Anda di halaman 1dari 2

AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

MTE 3112

REFLEKSI

Oleh : Muhammad Khairi Bin Azmi

Pada semester ini, saya bersama-sama rakan diberi tugasan untuk membina satu set soalan untuk diberi pengujian kepada murid-murid di dalam mana-mana kelas di sekolah ketika menjalani praktikum. Oleh itu, saya telah membuat perancangan awal untuk

menyiapkan tugasan yang diberi. Saya telah menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Batu Pekaka selama 8 minggu. Dalam masa 8 minggu tersebut bermula 15 Julai 2013, kami telah diberi peluang oleh guru di sekolah tersebut untuk membuat set soalan ujian bagi murid-murid Tahun 5. Oleh yang demikian, saya dan rakan membuat keputusan untuk menjalankan sekaligus tugasan yang diberi ketika peperiksaan berlangsung. Saya mula merancang soalan-soalan berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang dikehendaki di dalam tugasan. Pada 23 Julai 2013 hingga 25 Julai 2013, telah berlangsungnya Ujian Bulan Julai 2013 bagi murid-murid Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Batu Pekaka. Oleh yang demikian, soalan yang dibuat telah ditadbir pada semua murid Tahun 5. Setelah tamat ujian, saya mula menganalisis jawapan murid-murid untuk membuat laporan. Saya memilih Kelas Tahun 5 Nilam bagi menganalisis tahap keberkesanan soalan yang diuji. Kelas ini merupakan kelas yang pertama dalam Tahun 5. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, pelbagai pengalaman yang berguna saya dapat perolehi. Di sini, saya berpeluang menimba pengalaman dalam membina soalan bagi melaksanakan pengujian. Berdasarkan keputusan yang diperoleh, saya dapat mengetahui bahawa pembinaan soalan perlu difikirkan dalam pelbagai aspek agar soalan dapat dihasilkan dengan kualiti yang baik. Dalam masa yang sama saya dapat mempelajari

bagaimana untuk mengenalpasti kualiti soalan yang boleh digunakan berdasarkan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi yang diperoleh. Untuk mendapatkan soalan yang baik, indeks diskriminasi perlu berada dalam lingkungan lebih dari 0.4, manakala indeks kesukarannya berada di antara 0.3 hingga 0.8. Jika soalan-soalan tidak mencapai

lingkungan di atas, soalan tersebut masih boleh digunakan jika diubahsuai sama ada dari segi kesukaran atau diskriminasi.

Muhammad Khairi Bin Azmi | Refleksi Kendiri

77

AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

MTE 3112

Dalam pada itu, saya juga melihat bagaimana murid-murid tersebut menjawab soalan yang diberi. Walaupun dirasakan soalan itu mudah disediakan kepada murid, namun dapat dilihat murid-murid kebanyakannya menjawab soalan sambil lewa menyebabkan keputusan yang diperoleh kadangkala dirasakan tidak logik. Namun, mungkin pendapat yang saya fikirkan tersebut tidak begitu tepat tentang soalan yang disediakan. Saya merasakan soalan yang disediakan boleh dijawab, tetapi tahap kefahaman mereka tentang matematik yang terlalu lemah menyebabkan soalan yang disediakan tidak dapat dijawab. Walaupun banyak kelemahan dari diri saya, namun itu semua banyak memberi pendedahan kepada saya untuk memperbaikinya pada masa-masa akan datang. Melalui tugasan ini juga, saya dapat belajar dengan lebih lagi tentang penyediaan soalan yang menjadi salah satu perkara yang perlu diketahui oleh setiap guru apabila berada di sekolah. Ucapan terima kasih ditujukan kepada pensyarah-pensayarah pembimbing yang telah memberi tunjuk ajar dan bantuan kepada saya dan rakan-rakan sepanjang kami melaksanakan tugasan ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan atas bantuan yang

diberikan dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus bagi semester ini.

Muhammad Khairi Bin Azmi | Refleksi Kendiri

78

Anda mungkin juga menyukai