Anda di halaman 1dari 1

Berkebun Bersama Keluarga

Pada cuti sekolah baru-baru ini, saya dan keluarga telah pulang ke
kampung untuk menziarahi datuk dan nenek. Rumah datuk saya terletak
di Rompin. Kami tinggal di sana selama tiga hari. Kepulangan kami
disambut oleh datuk dan nenek dengan tangan terbuka.

Pada awal pagi, saya sudah bangun daripada tidur. Selepas


bersarapan, saya pun mengikut datuk ke kebun sayurnya. Kebun sayur
datuk agak luas. Di sana terdapat pelbagai jenis sayur seperti sayur sawi,
bayam, terung, timun, cili dan bendi.

Saya menolong datuk mencangkul tanah untuk membuat batas.


Kemudian, saya menaburkan benih di atas batas. Datuk pula membubuh
baja dan menyiram tanamannya. Kata datuk, sayur-sayuran ini hendaklah
dijaga dengan baik agar dapat hidup subur.

Pada waktu petang, saya dan nenek memetik sayur yang sudah
matang. Kami meletakkan sayur-sayuran ke dalam raga. Saya juga
mencabut rumput-rampai yang tumbuh di sekeliling batas. Kami menjaga
tanam-tanaman di kebun supaya tidak dimakan ulat.

Pada sebelah malam, saya membantu datuk dan nenek berniaga


di pasar malam. Saya menyusun sayur-sayuran di atas para-para. Ramai
orang suka membeli sayur dengan datuk kerana sayur-sayuran datuk
segar dan harganya berpatutan. Kami melayan pelanggan dengan mesra
dan berbudi bahasa.

Saya berasa sangat gembira kerana dapat membantu datuk di


kebun sayur. Saya akan pulang ke kampung lagi pada cuti sekolah yang
akan datang

Anda mungkin juga menyukai