Anda di halaman 1dari 5

Mari sama sama kita saksikan video ini.

Tajuk pembelajaran

Kebun Sayur Saya

Kebun Sayur Kami


Ini adalah kebun sayur kami sekeluarga. Ayah sangat suka menanam sayur sayuran. Kami dapat berjimat kerana tidak lagi perlu ke pasar membeli sayur sayuran. Sebelum menanam sayur, ayah akan membuat batas terlebih dahulu. Dia menggunakan cangkul untuk membuat batas, seterusnya, ayah

akan memasukkan benih sayur sayuran ke dalam tanah.

Ayah menanam benih tersebut jarak jarak supaya benih tersebut lebih mudah tumbuh. Selepas itu, ayah akan menyiram benih tumbuhan tersebut dengan air baja. Setelah itu, ayah akan membina pagar di sekeliling batas agar tiada haiwan yang dapat masuk dan merosakkan tanaman ayah.

Setiap hari, ayah akan meracun tanamannya agar tiada serangga perosak yang akan merosakkan tumbuhannya. Selain itu, ayah juga tidak lupa menyiram dan membaja tanamannya. Jika tidak, tanamannya akan mati.

Apabila sayur sayuran itu telah sampai tempoh matang, kami akan membantu ayah memetik sayur sayur tersebut. Sebahagian daripada sayur yang telah kami petik, kami berikan kepada jiran jiran. Jadi, semua orang mendapat manfaat daripada kebun sayur kami.

Kami memberikan kepada jiran

Ayah membuat batas menggunakan cangkul

Ayah memasukkan benih sayuran ke dalam tanah.

Kami membantu ayah memetik sayur-sayuran.

Ayah menyiram benih tumbuhan dengan air baja.

Ayah akan meracun tanaman agar tiada serangga perosak yang merosakkan tumbuhan.

Ayah membina pagar di sekeliling batas supaya tiada haiwan yang merosakkan tanaman

Ayah menyiram dan membaja tanaman.

Kuiz Kebun Saya


1. Apakah kebaikan berkebun di rumah? 2. Mengapakah benih ditanam jarak-jarak? 3. Apakah akibatnya jika tidak menyiram dan membaja tanah? 4. Pada pandangan anda, apakah contoh sayursayuran yang boleh ditanam di rumah?

Anda mungkin juga menyukai