Anda di halaman 1dari 3

MINGGU KESEMBILAN

(23 OGOS 2010 27 OGOS 2010)


CARA PENGURUSAN BUKU CATATAN

Masalah
Pengurusan buku catatan/ buku tulis / buku latihan adalah satu fenomena yang
kerap di perbincangkan terutamanya di kalangan para guru. Memandangkan
hamper 11 minggu saya di persekitaran sekolah, maka saya turut di dedahkan
dengan keadaan tersebut. Setelah mengambil alih kelas, saya mendapati
kebanyakkan murid tidak mempunyai buku catatan/ latihan yang khusus untuk
mata pelajaran tersebut. Ini menyukarkan guru untuk membuat semakan dan
hasil kerja guru akan hilang tanpa direkodkan di dalam buku catatan tersebut.

Analisis Masalah
Secara puratanya masalah ini bukan dikalangan semua murid tetapi berlaku
kepada kebanyakkan murid terutamanya pelajar lelaki. Setelah di selidik dan di
kaji permasalahan ini, saya mendapati murid kurang mengambil berat dengan
harta benda mereka. Malah setiap kali diperlukan mereka akan mendapatkan di
koperasi. Di samping itu, terdapat juga guru yang tidak mementingkan serta
langsung tidak mengambil tahu berkaitan buku catatan ini. berlainan dengan
mata

pelajaran

kemahiran

hidup,

saya

mendapati

guru

tersebut siap

menyediakan rak untuk menyimpan buku catatan tetapi tidak digunakan


sepenuhnya oleh murid. Maka disini, faktor guru amatlah penting bagi mengatasi
masalah ini di kalangan murid dan secara tak langsung dapat mengatasi
masalah pembaziran wang serta memanfaatkan nilai-nilai murni di kalangan
murid-murid secara tak langsung.

Cadangan Mangatasi dan Menganalisis


Penggunaan dan penyediaan rak di bilik darjah atau bengkel seperti yang telah
diguna pakai oleh guru bimbingan saya merupakan alternative yang terbaik.
Selain itu, saya turut mencadangkan mewajibkan semua guru menyediakan rak
di salah satu sudut di dalam kelas masing-masing bagi memudahkan muridmurid menyimpan buku catatan mereka. Jadi selepas ini, tiada lagi alasan dari
mereka jika buku hilang.
Penambahbaikan khasnya untuk di bengkel, saya mencadangkan dimana rak
diadakan di setiap sudut di bawah meja murid. Setiap murid akan meletakkan
buku catatan di meja masing-masing. Di samping itu, mereka akan mendisiplin
diri dengan tidak mengubah tempat duduk merata-rata sepanjang pengajian
mereka. Selain itu, guru juga dapat mengesan kesilapan dan masalah yang
dihadapi oleh murid tersebut di tempat duduk sendiri. Cadangan ini memerlukan
tindakan dalam jangkamasa yang panjang malah membabitkan semua guru. Jadi
ia perlu mendapat persetujuan semua pihak. Bagi saya, antara cadangan yang
akan dan telah dilaksanakan adalah seperti :

Menanyakan buku catatan setiap kali sebelum memulakan sesi


pengajaran dan pembelajaran.

Mewajibkan murid menyediakan gam sendiri setiap orang.

Melekatkan lembaran kerja atau nota selepas P&P dilaksanakan.

Mengumpulkan buku selepas setiap topik habis di ajar.

Tempoh Penyelesaian
1-2 minggu

Tindakan Susulan
Bagi setakat 12 minggu saya mengajar di SK Arau, saya turut menghadapi
masalah ini. kadang-kadang saya marah apabila mendapati terdapat segelintir
murid yang membuang hasil kerja yang diberikan kepada mereka. Maka saya
telah melaksanakannya pada minggu lepas. Masih terdapat murid yang tidak
menghantar buku catatan mereka walaupun telah diberi penekanan arahan
setiap kali meminta buku catatan sebelum ini.

Kesimpulan
Hanya setakat ini yang mampu diusahakan oleh saya. Saya berazam akan cuba
mengaplikassi semua ini apabila memulakan kareer saya kelak. Apabila di
fikirkan ini bukan sahaja memudahkan kerja kita sebagai guru malah dapat
membantu murid dalam penjagaan hak mereka. Sebagai guru, hasil kerja akan
dilihat melalui buku kerja murid maka inilah salah satu usaha yang perlu
diamalkan bagi memantapkan lagi profesion perguruan ini.

PEMILIHAN FRASA YANG


MEMBERI ISYARAT
DIAM DENGAN
BAIK
AKSI NON-VERBAL

Anda mungkin juga menyukai