Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGU KESEMBILAN

(18 MEI 2009 22 MEI 2009)


Isu / Perkara Yang Difokus :
Cara pengawasan kelas Tahap 1 semasa peperiksaan
Masalah :
Sepanjang minggu ke sembilan, Sekolah Rendah Islam 1 menjalankan Peperiksaan
Penggal Pertama 2009. saya telah diamanahkan menjaga peperiksaan bagi tahap 1
iaitu untuk tahun1, tahun 2 dan tahun 3. masalah di sini, ini merupakan kali pertama
saya menjaga peperiksaan bagi murid sekolah rendah. Walaupun sebelum ini saya
pernah menjaga peperiksaan tetapi bagi sekolah menengah. Cara penjagaan
peperiksaan bagi sekolah rendah dan sekolah menengah adalah amat berbeza.
Analisis Masalah :
Cara penjagaan peperiksaan bagi sekolah rendah dan sekolah menengah adalah amat
berbeza.

Pada

peringkat

awalnya

saya

mempunyai

sedikit

masalah

dalam

mengendalikan tugas ini. Setelah di perhatikan dan mendapat tunjuk ajar dari guru-guru
di situ, saya cuba melaksanakannya bagi mengatasi masalah ini terutamanya bagi
masa-masa akan datang.
Cadangan Penyelesaian Masalah :

Bagi tahap 1, kita perlu membaca arahan satu per satu kepada mereka.

Setiap soalan juga perlu di bacakan dan bagi kelas yang lemah pula, kita perlu
membaca setiap soalan yang diajukan berdasarkan soalan. Guru memantau
murid menjawab sehingga siap kemudian barulah tukar kepada soalan lain.

Bagi mata pelajaran yang bukan bidang kita, maka perlulah kita mendapat tunjuk
ajar dahulu daripada gurunya.

Tempoh Penyelesaian: Sepanjang minggu peperiksaan dijalankan


Tindakan Susulan
Pada hari pertama saya mengalami sedikit masalah tetapi dengan sedikit bantuan awal
dari guru-guru yang berpengalaman, maka saya cuba sebaik yang mungkin. Tetapi saya

bernasib baik kerana mengendalikan kelas yang pintar. Saya hanya perlu membacakan
soalan dan menerangkan cara untuk melakukannya.
Seterusnya pada hari kedua, saya telah belajar dari kesilapan semalam. Maka masalah
tersebut dapatla di atasi berbanding semalam.

Hari seterusnya, saya di tugaskan

menjaga kelas peperiksaan bahasa arab. Jadi saya mengambil sedikit masa dengan
berjumpa guru berkenaan. Saya belajar dahulu dengan beliau mengenai sebutan, ejaan
dan cara untuk murid-murid menjawabnya. Ini dapat membantu proses penjagaan
peperiksaan yang lebih berkesan. Alhamdulillah, peperiksaan yang melibatkan
penjagaan saya b erjalan tanpa masalah selepas itu.
Kesimpulan :
Jangan malu untuk bertanya, kelak kita akan sesat jalan. Begitulah di ibaratkan dengan
apa yang di lalui oleh kita sepanjang menjalani praktikum ini. Pengawasan peperiksaan
bagi sekolah amat rumit dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dengan melayan
kerenah murid-muridnya. Berbanding sekolah menengah dimana, masa peperiksaan
adalah masa untuk guru-guru berehat. Tetapi berbeza dengan sekolah rendah, masa
peperiksaannya langsung tidaka sempat untuk berehat. Ini kerana memberi penumpuan
sepenuhnya kepada pertanyaan murid.

Anda mungkin juga menyukai