Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGU 8

(16 OGOS 2010 20 OGOS 2010)


Isu / Perkara Yang Difokus : Pelajar bising di dalam kelas
Analisis Masalah :
Murid yang bising di dalam kelas mungkin mempunyai tingkahlaku bermasalah. Tingkah laku
bermasalah negatif boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu tingkah laku distruktif, tingkah laku
distruptif dan tinhkag laku bergantung. Tingkah laku distruptif didifinisikan sebagai sebarang
tingkah laku yang dapat menjejaskan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran. Jenisjenis tingkah laku distruptif ialah hiperaktif, suka membuat bising, pergerakan yang tidak
perlu, mengganggu orang lain tumbuk menumbuk dan ketawa dengan kuat.
Masalah bising di dalam kelas perlu diatasi. Jika dibiarkan berterusan, ia akan terus
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Setelah diteliti, perkara ini berlaku
disebabkan oleh beberapa faktor :
o

Suara guru kurang jelas / perlahan

Guru tidak tegas dan kurang tumpuan semasa proses pengajaran


dan pembelajaran

Guru tidak kreatif

Murid bosan dengan kaedah penerangan

Murid yang bising terdiri dari murid yang aktif

Cadangan Penyelesaian Masalah :


Bagi menyelesaikan masalah ini, saya bnercadang melakukan beberapa perkara iaitu :

Guru perlu lebih tegas semasa proses pengajaran dan pembelajaran

Menggunakan kemudahan ICT untuk menarik minat murid

Memberikan tumpuan yang lebih kepada murid yang bising dangan cara
selalu berjalan ke arah kumpulan mereka

Sentiasa memberikan motivasi dan pujian bagi setiap aktiviti yang berjaya
disiapkan

Tempoh Penyelesaian : 8/3/2010 12/3/2010 ( 1 Minggu )


Tindakan Susulan :
Bagi menyelesaikan masalah ini, saya telah melaksanakan perkara perkara yang
dicadangkan. Di dalam kelas saya menggunakan suara yang lebih tegas. Mereka mula
merasakan saya adalah guru yang garang dan tidak lagi membuat bising sesuka hati. Saya
juga telah menggunakan kemudahan komputer dan projektor semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Mereka begitu berminat mengikuti pelajaran kerana terdapat grafik-grafik dan
gambar yang menarik. Semasa mengajar juga saya lebih banyak berjalan ke seluruh kelas.
Kesimpulan :

Setelah melaksanakan perkara-perkara di atas, saya dapati murid sudah kurang membuat
bising di dalam kelas. Dengan kaedah-kaedah yang betul, murid dapat dididik dan diajar
supaya lebih berdisiplin di dalam kelas

Anda mungkin juga menyukai