Anda di halaman 1dari 1

Muafakat Membawa Berkat

Pada suatu hari, arnab sedang mencari makanan bagi menghadapi musim hujan. Hmm.. Banyaknya makanan di sini. Nampaknya cuaca hujan pada tahun ini, aku tidak akan kelaparan.

Tidak lama kemudian, seekor ayam lalu di kawasan tersebut. Wah! Banyaknya makanan di sini. Bolehlah aku bawa pulang ke sarang aku untuk dikongsikan bersama keluargaku.

Arnab yang sedang mengutip makanan di situ berasa sangat marah mendengar kata-kata ayam. Mereka telah bertengkar untuk berebut makanan. Hoi! Kamu tak nampak ke? Aku yang sampai di sini dahulu. Aku yang berhak mendapat semua makanan ini.

Mengapa pula? Kamu hanya tinggal seorang diri. Aku pula berkeluarga. Aku yang berhak bawa pulang makanan ini.

Tebuan yang sedang terbang pulang daripada taman bunga telah mendengar pertengkaran antara arnab dan ayam. Wahai sahabatku, mengapa bergaduh? Alangkah mulianya jika kamu berkongsi makanan ini. Arnab, kongsilah sebahagian makanan kamu kepada ayam kerana dia mempunyai anak-anak kecil untuk makan. Arnab terkesan mendengar kata-kata tebuan. Dia memberikan sebahagian makanannya kepada Ayam. Tebuan juga memberikan sedikit madu yang dibawa pulang dari taman bunga kepada ayam dan arnab. Kini mereka sedar bahawa,_______ Muafakat membawa berkat.

Anda mungkin juga menyukai