Anda di halaman 1dari 2

PENULISAN JURNAL

MINGGU KE- 12: 28 APRIL 2008 HINGGA 2 MEI 2008


Minggu ini adalah minggu terakhir saya menjalani praktikum di sekolah ini.
Sejak 11 Februari 2008 yang lalu, selama 12 minggu saya menghadapi
tempoh praktikum yang begitu mencabar dirasakan namun is memberikan
kenangan yang sukar dilupakan.
Dalam tempoh ini pelbagai pengalaman telah ditimba dan diperolehi. Ada yang
suka, duka dan sebagainya. Sepanjang mengendalikan kelas praktikum ini
pelbagai cars dan kaedah yang telah digunakan untuk menarik minat
pelajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
Pada minggu ini, saya telah masuk ke kelas tingkatan 2 Asma bagi mata
pelajaran Geografi. Ini merupakan kelas terakhir bersama mereka sepanjang
praktikum. Pada hari ini 30 April 2008, saya telah memberikan mereka sedikit
penghargaan daripada hasil kerja yang telah ditunjukkan bagi menghasilkan
sebuah buku skrap yang telah ditetapkan oleh saya. Mereka telah
menunjukkan kesungguhan dan kerjasama yang baik untuk menyiapkan
tugasan ini.
Oleh itu, saya

berasa

terpanggil untuk memberikan mereka

sedikit

penghargaan. Saya telah memberikan mereka sebatang pensel dan


pemadam. Mereka sekelas kelihatannya amat gembira dan seronok
dengan pemberian itu walaupun jika dinilai harganya tidak seberapa. Saya
turut merasa terharu dengan gelagat yang ditunjukkan bersama-sama ucapan
terima kasih.
Pada. pemerhatian saya, para pelajar akan berasa gembira dan seronok jika
semua

gurunya

menghargai

mereka.

Para

pelajar

bukanlah

hanya

memandang kebendaan namun ingatan guru itu kepada mereka yang


diutamakan. Contohnya semasa di dalam kelas, sekiranya guru meminta

pelajar

untuk

menjawab

soalan

sebaiknya

guru

berkenaan

mengucapkan penghargaan kepada para pelajar yang menjawab. Jika


semua guru berbuat demikian, maka semestinya mereka akan lebih
menunjukkan penglibatan yang aktif di dalam kelas dengan tindakan guru
berkenaan.
Sepanjang saya menjalani praktikum di sekolah ini, saya merasakan tidak
benyak masalah yang timbul. Alhamdulillah, semuanya dapat diatasi
dengan baik melalui nasihat dan perkongssian idea atau pendapat daripada
pensyarah pembimbing, guru pembimbing, rakan-rakan yang turut menjalani
praktikum dan jugs rakan-rakan guru di sekolah ini. Ker asama yang
ditunjukkan oleh semua pihak arnat dihargai.

Anda mungkin juga menyukai