan,
pertanian dan perindustrian (berikan contoh di kawasan kajian anda).

Kegiatan ekonomi juga merupakan salah satu penyumbang kepada pendapatan kasar negara. Kegiatan ekonomi utama
di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga sektor antaranya adalah sektor Primer, sektor Sekunder dan Sektor Tertier.
Contoh Sektor sekunder meliputi aktiviti pertanian, perikanan, perhutanan, pembalakan dan perlombongan. Manakala
sektor sekunder merangkumi perindustrian seperti aktiviti pengeluaran atau pengilangan. Sektor tertier pula
merangkumi Pelancongan, Pendidikan, Perdagangan, Pengangkutan dan Kewangan.

contoh huraian lain :

http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2015/06/contoh­jawapan­tugasan­geografi­pt3.html 4/14
6/5/2016 Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi

2. Latar Belakang Kegiatan Ekonomi Di ................. (Berdasarkan tajuk anda)

Penduduk sekitar kawasan saya menjalankan kegiatan ekonomi utama iaitu aktiviti pertanian Kelapa Sawit (mengikut
kegiatan ekonomi yang anda pilih). Sila huraikan latar belakang mengenai pertanian Kelapa Sawit secara terperinci.

2.1 Jadual Graf Kegiatan Ekonomi Penduduk (Sila sertakan persembahan dalam bentuk Graf). Maklumat adalah
berdasarkan borang kaji selidik yang telah anda edarkan di kawasan kajian anda.

contoh:

http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2015/06/contoh­jawapan­tugasan­geografi­pt3.html 5/14
6/5/2016 Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi

2.1.2 Contoh Borang Soal Selidik

Untuk menjawab soalan ini, pelajar perlu keluar rumah membuat tinjauan di sekitar tempat tinggal. Perlu ada borang
soal selidik.  Dapatkan 10 ‐ 20 responden untuk soal selidik tersebut. Analisa data yang ada dan jadikan maklumat
tersebut kepada jadual dan graf (persembahan grafik).

Pastikan soalan soal selidik mengandungi perkara berikut :


‐ maklumat responden
‐ maklumat kajian: 
jenis‐jenis pekerjaan di kawasan kajian, 
cadangan meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan kajian, 
mengkaji kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan di kawasan kajian.

*Sila ambil gambar di kawasan kegiatan ekonomi yang anda kaji.  Sila sertakan keterangan di bawah setiap gambar
anda dan cetak.*

CONTOH 1
Borang Kaji Selidik
Tugasan Pentaksiran Tingkatan 3 Geografi
Tajuk: Kajian Kes Kegiatan Ekonomi Penduduk Di Felda Jengka Pahang

Bahagian A: Latar Belakang

Bagi setiap item, sila tandakan (x) atau isi tempat kosong pada ruangan yang berkaitan.

1. Nama Penuh: __________________________

2. Jantina: [   ] Lelaki [   ] Perempuan

3. Umur: __________ tahun

4. Bangsa:

[   ] Melayu
[   ] Cina
[   ] India
[   ] Lain‐lain (__________) Sila nyatakan

Bahagian B: Kegiatan Ekonomi Di Felda Jengka Pahang

5. Pekerjaan:

http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2015/06/contoh­jawapan­tugasan­geografi­pt3.html 6/14
6/5/2016 Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi

[   ] Peneroka
[   ] Buruh
[   ] Kakitangan Felda
[   ] Guru
[   ] Lain‐lain (__________) Sila nyatakan

6. Sila nyatakan sektor pekerjaan anda ?

[   ] Pertanian
[   ] Perikanan
[   ] Pembalakan
[   ] Perkilangan
[   ] Perkhidmatan
[   ] Lain‐lain (__________) Sila nyatakan

7. Pendapatan Bulanan?

[   ] RM 0‐RM 900
[   ] RM 900‐RM 1,000
[   ] RM 1,000‐RM 1900
[   ] RM 1900 dan keatas

8. Adakah anda melakukan pendapatan sampingan?

Jika [YA] sila nyatakan di bahagian tempat kosong, Jika [TIDAK] Sila kosongkan

(__________) Sila nyatakan

9. Cadangkan alternatif untuk tingkatkan pendapatan anda?

(__________) Sila nyatakan

10. Sila nyatakan potensi kegiatan ekonomi selain daripada Kelapa Sawit di kawasan ini ?

(__________) Sila nyatakan

# nak download ‐ klik Download borang kajil selidik dari melvistar.com

CONTOH 2
Borang Kaji Selidik
Tugasan Geografi Tingkatan 3
Tajuk : Kegiatan Ekonomi di (Masukkan tempat kajian anda)

ARAHAN: TANDAKAN (/) MANA YANG BERKENAAN


BAHAGIAN A: DATA DEMOGRAFI RESPONDEN

1. NAMA PENUH   : _______________


2. JANTINA          : [  ] LELAKI  [ ]WANITA
3. UMUR              : _______
4. BANGSA          : [ ] MELAYU 
                           [  ] CINA
                           [  ] INDIA
                           [  ] LAIN‐LAIN, NYATAKAN: _______
5. PEKERJAAN: ____________

BAHAGIAN B: KEGIATAN EKONOMI

1. Pada pendapat anda, apakah kegiatan ekonomi utama di kawasan anda?


[  ] Pertanian
[  ] Perlombongan
[  ] Pendidikan
[  ] Pelancongan
[  ] Pembalakan

BAHAGIAN C: SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI

1. Pada pendapat anda, apakah sumbangan kegiatan ekonomi di tempat anda?


[  ] Peluang kerja
[  ] Peningkatan taraf hidup
[  ] Pendapatan
[  ] Meningkatkan taraf sosial masyarakat

BAHAGIAN D: KESAN KEGIATAN EKONOMI

1. Pada pendapat anda, apakah kesan kegiatan ekonomi di tempat anda?


[  ] Pencemaran
[  ] Kepupusan sumber mentah
[  ] Peningkatan populasi mendadak
[  ] Perubahan landskap

BAHAGIAN E: CARA MENGATASI KESAN KEGIATAN EKONOMI

http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2015/06/contoh­jawapan­tugasan­geografi­pt3.html 7/14
6/5/2016 Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi

1. Pada pendapat anda, apakah cara mengatasi kesan kegiatan ekonomi?


[  ] Kempen
[  ] Kuat kuasa undang‐undang
[  ] kitar semula

Nama responden : ____________        Tandatangan : __________________


Tarikh: ______________

# nak download ‐ klik Download borang kajil selidik dari musadun.com

Kaedah Temu bual


Kaedah ini boleh juga digunakan untuk menemubual beberapa penduduk di kawasan kajian. Boleh lampirkan borang
temu bual yang akan anda gunakan semasa menemu bual responden. 

Contoh Borang Temu Bual

Nama : ...................................

Umur : ....................................

Pekerjaan : ...............................

Alamat : ...................................

1. Apakah jenis‐jenis pekerjaan yang dijalankan di kawasan .............. (kawasan kajian)

    __________________________________________________________________

2. Berikan cadangan untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan ..........

    _______________________________________________________________

3. Nyatakan kegiatan ekonomi yang mungkin berpotensi untuk dimajukan di kawasan      ............ (kawasan kajian)

   ________________________________________________________________

Tandatangan Responden

............................
( nama responden)                               

2.2 Contoh Grafik Pekerjaan Penduduk ............. (Di kawasan tempat tinggal anda)

Lebih menarik jika foto tersebut diambil oleh anda sendiri di kawasan tempat tinggal anda. Lebih banyak foto adalah
lebih baik.

Tajuk Grafik: Penduduk Sedang Menuai Hasil Kelapa Sawit

Huraian Grafik: Apabila buah kelapa sawit sudah masak, penduduk akan menuai kepala sawit menggunakan tombak
sebelum dihantar ke kilang untuk tujuan pemprosesan.

Nota Penting: Pada grafik atau foto anda, Sila Sertakan Tajuk, Huraian dan label

3. Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk

Sila berikan 3 isi penting mengenai cadangan usaha meningkatkan pendapatan penduduk. Setiap isi penting haruslah
disertakan huraian dan contoh.

http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2015/06/contoh­jawapan­tugasan­geografi­pt3.html 8/14
6/5/2016 Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi

3.1 Contoh Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk

(a) Pertanian ‐ Bercucuk tanam pokok 


‐ sawah padi
‐ sayur‐sayuran
‐ kelapa sawit
‐ getah

(b) Perikanan
‐ nelayan di laut
‐ memasarkan sendiri hasil tangkapan tanpa menggunakan orang tengah.
‐ mempelbagaikan produk perikanan seperti ikan kering, satay ikan, keropok lekor, budu, belacan, cencalok.

(c) Perniagaan
‐ perniagaan runcit
‐ perniagaan kecil dan sederhana
‐ restoran

(d) Perusahaan
‐perusahaan kraf tangan

(e) Penternakan 
‐ ikan
‐ udang
‐ kambing
‐ lembu

(f) Perkilangan
‐ kilang perabot, plastik, logam dll

(g) Membuat Perniagaan Online 


‐ Jual tudung 
‐ Baju
‐ aksesori wanita dan lelaki

*Pada setiap isi penting, sila sertakan fakta, huraian dan contoh.*

Contoh Jawapan:

1. Meningkatkan Permintaan Terhadap Hasil Dalam Sektor Pertanian dan Perikanan

Membangunkan industri kecil dan sederhana akan dapat meningkatkan permintaan terhadap hasil dalam sektor
pertanian dan perikanan.  Peningkatkan permintaan terhadap hasil dalam sektor pertanian dan perikanan pula akan
dapat meningkatkan pendapatan petani dan nelayan.

Industri kecil dan sederhana yang banyak didirikan memerlukan bahan‐bahan mentah untuk proses pengeluaran kilang
mereka. Biasanya bahan‐bahan mentah ini adalah daripada hasil pertanian, perikanan atau perhutanan. Contohnya
kilang membuat keropok ikan atau keropok udang memerlukan hasil tangkapan laut manakala kilang memproses
makanan pula memerlukan hasil pertanian seperti ubi, keladi, pisang, jagung dan sebagainya.  Hasil pertanian dan
hasil tangkapan laut penduduk kampung yang biasanya sukar untuk dipasarkan kini telah menjadi rebutan para
pengusaha industri kecil dan sederhana.

Kadar permintaan mempengaruhi penawaran dan harga barangan. Sebagai akibatnya harga barang mentah pertanian
seperti ubi, pisang, keledek, keladi dan harga hasil tangkapan laut seperti ikan, udang, sotong akan meningkat.
Secara tidak langsung pendapatan petani dan nelayan akan meningkat.

2. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dapat meningkatkan pendapatan penduduk.

(a) Industri kecil dan sederhana banyak didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan konsep ‘Satu Kampung Satu
Produk’.  Contohnya, kilang membuat kerepek, kilang membuat sos tomato, kilang kraf tangan, perusahaan batik,
kilang memproses makanan dan sebagainya.  Pengusaha kilang dapat menjual hasil keluaran kepada penduduk
kampung serta pengunjung‐pengunjung luar.

Selain itu, mereka juga boleh memasarkan hasil keluaran Industri kecil dan sederhana di pasar malam, pasar tani
serta di karnival‐karnival jualan.  Jelasnya, industri kecil dan sederhana dapat meningkatkan pendapatan penduduk
kampung.

(b) Industri kecil dan sederhana juga dapat membuka dan menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat
terutamanya penduduk kampung.  Untuk menjana dan meningkatkan hasil pengeluarannya pengusaha Industri kecil
dan sederhana memerlukan pekerja yang banyak. 

Sebagai contoh, kilang memproses makanan memerlukan pekerja untuk menyediakan bahan, memasak, membungkus
serta memasarkan produk mereka.  Dalam usaha untuk meminimumkan kos serta meningkatkan produktiviti, sudah
tentu pengusaha industri kecil dan sederhana akan mengupah pekerja dalam kalangan masyarakat setempat. Langkah
ini akan menawarkan peluang pekerjaan kepada suri rumah, ibu tunggal atau orang kurang upaya (OKU) untuk
bekerja.

Dengan ini industri kecil dan sederhana bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan penduduk malah dapat
mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat setempat.

3. Menjalankan Perniagaan Online (Atas Talian)

http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2015/06/contoh­jawapan­tugasan­geografi­pt3.html 9/14
6/5/2016 Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi

Pada zaman ini, perniagaan online semakin hari semakin popular.  Perniagaan online boleh dilakukan sebagai
pekerjaan sampingan untuk meningkatkan pendapatan. Anda tidak perlu membuat produk sendiri, sebalik menjual
produk orang lain atau produk yang berjenama.

Perniagaan ini boleh bermula dengan perniagaan dengan modal rendah atau perniagaan secara kecil‐kecilan. Selain
itu, boleh juga melibatkan diri dalam perniagaan online yang berisiko rendah. Tetapi, sentiasa berhati‐hati semasa
mencari pembekal produk dan mesti pandai membandingkan harga produk. Anda mesti belajar dan tahu cara
pembungkusan dan cara pengeposan barang jualan.  Akaun bank diperlukan untuk pembayaran dalam perniagaan
online. Contohnya akaun bank di CIMB atau Maybank.

Selain itu, perniagaan ini mesti mempunyai medium jualan untuk mempromosikan barang jualan. Contohnya
instagram, facebook, blog, wechat dan media‐media sosial yang lain. Kalau bermodal besar boleh menggunakan
promosi melalui iklan blog atau iklan facebook.

4. Membuat Kerja Digital – Pekerja Digital

Kerja digital melibatkan tugasan‐tugasan yang dilakukan secara online (atas talian). Kerja digital boleh dilakukan di
rumah atau di luar waktu pejabat.  Kerja digital boleh dilakukan sebagai pekerjaan sampingan untuk meningkatkan
pendapatan.  Pekerja digital boleh melakukan pelbagai tugasan digital dan mendapat bayaran untuk kerja yang
dilaksanakan dengan jayanya. Tugasan‐tugasan digital ini biasanya dibekalkan oleh syarikat‐syarikat besar dari serata
dunia serta syarikat‐syarikat tempatan. 

Di negara kita, pekerja digital boleh mendaftar melalui Portal Kerja Digital eRezeki (www.erezeki.my) atau
mendaftar melalui agen tugasan digital (kerja online).  Program eRezeki memberi peluang kepada rakyat
berpendapatan rendah untuk meningkatkan pendapatan. Peserta program boleh memilih tugasan yang sesuai dengan
kemahiran masing‐masing. Tugasan‐tugasan digital adalah seperti mengkaji dan mengkategorikan imej‐imej, mencari
maklumat, memasukan data, memasukkan maklumat, menyemak maklumat dan sebagainya.  Melalui program
eRezeki, peserta boleh meraih pendapatan tambahan antara RM300 dan RM4,000 sebulan.

Pekerja digital biasanya berpeluang untuk mempelajari kemahiran baru di samping menjana pendapatan tambahan
dengan melakukan tugasan digital. Secara umumnya, tiada prasyarat untuk menjadi pekerja digital. Adalah menjadi
kelebihan bagi individu yang tahu menggunakan internet, boleh membaca dan memahami Bahasa Inggeris tetapi yang
paling utama adalah mempunyai kemahuan dan jati diri untuk berusaha dan berubah.

5. Wujud peluang pekerjaan

Bentuk muka bumi di Malaysia yang tidak sama memungkinkan terdapat perbezaan kegiatan ekonomi yang sekali gus
dapat menjadi sumber pekerjaan kepada penduduk untuk menjana pendapatan. 

Sebagai contoh, di Utara Semenanjung yang mana bentuk muka buminya rata dan bertanah subur membolehkan
penduduknya mengerjakan sawah padi. Berbeza pula dengan negeri‐negeri lain yang bertanah gambut dan
sebagainya. 

Hasil daripada kegiatan ekonomi itu merujuk kepada pertanian (sawah padi) terdapat pelbagai peluang pekerjaan
yang boleh diperolehi. Antaranya, pesawah, pemandu lori untuk membawa hasil padi ke kilang, pembawa jentera
penuai padi, pembawa jentera membajak dan sebagainya. 

Walau bagaimanapun, untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut, pelbagai cadangan usaha‐
usaha yang boleh diambil. 
Amalan pertanian moden dilihat dapat menambah hasil tuaian padi yang berlipat kali ganda.
Penggunaan jentera pembajak, jentera penuai, mesin penyembur racun, mesin penyembur baja
Pnggunaan benih padi yang lebih bermutu, tahan lasak 
Kurangkan pergantungan kepada orang tengah
Eksport hasil padi ke luar negara
contoh lain : sila rujuk link ini

4. Kegiatan Ekonomi Yang Berpotensi Dimajukan Dikawasan Anda

Kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan bermaksud kegiatan ekonomi sedia ada yang boleh anda upgrade
atau membuka satu kegiatan ekonomi yang baru untuk memenuhi keperluan penduduk atau dapat meningkatkan
pendapatan. Contoh kegiatan ekonomi yang boleh anda pilih:

(a) Sektor Perikanan (Ikan Air Tawar)


contoh:
Kawasan tepi laut berpotensi untuk membina bangunan untuk burung‐burung layang membina sarang. Ini disebabkan
kawasan tepi laut mempunyai banyak burung layang. Kegiatan ekonomi ini mendatangkan pendapatan lumayan
kerana harga sekilo sarang burung layang‐layang mencecah ribuan ringgit.

Akuakultur adalah salah satu kegiatan ekonomi yang berpotensi iaitu penternakan udang di kawasan paya bakau.
Kawasan paya bakau  sesuai untuk penternakan udang kerana ia berlumpur dan sentiasa ditakungi air.

(b) Sektor Perkhidmatan (Buka Homestay dan Pelancongan)


contoh:
Homestay adalah kemudahan tempat tinggal yang berorientasikan pelancongan desa amat berpotensi dijalankan di
Telok Panglima Garang kerana kawasan ini mempunyai kampung tersusun. Pelancong berpeluang untuk mempelajari
cara hidup seharian penduduk kampung disamping menambah pendapatan sampingan kepada keluarga yang terlibat.

huraian lengkap Inap Desa (homestay) : klik contoh 1, contoh 2

http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2015/06/contoh­jawapan­tugasan­geografi­pt3.html 10/14
6/5/2016 Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi
(c) Sektor Perindustrian (Kilang buat sabun daripada kelapa sawit/penghasilan kerepek)

(d) Tanaman Fertigasi


contoh: 
Tanaman fertigasi merupakan satu kaedah penanaman pokok di dalam bekas atau polibeg yang dapat meningkatkan
hasil pendapatan. Contoh pokok yang sesuai untuk kaedah ini seperti pokok cili dan timun jepun. Kaedah ini amat
menguntungkan dan tidak memerlukan kawasan pertanian yang luas. Hal ini juga dapat membantu pendapatan
kepada penduduk di Telok Panglima Garang.

(e) Ternakan Ladang (lembu/kambing)

(f) Pelancongan Desa


huraian lengkap : klik contoh 1, contoh 2

(g) Industri Kecil dan Sederhana (IKS)


huraian lengkap : klik contoh 1

*Pada setiap isi penting, sila sertakan fakta, huraian dan contoh*

5. Kesimpulan/ Rumusan

Kesimpulannya, kegiatan ekonomi penduduk sekitar di .................. (kawasan anda) terutamanya dalam bidang
pertanian adalah sangat penting dalam menjana pendapatan individu. Di samping itu, pertanian Kelapa Sawit juga
merupakan antara salah satu sumber utama pendapatan negara Malaysia selepas minyak mentah (Petroleum).

6. Sumber/ Rujukan
Senaraikan sumber seperti internet, buku, jurnal, artikel, majalah, sumber orang dan sebagainya.
Semua borang soal selidik yang telah dijawab oleh responden (10 hingga 20) wajib disertakan bersama‐
sama hasil kajian.
Digalakkan menyertakan foto/ gambar/ rajah/ grafik yang relevan bagi menjelaskan lagi hasil kajian.
Menulis sumber rujukan dengan betul
Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) untuk mencari dan mengumpul data

Contoh penulisan sumber & rujukan:

(g) Sumber rujukan 


(tulis secara lengkap sumber rujukan anda mengikut contoh di bawah)
buku
internet
akhbar
majalah
orang sumber
a. Buku
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul. Tempat penerbitan: Penerbit.  

contoh:
Lofti Ismail,1988. Sejarah Malaysia 1400 ‐ 1963. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. 
Mohamad Noordin Sopiee, 1967. From Malayan Union to Singapore Separation: Political Unifacation in the Malaysia
Region 1945‐1965. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press. 

b. Jurnal
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul artikel. Judul Jurnal, Jilid(Isu), Mukasurat.  
atau
Nama pengarang pertama, pengarang kedua, & pengarang ketiga. (Tarikh penerbitan).  Judul artikel. Judul Jurnal,
Jilid, Article 1. Diperoleh (Tarikh bahan diakses), dari (URL).  

contoh:
Ahmad Masjidin. “Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara” dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah. Bil
8, April 1979.
Ishak bin Tadin, 1960. “Dato’ Onn and Malay Nationalism 1946‐1951”, dalam JSEAH. Vol 1. Mac 1960. 

c. Ensiklopedia / Wikipedia
dari internet:
Judul artikel  (Tahun). Dalam 'Judul Ensiklopedia'. Diperoleh (tarikh diperoleh) dari (url laman web artikel yang
diperoleh)

dari buku:
Judul petikan. (Tahun penerbitan). Dalam Judul buku (p. mukasurat). Tempat penerbitan: Penerbit. 

d. Akhbar
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Akhbar, Mukasurat. 
atau
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Akhbar. Diperoleh (tarikh bahan diakses), dari (URL).  

contoh:
(Tajuk akhbar) Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5. Diperoleh Julai 3, dari http://www.utusan.com.my/..../ 

e. Orang Sumber 

http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2015/06/contoh­jawapan­tugasan­geografi­pt3.html 11/14
6/5/2016 Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi
Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun. No 21, Jalan Lundu 7, Taman  Beringin, 52000 Kuala Lumpur. 
Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman Sri Gombak, 68100 Selangor. 

f. Temubual 
Nama tokoh yang ditemubual. (Tarikh temubual). Judul temubual [Temubual]. 

contoh:
Abdullah Hj. Mohd Salleh. (1999, May 12). Sejarah penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur
[Temubual].  

g. VCD
Judul VCD. (Tahun penerbitan). [VCD]. Tempat penerbitan: Penerbit.  

contoh:
VCD Language and verbal skills. (1976). [VCD]. Virginia: Association for Retarded Citizen.  

h. Radio
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian. 

i. Televisyen 
Nama penerbit rancangan. (Producer). (Tahun penerbitan). Judul rancangan.Tempat penerbitan: Penerbit.  

contoh:
Towers, J. (Producer). (2000). Wrath of God. New York: The History Channel.  

j. Majalah
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Majalah, Mukasurat.  

k. Sumber lain :
artikel dari internet (Jenis sumber, alamat/punca sumber) 
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul artikel. Diperoleh (tarikh bahan diakses), dari (URL). 

Internet
http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm
http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.htm

l. Kamus 
Kamus Dewan. (5th ed.). (1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Judul. (Edisi). (Tahun penerbitan).
Tempat penerbitan: Penerbit.  

NOTA: nak lebih faham, boleh download cara penulisan sumber di sini

**************************

Jika anda inginkan contoh yang lain, anda boleh klik mana‐mana contoh di bawah:

KAJIAN JENIS PEKERJAAN PENDUDUK


Bahan Rujukan 1
Bahan Rujukan 2
Bahan Rujukan 3
Bahan Rujukan 4
Contoh 1
Contoh 2
Contoh 3
Contoh 4
Komposisi Penduduk Di Kampung Pengkalan Pasir Mas, Kelantan  
Jenis‐jenis Pekerjaan Penduduk di Kampong Baru Batu Tumboh, 22200, Besut, Terengganu 
Komposisi Penduduk dengan jenis pekerjaan di tempat masing‐masing 
Komposisi penduduk dan kaitannya dengan jenis pekerjaan 

KAJIAN JENIS KEGIATAN EKONOMI


Bahan Rujukan 1: Jenis Kegiatan Ekonomi
Bahan Rujukan 2: Jenis Kegiatan Ekonomi
Bahan Rujukan 3: Jenis Kegiatan Ekonomi
Kegiatan Ekonomi Tradisional Di Malaysia
SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP PEMBANGUNAN PEKAN BEDONG
Kegiatan Ekonomi di Kampung Kota Ayangan,Keningau
Folio Kajian Tempatan
Kegiatan Ekonomi Di Rompin
Contoh 1
Contoh 2
Contoh 3
Contoh 4

Kegiatan Ekonomi Tradisional di Malaysia 


Contoh 1
Contoh 2
Contoh 3
Kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia 

http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2015/06/contoh­jawapan­tugasan­geografi­pt3.html 12/14

Anda mungkin juga menyukai