Anda di halaman 1dari 3

Nur Syazwani Binti Zainal Abiddin

5 Pismp Tesl 5,
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim,
Jalan Datin Halimah
80350 Johor Bahru
Johor
Tuan Haji Baharum Bin Sulman
Ketua Warden
Kolej Kediaman IPGKTI
Institut Pendidikan Guru
Kampus Temenggong Ibrahim
Johor.

21 JANUARI 2014

PERMOHONAN BERPINDAH KE BILIK PERSEORANGAN (BILIK SINGLE)


Berhubung perkara di atas, saya Nur Syazwani Binti Zainal Abiddin (921226-08-6238)
dari opsyen 5PISMP TESL 5 ingin membuat permohonan untuk menukar ke bilik
perseorangan (F33) atas sebab-sebab berikut:
2. Tujuan utama saya ingin berada di bilik perseorangan adalah disebabkan perkaraperkara berikut:
1. Kekerapan saya tidur lewat malam untuk menyiapkan kerja-kerja kuliah. Teman
sebilik saya sering terganggu dan mendapat tidur yang tidak lena ketika saya
menyelesaikan kerja-kerja tersebut. Hasilnya, teman sebilik saya sering
terbangun lewat dan mengantuk di dalam kelas kerana tidak mendapat tidur
yang cukup. Hal ini amat membimbangkan dan saya berpendapat bahawa bilik
persendirian adalah lebih baik bagi memberi teman sebilik saya keselesaan
sepenuhnya.
2. Saya juga merupakan seorang yang lebih senang dan selesa untuk mengulang
kaji pada waktu malam. Namun, hal ini sangat bertentangan dengan keadaan
teman sebilik saya yang memilih untuk belajar di waktu pagi. Oleh itu, kami
pernah berselisih faham mengenai keadaan ini kerana beliau tidak dapat
bangun awal untuk belajar dan mengulangkaji.
Berikutan hal ini, diharapkan saya dapat ditukarkan dari bilik F24 ke bilik persendirian
(F33). Oleh yang sedemikian, saya sangat berharap pihak Tuan akan
mempertimbangkan permohonan saya dengan sewajarnya serta mengambil kira
kesukaran yang sedang saya hadapi. Semoga permohonan saya mendapat respon
positif dari pihak tuan dan menerima maklum balas dengan kadar segera. Segala
kerjasama daripada pihak Tuan amat saya hargai dan di dahului dengan ucapan jutaan
terima kasih.
Sekian,
Yang Benar,

(Nur Syazwani Binti Zainal Abiddin)


(AJK Bilik Rehat Blok F 2013/2014)

Sokongan warden,

Nur Syazwani Binti Zainal Abiddin


5 Pismp Tesl 5,
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim,
Jalan Datin Halimah
80350 Johor Bahru
Johor
Puan Zulaili Binti Kabil
Penyelia Asrama
Kolej Kediaman Ipgkti
Institut Pendidikan Guru
Kampus Temenggong Ibrahim
Johor.

21 JANUARI 2014

PERMOHONAN BERPINDAH KE BILIK PERSEORANGAN (BILIK SINGLE)


Berhubung perkara di atas, saya Nur Syazwani Binti Zainal Abiddin (921226-08-6238)
dari opsyen 5PISMP TESL 5 ingin membuat permohonan untuk menukar ke bilik
perseorangan (F33) atas sebab-sebab berikut:
2. Tujuan utama saya ingin berada di bilik perseorangan adalah disebabkan perkaraperkara berikut:
1. Kekerapan saya tidur lewat malam untuk menyiapkan kerja-kerja kuliah. Teman
sebilik saya sering terganggu dan mendapat tidur yang tidak lena ketika saya
menyelesaikan kerja-kerja tersebut. Hasilnya, teman sebilik saya sering
terbangun lewat dan mengantuk di dalam kelas kerana tidak mendapat tidur
yang cukup. Hal ini amat membimbangkan dan saya berpendapat bahawa bilik
persendirian adalah lebih baik bagi memberi teman sebilik saya keselesaan
sepenuhnya.
2. Saya juga merupakan seorang yang lebih senang dan selesa untuk mengulang
kaji pada waktu malam. Namun, hal ini sangat bertentangan dengan keadaan
teman sebilik saya yang memilih untuk belajar di waktu pagi. Oleh itu, kami
pernah berselisih faham mengenai keadaan ini kerana beliau tidak dapat
bangun awal untuk belajar dan mengulangkaji.
Berikutan hal ini, diharapkan saya dapat ditukarkan dari bilik F24 ke bilik persendirian
(F33). Oleh yang sedemikian, saya sangat berharap pihak Tuan akan
mempertimbangkan permohonan saya dengan sewajarnya serta mengambil kira
kesukaran yang sedang saya hadapi. Semoga permohonan saya mendapat respon
positif dari pihak tuan dan menerima maklum balas dengan kadar segera. Segala
kerjasama daripada pihak Tuan amat saya hargai dan di dahului dengan ucapan jutaan
terima kasih.
Sekian,
Yang Benar,

(Nur Syazwani Binti Zainal Abiddin)


(AJK Bilik Rehat Blok F 2013/2014)

Sokongan warden,

Anda mungkin juga menyukai