Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU,KAMPUS PERLIS

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF


JURNAL REFLEKTIF
MINGGU PERTAMA
( 1 FEBRUARI 2015 5 FEBRUARI 2015)

Masalah:
Minggu pertama menjalani praktikum ,masalah utama yang saya hadapi ialah kawalan kelas.
Kebiasaannya, kawalan kelas dikira gagal apabila murid tidak mengendahkan arahan daripada
guru, membuat bising dan sebagainya. Masalah seperti ini juga telah menyebabkan objektif
pembelajaran sukar untuk dicapai.
Analisis:
Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh:
1. Sikap guru yang kurang tegas dan garang dengan murid.
2. Murid berasa tenang dan berada dalam keadaan yang terlalu selesa.
3. Peraturan yang ditetapkan guru tidak ketat dan tidak sesuai dengan tahap kognitif dan
sosial murid.
Cadangan:
1. Saya akan cuba mewujudkan suasana kelas yang mesra antara murid guru namun tidak
terlalu berlembut dengan mereka. Pada hemat saya, tegas adalah elemen penting yang
perlu ada pada seorang guru.
2. Menggunakan intonasi yang boleh membuatkan pelajar berasa senang dengan guru
dan boleh membuatkan mereka bersemangat untuk belajar.
3. Melonggarkan peraturan dan dendaan yang boleh menyebabkan murid hilang motivasi
untuk belajar. Hal ini kerana, tahap kognitif dan sosial murid adalah berbeza. Sikap
keras guru memberikan dendaan kepada murid adakala boleh memberikan tekanan
kepada murid dan menganggu proses kefahaman mereka namun guru tidak akan
semudahnya untuk terlalu berlembut dengan murid.

Tempoh Masa:

Semua cadangan diatas akan diaplikasikan secara langsung sepanjang sesi P&P berlangsung
bermula 1 Februari 2015 sehingga tamat praktikum.

Tindakan Susulan:
Saya akan menilai mereka melalui tindakan respon mereka terhadap arahan serta tindakan
reaksi mereka dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

Penilaian Kejayaan:
Penilaian kejayaan ini akan dicatat selepas tamat praktikum iaitu pada 30 April 2015

Anda mungkin juga menyukai