Anda di halaman 1dari 1

MUHAMMAD AMIRUL FIKRI BIN AIDAL AZHAR,

Institut Pendidikan Guru,


Kampus Temenggong Ibrahim,
Jalan Datin Halimah,
80350, Johor Bharu.

EN. RAZALI BIN OTHMAN


Ketua Unit Disiplin,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Temenggong Ibrahim,
Jalan Datin Halimah,
80350, Johor Bharu. 28 JANUARI 2018

Tuan,

PERKARA : GAGAL HADIR KE SOLAT SUBUH BERJEMAAH

Dengan segala hormat perkara diatas adalah dirujuk,

2. Saya MUHAMMAD AMIRUL FIKRI BIN AIDAL AZHAR, 990808-06-5831 pelajar 2 PPSIMP
Pendidikan Jasmani 2, IPG Kampus Temenggong Ibrahim, ingin memohon maaf di atas kegagalan
saya hadir ke program solat subuh berjemaah.

3. Perkara ini berlaku adalah disebabkan kegagalan saya untuk menyedarkan diri. Rakan sebilik
saya turun ke surau lebih awal. Walaupun telah dikejutkan, saya yang agak penat tidak berjaya
untuk menyedarkan diri daripada tertidur. Perkara ini amat dikesali saya kerana sedikit kesilapan
memakan diri saya sendiri.

4. Diharapkan agar pihak tuan dapat mempertimbangkan penjelasan saya.

Segala perhatian dan kerjasama tuan amatlah dihargai.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

( MUHAMMAD AMIRUL FIKRI BIN AIDAL AZHAR )


Pelajar 2 PPISMP Pendidikan Jasmani 2,
IPG Kampus Temenggong Ibrahim.

Anda mungkin juga menyukai