Anda di halaman 1dari 5

JURNAL REFLEKSI MINGGUAN

MINGGU 11 (bersamaan Minggu ke-32)

7 September 2009 11 September 2009


A. BISIKAN HATI
Keseluruhan P&P pada minggu ini amat memuaskan. Ini kerana pada minggu
ini saya telah menyediakan Bahan Bantu Mengajar yang lebih menarik di
samping mempelbagaikan lagi aktiviti bagi memastikan penglibatan semua
murid bagi setiap langkah dalam proses P&P. Dari segi kawalan kelas, murid
mendengar arahan dengan baik dan menumpukan sepenuh perhatian pada
setiap aktiviti yang dijalankan.

Murid juga lebih berminat, terarah dan

bermotivasi dengan kaedah pembelajaran yang menggunakan ICT.


Selama

sebelas

minggu

saya

menjalani

latihan

praktikum,

walaupun

keseluruhan proses P&P dan kawalan kelas semakin meningkat dan bertambah
baik dari minggu ke minggu, saya berasa seperti tidak cukup untuk menimba lagi
ilmu dari aspek nilai-nilai dasar mengasaskan penggunaan kemahiran
kaunseling yang bertunjangkan intergriti, keadilan dan kehormatan. Sekiranya
nilai-nilai asas ini adalah digunakan untuk membentuk sesuatu yang kondusif,
dimana murid dapat meneroka perasaan, fikiran dan tingkah laku, guru perlu
memberikan respons yang mesra, serta sikap menyokong, boleh dipercayai,
boleh bergantung serta mempunyai kesedaran mengenepikan prejudis dalam diri
dan pandangan berat sebelah atau stereotaip.

Setelah sebelas minggu

menjalani latihan praktikum saya semakin mengakui bahawa tanggungjawab


seorang guru bukan hanya untuk mengajar tetapi juga bertanggungjawab untuk
membentuk modal insan dan mendidik mereka menjadi insan yang bermotivasi,
berdisiplin dan berjaya.

B. CATATAN PERISTIWA ATAU KEJADIAN MASALAH


Pada minggu ini tiada perhimpunan rasmi hari Isnin. Sesi persekolahan pada
minggu ini cuma empat hari sahaja kerana pada hari Isnin adalah Cuti Nuzul AlQuran.
Bagi P&P matapelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 6 pada hari Rabu tidak
dapat dijalankan kerana pada minggu ini bermula dari 8, 9 dan 10 September
2009 telah dijalankan Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
selaras seluruh Malaysia.
Keseluruhannya pada minggu ini, saya berpuas hati dengan penglibatan
menyeluruh semua murid sepanjang proses P&P dijalankan sama ada semasa
P&P mata

pelajaran

major

mahupun

mengaplikasikan pelbagai aktiviti seperti

minor.

Setelah

mencuba

dan

mengintegrasikan Pendidikan Muzik

dan ICT di samping mengekalkan kaedah Belajar Sambil Bermain dalam set
induksi proses P&P yang saya rancangkan telah membuahkan hasil yang
menggembirakan kedua pihak iaitu guru dan murid itu sendiri.
Aspek ini saya rasakan akan memberi kesan positif dalam mewujudkan
keseronokan dalam sesi pembelajaran. Sebagaimana yang kita ketahui, kanakkanak memang suka bermain walau di mana jua mereka berada termasuklah di
dalam bilik darjah. Oleh itu, saya telah mencuba untuk mengeksploitasikan sikap
dan perangai mereka ke arah keseronokan yang memberi hasil dan impak yang
baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancangkan.

C. PERASAAN ATAU PANDANGAN TENTANG CATATAN


Biasanya, sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan
dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah.

Walau

bagaimanapun, sama ada seseorang guru itu menerima latihan perguruan

ataupun tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata
pelajaran yang hendak diajarnya. Guru juga mesti mengetahui kaedah atau cara
yang hendak disampaikan olehnya.

Di samping itu, guru juga haruslah

mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid.
Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah
hati dan sentiasa bersifat penyayang. Tempoh 12 minggu yang ditetapkan oleh
pihak pengurusan Institut Perguruan untuk kami guru pelatih mendalami lagi
nilai-nilai

dasar

mengasaskan

penggunaan

kemahiran

kaunseling

yang

bertunjangkan intergriti, keadilan dan kehormatan adalah agak terhad.

D. ANALISIS TERHADAP SEBAB SESUATU TINDAKAN


Kebanyakan kualiti kecekapan dan sahsiah serta kecerdasan emosi guru adalah
hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan
pengajarannya dengan berkesan. Latihan ini termasuklah kefahaman terhadap
sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian
pelajaran.
Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang
diharapkan oleh masyarakat. Misalnya, guru diharapkan menjadi pengganti ibu
bapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukan sahsiah murid,
menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai
kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik dalam
masyarakat.
Di dalam sesebuah masyarakat yang membangun, guru juga diharapkan
menjadi agen pembaharuan bagi masyarakat sekeliling. Guru haruslah sentiasa
berusaha menanam sikap, nilai dan ilmu pengetahuan kepada generasi baru
mengikut matlamat pendidikan negara serta nilai dan kehendak masyarakat.

E. CADANGAN TINDAKAN UNTUK MENGATASI


Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, seseorang guru haruslah mempunyai
ilmu pengetahuan yang lengkap serta mendalam, menguasai kemahiran
mengajar, mempunyai kefahaman terhadap tugas dan tanggungjawab yang
diamanahkan serta mempunyai sikap positif terhadap pekerjaan dan profesion
keguruan. Hanya guru yang telah memperoleh kualiti-kualiti tersebut barulah
boleh menjalankan tugas dengan sempurna dan berkesan. Kualiti-kualiti seperti
ini merupakan ciri-ciri profesionalisme keguruan. Dengan adanya kualiti-kualiti
tersebut, barulah kaum guru boleh dikurniakan taraf profesional dalam erti kata
yang sebenar.

F. TEMPOH MASA PENYELESAIAN


Sepanjang masa perkhidmatan sebagai seorang guru terlatih.

G. CARA MEMENUHI KEJAYAAN


Mengikut Kamus Dwibahasa, perkataan akauntabiliti dihuraikan sebagai
bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu.
Jadi, di bawah konteks keguruan, akauntabiliti boleh dirumuskan sebagai
bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan.

Adalah diharapkan,

kaum guru dapat menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi supaya
mutu perkhidmatan mereka selaras dengan akauntabiliti kami dan diri saya
sendiri khususnya terhadap bidang, sekolah, tingkah laku, murid dan profesion
keguruan. Antaranya seperti berikut :
1. Memupuk nilai dan sikap yang murni dan sesuai dengan masyarakat
berbilang bangsa dalam setiap jiwa pelajar, dan membimbing mereka untuk
menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab serta berguna.

2. Memenuhi tanggungjawab

sebagai seorang rakyat Malaysia dengan

mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat.


3. Mengajar dengan fakta yang betul supaya murid-murid dapat belajar dengan
tepat dan menerima ilmu pengetahuan dengan betul.
4. Membaca secara meluas buku-buku yang berkaitan dengan mata pelajaran
yang diajar.
5. Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya supaya
mencapai objektif pelajaran secara maksimum.
6. Mengutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan murid-murid daripada
hal-hal lain.
7. Membimbing dan mengajar murid-murid dalam bilik darjah tanpa meminta
hadiah atau bayaran.
8. Memberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas, berbudi bahasa
dan bersopan santun semasa bertugas.
9. Menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap peristiwaperistiwa yang berlaku di sekeliling melalui suratkhabar, radio, televisyen
serta internet.
10. Menjaga kesihatan badan diri supaya dapat menjalankan tugas dengan
sempurna.

Anda mungkin juga menyukai