Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN

GURU KAMPUS BAHASA MELAYU DI HUTAN LIPUR ULU BENDUL

Pada 7 Mac hingga 10 Mac 2017, Unit Beruniform Institut Pendidikan Guru Kampus
Bahasa Melayu telah mengadakan perkhemahan di Hutan Lipur Ulu Bendul. Perkhemahan
selama 4 hari 3 malam ini telah disertai oleh 45 orang guru pelatih dan beberapa pensyarah
orang pengiring.

Aktiviti perkhemahan ini bertujuan untuk membina ketahanan fizikal dan mental,
membentuk keyakinan diri dan memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan peserta.
Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk menyampaikan rasa cinta terhadap alam sekitar dan
bersedia dengan keadaan disekolah apabila di temapatkan disekolah.

Sepanjang perkhemahan itu, para peserta dibahagikan kepada empat kumpulan


mengikut unit beruniform masing-masing. Setiap kumpulan mempunyai seorang ketua yang
bertanggunjawab memimpin ahli kumpulannya. Sebarang masalah yang timbul dalam
kalangan ahli, akan dibincang dengan ketua kumpulan.

Banyak aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan itu. Antaranya ialah
merentas hutan, kawad kaki, lakonan dan sebagainya. Aktiviti ini berjalan lancar dengan
kerjasama dari semua peserta.

Perkhemahan ini telah berjaya mencapai matlamanya. Para peserta dapat mengutip
pengalaman berharga dan pelbagai pengetahuan baru. Malah hubungan antara pengakap
bertambah erat.

Anda mungkin juga menyukai