Anda di halaman 1dari 15

Pembelajaran Inkuiri

P embelajaran berasaskan pendekatan inkuiri bukanlah sesuatu yang baru dan


terdapat pelbagai definisi yang berkaitan dengannya.
menyatakan sekiranya kita tanya kepada sepuluh orang pendidik yang berlainan
Philip (2004),

untuk mendefinisikan inkuiri kemungkinan kita akan mendapat sepuluh definisi


yang berbeza tentangnya. Pendekatan inkuiri di dalam pembelajaran boleh dilihat
dalam berbagai bentuk bergantung kepada bidang mata pelajaran yang dipelajari.
Sebagai contoh di dalam mata pelajaran sains, inkuiri mungkin akan melibatkan
pelajar di dalam membuat penyiasatan dan menjelaskan sesuatu fenomena yang
dianggap baru kepada mereka, atau pelajar dikehendaki menguji hipotesis secara
saintifik di dalam ujikaji di makmal.
Berdasarkan kepada Piawaian Pendidikan Sains Antarabangsa (National
Research Council, 1996), pembelajaran sains melalui inkuiri merujuk kepada aktiviti
yang dilakukan oleh para pelajar dalam membina pengetahuan mereka dan
memahami idea-idea saintifik seperti kaedah yang dilakukan oleh para saintis
menyelidiki alam ini. Sementara itu di dalam bidang sains sosial pula, melalui inkuiri
pelajar mungkin dikehendaki menganalisa bahan-bahan dari sumber pertama yang
dapat digunakan bagi menjelaskan serta memahami sesuatu kejadian di dalam
peristiwa sejarah dan bagaimana mereka dapat mengaitkan dengan keadaan yang
berlaku pada hari ini. Carin dan Sund (1971) mendefinisikan inkuiri sebagai
pembelajaran tidak langsung yang melibatkan aktiviti penerokaan dan penemuan
yang berkaitan dengan proses untuk mendapatkan maklumat. Ia berasaskan kepada
penyoalan dan penyelesaian masalah di dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Melalui aktiviti tersebut pelajar akan terlibat di dalam pemprosesan maklumat
mental untuk mendapatkan kefahaman yang bermakna dan melibatkan diri secara
aktif di dalam pembelajaran mereka. Herron (1971) telah membahagikan
pembelajaran secara inkuiri kepada empat aras yang berbeza (Jadual 1). Aras-aras
tersebut adalah bergantung kepada berapa banyak peranan yang diberikan kepada
pelajar di dalam proses pembelajaran mereka. Semakin banyak peranan diberikan
oleh pelajar di dalam aktiviti pembelajaran mereka semakin tinggi aras pembelajaran
berasaskan inkuiri, dan begitulah sebaliknya. Sekiranya semua masalah, prosedur,
serta jawapan telah disediakan oleh guru dan pelajar hanya berperanan sebagai
penerima sahaja di dalam pembelajaran mereka, maka ia tidak dianggap sebagai
pembelajaran berasaskan inkuiri (pengesahan). Sebaliknya jika masalah, prosedur
serta jawapan diberikan oleh pelajar sendiri dan guru hanya bertindak sebagai
pembimbing maka ia merupakan pembelajaran berasaskan inkuiri pada aras yang
paling tinggi (inkuiri terbuka). Sekiranya, guru menyediakan masalah dan prosedur
sementara pelajar dikehendaki mencari jawapan berdasarkan prosedur yang telah
disediakan, maka ia dikategorikan sebagai inkuiri berstruktur. Seterusnya jika guru
hanya menyediakan masalah-masalah sementara pelajar sendiri yang menentukan
prosedur serta memberikan jawapan terhadap permasalahan yang diberikan, maka
pembelajaran tersebut dikategorikan sebagai inkuiri terbimbing.
Strategi belajar mengajar dapat dilaksanakan dengan berbagai kaedah
mengajar, seperti kaedah soal jawab, diskusi, problem solving, studi kes, dan
sebagainya. Sesuatu kaedah perlu didukung oleh teknik tertentu supaya kaedah
tersebut dapat berjalan dengan baik. Salah satu teknik yang banyak dipakai dalam
berbagai kaedah mengajar ialah Teknik Bertanya. Kerana teknik ini digunakan
secara luas, maka perlu dibicarakan secara khusus penggunaan teknik bertanya itu
dalam hubungannya dengan strategi inkuiri.
Suatu ungkapan yang menyatakan bahawa it is better to ask some question
than to know all the answer (Thurber), menunjukkan betapa pentingnya orang
bertanya. Kita juga mengenal pepatah yang menyatakan Malu bertanya sesat
jalan. dalam kebudayaan Cina didapati pepatah kuno yang menyatakan Satu
pertanyaan = 1000 gambar, satu gambar = 1000 kata.
Dalam hubungannya dengan proses belajar, pentingnya bertanya itu dapat kita lihat
pada beberapa pernyataan, antara lain :
1. Jantung strategi belajar yang efektif terletak pada pertanyaan yang diajukan
guru (Fraengkel).
2. Dari sekian banyak kaedah pengajaran, yang paling banyak dipakai adalah
bertanya (Bank).
3. Bertanya adalah salah satu teknik yang paling tua dan paling baik (Clark).
4. Mengajar itu adalah bertanya (Dewey).
5. Pertanyaan adalah unsur utama dalam strategi pengajaran, merupakan kunci
permainan bahasa dalam pengajaran (Hyman).
Kerana itu tidak disangkal lagi pentingnya bertanya dalam kegiatan pengajaran
dan pembelajaran. Peranan bertanya adalah melengkapi kemampuan berceramah,
mengubah kemampuan berceramah, meningkatkan kadar CBSA, sikap inkuiri
bertitik tolak pada bertanya, mengubah persepsi yang keliru terhadap bertanya.
Sedangkan fungsi bertanya ialah mengembangkan minat dan keingintahuan,
memusatkan perhatian pada pokok masalah, mendiagnosiskan kesulitan belajar,
menguatkan kadar CBSA, kemampuan memahami informasi, kemampuan
mengemukakan pendapat, mengukur hasil belajar.
Untuk mengembangkan pertanyaan yang efektif sesuai dengan fungsi tersebut,
beberapa hal yang perlu diperhatikan adalah :
Pertama, Kehangatan dan antusias.
Kedua, Beberapa kebiasaan yang perlu dihindari dalam mengajukan pertanyaan
(mengulang pertanyaan, mengulang jawapan pelajar, menjawab pertanyaan sendiri,
memancing jawaban serentak, pertanyaan ganda, menentukan pelajar tertentu).
Prinsip-prinsip bertanya, bertanya sebagai alat untuk mengembangkan
kemampuan dapat dibahagi menjadi dua. ialah :
1. Bertanya dasar. Bertanya untuk mengembangkan kemampuan berpikir dasar.
Dihubungkan dengan taksonomi Bloom, kemampuan ini terdiri atas
pengetahuan (knowledge), pemahaman (comprehension), dan aplikasi.
2. Bertanya lanjut. Bertanya untuk megembangkan kemampuan berpikir kreatif-
inovatif. Kemampuan ini terdiri atas analisis, sintesis, dan evaluasi.

Dalam menjalankan prinsip ini perlu diperhatikan perubahan tingkat kognitif


dari yang rendah ke tingkat yang lebih tinggi. Urutannya adalah dari pertanyaan
pengetahuan - pemahaman terapan - analisis - sintesis - evaluasi.
Contoh pertanyaan tentang Pasar. Pengetahuan = ingatan (Dimana orang
menjual sayur-sayuran dan ikan?, Pemahaman = membandingkan (Apa beza
pasar ikan dengan kedai runcit?, Aplikasi = klasifikasi (Ada berapa pasar yang
anda ketahui?, Analisis = motif (Mengapa orang menjual sayur di pasar dan bukan di
kedai runcit?, Sintesis = Pemecahan masalah (Bagaimana meningkatkan
kebersihan di pasar ikan di kota ini?, Sintesis = memperkirakan (Dimana
sebaiknya pasar haiwan di tempatkan?, Evaluasi = pendapat ( Bagaimana
pendapat anda tentang keperluan pasar pagi selama ini?.
Model Inkuiri pula merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan
jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang
dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini memerlukan pelajar mengenal pasti soalan
bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, menjalankan kajian
atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan membuat rumusan. Dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu inkuiri
terbimbing dan inkuiri terbuka. Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing
pelajar menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini sesuai dilaksanakan pada
peringkat sekolah rendah dan menengah. Dalam inkuiri terbuka, pelajar tidak diberi
sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh pelajar sendiri. Oleh itu,
ianya sesuai dilaksanakan pada peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti di
universiti. Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagi mendapatkan
maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai bidang khususnya bidang
pendidikan.
Ia merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau
kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti ini
menuntut murid mengenal pasti masalah yang terkandung di dalam soalan,
membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, menjalankan kajian siasat dan
membuat rumusan atau mendapatkan jawapan. Berikut adalah contoh soalan
bermasalah yang perlu diselesaikan melalui kaedah inkuiri:
Bagaimanakah pokok bernafas?
Mengapakah buaya tidak boleh dikelaskan sebagai amfibia?
Bagaimanakah nilai p = 22/7 diperolehi?
Apakah faktor-faktor yang membawa kepada masalah pencemaran?
Apakah faktor-faktor yang menetukan taburan penduduk di Malaysia?
MODEL INKUIRI DAN PENEMUAN
Model inkuiri merupakan satu cara mengajar pelajar menggunakan keperluan
ingin tahu mereka untuk meneroka sesuatu bidang ilmu. Matlamat model ini adalah
untuk membantu pelajar mengembangkan kemahiran dan intelek bagi mencari
jawapan akibat daripada rasa ingin tahu. dalam model inkuiri, terdapat lima fasa
seperti rajah berikut :
Fasa Satu
Dalam Fasa Satu, guru perlu mengemukakan situasi masalah yang perlu
diselesaikan oleh pelajar. Kemudiannya memberikan penerangan susun atur
bagaimana untuk menjalankan inkuiri yang digunakan .
Fasa Dua :
Dalam Fasa Dua pula, ia melibatkan proses mengumpul data . Pegumpulan data
dibuat melalui ujikaji, pemerhatian dan pemeriksaan situasi sebenar. Guru-guru
hendaklah cuba membantu murid dengan mengembangkan jenis maklumat yang
didapati.
Fasa Tiga
Dalam Fasa Tiga, pelajar-pelajar perlu mengasingkan pembolehubah yang releven
iaitu untuk membentuk hipotesis dan membuat perkaitan tentang sebab dan akibat
masalah berlaku.
Fasa Empat
Dalam Fasa Empat, guru meminta pelajar menyusun semua data-data yang telah
mereka perolehi bagi membentuk satu keterangan mengenai kajian mereka.
Fasa Lima
Dalam fasa yang terakhir ini, pelajar diminta untuk menganalisis corak inkuiri yang
telah mereka hasilkan. Pada fasa ini pelajar boleh memberikan pelaporan mengenai
kajian yang telah mereka lakukan dalam bentuk penulisan, gambarajah atau
sebagainya.
( Auzit Shamsudin, 1997 ).

Walaupun model inkuiri banyak digunakan dengan meluas dalam bidang sains tetapi
kini ianya juga digunakan secara meluas dalam semua mata pelajaran. Model ini
terhasil daripada gabungan kaedah inkuiri dan penemuan, ianya kelihatan hampir
sama dengan kaedah Eksperimen. Konsep Model Inkuiri dan Kaedah Penemuan
adalah berlainan, tetapi pendekatan, strategi, tujuan, prinsip dan langkah-langkah
menjalankan aktivitinya adalah sama.
Model ini adalah merupakan satu pengajaran yang menarik serta merangsangkan
pelajar-pelajar kerana mereka memerlukan kreativiti, pemikiran, penaakulan serta
penilaian bagi menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat sesuatu
keputusan.
PRINSIP-PRINSIP MODEL INKUIRI
Terdapat beberapa prinsip yang perlu diketahui oleh guru sebelum
melaksanakan model inkuiri di dalam pengajaran. Ini sangat penting untuk
memastikan kaedah yang digunakan ini benar-benar mampu menghasilkan satu
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Prinsip pertama yang perlu diberi tumpuan oleh guru ialah mereka perlu
memilih topik kajian yang terdapat dalam sukatan dan mengikut objektif pelajaran.
Ini penting agar proses pengajaran itu nanti sesuai dengan tahap kemampuan
mereka . Objektif pengajaran guru akan mempunyai matlamat yang perlu dicapai
oleh pelajar.
Prinsip kedua ialah penyediaan alatan. Guru perlu menyediakan alatan yang
sesuai dan mencukupi sebelum memulakan sesuatu kajian. Alatan yang tidak sesuai
serta tidak berfungsi akan menggangu kelancaran proses pembelajaran pelajar.
Oleh yang demikian para guru perlu memastikan alatan sentiasa dalam keadaan
baik, berfungsi, sesuai dan mencukupi.
Prinsip ketiga ialah peranan yang dimainkan oleh guru. Guru perlu
berbincang dengan pelajar mengenai tujuan kajian dibuat. ini akan dapat
memberikan pengetahuan awal kapada pelajar apa yang perlu mereka lakukan.
Guru perlu juga memastikan pelajar-pelajar memahami langkah-langkah untuk
menjalankan kajian.
Prinsip keempat ialah guru perlu mengelak daripada memberi jawapan atau
memberitahu pelajar jawapan dan kesimpulan yang diharapkan. Dalam peringkat ini,
guru perlu memberi kebebasan kepada pelajar dalam setiap jawapan atau
kesimpulan yang mereka berikan.
Guru juga perlu memastikan agar aktiviti dibuat oleh pelajar sendiri.
Kegagalan guru memastikan kajian dibuat oleh pelajar akan memberikan impak
yang besar kepada proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Guru juga perlu mengawal pelajar agar mereka tidak menyeleweng dari
kaedah kajian. Guru harus sentiasa peka dan mudah mengesan kesilapan yang
dilakukan oleh pelajar serta membuat peneguran kepada pelajar. Ini penting supaya
pelajar tidak terpesong daripada matlamat dan objektif kajian.
Sebaik sahaja kajian selesai dijalankan, guru perlu mengadakan
perbincangan dengan pelajar. Dalam perbincangan ini, guru boleh mendengar
keputusan dan kajian pelajar di samping bertukar-tukar pendapat, pandangan dan
pengalaman. Setiap pandangan daripada pelajar hendaklah diterima dan diberi
perhatian. Guru boleh membuat kesimpulan atau keputusan di akhir perbincangan
tersebut.

Model Inkuiri
Menekankan proses soal selidik untuk mendapatkan maklumat.
Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti bentuk-bentuk soalan,
membentuk hipotesis,merancang dan menjalankan aktiviti kajian dan akhir sekali
membuat rumusan.
Contoh:
a) Model Inkuiri Sains (Model Dewey)
Digunakan untuk mengkaji prinsip,fenomena dan ciri-ciri unsur sains.
berlandaskan kepada 5 langkah:
i. MENGENAL PASTI MASALAH
ii. MENCARI MAKLUMAT RUMUSAN
iii. MEMBUAT HIPOTESIS
iv. MENGUJI HIPOTESIS
v. MENILAI DAN MEMBUAT RUMUSAN
b) Model Inkuiri Sosial
Mengkaji topik-topik yang berkaitan dengan bidang
kemasyarakatan dan kemanusiaan.
Proses kajian berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian,temubual
atau soal selidik.
Merangkumi 6 langkah:
i. Pembentukan masalah oleh guru.
ii. Pembentukan hipotesis oleh murid.
iii. Memberi definisi kepada hipotesis.
iv. Perbincangan kesahihan hipotesis.
v. Mencari sokongan untuk hipotesis.
vi. Membuat kesimpulan atau rumusan.

C) Model Inkuiri Jurispudential


Digunakan untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu. Ia
juga berlandaskan kepada aktiviti perdebatan.
Contoh:Belajar Sains adalah lebih berguna daripada belajar
Sastera.
Terbahagi kepada 2: -
i)-Inkuiri Terbimbing
Melalui bimbingan guru
Sesuai digunakan untuk peringkat Sek.Rendah dan Menengah.
ii)-Inkuiri Terbuka
Tidak di beri sebarang bimbingan .Segala proses dijalankan oleh murid
sendiri.
Sesuai digunakan pada peringkat sekolah menengah atas dan
peringkat yang lebih tinggi.
iii)Inkuiri Suchman
Berlandaskan andaian bahawa strategistrategi yang digunakan oleh
ahli sains boleh juga digunakan sebagai model pengajaran dalam mata
pelajaran sekolah, khasnya mata pelajaran sains.

Kaedah inkuiri boleh dikendalikan berdasarkan salah satu daripada 4 model berikut:

1. Model inkuiri sains


Digunakan untuk mengkaji prinsip, fenomena dan ciri-ciri unsur sains.
Proses kajian adalah berlandaskan kepada lima langkah soal selidik yang
dihuraikan dalam model Dewey sebaimana yang berikut:

Mengenal
pasti Menguji
masalah hipotesis
Menilai
dan
membuat
Mencari Membuat rumusan
maklumat hipotesis
rumusan
Proses mengenal pasti masalah melibatkan aktiviti memahami dan
mengenal pasti aspek-aspek penting yang terkandung dalam masalah.
Peringkat membuat hipotesis merujuk kepada cadangan strategi dan
cara menyelesaikan masalah. Peringkat menguji hipotesis merupakan
proses pelaksanaan strategi dan aktiviti penyelesaian, manakala
peringkat penilaian dan membuat rumusan merujuk kepada aktiviti yang
cenderung terhadap teknik penyelesaian yang telah digunakan dalam
proses penyelesaian masalah.

2. Model inkuiri sosial


Digunakan untuk mengkaji topik-topik yang berkaitan dengan bidang
kemasyarakatan dan kemanusiaan. Ia berlandaskan kepada aktiviti
pemerhatian, temubual dan soal selidik. Model ini menegaskanproses
interaksi sosial. Model inkuiri sosial ini merangkumi enam langkah
berikut:

Pembentukan Pembentukan Memberi


masalah leh hipotesis oleh definisi
guru murid kepada
hipotesis

Membuat Mencari Perbincangan


kesimpulan sokongan kesahan
atau rumusan untuk hipotesis
hipotesis

3. Model inkuiri jurisprudential


Digunakan untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu seperti
Belajar Sains adalah lebih berguna daripada belajar Sastera. Proses
inkuri ini adalah berlandaskan kepada aktiviti perdebatan.
Di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis
tekik inkuiri iaitu inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka. Inkuiri terbimbing
memerlukan guru membimbing murid-murid menjalankan segala proses
kajian. Ia sesuai digunakan pada peringkat sekolah rendah dan sekolah
menengah rendah.
Inkuiri terbuka pula, murid-murid tidak diberi sebarang bimbingan.
Segala proses kajian dilakukan murid sendiri. Inkuiri jenis ini sesuai
dilaksanakan kepada murid sekolah menengah atas atau pada peringkat
yang lebih tinggi.
4. Model inkuiri suchman
Diperkenalkan oleh Richard Suchman berlandaskan andaian bahawa
strategi-strategi yang digunakan oleh ahli sains bagi menjalankan kaji
selidik boleh juga digunakan sebagai model pengajaran dalam mata
pelajaran sekolah, khasnya mata pelajaran sains.

Langkah-langkah model inkuiri Suchman:

Guru menentukan dan mengemukakan masalah untuk diselesaikan.


Guru menerangkan proses inkuiri untuk menyelesaikan masalah yang
dikemukakan.
Pelajar-pelajar dibimbing membuat hipotesis dengan mengumpulkan data
yang berkaitan.
Pelajar-pelajar menggunakan data untuk menguji hipotesis dengan tujuan
membentuk teori yang berkaitan.
Pelajar-pelajar berbincang dan membuat rumusan tentang peraturan atau
syarat yang berkaitan dengan teori yang telah dibentuk.
Guru dan pelajar bersama berbincang dan menganalisis proses inkuiri yang
dijalankan dengan tujuan membaiki kelemahan penyelesaian yang telah
didapati dahulu.

Implikasi Model Inkuiri Suchman dalam Proses Pengajaran:

Menentukan objektif pelajaran mengikut tahap kebolehan pelajaran dan


menyediakan bahan pelajaran yang sesuai.
Merancang langkah-langkah membentuk sesuatu konsep, prinsip ataupun
teori dengan jelas dan terperinci.
Membimbing dan membetulkan aktiviti-aktiviti pelajar yang terpesong
daripada objektif pelajaran.
Menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam proses inkuiri
dengan guru memainkan peranan sebagai pemudahcara yang bekesan.
Selepas peringkat akhir inkuiri, guru harus memberi ulasan atau penilaian
terhadap hasil inkuiri pelajar.

Empat Aras Pembelajaran Inkuiri (Herron, 1971)

Jenis Inkuiri
1) Pengesahan (Confirmation)
Pelajar mengesahkan prinsip-prinsip tertentu berdasarkan aktiviti penerangan
oleh guru dan keputusan sesuatu penyelidikan telah diketahui terlebih awal
2) Inkuiri Berstruktur (Structured Inquiry)
Pelajar melakukan penyelidikan berdasarkan soalan dan langkah-langkah yang
telah ditentukan oleh guru.
3) Inkuiri Terbimbing (Guided Inquiry)
Pelajar melakukan penyelidikan berdasarkan soalan-soalan yang telah
disediakan oleh guru, dan pemilihan langkahlangkah penerokaan ditentukan
sendiri oleh pelajar.
4) Inkuri Terbuka (Open Inquiry)
Pelajar melakukan penyelidikan berdasarkan soalan-soalan dan langkah-langkah
yang dibina dan ditentukan sendiri olehmereka berdasarkan topik-topik yang
tertentu.
Setiap pendekatan inkuiri di atas tentunya mempunyai kelebihan dan
kelemahannya yang tersendiri. Pendekatan inkuiri yang ingin digunakan seharusnya
disesuaikan dengan bidang dan tahap pemikiran pelajar-pelajar yang terlibat.
Sebagai contoh, inkuiri terbuka mungkin lebih sesuai untuk pelajar-pelajar di
peringkat pengajian tinggi manakala inkuiri terbimbing mungkin lebih sesuai untuk
pelajar-pelajar di peringkat sekolah. Inkuiri terbimbing adalah di antara pendekatan
yang difikirkan lebih sesuai digunakan untuk membina bahan pengajaran
berasaskan computer yang ditujukan kepada pelajar-pelajar di peringkat sekolah. Ini
adalah kerana pelajar yang berada di peringkat ini perlu diberikan bimbingan asas
bagi mencetuskan persoalan-persoalan dan merangsang mereka untuk terus
membuat penerokaan. Banyak kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa
pelajar tidak membuat keputusan dengan baik di dalam pembelajaran berasaskan
komputer yang memberikan kebebasan mengawal sendiri pembelajaran mereka.
Semakin banyak kebebasan kawalan pelajar diberikan semakin kurang pelajar
belajar (DiVesta, 1975; Steinberg, 1977; Tennyson & Rothen, 1979). Juga, kawalan
pelajar yang terlalu kompleks akan menyebabkan masa yang terlalu banyak
digunakan dan memberi kesan ke atas hasil pembelajaran (Neil & Nelson, 1991).
Inkuiri Terbimbing
Terdapat berbagai teori dan model yang telah dikemukakan oleh mereka yang
terlibat dalam bidang pendidikan berkaitan dengan inkuiri terbimbing. Schulman dan
Tamir (1973) mendefinisikan inkuiri terbimbing adalah sebagai proses pembelajaran
di mana guru menyediakan unsur-unsur asas dalam satu pelajaran dan kemudian
meminta pelajar membuat generalisasi. Guru bertindak sebagai fasilitator yang
mencetuskan persoalan-persoalan untuk merangsang pelajar supaya terus
membuat penerokaan. Pendekatan tersebut selari dengan model Kitar Pembelajaran
Lawson (1995) dan Teori Pengajaran Inkuiri Collins dan Stevens (1983) yang
mementingkan aktiviti pengajaran guru untuk menjamin keberkesanan sesuatu
pembelajaran penemuan.

KEBAIKAN MODEL INKUIRI


Terdapat beberapa kebaikan bagi model ini yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar-
pelajar. Di antaranya ialah :-
1. Model ini berasaskan strategi pemusatan pelajar. Pelajar melibatkan diri
dalam aktiviti pembelajaran sepenuhnya.
2. Menghasilkan pemahaman yang lebih mendalam terhadap rumusan atau
generalisasi yang dibuat.
3. Menimbulkan minat pelajar serta naluri ingin tahu pelajar terhadap aktiviti
pembelajaran yang dilakukan.
4. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran
secara bebas.
5. Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi leh pelajar-pelajar akan kekal
lama.
6. Menggalakkan pelajar berfikir secara saintifik dan rasional.
KELEMAHAN MODEL INKUIRI
1. Model ini hanya sesuai kepada pelajar tahap dua di sekolah rendah.
2. Model ini memerlukan penggunaan masa yang panjang.
3. Pelajar yang kurang pengalaman akan menghadapi kesulitan untuk
mendapatkan hasil kajian yang tepat.
4. Model ini hanya sesuai kepada pelajar yang cerdas dan kurang sesuai
kepada pelajar yang lemah.
5. Model ini memerlukan kecekapan guru untuk mengurus dan mengendalikan
aktiviti kajian.
6. Hasil dapatan yang kurang tepat mampu melemahkan pelajar.

MODEL INKUIRI - SATU PENILAIAN DAN REFLEKSI


Model inkuiri merupakan satu model pengajaran yang sangat menarik minat
pelajar apabila ianya dilaksanakan. Saya adalah seorang guru matematik, bagi saya
model ini merupakan salah satu pilihan saya, beberapa kali proses pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan dalam bilik darjah, model ini sebahagian pilihan saya.
Bagi memenuhi tugasan ini, saya telah memilih satu tajuk dari mata pelajaran sains
Tahun 2. Tajuk pilihan saya ialah Surface Area in Solid Geometry.

Kesimpulan

Model pengajaran Inkuiri ini merupakan suatu proses pengajaran dan pembelajaran
yang cukup menarik minat pelajar. Pelajar di sekolah rendah khususnya memerlukan
satu kaedah dan cara yang paling berkesan bagi menarik minat mereka untuk terus
belajar. Banyak faedah dan kebaikan yang dapat diperolehi oleh pelajar sewaktu
menjalankan aktiviti.
Kesesuaian tajuk dengan aktiviti yang dijalankan adalah penting bagi
memastikan objektif dan matlamat yang ditetapkan akan tercapai. Kesungguhan dan
kecekapan guru dalam melaksanakan proses pengajaran amat perlu agar
pelaksanaannya dapat berjalan dengan lancar dan sistematik.
Justeru itu, proses pengajaran menggunakan model inkuiri merupakan suatu
bentuk pengajaran yang boleh dijayakan oleh setiap guru dalam menyampaikan
pengajaran mereka sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai