Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAAHAD AL-MIZAN,

KAMPUNG JALAN BADAK, JELIANG,


33800 MANONG, PERAK.
(Kod Sekolah: AFT 4002)
Tel: 05-7431431
Fax: 05-7431193

______________________________________________________________________________________

Ruj. Kami : SMA/MAM/07/41( )


Ruj. Tuan :
Tarikh
: 06 Januari 2012

Ketua Balai,
Balai Polis Manong,
33800 Manong, Perak.
Tuan,
KEJOHANAN MERENTAS DESA SMA MAAHAD AL-MIZAN KALI KE-12 2012
Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
2.
Dimaklumkan bahawa Kejohanan Merentas Desa SMA Maahad Al-Mizan kali ke-12, akan
diadakan pada hari Jumaat, 13 Januari 2012 bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 10.30 pagi.
3.
Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengelola ingin memohon bantuan pihak tuan untuk
menghantar anggota tuan untuk membuat kawalan keselamatan dan lalu lintas sepanjang
kejohanan tersebut berlangsung serta menyedikan kon keselamatan terutamanya ketika para
peserta melalui jalan raya.
4.

Bersama ini, dilampirkan pelan laluan kejohanan untuk tindakan pihak tuan.

5.

Kerjasama tuan dalam hal ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

(HAJI MEGAT RADZUAN BIN MEGAT TAIB, PPT)


Pengetua,
SMA Maahad Al-Mizan,
Jeliang, Manong.

Anda mungkin juga menyukai